28 May 2009

A Doctor and A Food Technologist

Assalamualaikum..

Status: Sangat bz sehingga akhir June..mungkin tak sempat nak update..(Poyo) Serius tak sempat..nak kena review documentation for HACCP implementation. Sampaikan bawak keje balik umah sambail bergayut boleh review lagi tak sedar2 dah pukul 2 am  dah la nak bangun pagi pun susah..HAHA

Balik semula..Korang tau ke ape tu HACCP? HEHE..Bagi yang ade dalam food or pharmaceutical industry mesti familiar.

Kalau sesatu company tu HACCP certified memang sangat meluas la market diorang sebab sekarang ni macam2 kan kes pasal food safety..pasal Melamine tu tak sudah lagi walaupun org org yang terlibat tu will sentence to death..mane tak kena hukuman mati bila dah menyebabkan banyak kematian baby2 yang mane tau adelah sebenarnya ahli bijak pandai pada masa akan datang CEH!

Teringat masa belajar dulu salah sorang lecturer pernah bagitau: “ A doctor can kill a patient, but a food technologist can kill many people” waa..takut je bunyik camtu..

So bila ingat kata2 tu aku rase tugas aku sekarang adalah sangat penting..Sape tak makan kicap? angkat tangan!! HEHE..tetiba kicap..

Kualiti produk tu sangat penting okay! sesapa pun kalau membeli sesuatu bukan sahaja makanan tetapi barang keperluan lain mesti tengok kualiti..Even barang tu murah tapi kualiti takdak better tak angkat..ye tak? biarpun mahal dan kualiti tip top memang berbaloi baloi (gaya amy search eh) seperti kata pepatah “ Alah membeli menang memakai”..

Berbalik kepada tugas sendiri..penting woo! kalau tak jaga kualiti produk dengan baik bukan setakat kita yang akan dapat impaknya tapi jugak pengguna..bila pengguna  dah tak percaya produk kita..dah tak beli produk maka kuranglah jualan..turun la ekonomi..x dapat la aku bonus tahun ni..T__T huk! huk! nangis pun tak guna..HAHA

So belilah barang buatan malaysia khususnya bumiputera melayu islam..(HAHA tetiba..sepatutnye belilah kicap kipas udang HAHA) bukan sahaja HALAL tapi berFLuorida..Ait! apsal tetiba iklan Colgate..tumpang lalu..

Banyak lagi orang tak tau..ingat kerja kilang makanan senang boleh makan je ke..ade tanggungjawab lebih berat terhadap masyarakat dalam mensajikan menghasilkan produk yang bemutu tinggi ingat nak maintainkan senang ke?? CEH! ape pasal plak tanya orang ni..HAHA kerja kau kau pikir la sendiri..HAHA

Ok la tutup cerita pasal keje..dah dah la tu P&C..HEHE..

Sabtu I holiday on leave..ade 1 majlis perkahwinan kena gi as non VVIP HAHA..ater orang wat kenduri ari ahad ko datang ari sabtu memang xde ape lagi la jawabnya..tengok je la muka bakal pengantin nanti..HUHU (oh Ecah nape la ko wat majlis same ari dgn Amy) jauh siket la kite berjalan ye ke Batu Pahat (lega jalan jauh bila kereta dah servis)..the next day on sunday kena kerat dua badan ni..mane satu ntah nak pergi..kedua duanya penting..yang satu kawan baik, satu lagi bakal keluarga (chewah!)

Selamat Berhujung Minggu semua!! mesti ramai orang kawen minggu ni..

p/s: tajuk entry macam fakta la sangat..HAHA layankan je aku ni..Thanks pada yang sudi become my FOLLOWER..Thanks a lot!!

27 May 2009

Yeehaa!!

Amboi tajuk mcm kemain suke je..=) yela kan x kan nak suram je..lagipun fulu$$$ udah masuk..HEHE..dalam kepala otak ni dah ingat nak pi makan satey je..

So destinasi kite : Satey Wak Radol

Masa agak agak: 9.00 pm

Penglibatan: yantie, azan, fathudin (dindang), n isa

 

Daa..

26 May 2009

Ragut

Lagi lagi kes ragut sane sini..Hmm..ape nak jadik kan..mintak la dijauhkan dari sebarang kes ragut ni..Jgn la jadik sampai ade kes kematian yang kite dengar kat berita tu terjadi kat kite..

Nape tetiba nak cakap pasal ragut pulak? Ni sebab terbaca kat UTUSAN tadi Wanita ubahlah gaya, usah bawa beg tangan..pengalaman menarik penulis tersebut sendiri diragut..sekarang peragut dah tak kira tempat..tempat terbuka pun diorang berani nak melakukan aktiviti ragut..

Kalau la aku dapat peragut tu nak je aku pijak pijak tangan peragut tu sampai hancur..Geram betul !!?*^%#,+..tak pikir keadaan orang lain..pikir kepentingan diri sendiri je..

Ingat bila meragut boleh hidup senang ke?? Nak nak bila beg duit yang diragut tu ade 2 3 ringgit je..padan muka..lagi lagi kalau sampai melibatkan kematian orang..tak pasal rase bersalah seumur hidup..hidup pun tak tenang la!!

Ingat la peragut2 kat luar sane..sudah sudah la nak meragut tu..bawak2 bertaubat..ingat Tuhan..banyak lagi kerja HALAL kat luar tu..malu la dengan diri sendiri, dengan masyarakat.. kesian kat mak ayah yang dah lahirkan kite tetiba dah besar jadik peragut..pikirkan la..

