30 January 2013
A year older..;)
28 January 2013
80 km/j
26 January 2013
Destinasi Makan | Nasi Ambang Mat Corner
Dah lama dah sebenarnya pasal kesedapan nasi ambang (kalau orang jawa sebut nasi ambeng) dekat Bandar Baru Uda ni..tapi tengahari tadi baru berkesempatan makan kat situ..
Kalau tak tahu nak makan apa tengahari boleh la jengah ke Mat Corner, Medan Selera Mahsuri..dekat dengan Wisma BBU dan tapak pasar tani..
Nasi ambang boleh pilih ayam atau daging..alas daun pisang memang licin la bila makan..sayur sambal goreng dan wajib ada ikan kering..:-)
Kalau tengahari memang ramai orang sukammakan kat sini..penuh je tempat duduk..siap beratur tu nak ordet nasi..terbaikkk! Boleh la cuba ye..
Terima kasih sudi membaca.:-)
posted from Bloggeroid
25 January 2013
Anak teruna | Imran Bin Azan
Currently..
24 January 2013
Realiti Insan
Feel free to listen:
08 January 2013
Guru kelas pertama?
Assalamualaikum..
Dengar topik santai pagi tadi dalam IKIM.FM buat aku tersenyum-senyum sendiri..;) Korang ingat tak nama cikgu kelas pertama korang? Mesti kebanyakkan daripada kita ingat lagi siapa nama cikgu kelas kita yang pertama dulu kan..macam aku hampir 20 tahun lepas kot..terasa tua..T__T
Kelas pertama biasanya kelas darjah 1 la..tapi sebenarnya cikgu kelas tadika pun aku masih ingat lagi..pernah balik kampung kat Batu Pahat ternampak dia dari dalam kereta..awet muda lagi orangnya..tapi tak sempat nak bertegur sapa masa tu..kenagan sekolah tadika: kenal kawan baru, belajar doa harian, hari-hari makan sedap..aku paling suka minum air bandung..masuk pertandingan mewarna..padahal aku mewarna entah apa-apa je..;)
Kelas yang kiranya betul-betul formal mestilh masa kita masuk darjah 1..Sekolah Kebangsaan Seri Utama..Ada 2 kelas masa tu..Kelas Melur dan Kenanga..aku dengan kawan baik aku sejak dari sekolah tadika dapat masuk kelas 1 Melur..Cikgu kelas Cikgu Siti Halijah..
Cikgu Halijah tak garang tapi tegas..;) pernah kitorang budak perempuan pakai baju kurung tak pakai butang kena cubit bukan kat lengan atau kat tempat lain..tapi kat nen..Hahahaha..memang kenangan sungguh la..tak ada nak berdendam dengan cikgu sebab memang salah sendiri..lagipun dah jadi momento..ingat sampai tua..;)
Lagi satu cikgu suka bergurau dengan kitorang..rasanya dalam kelas tu masa tu semua anak jawa kot..bila cikgu ajar
L A : (bunyi) La D A : (bunyi) DA
Semua murid bunyikan LADA tapi cikgu sebut LOMBOK..Hahaha
Kenangan sungguh la..mana Cikgu Halijah ye? Yang pasti memang cikgu dah pindah ke sekolah lain.. Cikgu tak ada Facebook ke..Hihi..
Walau di mana pun cikgu berada, saya harap cikgu sentiasa dalam lindungan-Nya dan bahagia serta sihat selalu..harap sangat dapat jumpa cikgu..
Tak lupa juga buat semua cikgu yang pernah mengajar saya di SK Seri Utama..
06 January 2013
Pantang dan bengkung..
Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim
Hari ni cerita pulak pasal pantang selepas bersalin..Setiap orang pengalaman berpantang berbeza-beza sama la jugak macam pengalaman bersalin..Yang berbeza tu kebiasaannya ragam bayi masa dalam pantang..untunglah kalau bayi korang masa dalam pantang tak ada masalah apa-apa contohnya kerap menangis, kembung perut atau masalah yang biasa zaman sekarang ni ‘Jaundis’ atau orang lama panggil ‘Kuning’..
Persamaan semasa dalam pantang biasanya ibu yang lepas bersalin perlu memakai bengkung..macam yang mak bidan bagitau bengkung adalah untuk elakkan kemasukan angin dari liang-liang perut, kembalikan bentuk badan seperti sebelum meengandung, memperbetulkan kedudukan rahim dan beberapa fungsi lain lagi..
pic: Google
Masa bersalin anak pertama dan kedua dulu memang tak ada pakai bengkung tradisional ni..Biasanya bengkung tradisional ni turun temurun..bengkung zaman emak bersalin dulu ada lagi kat kampung tapi masa tu tak rasa nak pakai bengkung tu sebab rasa macam leceh..;) kebetulan pulak makcik ada bengkung zig zag yang rasanya lagi berkali-kali senang nak pakai..pakai sendiri pun boleh..contoh macam gambar kat bawah ni..
