21 August 2011

Zahirah 1 tahun (19.08.2011)

Sekejap je masa berlalu..dah masuk fasa 10 terakhir Ramadhan..tak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita..moga dapat bertemu lagi ramadhan akan datang..

Letih je badan sekarang ni..sama je macam masa mengandungkan Zahirah..walaupun takde morning sickness tapi badan lesu je..makan sahur tak berapa boleh nak masuk..kalau berbuka boleh tahan..tapi lepas tu pukul 9 dah start nak tidur..tidurkan anak emak sekali hanyut..ada la yang bangun 3 4 pagi solat isyak..;) tak patut betul..

Baca al-quran dapat 4 juzuk je lepas tu dah ke laut..huhu..sedih..Anak dah masuk umur 1 tahun 19 Ramadhan lepas pun tak larat nak update..sekarang la update..

*

*

*

zahirah1year1 1 hari sebelum berumur 1 tahun..

Waktu tu kitorang tengah sibuk..anak sedara aku bawak dia jalan-jalan ke luar..dalam stroller dia terjenguk-jenguk ke bawah entah tengok apa kat jalan..malangnya masa tu pulak tak pakaikan safety belt..so jatuh la menjunam dan menerima kecederaan seperti dalam gambar..T____T rasa bersalah yang amat..

DSC05014

Selamat Hari Lahir Sayang Mama..

Semoga menjadi anak yang solehah, baik pertuturan dan mendengar kata orang tua..Semoga terus membesar dengan sihat..dan menjadi kakak yang baik kepada adik-adik kelak ..;)

With love,

Mama & Ayah

Tiada sambutan..cuma beli a slice of cake (sebenarnya 2 slices)..Zahirah belum pun tahu erti birthday party..tapi hajat memang nak buat birthday party untuk dia bulan syawal nanti..sekalikan dengan akikah..InsyaAllah kalau takde aral melintang..;) boleh jemput saudara mara, kawan-kawan dan kawan-kawan blogger mama sekali..;P

Update milestones Zahirah di entry yang lain la yea..dah tak larat nak menaip..huhu..

14 August 2011

Penerimaan..

Alhamdulillah..setakat ni tak ada lagi penerimaan negatif dari orang sekeliling bila dapat tahu aku pregnant anak ke-2 ni..kalau tak rasa down la jugak agaknya..;)

Cuma aku tak tau lagi reaksi MIL..aku harap dia ok je..yelah tahun depan dia nak kena jaga 1 toddler dan 1 baby pulak kan..;) aku ingat nak bagitahu masa buka puasa kat luar petang ni..Teruk jugak aku ni yang tak duduk serumah dengan aku dah tahu MIL yang duduk serumah ni tak bagitahu lagi..hehe..

Weekend semalam bagitahu dekat emak dia pun ok je..sebab adik aku yang paling bongsu dengan yang atas dia pun jarak dekat jugak..lebih kurang Zahirah dengan adik dia nanti..Tapi emak cerita selepas dia tahu mengandungkan adik yang bongsu terus yang kakak berhenti menyusu..Emak ingat Zahirah pun dah berhenti menyusu..

Tapi tak lagi..dia masih ‘gilakan’ breastmilk..harap sangat pengalaman mengandung dan menyusukan kali ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga..walaupun kandungan aku ni masih awal lagi pun dah rasa moment yang indah dan bahagia..;) bila menyusukan Zahirah time nak tidur malam si ayah pulak usap-usap perut buncit cakap-cakap kat baby..bahagia sangat rasanya..

Emak pun macam orang lain jugak yang percaya bila kita mengandung susu kita dah sesuai untuk anak kita lagi..tapi emak senang je bila kita nak terangkan perkara yang sebenarnya..dia pun cepat faham..lagi-lagi bila aku kata Zahirah ok je..lagi kuat dia menyusu ada..Makcik aku pun sokong dan tambah lagi pendapat pasal mengandung dan menyusukan ni..;)

Zahirah punya tabiat bila menyusu pulak sekarang ni masyaallah macam-macam gaya..dengan gaya merangkak, meniarap atas badan kita..macam-macam lagi la..kelakar je tengok..bila kita ketawakan dia..dia pun ketawa jugak..

Ada jugak yang tanya..eksiden ke? Hehe..tak la..selalu aku just cakap memang nak..dan atau memang dah rezeki tuhan nak bagi..;) Alhamdulillah..terima dengan hati yang terbuka..

Suami pesan: “ Mengidam nak makan apa-apa takpe..jangan nak mengidam handphone sesentuh ya! “ Hahaha..aku cakap aku mengidam Samsung Galaxy Tab boleh? Gelak je dia..

11 August 2011

Alhamdulillah..Sekali Lagi..

Salam Ramadhan..

Macam tak percaya..tapi dah boleh agak..;) Cik P agak lewat bulan ni..walaupun sebelum ni pernah jugak lewat..tapi dah rezeki Allah nak bagi..terima dengan hati yang terbuka..Alhamdulillah..

Terima kasih Ya Allah atas rezeki-Mu ini..

Ku panjat syukurku pada-MU..