(macam la ade peragut bace blog aku..aku nak insafkan diorang..HAHA)

Mari kite fikirkan cara2 nak mengelakkan dari di RAGUT:

  • Jangan pakai handbag- dah tu nak pakai ape?? porch bag cam jantan eh? x sesuai pulak..tapi boleh dipraktikan ape x pakai handbag..bawak yang penting2 je ic, lesen, duit (alamak org yang pakai byk kad mcmane ek? kad mesra bonuslink lagi..HAHA)
  • Jangan pakai barang kemas berlebih2- ini nak ke pasar borong pun dah macam mami jarum..tapi bila fikir2 tak mustahil peragut ni bawak pisau yang tajam potong je jari org sebab nak amik cincin..uish! ape la camtu..
  • Jangan jalan bersendirian- at least ajak la sorang teman kalau nak pegi memane..tapi kalau nak pi sorang2 amik langkah2 pencegahan mengelakkan dapat perhatian peragut.
  • Elakkan menggunakan hanphone ketika sedang berjalan- bukan time drive je tak leh pakai hp tau..tengah jalan pun..sebab kite tidak akan fokus dengan persekitaran bila kite tengah berbual kat hp..
  • Lengkapkan diri dengan ilmu – ilmu yang mcmane? contoh: nak keluar umah bace doa supaya sentiasa dalam lindungan Allah selalu..selalu bertawakal kepada-Nya..ilmu mempertahankan diri mungkin perlu..

Dah la tak tau nak pikir ape lagi..lu pikir la sendiri!! HAHA..yang penting selalu mohon perlindungan dari-Nya dari segala malapetaka serta musibah yang kite tak ketahui..Sesungguhnye DIA Maha Mengetahui..

 

Note: aku bukan buat fakta..tapi yang aku rase boleh dikongsi bersama aku kongsi..

Mencari sesuatu yang hilang

Pernah tak korang alami apabila sesuatu barang tu selalu ade kat tempatnya tapi tetiba arini carik tak jumpa pulak..sangat tension ok sekarang ni.. 

Mane kau?? padahal sehelai je..sehelai tu la bila dah terselit2 celah mane ntah susah bebenor nak mencariknye..

Tolong! tolong sape nak tolong carik..dah 4 kali aku carik kat tempat yang same..aku takde pulak bawak kemane2..

Haish! ni mesti ada wat sesuatu tak kena arini..So kite deal dgn Din..kalau dia carik jumpa..28/8 aku belanja lunch dia..kenapa 28/8?? sebab dah gaji..HAHA ish xde mase la nak ketawa T____T..

yang sedang mencari,

yantie

25 May 2009

20 May 2009

Hak hak pengguna

Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:

Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Sumber : Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional

19 May 2009

Produk Cap Kipas Udang

Ini bukan iklan berbayar..smile_regular just suke2 nak kenalkan produk cap kipas udang yang lain2nya selain kicap.. (tapi kalau company nak bayar iklan ni ape salahnya..HUAHUAHUA) masih ramai lagi yang tak tau Zara Foodstuff Ind. Sdn. Bhd ade jugak produk lain seperti:

  1. Sweet Soy Sauce 345 ml and 645 ml (semua tau)
  2. Salty Soy Sauce 345 ml and 645 ml
  3. Chili Sauce 340 gm and 2.3 kg
  4. Tomato Sauce 340 gm and 2.3 kg
  5. Sri Kaya 240gm and 420 gm

As for me, once i’ve work here i get to know all of their products. Information about the products can be reach at company website : www.zarafood.com.my

Tiru Caltex punye tagline “ Kami juga Pemandu seperti anda”..So kalau aku kena ubah sikit la kan.."Saya juga Pengguna Seperti Anda”..smile_regular

Sweet Soy Sauce

Dah tau mesti ramai sangat penggemar Kicap Kipas Udang..sape tak kenal.."Cap.. cap..cap..cak kipas udang”..iklan yang glamer 1 masa dulu..rase manis, masin dan lemak yang sebati yang jadi ingatan selalu..sampaikan ade yang tak lalu makan kalau xde kicap kipas udang..

Salty Soy Sauce

Ade yang tak berapa suka sebab masin sangat..nama pun kicap masin..sesuai sangat la kalau digunakan penambah perisa untuk masakan..disamping rase masin..ade juga rase lemak yang membuatkan kicap kipas udang lain dari yang lain..

Chili Sauce

Mase buat entry ni dah la lapar..terbayang2 mee goreng..keropok lekor..smile_regular kalau dah nama pun sos..sesuai sangat la digunakan sebagai pencicah makanan seperti keropok atau yang sewaktu dengannya..makan mee goreng dengan sos cili cap kipas udang pun seeedappp!! sangat..(nafsu lapar..)

Tomato Sauce

Sangat digemari oleh kanak2..(fakta atau auta ni..HEHE..ni sebab anak saudara azan gemar sangat..) kalau aku sos tomato ni aku guna untuk masak mee goreng..ade rase masam2 siket..pergh! marvelous!! nyumm! nyumm! (ayat atas dasat lapar sesangat..HEHE)

Sri Kaya Cap Kipas Udang

Sekali lagi kepala dah membayangkan roti bakar..beer dengan segelas teh tarik..mengancam betul lah! bukan setakat makan dgn roti bakar..boleh jugak dimakan begitu saja..(nape? x percaya ke..) jangan tak tau..kite x dapat nak jangka macam mane org lain makan..smile_regular

So tuan puan cik adik kakak abang long abang ngah semua..sape2 yang belum mencuba produk2 lain cap kipas udang silalah berbuat demikian (HAHA ni bukan paksaan tau)..

Produk2 yang memang sangat sesuai untuk seisi rumah seisi keluarga yang menepati citarasa semasa..

Dapatkan dipasaran..

Notes: Gambar tak dapat disertakan dek kerana ketiadaan teknologi kamera..tengok je kat pasaran ade HABHAL’S Cap Kipas Udang..jangan teragak2 untuk membeli..kualiti dijamin tip top..=)

Mungkin gambar akan disertakan bersama entry lain yang berkaitan..

Bila Harus Memilih..

Assalamualaikum w.b.t..

