On the way nak ke Felda Tenggaroh tu kitorang ternampak pulak signboard ke Kota Johor Lama..tempat bersejarah tu..alang2 dah sampai daerah Kota Tinggi pergi la sekali ke Kota Johor Lama..
Walaupun aku ni bukan la suke sangat subjek sejarah mase PMR dulu..tapi kalau dapat melawat tempat2 bersejarah camni aku suke..HEHE
Sebelum sampai ke Kota Johor Lama tu akan jumpa satu makam ni..tapi tak tau sape pemilik sebenat makam ni..tengok pada batu nisan pada makam tu..rekabentuk batu nisan dari Acheh..
Makam Temenggung Johor atau Makam Bidan
Amik gambar dari dalam kereta je..
Dah sampai pun..Pusat Informasi Kota Johor Lama..
Reka bentuk bangunan Pusat Informasi ini bercirikan seni bina Melayu tradisional yang menggunakan 100 peratus kayu dengan penggunaan tanggam serta pasak tanpa menggunakan paku..(tapi aku macam ternampak paku kat tangga mase nak amik gambar..ah abaikan..=) salah pandang kot..)
Macam2 information ade dalam ni terutamanya sejarah Kota Johor Lama la kn of course..dalam ni jugak ade replika2 batu nisan..ade jugak pinggan mangkuk yang dijumpai mase kerja carigali bahan artifak sejarah masa thn 2002 kalau tak silap..(hehe..biasala lupe..)
Aku ade naik atas loteng ni..tapi xde ape2..naik cam best tapi nak turun gayat..HEHE..yela cerun menghampiri 90 darjah..ceh!
Mase aku datang ni..mungkin mlm tu ade hujan ribut agaknye..pokok tumbang jadi tak dapat la aku nak amik gambar batu ni..tapi boleh google ok ramai jugak orang yang dah datang sini even tempat ni baru je bukak..
Banyak lagi gambar dalam Pusat Informasi ni boleh tengok kat Web Jabatan Muzium sendiri..Klik SINI..Dalam ni dah kena sound dgn guard yang jaga tak boleh amik gambar..he,he..
Klik utk lebih jelas..Sultan- Sultan Kerajaan Johor (1511-1699)
Banyak lagi gambar2 lain al maklumlah aku bukan la pro..setakat guna kamera handphone..HEHE..Klik SINI
Ok jom teruskan perjalanan ke Felda Tenggaroh..
No comments:
Post a Comment