Random
Dah 2 bulan rupanya blog ni terabai..kasihan sungguh..fuhh! fuhh! tiup habuk sapu sawang ;)
Ni pun tersedar sebab ingatkan domain dah due bulan Ogos hari tu. Rupanya bulan Oktober nanti baru kena renew. ;)
Bulan Syawal pun hampir nak melabuhkan tirai. Semoga kita semua dapat bertemu semula dengan Ramadhan dan Syawal tahun mendatang. Semoga anda semua sentiasa dalam limpah rahmatnya.
Dah seperti terlalu lama tak membebel kat sini. Entah ada entah tidak orang berkunjung ke sini. Kalau ada pun rasanya yang kebetulan tersinggah. Hehehe. Thanks to Google. Banyak jugak post yang sebelum ni jadi rujukan orang yang cari info terutamanya (ikut email dan call) berkenaan Tempat Penetasan Belangkas dan buah mentega. ;) Kadang bagus juga ada blog ni. tujuan saja-saja tapi dapat bagi manfaat pada orang lain.
4th Anniversary
Alhamdulillah..Syukur tak terhingga kepada Allah S.W.T atas kurnianya. Tak sangka usia perkahwinan kami sudah pun 4 tahun. 4 tahun rasa sekejap sangat. Pengalaman apa la sangat. Banyak sangat yang masih perlu diperbaiki. Banyak lagi yang masih perlu dilalui. Semoga Allah limpahkan kasih sayang dan keberkatan kepada kami sekeluarga.
Azyan Zahirah
Kepada yang tak biasa, Azyan Zahirah nama anak saya yang sulung. ;) Sekarang ni macam semakin kerap pulak dia batuk-batuk. Walaupun tak ada sampai tahap pergi hospital untuk neb tapi masih merisaukan. Cadangnya nak ambil Omega Guard Shaklee. Moga-moga ada perkembangan positif. Usaha dulu selebihnya baru berserah pada Allah. Ye tak?
Mulut memang pot pet pot pet je dekat rumah tu. Mama balik report dia buat apa satu hari kat rumah. Lengkap dengan aktiviti adik sekali. Adik kan belum pandai cakap. Tapi Zahirah cakap pun masih pelat lagi. Kadang tu macam sengaja dibuat-buatnya. ;) Bila tanya "Nama Kakak Siapa?" jawabnya "Tilah" bila ajar "Za Hi Rah" tetap jadi Tilah. Hahaha apa-apa je la.
Sifat pemalu masih belum hilang. Kalau jumpa orang je confirm terus jadi pendiam tak nak cakap, suruh salam pun susah. Harapnya bila masukkan sekolah tahun depan dapat la dia bergaul dengan baik nanti.
Imran
Imran dah 1 tahun 5 bulan. Ada gelaran kat Imran Mama bagi. ;) Mat Lekat. Sebabnya selalu sangat nak melekap dengan mama. Menyusu sepanjang hari pun tak apa. Pantang nampak mama. Suka perhatian lebih. Manja sangat. Pandai merajuk. Kesihatan sangat baik. Susah nak demam, batuk, selsema. Mungkin jugak berkat susu ibu. Alhamdulillah.
Imran
Imran dah 1 tahun 5 bulan. Ada gelaran kat Imran Mama bagi. ;) Mat Lekat. Sebabnya selalu sangat nak melekap dengan mama. Menyusu sepanjang hari pun tak apa. Pantang nampak mama. Suka perhatian lebih. Manja sangat. Pandai merajuk. Kesihatan sangat baik. Susah nak demam, batuk, selsema. Mungkin jugak berkat susu ibu. Alhamdulillah.
Eh sr ni.hikmahian 0203. Good luck in ur life alwayz..
ReplyDelete