Seakan2 dalam dilema..tapi sebenarnya dah wat keputusan..keputusan? tetiba je kan..camni ceritanye..ni hujung bulan ni..2 org kawan baik aku nak kawen..hari yang sama tarikh yang same bulan yang same (yela kalau tak tak yah nak kena wat pilihan)..boleh tak nyanyi lagu Juliana Banos ;) music_noteTak tahu yang mana satu..music_note

oo..cakap pasal Juliana Banos teringat pasal Mutiara Motors..nak bukak (dah bukak rasenye) lagi satu showroom kat Larkin..besar betul..gah..

Sudahla lari tajuk..berbalik semula..

Perlu ke senaraikan keaikan dan kekurangan setiap org supaya boleh wat pilihan lebih tepat?? oh tidak! entah ape ape je aku ni..

Picture 182 nape takde gambar dgn aku :( haa..yg baju pink tu Amy..)

Lagi sorang Ecah..aku dah pergi mase dia tunang tahun lepas..keesokan harinya si baju purple yang kat atas tu pulak yang kawen..iilyia..(lame jugak dah gambar ni aku peram..hehe)

Picture 167

So keputusan aku adalah..pi umah Amy x pergi umah Ecah..so kena la wat ucapan nangis2 tak dapat pergi kat Ecah..smile_sad

“Ecah,

Mintak maaf sesangat tak dapat datang majlis ko..kalau dapat pun mungkin awal sehari la aku jengah ke umah ko ye..sedih jugak..tapi naseb baik la mase ko tunang aku dapat gi..Semoga berbahagia hingga akhir hayat..cepat2 dapat anak mesti chumel macam mummy dia nanti..HEHE.

..Selamat Pengantin Baru Ecah & Is..        “

Ucapan untuk Amy pulak..

aku nak pi merewang kat umah ko ni..jagan lupe sediakan tempat tido untuk aku..HAHA..dah x dapek la pasni datang umah ko pastu ‘pillow talk’ sampai tertido2..(mcm nak nangis ni..) Semoga Bernahagia hingga ke akhir hayat (ucapan ulang kat atas)..Doakan aku pulak kawen 2 bulan lagi..HAHAHA

note: takde ke sesapa nak sponsor aku nak kawen..Hiks!

18 May 2009

Migrainkah aku??

Dah lame dah aku ade sakit kepala ni tau..berperingkat2..dari darjah 6 lagi dah selalu sakit kepala..sampai la belajar mase kat matrik pastu kat u lagila..giat betul kepala ni nak sakit..

Tapi x pernah pun aku nak pergi check-up..pernak sekali tu aku gi 1 klinik..aku cakap aku ni selalu pening..kadang tu sampai 2 3 ari pun x baik..tapi Dr. tu tak amik serius pun..dia cuma kate aku mungkin kerja ngadap komputer lelama..pastu cam biasa la bagi pain killer..

Apa itu migraine? aku carik2 la jugak..mane tau bahaya ke kan..tak panjang umur aku..(ingat Allah)..

rasa sakit pada satu sisi kepala- memang betul la..sebelah kiri sahaja atau belah kanan sahaja..pastu kan..mata kat belah yang rase sakit tu macam nak terkeluar sendiri je..nak tau minyak kapak yang botol agak besar tu sebulan pun boleh abis..tengok pada kekerapam pening kepala tu nak datang.

rasa mual, yang kadang diikuti juga dengan muntah ade jugak..bila dah sakit kepala tak lalu nak makan..kalau muntah tu sakit yang kritikal..tapi biasanye kalau aku lepas muntah tu sakit kepala tu jadik lega siket.
sensitif terhadap cahaya dan suara – tak boleh dengar org memekak..kalau layan tv lagi la pening kepala..biasenye aku akan tido x ingat dunia..bangun untuk sapu minyak angin je..

Faktor2 menyumbang sakit kepala (migrain) pulak:

  • emosi dan stress – sesapa pun kalau emosi tak stabil + stress mesti punya sakit kepala..tapi tak semua migrain.
  • makanan – kalau aku mungkin sebab selalu makan tak pada waktunya..pagi kalau tak sarapan ape2 langsung..memang la akan sakit kepala.
  • Sakit org pompuan – ni sudah mesti kalau 1st day mesti ade tak kena..diikuti dengan sakit kepala..boleh jadi indicator..”patut la sakit kepala..rupanya period

Ape nak buat untuk elak migrain?? kalau aku memang xde cara spesifik..pagi pagi mesti sarapan (makan)..senang cakap lapar je mesti makan la..kadang kadang boleh tau sakit kepala tu nak datang..rase macam berdenyut2 kat kepala..rase kat mata..cakap dengan diri sendiri..kira macam mind set la..kadang2 berkesan kengkadang tak..HAHA..

Masa kat matrik..kawan2 semua tolong kalau aku sakit kepala..tolong picitkan..siap ade urutkan tapak kaki lagi..itu shila la yang rajin..mase kat u pulak..ade moop, sue, dayah tolong picitkan kepala..amy lagi la selalu..kengkadang aku tau dia macam terpaksa..tapi aku suruh jugak..HAHA kesian amy..Tapi dia dah nak kawen..dah tak dapat nak mintak picit..Chait!! macam la sekarang ni dok serumah selalu dapat picit kepala..HAHA..

