Assalamualaikum..
Macam nak cutiii je panjang2 walaupun dah 3 hari cuti..dari la hari sabtu sampaikan ke hari Isnin..Isnin cuti ape?? Helloo..negeri Johor sahaja yang bercuti pada hari semalam ye..Hehe..Cuti Hari HOL..
Bulan ini jer..3 kali aku gi ke daerah Kota Tinggi..yang 1st berjalan2 jejak kasih mengikut Mr. Azan dan maknye..pastu ahad dan isnin semalam je 2 kali..kesannya nampak di mukaku..HAHA
Aku dah rase macam “Dayang Senandung” dah malas nak tengok muka kat cermin..salahkan diri sendiri yang beriya sgt mandi laut tak hengat daratan..HAHA
Tapi sgt berpuas hati sebab rase macam dah hilang segala keserabutan otak memikiorkan masalah kerja dan bermacam2 lagi..jadi sesiapa yang rase tension silalah amik mase bercuti bermandi manda di tempat tempat menarik di Malaysia ni..tak yah la pergi melancong ke Paris jika setakat nak me-release-kan tension..menghabiskan fulu$$ lagi ado..
Aktiviti cuti:
Sabtu: mati kutu dok kat umah..ingatkan nak la main2 buat kek ke ape kan..tapi tak jadik la..kemalasan yang amat..so petang tu lepak2 la di Hutan Bandar Putra..
Ahad: Pepagi subuh dah bangun dengan semangat berkobar nak berkelah di Batu Layar dengan geng2 sekerja..sangat seronok dan sangatlah serabai aku siap bergolek2 di pasir bagai ketika bermain bola tampar pantai..tak lupa jugak menyayikan lagu bawang merah sambil berayun di buaian di bawah pohon beringin..Cheh!
Isnin: Cuti lagi..dah la tidur kat umah orang tak hengat dunia..HAHA jangan dicontohi ok..akibat telah menelan durian beberapa ulas pada malam hari..kul 6.00 am sampai umah baru lelap lagi beberapa jam dah di ajak sekali lagi ke kota tinggi..kali ni ke Desaru pulak..
Itulah dia aktivitinya..more updates later…
No comments:
Post a Comment