09 June 2009

Bicara Hati

Assalamualaikum..

Tak tau la nak wat entry apa..walaupun lately banyak benda yang berlaku..macam dah tak reti nak bercerita satu satu..Banyak sangat..dari hal diri sendiri, tunang, kawan kawan..mak..etc..

Tak semua benda kita kena cerita kan..tapi tak semua benda jugak kite boleh pendam..Ish! tak baik pendam2 perasaan ni..nanti hati boleh jadik busuk (bukan la bila pendam perasaan akan jadi seorang yang busuk hati..) tak baik untuk kesihatan..

Kadang kadang kita tengok seseorang tu gembira je dengan kehidupannya..semua dah lengkap..keluarga..harta cukup..gaji besar..ada orang yang menyayangi di sekeliling..tapi kite bukan tau ape yang tersirat dalam hati dia..manusia ni kan macam macam..macam macam ragam ..macam macam ada..

Tapi..Tuhan tu Maha Mengetahui..tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan mendengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa Allah, Dia takkan lupa kita. Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Allah tahu ape yang terbaik buat kita..sebab tu kalau ape2 berlaku..kita tak boleh putus asa macam xde harapan lain dah..kena ingat ada hikmah dalam setiap sesuatu dugaan yang tuhan berikan pada hambaNya..

Dalam hidup ini, tak semua yang kita nak akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan kita..kita hanya mampu merancang yang lainya tuhan yang tentukan.

“Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain”

Jangan la kita tengok kebahagiaan orang lain jadik sedih sebab tak dapat macam orang lain dapat..Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi..

Love,

Yantie

No comments:

Post a Comment