So aku rase aku memang +ve Influenza A migrain..tapi tak pernah tau ubat ape patut makan..hentam je selama ni..smile_regular

15 May 2009

Happy Teacher’s Day (SK Seri Utama)

16 Mei Hari Guru kn..saje la aku suke nak cite pasal sekolah2 aku dulu..kate orang mengimbau kembali kenangan lama..agak lama sampai aku pun x berapa nak ingat..nama sekolah paling aku ingat..hehe..sekolah rendah dari Darjah 1 sampai Darjah 6 aku sekolah kat SK Seri Utama..Sekolah ni kira dalam 4 km kot dari umah aku..labih kurang la..

mase darjah 1 mak hantar lagi gi sekolah..siap pakai pinafore lagi..

macam yang budak pompuan tu pakai..=)

pastu darjah 2 dah pakai baju kurung kadang2 je kalau baju basah sebab hujan pakai pinafore..darjah 3 pakai baju kurung sebab dah jadik pengawas..(bajet cam budak baik je dah jadik pengawas..hehe)

Darjah 2 naik basikal dengan kawan2..best la kan..budak2..darjah 3 sampai la darjah 6 naik motosikal. Sekolah agama belah petang..

Sejarah Sekolah aku boleh baca kat SINI

Lagu sekolah ingat2 lupe..hehe..biasala ingatan dah pudar siket2..terasa mcm dah tua pulak..=)

lagu sekolah

List Nama Guru2 :

  • Cikgu Ishak B. Siraj –  Maths
  • Cikgu Abd Rahman B. Hasan –  Muzik/ Pend. Seni
  • Cikgu Junaidi B. Terimo – Sukan
  • Cikgu Abd Rahman B. Sabil – BM
  • Cikgu Nordin B. Bajuri – Kemahiran Hidup
  • Cikgu Asiah Bt Tunas – BM mase darjah 3
  • Cikgu Hasanah Bt. Dol – Maths darjah 1
  • Cikgu Saodah Bt Ahmad – Maths dan Sains
  • Cikgu Hjh Faridah Hanun Bt. Malik - English
  • Cikgu Hasmawati Bt.Ahmad – Kajian Tempatan/Perpustakaan
  • Cikgu Badariah Bt. Tawil – Muzik
  • Cikgu Fatimah Deli – Sains/Maths

Ade banyak lagi mungin..tapi sumpah x ingat..tapi kalau tengok muka gerenti kenal..Buat cikgu2 semua..saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada cikgu2 semua..pengorbanan cikgu dalam mandidik anak bangsa adalah sangat dihargai..terima kasih cikgu..Selamat Hari Guru!!!

14 May 2009

Happy Teacher’s Day

Assalamualaikum w.b.t..

Esok adalah hari guru..macam banyak je sambutan pada bulam May ni..Hari Ibu baru jek lepas kan..

So pada guru2 yang pernah mengajar saya..pengorbanan cikgu semua tak dapat nak dibalas..mengajar mendidik anak bangsa tanpa mengenal jemu..semua cikgu adalah terbaik!!

Selamat Hari Guru kepada semua semua cikgu cikgu kat malaysia ni terutamanya cikgu sekolah:

  1. SK Seri Utama, Semerah, Batu Pahat
  2. SMK Tun Aminah, Batu Pahat
  3. MRSM Kuala Berang
  4. Sekolah Agama Seri Utama, Semerah
  5. Sekolah Agama Kampung Istana, Batu Pahat

Lecturer pun kira guru jugak kan?? Selamat Hari Guru jugak buat Pensyarah pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) serta tenaga pengajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), Kuala Pilah..

13 May 2009

Semangat!!

Assalamualaikum..

Pening kepala..dah 2 hari tak makan nasi (nampak sangat menipu haha) ops! malam tadi ade makan..nasi 1/2 senduk + kuah asam pedas..nampak kesian kan..bukan diet pun..saje je nak makan x berapa selera (kalah org mengandung cuma tade muntah, pening mual je..haha)

Mm..tetibe rase kesian dgn diri sendiri..macam takde tujuan nak buat entry..takpela cerita ceritu sana sini je ye..selalu ade gambar banyak dari situ boleh cerita macam2..tapi kan ade kejadian handphone bermandikan kicap tu..terus je jual dgn my brother RM 200..pastu sekarang dah termanggu sane sini sebab tak dapat mengabadikan kenangan sehari hari di dalam foto..ceh!

Macam ade sesuatu la dalam kepala otak ni..ade byk benda semacam hendak dibuat..tapi tak tau mane satu nak start..sudahnye aku ngadap pc ni luahkan la konon2nye..tapi macam same je..entry yang dihasilkan pun tak berisi..=) mintak maaf..mintak maaf dgn sape?? haha..

Oh semangat! kembali lah dikau..sape tengok cerita INTAN @ Astro Prima..ingatkan sampai intan kawin dgn Dr. Rado je dah happy ending..jap lagi semalam ‘ter’ tengok dah episod ke 235..agaknye nak sampai 365 episod kot..cukup setahun tayangan..haha..tapi yang bagusnye..dalam cerita ni Intan ni walaupun ditimpa dengan ape jugak dugaan dia tetap tabah dan semangat!!!(dengan gaya genggam penumbuk) sampaikan anak dia pun sebijik perangai macam intan..

Tet tet..tet tet (bunyi msg handphone nokia)

Tetibe je dapat msg..bunyinye..

Sambutan Hr & Minggu Belia Negara 09 akan berlangsung di MITC Air Keroh Melaka pd 14-17/5/09. Anda dijemput. 1 MALAYSIA. BELIA BERWAWASAN PENGGERAK KEJAYAAN.

So sesapa yang rase diri dia belia boleh la menghadirkan diri..Saya belia..anda juga belia..bukan penilaian pada pemakaian..=)

cukup dah merapu..challo!

Mari menjawab tag

Here's a chance to see how well you know about your husband/wife/girlfriend/boyfriend/ lover/scandalous. The real challenge is to show the answers to him/her.

1.He's sitting in front of the tv,what is on the screen? 
   malay/chinesse story ala-ala kungfu

2.You're out to eat,what kind of dressing he gets on his salad? 
  x pernahnye nak kuar dating nak makan salad..hehe..

