03 May 2009

Taman Rekreasi Tampok Laut

1 Mei ape lagi..cuti kan..balik kampung lorr..disebabkan blm ade perancangan selain nak pergi Parit Husin ade kenduri kawen..so dalam kul 2.00 pi la jalan2 ke Rengit..Mak nak hantar borang cabutan bertuah kat Pasar Borong Sakan..(betul ke pasar borong..=) tapi yang konfemnye SAKAN la.. so lepas tu kite jalan2 pulak ke Taman Rekreasi Tampok Laut..

Terletak 3km dari Pekan Tampok Laut boleh sampai ke situ melalui jalan utama Batu Pahat-Pontian. Aku pernah gi sini sekali..Daya tarikan utamanya ialah sumber berasaskan alam semula jadi dan rekreasi.

Kawasan ini mempunyai air sungai yang jernih, hutan bakau laut dan pelbagai spesies flora yang menarik. Kat situ pun banyak hidupan lain seperti monyet dan pelbagai spesies burung katanye boleh menyaksikan keindahan kerlipan kunang-kunang pada waktu malam. Tapi malam aku x pernah gi pulak..

DSC00603

pemandangan memang best..bagi pencinta alam semula jadi seperti aku..haha..=)

 

DSC00600

tu mungkin bot karam..mmg dijadikan hiasan kot..=)

tapi yang x bestnye banya infrastruktur yang dah mereput..mungkin guna kayu yang x berapa bagus kott..

DSC00601 tengok la tu..bahaya untuk pengunjung..

nampak kawasan ni x terjaga..sayang sangat..kalau tak boleh jalan atas jambatan ni melihat keindahan hutan paya bakau..

DSC00602   

DSC00599

sampai muka pun oren..=)

Mari kite wat checklist destinasi kawasan pelancongan kat daerah pontian..=)

DESTINASI PELANCONGAN  DAH SAMPAI (/)
Taman Negara Johor, Tg. Piai

/

Taman Negara Johor, Pulau Kukup  
Tanjung Piai (Penghujung Benua Asia)  
Kukup Laut  
Taman Rekreasi Sg. Rambah  
Taman Rekreasi Tepi Laut

/

Taman Awam Pekan Nanas

/

Taman Rekreasi Tampok Laut

/

Ramsar Site (Hutan Paya Bakau Sg. Pulai)  
Muzium Nanas  
Muzium Bugis  
Tugu Jerman – Peradin  
Rumah Api Pulau Pisang  

 
Banyak lagi rupenya tempat kat pontian x gi..tapi asik berangan nak jalan tempat orang..haha..

No comments:

Post a Comment