30 September 2011

3 kata..

Update pasal rumah terbuka 25 September lepas tak publish lagi..ada dok jadi draft je tu..malas tak ingat nak abiskan mengarang..Simptom nak masuk trimester ke-2 kot? Hehe..

Dengar lagu terbaru dari KRU..3 kata..tengah glamer dok ulang je kat Hot. fm..antara bait liriknya..


Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Alhamdulillah..setakat ni hari-hari masih lagi mendengar 3 kata tersebut..;) Terima kasih suami..Sebelum kahwin dulu masa baru mula kenal cinta (cheh!) aku pernah bagitau kat dia..tak perlu kot cakap I Love You setiap hari..tapi dia tak setuju..kalau dah sayang kena la cakap tak kira la hari-hari atau setiap jam pun..;)

Sekarang kalau tak dengar perkataan tu 1 hari macam dah rasa pelik..kadang-kadang time kerja pun walaupun nak pergi kerja tadi dah salam ucap I Love U pun bila teringat nak jugak SMS..Paling kurang pun "Love U" pasti ada jawapan..;)

P/S: Mood cinta ke udara..bulan ni adalah bulan anniversary..Kini 2 tahun..macam tak percaya..I Love You Husband!

Haha..Jangan muntah hijau yek! <3 <3

23 September 2011

Berdebar..

Assalamualaikum..
Berdebar menanti hari esok..tak pernah lagi setakat ni nak wat open house panggil ramai-ramai orang ni..pernah buat last year tu pun kawan-kawan 1 tempat kerja je yang datang..lagipun masa tu aku still dalam pantang lagi..masak-masak semua suami yang handle..aku ada la tolong sikit-sikit..memandangkan masa tu Zahirah kecil lagi dan kuat tidur..senang la nak buat kerja..

Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit..lagipun kawan-kawan saudara mara semua sibuk tanya bilanya nak buat house warming..buat la sekali sekalian mengambil keberkatan bulan syawal..;) Tapi rasanya majlis birthday Zahirah tak jadi la..just akikah dan makan-makan je..serius tak sempat nak buat persediaan..tabik spring kat Aishah boleh handle majlis Nashriq aritu..aku cuma sempat buat goodies bag je berisi jajan-jajan..kek pun tak order..huhu..

Aku rasa boleh sebenarnya..tapi sebab MIL kan duduk dengan kami kan..aku rasa serba tak kena nak buat itu ini..memang la MIL tak kisah tapi entah la..sebenarnya aku yang malas kot..hehe..bab-bab menu esok bulat-bulat aku serahkan kepada suami..dia kan yang expert bab masak ni..aku tolong la apa yang patut..mungkin malam ni SIL datang menghulurkan tangan meringankan beban..;)

Semalam mesej dengan emak..Sorry mak tak dapat ambil emak kat kg  hari ini..so emak dan adik-adik akan datang esok sekali dengan makcik aku dari Simpang Renggam..Tak sampai hati jugak nak suruh emak datang naik bas..nak bawak barang lagi..takpe balik ke kampung nanti kitorang hantar emak eh..

Harap-harap ramai la yang sudi datang..takut pulak tak terhabis kambing seekor..;) Doakan semuanya berjalan lancar ye..InsyaAllah..

Pepes

Aku tak sure apa nama makanan ni..tapi mengikut orang yang memperkenalkan kat aku pepes la nama dia..kalau pais lain..pepes ni kira macam otak-otak tapi dibungkus oleh daun pisang..
 
Pepes   
 Ada beberapa jenis kot..ada pepes ayam tapi yang aku try dan akan try lagi ni adalah pepes udang+ikan..dijual dalam kotak plastik 50 pcs harga dalam RM 15 hingga RM 20..Rasa dia memang sedap..masin manis pedas ada rasa daun kunyit daun selasih..pendek kata memang sedap la..

Rupa selepas dimasak..
Cara masak boleh dibakar macam bakar otak-otak ataupun masuk je dalam oven..senang! Balik rumah jap lagi nak bakar lagi..terasa-rasa kesedapannya makan malam tadi..;)


21 September 2011

Kisah Jiran: Tinggal Anak

Saya adalah jiran yang agak perihatin..kata suami saya..;)

Semalam pulang dari kerja sampai di ruamh kira-kira pukul 6.15 pm..sebenarnya boleh sampai awal lagi tapi sebab nafsu ni nak membeli apa-apa pun jadi la..pergi la merayau dekat pekan Senai..Dapat belikan Zahirah one new toy dan membeli wafel Gardenia yang dalam iklan yang nampak macam sedap sangat je tu..

Selepas menghabiskan pisang goreng sebanyak RM 2 secara solo, teruskan pemanduan pulang ke rumah..Sampai di hadapan pagar rumah nampak jiran tu suami isteri keluar dengan menaiki motorsikal berdua-duaan..Aku bukan la nak menyibuk..Tapi..diorang tinggalkan ke anak diorang yang 2 orang tu.. Si kakak berusia 4 tahun dan si adik sebaya dengan Zahirah..