Tapi masa tu ada jugak mengelat..bila orang tua membebel tak pakai bengkung baru la terhegeh-hegeh pergi pakai..hihi..free je dapat bebelan..nyaie (panggilan nenek) kata orang muda sekarang ni degil..dulu masa dia 44 hari konsisten pakai bengkung ni..duduk pun tak ada nak bersila ..lurus je kaki bila duduk..;)
Tapi masa anak kedua lain pulak ceritanya..berpantang di rumah sendiri..lagipun ada MIL kan..senang la sikit kalau-kalau ada kena hantar baby untuk ujian darah check jaundis..(Alhamdulillah Imran tak ada masalah jaundis)..Bidan pun yang memang duduk dalam satu taman..memang dah berpengalaman la..masa hari pertama berurut bidan tanya pakai bengkung apa dan dia pun pakaikan bengkung tu tak ada komen apa-apa..tapi bila hari kedua, bidan tu tanya ada sakit perut tak..kebetulan memang ada sakit perut pun kat bahagian rahim tu..bidan tu pun kata sebenarnya dia tak syorkan sangat bengkung macam ni..sakit perut yang saya alami tu sebenarnya disebabkan kedudukan rahim turun semula selepas dah dinaikkan semalam..mungkin ada betulnya..start hari kedua tu saya terus je pakai bengkung strap..tapi memang macam tak puas sebab bengkung tu just sokong bahagian perut/rahim je..bahagian atas perut dan punggung tak cover..huhu..macam tu la cerita pantang saya pasal bengkung..;)
Bersyukur sangat selepas 2 bulan bersalin saya dah dapat set Premium Beautiful saya..masih belum terlambat..sebenarnya masa tu pun dah risau sangat dengan badan sendiri..rasa macam debab gila..tengok iklan weight management kat TV dalam hati cakap “Kalau la aku banyak duit..”
Alhamdulillah lepas dikenalkan dengan Premium Beautiful tak sangka pulak dapat buat bisnes dengan Premium Beautiful..Sebab tau kebaikan Premium Beautiful untuk kesihatan yang banyak serta pelan pemasaran yang mudah..Segala ilmu untuk berbisnes diberi dan follow the leader..InsyaAllah pasti berjaya!!;)
Nak tahu pasal Premium Beautiful? Free Trial and Consultation:
Cal/SMS :
Yantie
0127959694
Email: yantieazan@yahoo.com
Cerita tentang Berpantang dengan Premium Beautiful by my great leader CDM FAZIHA..Check it Out!!
04 January 2013
Buang Toksin Dalam Badan
Assalamualaikum..
Hari ni nak cerita pasal toksin..rata-rata orang semua tahu apa tu TOKSIN. Kalau boleh memang nak elakkan atau hapuskan terus kandungan toksin dalam badan kita kan..dari toksin berlebihan la yang datangnya penyakit-penyakit berbahaya..
Petikan dari Harian Metro (7/3/2012):
Pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalusi seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng dan protein yang diambil secara berlebihan adalah faktor menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak turut mempengaruhi.
“Semua bahan ini masuk ke dalam usus lalu meningkatkan kandungan toksin di dalam badan. Toksin itu akan diserap dan melekat dalam darah lalu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan atau penyakit seperti radang usus”.
Zaman sekarang ni banyak sangat makanan terproses ada kat pasaran..kadang tu kita tak tahu dan tak ambil berat pun samada makanan tu betul-betul selamat atau tidak..janji sedap dek tekak telan je..huhu..
TANDA-TANDA AWAL YANG MENUNJUKKAN BADAN MENGANDUNGI TINGGI TOKSIN
1. Lendir di dalam hidung dan kerongkong apabila bangun waktu pagi
2. Hidung tersumbat atau berair, lidah berlumur, bau nafas
3. Tanda darah dalam mata, tidak berselera makan, perut terasa berat
4. Perut berangin, pening kepala, terlalu banyak kelumumur, berpeluh berlebihan.
5. Badan berbau, kulit berwarna kekuningan lekas merah.
6. Bawah mata hitam dan kulit berjerawat.
7. Sukar bangun tidur.
8. Cepat Keletihan.
Macamana nak buang toksin?
Ada macam-macam cara dan macam-macam produk kat pasaran..tapi pilihan saya adalah Premium Beautiful!! Paling murah dan sangat berkesan! Weehoo! dengan pemakaian konsisten selama 8 jam sehari InsyaAllah masalah toksin berlebihan dalam badan dapat di atasi..mudah kan?