3.What's one food he doesnt like? 
    Nasi Paprik 

4.You go out to eat and drink.What does he order? 
   Ice tea and warm water usually kuey teow kungfu

5.Where did he go to high school? 
    Ops! x amik tau pun..keji..=)

6.What size of his shoes?
   Size 11

7.If he was to collect anything,what would it be?
   barang-barang yang bersepah..pengemas..same macam si ibu..

8.What is his favourite type of sandwich? 
   Sardin mostly

9.What would he eat everyday if she could?
    nasi..nasi..nasi..tak boleh 1 ari x jumpa nasi..=)

10.What is her favourite cereal?

     Quaker oat

11.What would he never wear? 
     long sleeve shirt

12.What is his favourite sports team?
     Pasukan badminton malaysia kot..=)

13.Who did he vote for? 
     BN..hahaha

14.Who is his bestfriend? 
     member 1 tempat kerje..alim budak kelantan (bapak budak)

15.What is something you do that he wishes you wouldn’t do? 
     tengah best2 dia dok cerita aku tertido..haha buruk.. 

16.What is his heritage?
    melayu jawa, banjar 

17.What is his favourite colour? 
     Black..nampak kurus..haha  

18.What is his habit?
     garu kepala kalau panik..hehe

19.What is he proud of?
    his tough body..yeke?? =)

20.Lastly,do you think he will read this?  
   Definitely..nak nak bila disuruh..=)

Betul ke semua tu aku tahu?? ade aku hentam je..haha..xde orang tagged aku..tapi aku nak tag:

  1. kak maz
  2. ilyia
  3. ekey

12 May 2009

Jodoh

Tetiba nak cakap pasal jodoh kan..smile_regular ni sebab pagi tadi la ni..tengah2 x berapa mood nak baik ade member YM plak mintak pendapat la bagai kan..

Biasanye nak memulakan sesuatu perhubungan tu susah..tapi xde la susah sangat..Jumpa dulu baru kenal kn? x kira la di alam maya ke realiti ke fantasi (fantasi tak mungkin tu semacam angan2..macam konon2 nak kawen dgn putera raja haha) same je tak kaedahnye..bagi aku la..kalau kedua belah pihak x nak mulakan perbicaraan mestila x kan mula..

Mm..ape mimpi tetiba nak membebel tak tentu hala ni kan..sebenarnya pandai je cakap..tapi tak pandai nak olahkan dalam bentuk penulisan..isi pun entah ape-ape je..al maklumla dah lame tinggalkan sekolah..tapi mase SPM BM dapat A1 tau..hehe..

Tak semua org tau ape yang terbaik untuk kite..sebaliknye kite sendiri kena wat pilihan yang sebaik-baiknye..tak boleh jugak kan nak harapkan pendapat atau pendapat org lain..

Sebaik-baiknye..cara paling afdal sekali mintak petunjuk kat Tuhan..Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu..tu la jalan terbaik untuk buat pilihan kan..

Sebenarnya kan..hati sekarang macam tengah bercampur baur..tak tahu la kenapa kan..tu mungkin pasal sindrom *** x hilang lagi la tu..selalu macam xde mood..sebab org sekeliling pun bagi faktor jugak ganguan emosi..(ape daa jodoh tetiba emosi pulak smile_regular)

Rakan sekerja ni dah bertemu jodoh (dah kawen ler tu..ade jugak pasal jodoh) so sekarang ni dah dapat berita gembira la kan kehadiran org baru..seperti yang sesiapa pun tahu..awal-awal peringkat kehamilan mesti ade mabuk-muntah-pening-loya-kurang selera..dah biasa dah situasi macam ni..makcik2 dulu pun macam tu jugak..So ade beberapa perkara yang macam dah takde..mari kite senaraikan..

  1. Kawan berbual. Disebabkan kat lab ni ade 2 org je pompuan..memang aku gunakan peluang sepenuhnye la sambil buat kerja borak hal semasa/gosip/hal kerje..tapi disebabkan kehamilan itu dah kurang dapat peluang macam ni..sudahnye aku macam cakap je dengan diri sendiri..sedey..
  2. Ketawa kuat-kuat. Laughter is the best medicine..memang betul la..tapi yang ini salah aku jugak tak..aku yang tegur.. “ibu mengandung tak boleh gelak kuat-kuat”..dah takde member nak gelak kuat2. Jadinye kat lab dah tak riuh macam dulu..
  3. Shopping. Ini bukan disebabkan ibu mengandung..tapi aku nak letak jugak..haha..sebenarnye semenjak pakai kereta..duit untuk berjoli katak semakin sangat kurang..sedey..sudah tiada lagi aktiviti shopping di hari jumaat seperti kakitangan awam kerajaan (pompuan) berkeliaran diwaktu org lelaki sembahyang jumaat..

Tu je la..malas nak senaraikan lagi..sebab pikir jadik sedih..macam lone ranger..sebab tak boleh huha huha sangat..dah ler tak ramai kawan pompuan..T_T xpelah..harap ni sementara je..kalau berlarutan beberapa lame yang x dapat dijangkakan..akan berlakulah simptom mencari kerja lain nanti..kerana ape? suasana kerja tak kondusif..haha..mase tu nanti ape akan berlaku??

Hari hari bukak jobstreet.com. sebab hari hari yang dilalui begitu membosankan sampaikan bersemangat hari hari mau cari kerja lain..haha tak bersyukur la tu..cepatla kenaikan gaji..dapat duit lebih siket untuk shoping serta menambah simpanan untuk kawen..itu fokus utama (ceh tetiba jadik semangat cakap pasal kawen)..

Agaknye la kan..aku ni cemburu kot org mengandung..haha..orang dah nak dapat baby..ko camne? kawen pun tak lagi!! tapi tetibe terpikir pulak..kalau aku kawen tetibe x leh mengandung..sedeynye..ish..mintak mintak la tak jadik macam tu..semoga semuanye berjalan lancar..

10 May 2009

Jiwa kacau..