Sebelum mereka pergi tu si kakak melambai dari dalam rumah “Bye! Papa..Bye Papa”..Aku pun parking kereta dalam rumah..sambung tengok Nikita..MIL pun cerita apa yang berlaku sepanjang aku belum sampai ke rumah apa berlaku pada Dony dan NIkita..

Konon macam perihatin..aku bercerita dengan MIL..aku nampak jiran sebelah keluar suami isteri tak bawa anak..MIL kata mungkin ada orang besar dalam rumah tu..mungkin ada saudara mereka datang ke? Sebenarnya kami berdua memang tak sedap hati sangat..tapi fikir macam tu je la nak sedap kan hati..

MIL teruskan tengok TV dan Zahirah pun dah bangun dari tidur..aku masuk bilik air mandi..dari dalam bilik air aku dengar budak melalak..tapi sekejap diam..tak lama melalak lagi..mungkin anak jiran sebelah..lepas mandi aku pun dukung Zahirah yang sememangnya kalau petang je mesti nak ajak berjalan keluar..Aku saje berdiri depan rumah jiran aku tu..

Aku dengar si kakak tengah pujuk adik dia,,adik dia melalak dekat grill pintu depan..nak kan mama dia..anak jiran yang lain pun datang kepada aku sebab nak bermain-main dengan Zahirah..diorang pelik jugak kenapa ada baby menangis dan teriak Baby! baby! ke dalam rumah tu..lagi kuat budak tu malalak..

Emak kepada kawan Zahirah tadi pun datang..dia tanya aku kenapa budak tu melalak..aku bagitau..mama dan papa diorang takde aku nampak diorang keluar..dia pun dah risau + kesal kenapa tinggal anak berdua je kat rumah..

Try bukak pagar..EH! tak kunci!..ingat nak masuk nak tenangkan budak yang melalak tu..lama jugak dia melalak lebih setengah jam kot..tapi tak berani..sebab macam penceroboh pulak kan..lagipun grill depan pintu bermangga berkunci..

Situasi yang bahaya, kami di luar yang tanya:

Lisa! mama papa mana?

Mama papa takde..pergi pasar malam..

Siapa ada kat rumah?

Takde siapa..

Kalau orang jahat tak ke dah masuk ke dalam rumah dengan pagar depan tak berkunci

Jadi sementara tunggu mama papa diorang balik..kitorang stay je kat depan tu sambil cuba tenangkan budak tu..minta si kakak pujuk adik, bagi adik minum atau makan biskut..tapi budak tu tetap taknak..terus melalak..si kakak pandai pulak cakap “ Dia tak nak..dia nak mama dia..”

Dalam 10 minit lepas tu baru la mama papa diorang balik..rasanya ada la dekat 1 jam diorang keluar..

Ape komen korang?

16 September 2011

my favourite..

Goodday Fresh milk n Cadbury Picnic my all time favourite..:-)

Kalau singgah petrol station mesti nak beli..tapi kenapa kat petrol station baru nak beli? Cer teka cer teka..:-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

My little girl..

Alahai anak mama..buat muka bila kena marah dengan ayah..sekarang budak kecik ni banyak ragamnya..nak nak bila dah pandai jalan ni..mengukur je la kerjanya..

Rutin dia setiap petang lepas mandi tunjuk ke luar ajak pergi jalan-jalan..kalau dengar suara anak jiran tengah main kat luar cepat ke nak ajak keluar..

Kalau dalam rumah pulak asyik la nak pergi ke plig point nak main suis..kalau cakap jangan je memang tak jalan..ada sekali tu aku jentik tangan dia pastu setiap kali aku tunjuk nak jentik je dia dah takut..haha..

MIL kata kalau dengan dia kat rumah tak bayak ragam..cuba kalau aku ada kat rumah..mesti ada je taknak tidur taknak minum susu..boleh dah mengantuk dia tahan je mata dari tidur..kalau dia aktif semacam tu tandanya dia dah mengantuk tapi tak nak tidur..

Bulan ni Zahirah masuk 13 bulan..harap dia terus membesar dengan sihat dan bersedia untuk menjadi kakak baby nanti..masih lagi menyusu badan secara direct..bila aku kerja dia minum fm..selera makan dia tak menentu..kadang-kadang makan banyak kadang-kadang tak nak makan..

InsyaAllah 25 sept ni nak buatkan akikah untuk dia..kawan-kawan yang ade kat jb boleh la datang ye..merangkap open house sekali..lagi pulak masa baru pindah tu belum pernah lagi buat house warming..so sekalikan la..jemput datang semua..:-)

Published with Blogger-droid v1.7.4

14 September 2011

Buat buku merah..

Aku panggil buku merah..tapi nurse kat klinik tu panggil kad merah pulak..macam dapat kad merah bila main bola sepak pulak..;)

Ini appoinment ke-2..yang ppertama kalim aku pergi petang sekali tak boleh buat pulak..kena pagi sebab nak hantar sampel darah ke Klinik Kesihatan Kulai pagi..terpaksa buat appoinment the next week..

