Aku kakak sulung dalam keluarga..lepas arwah abah meninggal emak kahwin lagi dan pada umur 16 tahun aku dapat lagi adik yang ke 3 seterusnya yang ke 4..
So Zahirah ada 2 orang makcik yang kecik..;) baju hitam yang kat belakang tu Achik Elly dan yang baju merah tu Ucu Erin..yang baju putih tu sepupu kitaorang Achik Chaca..
Dua-dua tu aku yang bagi nama..Elly tu sempena dengan nama kawan baik aku masa kat SMK Tun Aminah dulu..Actually nama penuh dia Nur Alya Nabila..aku paksa semua orang panggil nama dia Elly..dan melekat sampai sekarang dan sampai besar kot..
Yang Erin pulak sempena nama budak lelaki yang aku kenal masa tuisyen darjah 6 dulu..aku itengok nama dia sesuai untuk lelaki dan perempuan so aku cakap kat mak bagi nama adik bongsu aku tu Nur Azreen..dan sekali lagi aku memaksa semua orang panggil dia Erin..haha..
Zahirah dengan makcik makcik dia dah macam kawan kawan..adik-adik aku memang rajin nak melayan Zahirah..ada lagi sepupu kecil aku yang kadang-kadang tak tahu nak bahasakan diri diorang apa dengan Zahirah..;) Kelakar pun ada..
Lain kali aku tunjuk gambar pakcik-pakcik kecik Zahirah ok..;)
No comments:
Post a Comment