07 September 2013

Teluk Gorek.

Assalamualaikum..

Lepas buat piknik-piknik kat Pantai Temala 2 tahun lepas masing-masing dah bertanya takde buat piknik-piknik lagi ke? Dah penat kerja dapat rehatkan diri tepi pantai mandi manda memang best. Masa tu buat pergi hari balik hari je. Takde masa.

Kali ni dah planning baik awal-awal nak pergi Teluk Gorek. Kat mana Teluk Gorek? Orang Johor ni yang baru first time dengar pun tak tahu kat mana Teluk Gorek ni. Hahaha. Rupanya kat Mersing. Jauh sikit kita pergi. Dapat bermalam. Tak sabar rasanya. Ada 13 biji kereta akan berkonvoi dan dah sewa 12 biji Chalet di Teluk Gorek Campsite. Facebook: Teluk Gorek Chalet Campsite


Teluk Gorek tunggu kami 15-16 September nanti. Yeay!!

06 September 2013

Terakhir syawal.

Assalamualaikum..

Kebetulan hari ini hari terakhir syawal kan. Jatuh pulak pada hari jumaat. Alang-alang waktu rehat panjang, diorang dah decide untuk sama-sama bawak kuih raya. Buat sambutan hari raya kat kantin. Jemput semua datang makan. En. Mail buat soto sebagai menu utama. ;)

Kuih yang menarik perhatianku..;) puas dapat makan kek lapis sarawak..

Al-kisah bangun pagi tadi dah lambat. Masa mandi dah ingat nak bawak kuih raya ada la lagi sikit. Sekali dah siap-siap ingat nak bawak bekal je. Dah dalam kereta tengah jalan baru teringat balik. Huhu. Rasa bersalah sekali tengok kat kantin melambak kuih raya siap tapau bawak balik lab. Haha.

 Menu utama.

Soto memang sedap. Sehingga menghirup kuah. Hehe. Tapi memang licin la. Kuah Lontong pun ada tadi tak pasti siapa yang bawak. Siapa yang tak nak soto boleh makan lontong.


 Tauke Kuih potong kuih sendiri..membebel katanya tak ada orang nak tolong potongkan..haha. Kek lapis pun sedap. Lain kali boleh beli dengan tauke ni.


 Lepas makan jangan lupa pergi solat jumaat..;)

Murah rezeki hari ni sebenarnya. Dah la ada jamuan raya, ada pulak dapat KFC sorang 1 set. Kenyang tak ingat. Apa lagi bawak balik la bagi anak-anak.;)

Tetamu VIP (kononya) dari Tingkat 1, Bahagian HR dan Production. ;p


Bacaan doa selamat.

Semoga kita semua dapat lagi bertemu dengan Syawal akan datang. 

05 September 2013

Farewell Party for Practical Student.

Assalamualaikum..

Dah seminggu takde student practical kat lab ni. Kerja pun jadi menimbun. Hehe. Patutnya masa student praktikal banyak masa untuk update blog kan. Haih tak tahu la apa yang disibukkan sangat kan?. Padahal masa rehat banyak je masa. Hikhikhik. Tau tau je dah Majlis Perpisahan. ;(


Antara yang hadir. Ada la sedikit jamuan. Kak Niza buat laksa johor dan kuih-kuih raya masing-masing bawak. Masih mood raya lagi kan. ;)


Yang diraikan. Nurul Azurainie dengan encik bos. ;)

Jamuan makan. 




Menu yang ada : Laksa Johor, Nugget, Karipap dan Kuih Raya.



Yang diraikan juga. Rafidah Razali. ;)


Kami.

Terima kasih buat Fida dan Nurul yang banyak tolong kami sepanjang keberadaan korang berdua. Ingat pesanan kami. Walaupun 6 bulan macam tempoh yang sekejap, semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya. ;) Semoga berjaya dalam pelajaran dan dapat pekerjaan yang diidamkan.;)

04 September 2013

2 Bulan

Assalamualaikum..

Random

Dah 2 bulan rupanya blog ni terabai..kasihan sungguh..fuhh! fuhh! tiup habuk sapu sawang ;)
Ni pun tersedar sebab ingatkan domain dah due bulan Ogos hari tu. Rupanya bulan Oktober nanti baru kena renew. ;) 

Bulan Syawal pun hampir nak melabuhkan tirai. Semoga kita semua dapat bertemu semula dengan Ramadhan dan Syawal tahun mendatang. Semoga anda semua sentiasa dalam limpah rahmatnya.

Dah seperti terlalu lama tak membebel kat sini. Entah ada entah tidak orang berkunjung ke sini. Kalau ada pun rasanya yang kebetulan tersinggah. Hehehe. Thanks to Google. Banyak jugak post yang sebelum ni jadi rujukan orang yang cari info terutamanya (ikut email dan call) berkenaan Tempat Penetasan Belangkas dan buah mentega. ;) Kadang bagus juga ada blog ni. tujuan saja-saja tapi dapat bagi manfaat pada orang lain.

4th Anniversary

Alhamdulillah..Syukur tak terhingga kepada Allah S.W.T atas kurnianya. Tak sangka usia perkahwinan kami sudah pun 4 tahun. 4 tahun rasa sekejap sangat. Pengalaman apa la sangat. Banyak sangat yang masih perlu diperbaiki. Banyak lagi yang masih perlu dilalui. Semoga Allah limpahkan kasih sayang dan keberkatan kepada kami sekeluarga.


Azyan Zahirah

Kepada yang tak biasa, Azyan Zahirah nama anak saya yang sulung. ;) Sekarang ni macam semakin kerap pulak dia batuk-batuk. Walaupun tak ada sampai tahap pergi hospital untuk neb tapi masih merisaukan. Cadangnya nak ambil Omega Guard Shaklee. Moga-moga ada perkembangan positif. Usaha dulu selebihnya baru berserah pada Allah. Ye tak?

Mulut memang pot pet pot pet je dekat rumah tu. Mama balik report dia buat apa satu hari kat rumah. Lengkap dengan aktiviti adik sekali. Adik kan belum pandai cakap. Tapi Zahirah cakap pun masih pelat lagi. Kadang tu macam sengaja dibuat-buatnya. ;) Bila tanya "Nama Kakak Siapa?" jawabnya "Tilah" bila ajar "Za Hi Rah" tetap jadi Tilah. Hahaha apa-apa je la. 

Sifat pemalu masih belum hilang. Kalau jumpa orang je confirm terus jadi pendiam tak nak cakap, suruh salam pun susah. Harapnya bila masukkan sekolah tahun depan dapat la dia bergaul dengan baik nanti.


Imran

Imran dah 1 tahun 5 bulan. Ada gelaran kat Imran Mama bagi. ;) Mat Lekat.  Sebabnya selalu sangat nak melekap dengan mama. Menyusu sepanjang hari pun tak apa. Pantang nampak mama. Suka perhatian lebih. Manja sangat. Pandai merajuk. Kesihatan sangat baik. Susah nak demam, batuk, selsema. Mungkin jugak berkat susu ibu. Alhamdulillah.