Permudahkanlah segalanya untukku kali ini..

DSC04936 Yang C tu tak berapa jelas tapi yang T tu jelas..;)

InsyaAllah..doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya..Moga dapat puasa penuh tahun ini..;)

09 August 2011

Nostalgia 9 Ramadhan..

Mengikut bulan islam, 9 Ramadhan yang lepas masa ni aku tengah ada dalam labour room nak keluarkan Zahirah..tengah menahan contraction..

Cerita lengkap di SINI..dan SINI..

Hari ini juga anakku sudah berusia 1 tahun (sekali lagi dalam bulan Islam) ;) macam-macam perasaan rasanya..bercampur aduk..

Sekejap je masa berlalu..setahun dah berlalu..Balik ni nak cium anakku puas-puas walau pada hakikatnya tak pernah puas..;) selagi boleh cium..sebelum bila dah besar dia malu-malu bila kena cium dengan emak depan kawan-kawan..

Membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah wahai anak..Doa mama sentiasa mengiringimu..

08 August 2011

Akhirnya..

Sebelum tu aku mintak maaf dulu la kalau apa yang aku cerita nanti menyinggung perasaan korang yang membacanya..aku just luahkan perasaan aku je bukan la blame mana-mana pihak pun..

Baru semalam bercerita pasal EBM Ramadhan..susu memang merundum sangat la bulan ramadhan ni..ada tu memang ada tapi sikit sangat..cukup untuk sekali feeding je..

Malam ahad tu Zahirah macam kena asma..berbunyi-bunyi nafasnya..tapi lepas gosok-gosok dada, belakang badan, pelipat, dan kaki dengan minyak yuyi dia pun tidur dengan nyenyaknya..then tengahari semalam aku pun call MIL tanya keadaan Zahirah tapi MIL tak ada dia pergi kedai kata anak saudara aku..
Balik je kerja semalam aku pun saja la tanya MIL beli apa pergi kedai..dia cakap dia pergi beli susu formula untuk anak aku..cara dia cakap pun macam nak nangis..dia kata Zahirah menangis nak susu tak tau nak bagi susu apa..susu yang sebotol setengah tu dah bagi pagi tadi..dia pun pergi kedai beli susu dugro..siap tanya orang kedai tu susu apa yang sesuai untuk budak umur baru nak masuk setahun..so cina kedai tu pun cadangkan la susu Dumex Dugro yang kaler hijau tu..

Perasaan aku masa tu tak tau nak kata macam mana..sedih tapi aku tak salahkan MIL..aku rasa aku yang salah..aku tanya dia bancuh macam mane..dia kata bencuh dengan nestum je..suami yang ada dekat-dekat dengan aku tu pun senyum sinis je..

Mesti dia salahkan aku sebab tak dapat sediakan susu yang cukup untuk Zahirah..;( lepas tanya-tanya MIL pasal susu tu aku terus cium-cium Zahirah..”Zahirah minum susu lembu” aku kata..pastu MIL kata “Takpelah..abis susu mama tak cukup..” terus aku bawak Zahirah masuk dalam bilik..dah nak menangis aku masa tu..terus aku sua kan nenen kat Zahirah..dia nak je..pastu aku cakap kat dia “Sorry nak mama tak sediakan susu yang cukup untuk adik..”

Dia macam paham..dia pegang dia sentuh je muka aku..cara mata dia tengok tu lagi buat aku sedih..aku peluk-peluk dia..suami pun masuk dalam bilik..senyum sinis lagi..dia kata “Awak la ni..” itu je..aku nangis lagi..dia pun kata.. “Tak pe la dah bagi nak buat macamana..jangan la nangis..” lega sikit..

Aku berazam..nak balikkan production susu macam dulu..susu formula yang MIL dah beli tu aku harap itulah yang pertama dan yang terakhir..Ya Allah..Permudahkanlah segala urusanku..Aminn..

11 bulan 3 minggu Zahirah dah consume susu formula..huhu..

07 August 2011

EBM Ramadhan..

Wah sekejapnya dah masuk minggu ke-2 kita semua berpuasa..Alhamdulillah aku pun masih bertahan..cuma agak pening jugak la memikirkan stok EBM untuk si kecil..;) tak nak stress sangat lagi la mengganggu production..huhu..

Hari ke-2 haritu dapat la 6oz untuk first session..tapi untuk hari ke-8 ni pagi tadi pam dapat 4oz..Syukur Alhamdulillah walaupun sikit..tapi tetap runsing jugak..apa nak buat..rasanya macam-macam dah buat..tapi mungkin masih belum cukup usaha..jadi kena la berusaha lagi..

Petang ni nak pergi econsave pergi cari jus kurma..susah sangat la aku ni nak makan kurma..nak habiskan 2 biji macam nak muntah pun ada..tu dah makan kurma Yusuf Tayoob tu..kurma jenis lain tak tau la..kita cuba pulak jus kurma berbuka petang ni..kesian Zahirah..EBM cuma cukup-cukup je..pernah 1 hari tu dapat untuk 1 kali minum je..itu pun MIL campurkan dengan 2 scoop nestum supaya dia kenyang sikit..

