Check up kali ni macam bersemangat sedikit sebab hari ini akan ada aktiviti scan..Hehe..Sekali sampai kat klinik pukul 7 masa tu dah ada 7 orang sedang menunggu..Pukul berapa la agaknya diorang ni datang..Pukul 6.30 agaknya dah terpacak kat klinik..
Rupa-rupanya hari itu adalah hari berjumpa dengan doktor..tau je la Klinik Desa mana ada doktor selalu macam kat klinik kesihatan..Bagus lagi check up masa kat Klinik Desa Maju Jaya dulu kalau jumpa doktor je kena pergi Klinik Kesihatan Kempas..kalau dah ada appoinment cepat la sikit..lagipun bukan semua ibu mengandung kena jumpa doktor..Nurse je yang check pun dah ok..kecuali la ada masalah..darah tinggi atau kencing manis dan sebagainya..
Alhamdulillah semuanya under control..cuma agak pelik sebab berat telah menurun sebanyak 1 kg..sepatutnya naik 1 kg..padahal selera makan okay je bukannya ada alahan mabuk atau muntah ke apa..agak musykil disitu..;) cuba kalau tak pregnant, berat tak pernahnya mencecah bawah daripada 67 kg..(Ya saya memang overweight dengan ketinggian hanya 154 cm..T__T) Ini menjadikan berat aku 65 kg..
Result yang lain pun semua okay..HB 14.9, tapi aku jahat tak pergi check air kencing sebab ramai sangat orang..bila nurse tanya aku cakap je bersih..Hehe..jangan tiru macam saya ye..;)
Masa scan tu pulak macam hampa la monitor tak nampak sangat pun..Haih mentang mentang la Klinik Desa je..kualiti scan pun kureng je..Doktor je yang paham apa yang dia tengok..Huhu..tapi nampak la jugak jantung berdegup..;) Alhamdulillah..
Sepanjang check up ni aku tau cuma ada 2 kali je scan kalau takde apa masalah..Sekitar 12 minggu ke atas dan 30 minggu ke atas je..kat tempat lain aku tak tahu la..mungkin kalau ade masalah atau pun check up kat Klinik Kesihatan je dapat buat banyak kali..Masa Zahirah dulu pun nak tau jantina aku pergi scan kat klinik swasta..
Kejadian di atas berlaku 2 hari lepas..hari Rabu..Nasib baik jugak dapat angka giliran agak awal..kalau tak agaknya pukul 12 pun aku tak balik lagi..haritu aku pergi pukul 7 balik rumah pukul 11..Macam tu la kalau check up kat klinik kerajaan..terima je la..
P/S: kenapa company tak nak cover check up mengandung kat klinik panel ek? kan untung tak perlu la ibu mengandung ambil masa waktu kerja untuk pergi check up..hmmm..
No comments:
Post a Comment