Ini testimoni sendiri..bila bangun pagi tu rasa cergas je walaupun kadang tidur lewat malam..kulit pun jarang ada masalah jerawat..kecuali time period..itu boleh salahkan hormon..haha..minum air masak seperti yang disyorkan masalah buang air besar pun takde..penting tu..buang toksin..;) Apa lagi?
DAPATKAN SET KORANG SEKARANG!
ENJOY FREE GIFTS
(PB WASH + LACTOLITE/MAHARANI + SPECIAL GIFT)
UP TO 12 MONTHS INSTALMENT PLAN!
WOW!!
CALL/SMS: 0127959694
01 January 2013
Breastpump Review : Autumz Marvel
Assalamualaikum..
Hai kawan-kawan..;p Hari ni nak share pasal breastpump..Actually aku sebenarnya pakai Spectra 3 dari semenjak zaman Zahirah lagi..Pam tu masih berjasa lagi sebenarnya sampai sekarang..cuma kadang-kadang suction dia macam takde..Boleh hantar servis tapi M sangat besar..suami saya je yang selalu rajin bukak dan servis sendiri..;p
Ok nak dijadikan cerita semalam makcik aku call kata yang breastpump dia macam rosak dan tak berfungsi dengan betul..suction dia tak rasa..so anak saudara yang baik hati ni berkejaran la dari Larkin ke Wisma Persekutuan..Nasib baik la dekat je..misi menyelamat kononnya..tau je la kalau breast dah engorge kn..
Jadi review ni adalah berdasarkan penggunaan aku selama 2 hari..hehe..oklah tu kan..seperti yang kita tahu breastpump ni kadang ikut keserasian pengguna tu sendiri..ada tu dah pakai breastpump yang paling mahal macam Medela Freestyle kalau dah tak serasi tetap tak best nak guna..
Basically inilah parts untuk Autumnz Marvel..tak banyak pun kan? ade corong (breast shield) sekali dengan silicone massager..sepatutnya ada valve berwana putih kat tempat untuk masukkan botol tu..yang bagusnya takde valve tu pun pump masih boleh berfungsi..kalau Ameda Lactaline Personal valve terkoyak sikit pun dah tak boleh nak rasa suction..Kepada yang berwarna biru tu just sambungkan pada breastshield tu dan boleh la start pumping..;)
Ini port untuk sambungan ke plug elektrik..Cari je mana-mana plug point duduk situ buat la aktiviti murni anda..;)
Butang bulat yang tengah tu untuk ON/OFF..Ada 2 mode iaitu T1 dan T2..sebab manual breastpump ni aku tak baca jadi ini mengikut pemahaman aku la masa guna tu ye..;) T1 tu suction dia lebih kepada macam sedutan baby masa kita menyusukan..boleh dikawal gunakan butang – dan + tu..so ikut keselesaan nak adjust sama ada laju atau perlahan..kalau laju tu macam masa anak kita tengah haus sangat..kalau perlahan tu rasa macam bila anak kita menyusu time dia dah nak tidur..
T2 tu suction dia macam biasa je..ikutkan macam suction spectra 3 terutamanya kalau kita tak pakai silicone massager tu..boleh jugak dikawal gunakan butang – dan + yang sama..so pada pendapat aku kalau tengah engorge tu pakai T2 tu rasa cepat je lega..
Bila masukkan bateri kat belakang pulak tak perlu cari plug point..Wah! dah macam Medela Swing plak..;) Autumz Marvel ni pakai 4 biji bateri AA..Senangnya dalam kereta pun boleh buat aktiviti mengepam..sangat berguna kalau berkejar nak jumpa client sana sini..;)
Ni sedikit detail berkenaan model pump, dan berapa voltage dan power yang digunakan..ini dilekatkan kat belakang penutup bateri..ye baru lagi..makcik aku tu baru je bersalin anak ke-3 bulan September..;) Dia sangat berazam nak bagi baby fully breastfeed..I am proud of you Cik Inda..Semoga perjalanan penyusuan Aidil dipermudahkan..;)
Sampai sini je short review tentang Autumz Marvel..kalau ada kesempatan lain untuk test breastpump jenama lain aku akan update kat blog ni ok..kalau mungkin ada apa-apa pertanyaan lanjut boleh call pihak Autumz sendiri atau email aku je : yantieazan@yahhoo.com
Terima kasih kerana sudi membaca..;)
-
Saya adalah jiran yang agak perihatin..kata suami saya..;) Semalam pulang dari kerja sampai di ruamh kira-kira pukul 6.15 pm..sebenarnya b...
-
Assalamualaikum.. Rjin pulak hari ni nak post entry masak2..Hehe..Sehari sebelum kejadian pijak gelas sampai pecah tu kitorang dah beli ik...
-
Assalamualaikum.. Rasanya baru je hari tu tengok 100++ hari lebih lagi ada..tetiba tengok harini dah tinggal 2 angka..sekejap je masa berl...