Hati tak tenteram..

jiwa kacau..

haru biru..

kenape ni???

tak suke la rase macam ni..

macam nak nangis..smile_thinking 

tahan air mata..

Sindrome *** agaknye..

mmm..

malas nak update..

bukan ade reader ponnn..

lagi sedey..huhu..

08 May 2009

Selamat Hari Ibu..

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada MAK yang telah melahirkan saya ke dunia ini..Pn. Azizah Md. Anis..I heart u so much mak!

“Kite x tau nak tunjuk camne sayangnye kite kat mak..tapi percayalah anak mu ini sungguh menyayangi dirimu..tuhan je yang dapat membalas jasa mak..mak tetap mak yang terbaik..love u”

Oh ye..x lupe jugak kepada Pn. Masenas bt. Sulaiman..harus ingat nama bakal mak mertua (padahal tanya dulu baru taip..haha..). Terima kasih kerana telah melahirkan mr.Azan ke dunia ni yang mane ianye  membawa kepada pertemuan kami..(haha..sila doakan sy cepat2 kawen dgn mr.azan agar x selalu merapu + meroyan jer..huhu)

Ucapan:

“Pasal rumah depan yang nak jual m.cik soh kami beli tu kami ade mempertimbangkanya..tapi fulu$$$nya saja yang nggak ada..kawen pun macam jauh lagi..hehe..”

DSC00596

Gambar di ambil di Jusco Tebrau City dimana sy dan mr. Azan menghabiskan voucher RM300 dari prudential tu..(x abis lagi pun ade lagi 80 hengget..beli ape lagi ek??)

 

Peringatan: Huh! jgn la nak komen gambar pompuan di atas tu..biar sy yg kutuk diri sendiri..Anda kelihatam g***k…smile_embaressed

07 May 2009

Doa ketika dukacita dan sedih..

doa apabila ditimpa kesusahan

Hidup x pernah lari dari perasaan sedih dan dukacita..doa ni sesuai sangat diamalkan bila kite merasa sedih..tapi jangan la bola bersedih je nak berdoa dekatkan diri dengan Tuhan..sebagai hambanye kite mestilah selalu mengingati dan bertaqwa kepada-Nya..

..Selamat Beramal..

Rmbut dan Personaliti..

Got an email from pn. zainab..bacela semua..=p tentang rambut dan personaliti..=)

1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya,
cemburu,Dan pandai dalam
menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
Kurang bijak, degil, cemburu kuat,
romantic,banyak pergaulan Dan susah
dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
Bijak, ego, cemburu buta, romantic,
memilih Dan mudah mengamuk bila
susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
Bijak, berfikir sebelum melakukan
sesuatu,berfikiran terbuka, banyak
pergaulan, Dan mudah memaaf kan seseorang dengan
kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
Bijak sangat, memilih, pemaaf, manja,
tegas Dan cepat melakukan
perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
Bijak, sentiasa berfikiran negatif
pada seseorang, ego Dan pandai
membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
Kurang bijak, berfikiran terbuka,
pemaaf, sosial Dan bijak lari
daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
Bijak, degil, cemburu, romantic,
kasar, banyak kawan Dan pandai
mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
Sangat bijak, berfikiran terbuka,
banyak pergaulan, garang, susah nak
memaafkan seseorang, Dan pandai dalam mengurusan
sesuatu tanpa
pertolongan.
P/s: malas sikat rambut

10) RAMBUT BERUBAN
Kurang bijak, suka termenung, sosial
sikit,berfikiran terbuka Dan
pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
Macam mana nak Kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU
KEHIJAU HIJAUAN
Itu rambutann... Huahuahuahua...

13) RAMBUT DALAM CENDOL KAT MAMAK
Itu maknanya mamak itu minat akan
sesorang, jadi dia sengaja mencabut
bulu ketiaknya yang hanya tinggal beberapa helai itu,
Dan meletaknya didalam cendol supaya orang yang minum cendol itu akan datang dan berkata "Mamak dalam cendol in Ada rambut lah!!! Mamak akan berkata "itu bukan rambut lah... Itu " Vuloo juga... Tanda kasih sayang sama adik manis!!!!... Ahaks... Hehehe.. Tahniah lah kepada
insan terpilih tuh yer....

Haha..kesianye yang ade rambut no 13 tu..hehe..oh ye..aku dah potong rambut kasi pendek..Perjanjianye..aku straighten rambut adik aku dia potong rambut aku..haha..kelakor..=p

Note: Rambut panjang byk gugur..pendek plak bila pakai tudung asyik nak terkuar je rambut..mm abis nak wat fesyen ape??

cam ni ok x?? haha..

Kicap Kipas Udang

Hari ni buzy siket..time rehat sempat blog walking je..selebihnye concentrate pada task yang diberikan oleh bos..smile_regular haha..concentrate la sangat ko kan..1/2 jam pertama ye la..jap lagi tengah2 wat kerja ade sampel datang pulak..kena check..

Rase otak macam dah tepu..Google la jap..taip..”Kicap Kipas Udang”..sangat banyak blog yang review pasal kicap ni okay! jangan x tau..glamer tau tak..resepi tok sah cakap la kan..melambak2 kat pasaran..mesra.net ade..resepionline ade..banyak lagi la..

Senang orang sekarang kan..nak masak je boleh bukak tenet carik resepi..tapi orang dulu gak terer x yah carik2 explore je sendiri..ye dok? lihat je contoh mak nenek kite..sape yang x suke masakan mak..

X sempat aku nak bace semua website yang kuar kat Google Search tu..

Ade yang cakap cam ni:

Inila dia kicap yang menjadi pujaan malaya....Kicap Kipas Udang...kicap2 lain tak bleh nak jalan la...knp ek...ni mesti diorg dah kipas2 kot...bila makan sekali pasti nak lagi.....jauh2 pun sanggup pegi beli...punye la kan...

dari blog INI ye..