Semalam dalam kereta ada jugak bincang dengan suami nak top up dengan FM..tapi dia berkeras jugak nak anak dia diberi susu ibu..sampai MIL pun ada masuk campur..MIL pun paham keadaan aku..tapi sebenarnya bagus jugak tindakan suami tu..aku dengar je cakap dia..tu yang nak cari jus kurma petang ni..nak usaha sampai ke titisan akhir..huhu..

DSC04909

Kesian kat anak mama sorang ni..sekarang ni dia minum apa yang ada je..nanti bila aku balik kerja cepat-cepat dia nak mengempeng..;) bila nampak kereta masuk parking je terjerit-jerit dia..excited tengok mama balik lepas tu minta dukung..pastu kalau haus sangat merengek-rengek nak susu..priceless moment..comel sangat muka dia bila dah nak-nak sangat tu..dengan bunyi-bunyi manja dia..;)

Kalau ikut bulan Islam Zahirah esok genap berumur 1 tahun..cepat sungguh masa berlalu..cepat betul anak mama membesar..

New Niece..

Alhamdulillah..

Anak saudara yang ke-7 dah keluar dari HSA 4 Ogos hari tu..Tak menyempat lepas je buka terus pergi rumah SIL..hari tu dapat tengok dari luar Wad SCN je..ni nak tengok nak pegang-pegang..

Nur Dayana nama diberi..dah selamat menjalani tracheosotomy 2 minggu lepas kalau tak silap..untuk memudahkan dia bernafas, makan dan minum..

DSC04875

Dengan Kak Dayah..

Sepanjang kitorang datang dia tidur je..yelah baru je sampai petang tu..kat rumah senyap je dapat tidur dengan tenang SIL kata..kat hospital banyak baby..ada yang menangis setiap masa..

SIL ada offer nak pegang Dayana tak..tapi aku tak berani la..sebab dia special case dengan tiub kat leher tu takut salah handle pulak..

DSC04879

 

Ni pulak mesin yang digunakan untuk sedut kahak setiap 2 hingga 3 jam ikut keperluan..kesian Dayana menagis setiap kali kena sedut tu..sakit agaknya..Dia pulak ada G6PD deficiency ada allergik ubat dan makanan tertentu..

Buat masa ni Dayana fully breastfeed so SIL pun kena la jugak jaga pemakanan dia untuk anak..6 bulan lagi Dayana akan masuk hospital semula untuk operation hidung dia..

Semoga Nur Dayana membesar dengan sihat macam bayi-bayi lain..

01 August 2011

Ramadhan ke-2

Alhamdulillah..

1 Ramadhan dapat diharungi dengan jayanya..Ayam Percik resepi suami juga dapat dibuat untuk menu berbuka..hentam-hentam je pun jadik..cuma ada la jugak kekurangannya sebab MIL masih ada komplen..aku tak racik-racik daun kunyit masa buat kuah untuk ayam percik tu..itu pun sebenarnya aku dah lupa nak masukkan daun kunyit dah masuk dalam bekas tuang balik dalam kuali..haha..

Dah petang tu dalam hati memberontak jugak nak pergi bazar ramadhan saje nak tengok-tengok..tapi baik aku tahan je nafsu mesti akan membeli berlebih-lebihan nanti..so BERJAYA hari pertama tanpa menu dari bazar ramadhan..hari ini punya belum tahu lagi..;)

Menu buka puasa hari pertama: Nasi Putih, Ayam Percik, Kacang Buncis Goreng, Air Mango (Sunkist) dan air 100 plus..Suami balik kerja pukul 9.00 aku kacau-kacau lagi makan ayam percik..;)

Sahur pagi tadi agak terlambat jugak bangun..MIL siap ketuk-ketuk pintu bilik..huhu..aku bangun basuh muka terus tolong dia senduk nasi senduk lauk semua..pastu buatkan air Milo panas untuk suami + susu untuk aku..terus makan sahur..

Hari ni tak tau lagi nak berbuka apa..yang pasti mesti balik ni bawak bekalan bubur lambuk company bagi..;)

Edited: 4.8.2011

Apa la semangat bawak bubur lambuk sekali hari ke-2 belum start lagi..;) Pergi la aku sensofang ke Bazar Ramadhan kat Kg. Sinaran Baru (kawasan umah sewa lama) beli sup daging dengan kuih karipap..tengok semua makanan pun macam tak rasa nak beli je..

DSC04853Hasil perahan 

Kuantiti lebih kurang je dengan masa tak bulan puasa pun..sekarang aku makan macam-macam pun susu tak meriah macam dulu..sebab aku malas nak pam kot..df memang selalu tapi memang dah lama sangat tak rase cik B penuh macam 6 bulan pertama dulu..rindu pulak masa-masa tu..

Alhamdulillah Zahirah belum pernah lagi minum FM..apa yang aku dapat tu la yang aku bekalkan kat dia..tengok dia ok je..yelah makan pun dah macam-macam..kalau nasi dengan sayur air + ikan banyak dia makan..bila makan banyak susu pun tak demand sangat..