07 August 2011

New Niece..

Alhamdulillah..

Anak saudara yang ke-7 dah keluar dari HSA 4 Ogos hari tu..Tak menyempat lepas je buka terus pergi rumah SIL..hari tu dapat tengok dari luar Wad SCN je..ni nak tengok nak pegang-pegang..

Nur Dayana nama diberi..dah selamat menjalani tracheosotomy 2 minggu lepas kalau tak silap..untuk memudahkan dia bernafas, makan dan minum..

DSC04875

Dengan Kak Dayah..

Sepanjang kitorang datang dia tidur je..yelah baru je sampai petang tu..kat rumah senyap je dapat tidur dengan tenang SIL kata..kat hospital banyak baby..ada yang menangis setiap masa..

SIL ada offer nak pegang Dayana tak..tapi aku tak berani la..sebab dia special case dengan tiub kat leher tu takut salah handle pulak..

DSC04879

 

Ni pulak mesin yang digunakan untuk sedut kahak setiap 2 hingga 3 jam ikut keperluan..kesian Dayana menagis setiap kali kena sedut tu..sakit agaknya..Dia pulak ada G6PD deficiency ada allergik ubat dan makanan tertentu..

Buat masa ni Dayana fully breastfeed so SIL pun kena la jugak jaga pemakanan dia untuk anak..6 bulan lagi Dayana akan masuk hospital semula untuk operation hidung dia..

Semoga Nur Dayana membesar dengan sihat macam bayi-bayi lain..

No comments:

Post a Comment