 

Ade siap jadikan hadiah lagi..=)

 

Ade pulak 1 rumah sampai 2 jenis kicap ade..sebab isteri suke kicap lain..suami kicap lain..=) VP

 

1st list dalam What does a Melayu bring when she moves abroad??!!!

 

Ade pesanan penaja jugak..thumbs_up

 

GUNA LA KICAP MANIS CAP KIPAS UDANG SEDAP DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS + TELOR AYAM GORENG + CILI TUMBUK..  (kat forum INI..)

 

Gunalah kicap dan sos cap "HABHAL KIPAS UDANG". Yang ini taukehnya memang orang Islam ... seorang jutawan yang dermawan tinggal di Kampung Melayu Majidee JB. Produknya pun khabarnya dah sampai ke Timur Tengah sana ...

dari forum sembang2 melayu.com..

 

Kat website ni pun ade jual..bagi yg dok perantauan..

kedai

itu sahaja untuk hari ini..smile_wink

Note: Akan datang akan diceritakan lagi pasal kicap kegemaran ramai ni ye..tunggu entry seterusnya…

06 May 2009

Rahsia..senyap2 sudeyy!!

Haha..korang nak tau x..

aku sebenarnye baru dapat lesen..

Lesen P kereta la…

selama ni (x la lame mane baru 2 3 bulan) aku bawak kereta pakai lesen agung..hehe..

tapi sekarang aku dah lega..

road block kat depan aku boleh lalui dengan tenag..haha..

suke2..

 

note: yang x baik jangan dijadikan ikutan ye..=)

05 May 2009

Rabu yang kelabu..

Tetiba je arini dah ari rabu kan..

Pagi2 bagun kul 5.45 camtu dah dengar bunyi hujan datang..cheh! boleh dengar tu..pagi2 la katekan..

tarik selimut lagi sedap ni..zzzz

tapi..dalam dok pejam mata terpikir..kalau kuar umah lambat gerenti jem la jalan..dengan kereta jem la..kete berlanggar la kala jengking (backhoe) sibuk pagi2 nak jalan la..

Akhirnya..dengan lemah longlainye..amik la baju gosok..nak pilih baju nak gi keje dah la 1 hal..apesal company x provide sekali uniform utk officer ekk..klu x x payah la pepagi aku nak memikir nak pakai baju ape..hehe.. manusia..hidup memang nak senang je..kalau x ape gunanye teknologi..(berkait ke dgn cite aku ni..haha)

Siap2 mandi semayang subuh skali dah kul 6.30..masak air panas..x jadik la..dalam peti ais ade ‘Dutch Lady Shine’ bawak je wat minum sambil bawak kete..pekena pulak roti jagung..ni pasal aku carik Roti Baru Gardenia tu x jumpa la..

korang dah try x? Gardenia Delicia Butterscotch..malam semalam aku gi Carrefour Tebrau carik xde pulak..smile_cryyang Chocolate Raisin tu ade la..yang tu dah banyak kali rase..xde rezeki la..heart_broken

Banyak pulak aku melalut sampai ke produk Gardenia..hehe..

Perjalanan nak ke tempat kerje cam selalu la..x jem sangat tapi still byk kete walau pun kuar awal..(6.45 am awal ke??) sampai x awal pulak koo..kul 7.25 aku dah tercegat..masuk dalam lab bukak pc tido 15 minit..bangun cam x larat je kan..wat keje tgk kertas je ngantuk..ape nak jadik..

Lapar..beli nasi..lauk ikan sumbat belakang (bunyi cam pelik tapi sodappp..hehe)

Pastu x tau sebab ape hidung sebelah kiri ni sumbat plak..asik bersin dan bersin dan bersin..cikgu kate kalau lebey 3x tu penyakit..haa betul la..selsema la tu..bukan selsema babi ok! sebab x demam pon..hehe..DSC00851haa amik kooo…segulung tisu aku hadap.. dek kerana hidung asik meleleh..

So kerana arini ari rabu yang kelabu..kite dengar plus layannzz lagu adibah noor ni..

Kelabu – Adibah Noor

Putih lambang kasih suci
Jernih datang dari hati
Merah semarak asmara
Hijau cemburu tandanya
Biru romantika bahagia

(Bridge)
Ku bicara tentang kelabu
Langit ku tidak seindah cerita mu
Sejingga mega mu
Cinta ku…berawan mendung selalu

(Korus)
Ooohh…
Kelalalalalabu, kelalalalalabu
Ku menyanyi suka namun hati duka
Ooohh…
Kelalalalalabu, kelalalalalabu
Ku menyanyi suka namun hati duka

(Ulang dari mula)

(Ulang korus)

Nak download?? SINI

 

Note: Tapi balik keje ni nak jumpa AZAN la..=) so boleh tukar..pelangi rabu..smile_regular

A Set of Cupcakes for Hantaran Amy

Seorang demi seorang kawan2 aku nak kawen..haruskah aku jeles kat diorang2 ni?? ala bukan jeles yang sampai nak merosakkan majlis org la..=)

Mase tunang aritu aku order kat Laily @ cuppies4you..kali ni aku pun order kat dia jugak..senang..lagipun bila lagi nak tolong kawan kan..hehe..oh ye..aku kononye nak sponsor tuk amy..=) murni x hasrat aku..wahahaha! tu pun nak cakap..=)

Sebelum pandai2 sendiri order memula aku tanya dulu pengantin nak design camane..aku amik design kat blog Laily tunjuk kat dia tru email..dia pun dah setuju nak yang macam ni..

