01 January 2013

Breastpump Review : Autumz Marvel

Assalamualaikum..

Hai kawan-kawan..;p Hari ni nak share pasal breastpump..Actually aku sebenarnya pakai Spectra 3 dari semenjak zaman Zahirah lagi..Pam tu masih berjasa lagi sebenarnya sampai sekarang..cuma kadang-kadang suction dia macam takde..Boleh hantar servis tapi M sangat besar..suami saya je yang selalu rajin bukak dan servis sendiri..;p

Ok nak dijadikan cerita semalam makcik aku call kata yang breastpump dia macam rosak dan tak berfungsi dengan betul..suction dia tak rasa..so anak saudara yang baik hati ni berkejaran la dari Larkin ke Wisma Persekutuan..Nasib baik la dekat je..misi menyelamat kononnya..tau je la kalau breast dah engorge kn..

Jadi review ni adalah berdasarkan penggunaan aku selama 2 hari..hehe..oklah tu kan..seperti yang kita tahu breastpump ni kadang ikut keserasian pengguna tu sendiri..ada tu dah pakai breastpump yang paling mahal macam Medela Freestyle kalau dah tak serasi tetap tak best nak guna..

 2013-01-02 10.37.11

Basically inilah parts untuk Autumnz Marvel..tak banyak pun kan? ade corong (breast shield) sekali dengan silicone massager..sepatutnya ada valve berwana putih kat tempat untuk masukkan botol tu..yang bagusnya takde valve tu pun pump masih boleh berfungsi..kalau Ameda Lactaline Personal valve terkoyak sikit pun dah tak boleh nak rasa suction..Kepada yang berwarna biru tu just sambungkan pada breastshield tu dan boleh la start pumping..;)

2013-01-02 10.38.40

Ini port untuk sambungan ke plug elektrik..Cari je mana-mana plug point duduk situ buat la aktiviti murni anda..;)

2013-01-01 15.34.24

Butang bulat yang tengah tu untuk ON/OFF..Ada 2 mode iaitu T1 dan T2..sebab manual breastpump ni aku tak baca jadi ini mengikut pemahaman aku la masa guna tu ye..;) T1 tu suction dia lebih kepada macam sedutan baby masa kita menyusukan..boleh dikawal gunakan butang dan + tu..so ikut keselesaan nak adjust sama ada laju atau perlahan..kalau laju tu macam masa anak kita tengah haus sangat..kalau perlahan tu rasa macam bila anak kita menyusu time dia dah nak tidur..

T2 tu suction dia macam biasa je..ikutkan macam suction spectra 3 terutamanya kalau kita tak pakai silicone massager tu..boleh jugak dikawal gunakan butang – dan + yang sama..so pada pendapat aku kalau tengah engorge tu pakai T2 tu rasa cepat  je lega..

2013-01-02 10.37.26 

Bila masukkan bateri kat belakang pulak tak perlu cari plug point..Wah! dah macam Medela Swing plak..;) Autumz Marvel ni pakai 4 biji bateri AA..Senangnya dalam kereta pun boleh buat aktiviti mengepam..sangat berguna kalau berkejar nak jumpa client sana sini..;)

2013-01-02 10.38.11

Ni sedikit detail berkenaan model pump, dan berapa voltage dan power yang digunakan..ini dilekatkan kat belakang penutup bateri..ye baru lagi..makcik aku tu baru je bersalin anak ke-3 bulan September..;) Dia sangat berazam nak bagi baby fully breastfeed..I am proud of you Cik Inda..Semoga perjalanan penyusuan Aidil dipermudahkan..;)

Sampai sini je short review tentang Autumz Marvel..kalau ada kesempatan lain untuk test breastpump jenama lain aku akan update kat blog ni ok..kalau mungkin ada apa-apa pertanyaan lanjut boleh call pihak Autumz sendiri atau email aku je : yantieazan@yahhoo.com

Terima kasih kerana sudi membaca..;)

 

1 comment:

  1. sis, saya pny breast pump dah xda suctinla..padahal baru 2 hari guna.. macam mana nak buat yer?thanks

    ReplyDelete