25 November 2013

Happy Birthday Suami

Happy birthday sayang..Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..

Minta maaf request Chocolate Indulgence tapi jadi Russian Black and White pulak..;p


Posted via Blogaway

23 October 2013

Blog Updated!

Assalamualaikum..

Lamanya tak menjengah sini. Rindu sangat sebenarnya nak menghadap blog ni update cerita macam-macam. Pasal diri sendiri, pasal keluarga, anak-anak, hobi dan macam-macam lagi la. Lagi pulak sebenarnya tahun 2013 ni banyak sangat benda berlaku. Benda yang tak pernah dijangka tak pernah dirancang. Mungkin peluang dah terbentang depan mata dan aku grab dan akan pasti buat yang terbaik.

Bagi yang follow Facebook mungkin tau la tak sedikit sebanyak pasal aku and family dan apa yang aku buat sekarang. Serius semua tu pun macam berlaku macam tu je. Sekejap je.

8 bulan aku dah jadi Unit Trust Consultant, 3 bulan Takaful Agent dan aku baru je lepas ambil exam PCEIA untuk buat Insurans Am. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Pertama kali ambil exam dan lulus. Semuanya kena exam dan ada bayaran untuk dapatkan lesen. Tapi semuanya dah balik modal dan sekarang tengah buat keputusan untuk resign dari kerja sekarang.

Sangat diluar jangkaan aku untuk terlibat dalam industri unit amanah dan insurans macam yang aku tengah buat sekarang. Tapi tak salahkan? kita mencuba sesuatu yang baru. Memang masa belajar di UPM dulu ambil Bachelor Food Science & Technology tapi akan datang kita tak tahu apa yang kita akan jadi. Yang aku yakin, Allah adalah perancang yang terbaik. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Kawan-kawan alam nyata alam maya semuanya doakan yang terbaik untuk aku ye. Semoga Allah sentiasa merahmati kita.

Nak cerita pasal resign memang berat hati. Serius. Masuk 7 tahun berkhidmat, macam-macam pengalaman aku dapat dan belajar. Macam-macam ragam aku tengok dan semua tu merupakan pengalaman yang sangat berharga. Itulah babak dalam kehidupan. Turun naik jatuh bangun semua ada kat kilang tu.

Sesungguhnya kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya.

Terima kasih sudi luangkan masa membaca. Semoga anda semua sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah. Ingat segala yang baik memang datang dari Allah dan segala yang buruk adalah berpunca dari diri kita sendiri. Sebab tu kita perlu untuk muhasabah diri kita.

Jumpa lagi. ;)

Wassalam.


07 September 2013

Teluk Gorek.

Assalamualaikum..

Lepas buat piknik-piknik kat Pantai Temala 2 tahun lepas masing-masing dah bertanya takde buat piknik-piknik lagi ke? Dah penat kerja dapat rehatkan diri tepi pantai mandi manda memang best. Masa tu buat pergi hari balik hari je. Takde masa.

Kali ni dah planning baik awal-awal nak pergi Teluk Gorek. Kat mana Teluk Gorek? Orang Johor ni yang baru first time dengar pun tak tahu kat mana Teluk Gorek ni. Hahaha. Rupanya kat Mersing. Jauh sikit kita pergi. Dapat bermalam. Tak sabar rasanya. Ada 13 biji kereta akan berkonvoi dan dah sewa 12 biji Chalet di Teluk Gorek Campsite. Facebook: Teluk Gorek Chalet Campsite


Teluk Gorek tunggu kami 15-16 September nanti. Yeay!!

06 September 2013

Terakhir syawal.

Assalamualaikum..

Kebetulan hari ini hari terakhir syawal kan. Jatuh pulak pada hari jumaat. Alang-alang waktu rehat panjang, diorang dah decide untuk sama-sama bawak kuih raya. Buat sambutan hari raya kat kantin. Jemput semua datang makan. En. Mail buat soto sebagai menu utama. ;)

Kuih yang menarik perhatianku..;) puas dapat makan kek lapis sarawak..

Al-kisah bangun pagi tadi dah lambat. Masa mandi dah ingat nak bawak kuih raya ada la lagi sikit. Sekali dah siap-siap ingat nak bawak bekal je. Dah dalam kereta tengah jalan baru teringat balik. Huhu. Rasa bersalah sekali tengok kat kantin melambak kuih raya siap tapau bawak balik lab. Haha.