CC15 012 copy kalau nak design sendiri pun aku rase boleh..bagi je kat si pembuat cupcake..tapi aku ni ala2 x kreatif gitu kan..=) serahkan je la bulat2 kat Laily..same je macam mase tunang aritu..=)

Amy nikah 31.05.09 kul 9.00 so sehari sebelumnye mesti aku dah kena hantar cupcake tu kat umah pengantin..jumaat malam atau pagi sabtu tu aku akan bergerak ke yong peng la tuk amik cupcake tersebut..

Ko tunggu aku laily aku sampai lagi sekali umah ko ye..=)

Notes: x de idea sangat la nak update ape..=)

04 May 2009

Selsema Babi @ Swine Flu

Whoever got the symptoms of Swine Flu (H1N1) should go to the nearest clinic/ hospital and get ur to ensure that you are not infected by the virus H1N1..

Symptoms of Swine Flu:

  • Fever
  • Aches
  • Chills
  • Cough
  • Runny Nose
  • Fatigue
  • Vomiting
  • Diarrhea

Spread of swine flu can occur in 2 ways :

  1. Through contact with infected pigs or environments contaminated with swine flu viruses.
  2. Through contact with a person with swine flu. Human-to-human spread of swine flu has been documented also and is thought to occur in the same way as seasonal flu. Influenza is thought to spread mainly person-to-person through coughing or sneezing of infected people.

DSC00370 U can use face mask like this guy to avoid any occurrence of  infection..haha..(who’s this??)

More information click HERE

Baby Sitter..

Patutnye ni entry skali dgn Lawatan ke Hospital Permai aritu..saje asingkan..=)

DSC00552mak bapak bebudak ni semua masuk dalam..tengok pesakit..=) sape lagi nak jaga diorang kalau tak kitorang kn..=) nasib baiklah diorang ni x meragam..

yang aku pegang tu hadif..yang azan pegang tu Wai’z al- Karni..anak cik uji..

DSC00553 DSC00554

sesuai x kalau azan bapaknye..hehe

 

DSC00559

DSC00557

wai’z ni dah besar sket..org agah siket je dia punye gelak x hengat dunia..budak2 kalau time camni memang best je..comel..=)

tu je la..tgk gambar je ek..hidup mesti enjoy!

10 perkara wanita tidak tahu mengenai lelaki

Artikel menarik untuk di baca oleh kaum hawa..=)

Susunan ROSMAWATI MION

SEMUA mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.

Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, 'Awak langsung tidak menghormati saya'. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup - tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya). Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

Article from www.utusan.com.my

03 May 2009

Buah Rambai

Waaa..seronok betul tgk buah rambai ni..ade yang x kenal ke?..dulu mase kecik2 suke sangat makan buah rambai ni..dah besor2 ni x berapa sangat.. DSC00604DSC00606

dedua gambar kat atas diamik oleh en.azan..dia kata cantik..”sayang masukan la dalam blog” haha..layan jer..

 

jalan nak pi umah kat kg tu ade pokok rambai tau kat jambatan kecik..org kate kat situ ‘keras’ siket..aku x berapa pcaya..tapi x kn aku lalu tempat tu sengsorang..jgn cari pasal..jeng! jeng! jeng!

Buah Lam Lay

ni buah rambai yang dah masak..warna kuning..dari jauh tengok macam buah langsat atau duku..tapi boleh tengok kulit dia lain sket..tangkai dia pun x same dgn duku atau langsat..

kredit photo: rasamalaysia.com

note: Bukit Rambai ade kat Melaka..ade byk buah rambai agaknye ek..

Taman Rekreasi Tampok Laut

1 Mei ape lagi..cuti kan..balik kampung lorr..disebabkan blm ade perancangan selain nak pergi Parit Husin ade kenduri kawen..so dalam kul 2.00 pi la jalan2 ke Rengit..Mak nak hantar borang cabutan bertuah kat Pasar Borong Sakan..(betul ke pasar borong..=) tapi yang konfemnye SAKAN la.. so lepas tu kite jalan2 pulak ke Taman Rekreasi Tampok Laut..

Terletak 3km dari Pekan Tampok Laut boleh sampai ke situ melalui jalan utama Batu Pahat-Pontian. Aku pernah gi sini sekali..Daya tarikan utamanya ialah sumber berasaskan alam semula jadi dan rekreasi.

Kawasan ini mempunyai air sungai yang jernih, hutan bakau laut dan pelbagai spesies flora yang menarik. Kat situ pun banyak hidupan lain seperti monyet dan pelbagai spesies burung katanye boleh menyaksikan keindahan kerlipan kunang-kunang pada waktu malam. Tapi malam aku x pernah gi pulak..

DSC00603

pemandangan memang best..bagi pencinta alam semula jadi seperti aku..haha..=)

 

DSC00600

tu mungkin bot karam..mmg dijadikan hiasan kot..=)

tapi yang x bestnye banya infrastruktur yang dah mereput..mungkin guna kayu yang x berapa bagus kott..

DSC00601 tengok la tu..bahaya untuk pengunjung..

nampak kawasan ni x terjaga..sayang sangat..kalau tak boleh jalan atas jambatan ni melihat keindahan hutan paya bakau..

DSC00602   

DSC00599

sampai muka pun oren..=)

Mari kite wat checklist destinasi kawasan pelancongan kat daerah pontian..=)

DESTINASI PELANCONGAN  DAH SAMPAI (/)
Taman Negara Johor, Tg. Piai

/

Taman Negara Johor, Pulau Kukup  
Tanjung Piai (Penghujung Benua Asia)  
Kukup Laut  
Taman Rekreasi Sg. Rambah  
Taman Rekreasi Tepi Laut

/

Taman Awam Pekan Nanas

/

Taman Rekreasi Tampok Laut

/

Ramsar Site (Hutan Paya Bakau Sg. Pulai)  
Muzium Nanas  
Muzium Bugis  
Tugu Jerman – Peradin  
Rumah Api Pulau Pisang  

 
Banyak lagi rupenya tempat kat pontian x gi..tapi asik berangan nak jalan tempat orang..haha..