Alhamdulillah..setakat ni tak ada lagi penerimaan negatif dari orang sekeliling bila dapat tahu aku pregnant anak ke-2 ni..kalau tak rasa down la jugak agaknya..;)
Cuma aku tak tau lagi reaksi MIL..aku harap dia ok je..yelah tahun depan dia nak kena jaga 1 toddler dan 1 baby pulak kan..;) aku ingat nak bagitahu masa buka puasa kat luar petang ni..Teruk jugak aku ni yang tak duduk serumah dengan aku dah tahu MIL yang duduk serumah ni tak bagitahu lagi..hehe..
Weekend semalam bagitahu dekat emak dia pun ok je..sebab adik aku yang paling bongsu dengan yang atas dia pun jarak dekat jugak..lebih kurang Zahirah dengan adik dia nanti..Tapi emak cerita selepas dia tahu mengandungkan adik yang bongsu terus yang kakak berhenti menyusu..Emak ingat Zahirah pun dah berhenti menyusu..
Tapi tak lagi..dia masih ‘gilakan’ breastmilk..harap sangat pengalaman mengandung dan menyusukan kali ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga..walaupun kandungan aku ni masih awal lagi pun dah rasa moment yang indah dan bahagia..;) bila menyusukan Zahirah time nak tidur malam si ayah pulak usap-usap perut buncit cakap-cakap kat baby..bahagia sangat rasanya..
Emak pun macam orang lain jugak yang percaya bila kita mengandung susu kita dah sesuai untuk anak kita lagi..tapi emak senang je bila kita nak terangkan perkara yang sebenarnya..dia pun cepat faham..lagi-lagi bila aku kata Zahirah ok je..lagi kuat dia menyusu ada..Makcik aku pun sokong dan tambah lagi pendapat pasal mengandung dan menyusukan ni..;)
Zahirah punya tabiat bila menyusu pulak sekarang ni masyaallah macam-macam gaya..dengan gaya merangkak, meniarap atas badan kita..macam-macam lagi la..kelakar je tengok..bila kita ketawakan dia..dia pun ketawa jugak..
Ada jugak yang tanya..eksiden ke? Hehe..tak la..selalu aku just cakap memang nak..dan atau memang dah rezeki tuhan nak bagi..;) Alhamdulillah..terima dengan hati yang terbuka..
Suami pesan: “ Mengidam nak makan apa-apa takpe..jangan nak mengidam handphone sesentuh ya! “ Hahaha..aku cakap aku mengidam Samsung Galaxy Tab boleh? Gelak je dia..
good..maria dlu ada yg ckp mcm2..tension gila..huhu..
ReplyDelete@ maria:
ReplyDeleteyeke? kalau kite pun tension jugak tu..huhu
congrats yan!
ReplyDeletealhamdulillah...rezeki dibulan ramadhan....happy 4 u...
ReplyDelete