 Menu utama.

Soto memang sedap. Sehingga menghirup kuah. Hehe. Tapi memang licin la. Kuah Lontong pun ada tadi tak pasti siapa yang bawak. Siapa yang tak nak soto boleh makan lontong.


 Tauke Kuih potong kuih sendiri..membebel katanya tak ada orang nak tolong potongkan..haha. Kek lapis pun sedap. Lain kali boleh beli dengan tauke ni.


 Lepas makan jangan lupa pergi solat jumaat..;)

Murah rezeki hari ni sebenarnya. Dah la ada jamuan raya, ada pulak dapat KFC sorang 1 set. Kenyang tak ingat. Apa lagi bawak balik la bagi anak-anak.;)

Tetamu VIP (kononya) dari Tingkat 1, Bahagian HR dan Production. ;p


Bacaan doa selamat.

Semoga kita semua dapat lagi bertemu dengan Syawal akan datang. 

05 September 2013

Farewell Party for Practical Student.

Assalamualaikum..

Dah seminggu takde student practical kat lab ni. Kerja pun jadi menimbun. Hehe. Patutnya masa student praktikal banyak masa untuk update blog kan. Haih tak tahu la apa yang disibukkan sangat kan?. Padahal masa rehat banyak je masa. Hikhikhik. Tau tau je dah Majlis Perpisahan. ;(


Antara yang hadir. Ada la sedikit jamuan. Kak Niza buat laksa johor dan kuih-kuih raya masing-masing bawak. Masih mood raya lagi kan. ;)


Yang diraikan. Nurul Azurainie dengan encik bos. ;)

Jamuan makan. 




Menu yang ada : Laksa Johor, Nugget, Karipap dan Kuih Raya.



Yang diraikan juga. Rafidah Razali. ;)


Kami.

Terima kasih buat Fida dan Nurul yang banyak tolong kami sepanjang keberadaan korang berdua. Ingat pesanan kami. Walaupun 6 bulan macam tempoh yang sekejap, semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya. ;) Semoga berjaya dalam pelajaran dan dapat pekerjaan yang diidamkan.;)

04 September 2013

2 Bulan

Assalamualaikum..

Random

Dah 2 bulan rupanya blog ni terabai..kasihan sungguh..fuhh! fuhh! tiup habuk sapu sawang ;)
Ni pun tersedar sebab ingatkan domain dah due bulan Ogos hari tu. Rupanya bulan Oktober nanti baru kena renew. ;) 

Bulan Syawal pun hampir nak melabuhkan tirai. Semoga kita semua dapat bertemu semula dengan Ramadhan dan Syawal tahun mendatang. Semoga anda semua sentiasa dalam limpah rahmatnya.

Dah seperti terlalu lama tak membebel kat sini. Entah ada entah tidak orang berkunjung ke sini. Kalau ada pun rasanya yang kebetulan tersinggah. Hehehe. Thanks to Google. Banyak jugak post yang sebelum ni jadi rujukan orang yang cari info terutamanya (ikut email dan call) berkenaan Tempat Penetasan Belangkas dan buah mentega. ;) Kadang bagus juga ada blog ni. tujuan saja-saja tapi dapat bagi manfaat pada orang lain.

4th Anniversary

Alhamdulillah..Syukur tak terhingga kepada Allah S.W.T atas kurnianya. Tak sangka usia perkahwinan kami sudah pun 4 tahun. 4 tahun rasa sekejap sangat. Pengalaman apa la sangat. Banyak sangat yang masih perlu diperbaiki. Banyak lagi yang masih perlu dilalui. Semoga Allah limpahkan kasih sayang dan keberkatan kepada kami sekeluarga.


Azyan Zahirah

Kepada yang tak biasa, Azyan Zahirah nama anak saya yang sulung. ;) Sekarang ni macam semakin kerap pulak dia batuk-batuk. Walaupun tak ada sampai tahap pergi hospital untuk neb tapi masih merisaukan. Cadangnya nak ambil Omega Guard Shaklee. Moga-moga ada perkembangan positif. Usaha dulu selebihnya baru berserah pada Allah. Ye tak?