Mengandung kali ini dah minggu ke 10 baru aku buat buku merah..kalau masa expecting Zahirah dulu seawal minggu ke-7 dah buat..memang selalu diingatkan untuk buat check up seawal sebelum kandungan 3 bulan kan..aku selalu nampak banner kat klinik kesihatan..;)

Yang lepas check up kalt Klinik Desa Maju Jaya best..orang tak ramai..tapi sebab dah pindah rumah kat Senai terpaksa la pindah jugak ke Klinik Desa Senai..merasalah lepas ni tercangak depan klinik awal pagi..tunggu turn..bermula sekali lagi..

Aku tak bawak pun buku merah masa mengandungkan Zahirah..abis aku geledah satu rumah tak jumpa nak buat macam mana..nurse kata ok je bawak je sijil nikah..tapi ape guna Kad Perakuan Nikah kalau nak kena angkut Sijil Nikah yang gedabak besar sana sini..;) so aku bagi je la KPN..

Dah siap isi maklumat semua masuk bilik pemeriksaan nurse check payudara dan perut..perut buncit je lebih..hehe..so next check up 19 Oktober ni baru buat scan..masa tu dah 15 minggu..tak sabar pulak rasanya..

Entah dapat entah tidak aku update perkembangan pregnancy yang ke-2 ni serajin macam masa mengandungkan Zahirah dulu..;) Harap-harap la ada masa..;)

2011-09-13 14.56.05

Oh ya..hampir-hampir dapat sticker hijau..sebab masa cek BP mula-mula adalah 130/80..sekali repeat 110/70..selamat..Alhamdulillah semuanya ok..nurse tak abis-abis cakap bagus ek awak takde mabuk-mabuk..Alhamdulillah..harap-harap Allah permudahkan hingga melahirkan, menjaga dan membesarkan anak-anak kami nanti..;)

11 September 2011

Cerita raya..

Sangat rindu dengan blog ini..asyik-asyik bukak blog tengok bloglist then pergi blogwalking macam semangat nak update blog tetiba tutup blog tanpa ada sebarang new post..;)

Hari ini aku nekad..mesti publish 1 new post..ecececeh! Sebab belum cerita pasal raya..so bermula la cerita raya kita..

2011-08-30 10.11.24

Di pagi raya kami serba pink..raya pertama je pun dapat sedondon..;) baju melayu suami yang pink color tu entah bila nak pakai lagi..mungkin Hari Raya Aidiladha nanti kot..;) Tahun depan punya persiapan perayaan kena buat persediaan awal sikit kot sebab tahun ni punya raya entah apa-apa semua pun buat last minute..

2011-08-30 10.07.21

Anak ayah!

Hari pertama raya sambut kat Benut, Pontian..Keluarga belah aku..then tengahari tu bertolak ke Serkat, Pontian pulak (PIL site). Untungnya bila berkahwin dengan pasangan yang satu daerah..tak payah terkocoh-kocoh kot..Raya pertama dah boleh jumpa kedua-dua belah keluarga..;)

2011-08-30 09.45.31

   Dalam perjalanan ke Serkat, 15 minit pertama Zahirah tidur..boleh la siksa dengan memakaikan tudung..Hahaha..kalau celik mata jangan harap la nak lekat tudung tu barang 1 minit..

2011-08-30 10.43.31 Mereka serba biru..

Emak sebenarnya sedih raya kali ini..anak lelaki no. 2 tak balik beraya kat kampung..entah apa masalah adik aku tu aku pun tak paham..bukan nak cerita masalah kat ahli keluarga..malas aku nak ambik kisah..tapi kesian jugak kat emak..

Anak bujang tapi tak balik beraya..apa cerita..kalau dah kahwin nanti tak tahu la macamana gayanya..hmm..kalau cerita pasal adik aku ni memang spoil cerita raya..teruskan dengan cerita lain..

2011-08-30 17.46.23-1 Di petang raya..

Macam biasa songkok suami dah entah ke mana..dah petang la katakan..tapi sampin masih setia tu..;) gambar ni masa kitorang dah kat Serkat..

338656_246675348700943_100000754402879_635180_8275067_o Gambar dengan PIL and Family SIL..edisi tak cukup korum..

Petang tu jugak berangkat semula balik ke Benut..On the way tu kitorang singgah kedai kek untuk beli kek birthday emak..terharu emak..tapi tetap sedih anak bujang dia tak balik..huhu..

2011-08-30 20.42.41 selamat Ulangtahun yang ke-45 emak..

Itu la sedikit sebanyak cerita raya pertama kami..terima kasih kerana sudi membaca..;)

04 September 2011

Mood raya..

Ni gambar si kecil..time tidur je bila pakaikan tudung dia tak rasa nak bukak..kalau tidak..sekejap je bertahan..

Ramai jugak yang dah berkerja hari ni..ramai jugak yang tebal mood raya..:-) dah la nak audit tak lama lagi ni..malas-malas pulak nak buat kerja..hehe..

Takde ke yang nak.menjemput ke open house..saya sedia datang.membawa perut sendiri dan perut suami..haha..
Published with Blogger-droid v1.7.4

01 September 2011