Mulut memang pot pet pot pet je dekat rumah tu. Mama balik report dia buat apa satu hari kat rumah. Lengkap dengan aktiviti adik sekali. Adik kan belum pandai cakap. Tapi Zahirah cakap pun masih pelat lagi. Kadang tu macam sengaja dibuat-buatnya. ;) Bila tanya "Nama Kakak Siapa?" jawabnya "Tilah" bila ajar "Za Hi Rah" tetap jadi Tilah. Hahaha apa-apa je la. 

Sifat pemalu masih belum hilang. Kalau jumpa orang je confirm terus jadi pendiam tak nak cakap, suruh salam pun susah. Harapnya bila masukkan sekolah tahun depan dapat la dia bergaul dengan baik nanti.


Imran

Imran dah 1 tahun 5 bulan. Ada gelaran kat Imran Mama bagi. ;) Mat Lekat.  Sebabnya selalu sangat nak melekap dengan mama. Menyusu sepanjang hari pun tak apa. Pantang nampak mama. Suka perhatian lebih. Manja sangat. Pandai merajuk. Kesihatan sangat baik. Susah nak demam, batuk, selsema. Mungkin jugak berkat susu ibu. Alhamdulillah.

04 July 2013

Tamat perkhidmatan..

Huhu macam sedih la pulak nak jual galaxy s ku itu..dah 2 tahun berkhidmat dengan baik..;) sampai masanya dia berkhidmat dengan tuan yang baru..

Galaxy s smartphone pertama aku..banyak gambar untuk blogging, draft entry,photo editting dari situ..terima kasih banyak-banyak..

Kalau galaxy s tu buat karangan bibliografi harap-harap dia review yang baik-baik pasal aku..hahaha

Now I am using Sony Xperia Z..bukan habis madu sepah dibuang cuma inginkan perubahan..hehe..

03 July 2013

Tart Nenas Special

Assalamualaikum..
Beberapa hari lagi je kita semua akan berpuasa..semoga kita semua diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa tahun ini dengan sempurna..
Lepas puasa hari raya la pulak kan..dah ready ke rumah nak sambut tetamu..;) baju raya mesti semua dah settle kan..rasanya kalau sekarang ni tailor semua dh tutup tempahan kot..nanti tailor pulak tak sempat raya dok menyiapkan tempahan baju raya customer..;p
Tahun ni tak macam tahun sebelumnya..sebelum ni tak terfikir pun nak menjual kuih raya..ada la jugak tolong jualkan kuih raya orang..tapi lepas bincang suami isteri kami ambil keputusan untuk jual tart nenas special tahun ni..fokus pada 1 jenis sahaja..sebab tu la special..;)
So pada yang nak order tart nenas special ni..boleh la sms 012-7959694 untuk tempahan..;) boleh juga private message di facebook : Noryanti Kasnan

02 June 2013

First Art Studio

Saje je kan nak bagi anak-anak happy belikan diorang mainan merangkap alat pembelajaran sekali..2 in 1.. Kebetulan pulak kawan lama baru je jual macam-macam toys through Facebook..laju-laju order..hihi.. Korang add la Ini Raha di FB untuk dapat update terkini toys yang dijual..Kebanyakkannya bagus untuk perkembangan anak-anak..
20130531_174308
Susah payah tau mama angkat kotak gedabak besar dari kilang..;) sebab bagi postage delivery kat kilang adalah supaya dapat tengok muka excited anak-anak mama bawak balik ‘sesuatu’..haha.. and yes Zahirah keep on asking “Apa tu mama?” “Apa tu mama?” Imran macam biasa la expression dia..nampak mama balik walaupun baru je lepas minum susu dia tetap nak nenen jugak..;)
20130531_183623
Sampai-sampai bukak wrapper terus pasangkan..kemain excited Zahirah..Imran pun sama..benda baru kan..sampai nak bawak masuk bilik bawak tidur.. First Art Studio ni macam white board..bukan macam tapi memang..;) ada sekali white board marker dan magnetic alphabet.. untuk Zahirah kena perhatikan la dia gunakan whiteboard marker tu kang tak pasal dindig rumah pun jadi whiteboard..;)
20130531_194916    Belajar sama-sama..

30 May 2013

5 days a week yay! or nay! ?

Dah lama impian nak kerja 5 hari seminggu..sebenarnya untuk industri makanan macam aku ni macam susah dan tak pernah dengar kot yang kerja 5 hari je seminggu..paling kurang pun biasa dengar hari sabtu half day..masa tu rasa kalau dapat half day jugak pun dah ok..

Tetiba dah dapat kerja 5 hari rasa macam tak bersedia pulak..hehe..mengada betul kan..:-) bukan apa sebenarnya tak bersedia hari hari biasa nak kena extend 1 jam..huaaaa! Lambat tu..pukul 6 baru keluar office mau kul 7 baru sampai rumah..dengan hadap kesesakkan lalu lintas lagi..tu yang tak sanggup sebenarnya..huhu..cuti hari satu ok je sebab macam-macam boleh buat hari sabtu..lebih masa dengan suami dan anak-anak..kalau family ada buat kenduri kendara pun senang..tak perlu la nak apply cuti..

Apa-apa pun ni sekarang dalam fasa percubaan sebulan..start bulan jun ni..kalau takde masalah lain memang akan diteruskan mungkin sampai bila-bila..ini bagi mengurangkan kos pengurusan mungkin..hmm layan je la..

Nama pun makan gaji kan..ikut je la apa pengurusan suruh kan..Impian aku nak jadi WAHM..InsyaAllah..doakan aku kawan-kawan..

♡love♡

yantie

29 May 2013

Imran 13 bulan

Secara rasminya Imran dah start berjalan dengan jayanya..tanpa jatuh pastu merangkak..:-) kalau tak sebelum ni bertatih lagi..agak lambat sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan kakak..
Zahirah genap 1 tahun dah berjalan..hampir nak berlari..:-)
Alhamdulillah..Imran anak yang kuat..jarang demam..rasanya sejak dia lahir baru 2 kali dia demam..harapnya Imran takde asma macam kakak..kakak dulu pun detect asma lepas umur 1 tahun..
Semoga Imran terus membesar dengan sihat, cerdas dan jadi anak yang soleh..

29 April 2013

Ragam Anak-anak..;)

Assalamualaikum..


Topik hari ni pasal ragam anak-anak..;) Anak dah dua..jadilah anak-anak..keke..

Alhamdulillah I am blessed with a daughter and a son..dah sepasang orang kata..so untuk plan no. 3 boleh nanti-nanti dulu..;) Tapi kan bila tengok sana-sini orang pregnant rasa macam jelous pulak..macam nak pregnant lagi..hihi.. yelah masa ni la kan..umur belum masuk 30 tahun lagi..bila umur semakin meningkat takut banyak pulak risiko.. Ops! lari topik kejap..


Inilah mereka..si kakak dan si adik..sometimes they are lovely but sometimes tarik-tarik rambut..;) Yes! Imran memang pantang nampak rambut kakak dia confirm akan tarik..dengan muka selamba dia..yang si kakak pulak tak boleh tengok adik main mesti dia akan kacau..kadang elok je adik main sendiri..dia akan sakat adik dia bagi nangis..huhu..

As a mom ni kadang laju je nak cubit..huhu..tapi sekarang tengah control sebaiknya..i don't want to be a mom yang macam singa..hihi..lagipun tak baik kan..so kalau kakak kacau adik slow talk pada dia..



I found out that Zahirah is left handed. Semua pun nak pakai tangan kiri..agak susah sebenarnya nak halang..kalau menulis tak apa lagi..makan pun nak tangan kiri..kadang tu kalau tak bagi tangan kiri dia pakai 2 2 belah tangan sekali untuk makan..lagi la berkecah..huhu.. ada idea tak macam mana nak overcome this problem? 



Hihi..ini lah cara dia buli adik..;) Bukan buli sangat la just dengki kot..mungkin juga cara kakak nak tarik perhatian kami..rasanya takde pun lebihkan adik..tapi fikiran budak kan..susah nak baca..



Adik biasanya enjoy playing with himself..sampai la kakak datang kacau dan kalau tak melalak tak sah! hihi..tapi Imran ni manja lebih..kadang tu kakak tak buat apa pun kat dia..dia paling pantang tengok orag masuk bilik air..nak ikut lepastu kalau tak bagi melalak macam kena pukul..haha


Zahirah kalau kat kat rumah kemain keletahnya..cuba pergi rumah orang..senyap..muka dia macam gambar kat atas tu la..macam budak berlagak pun ada..orang tanya jangan harap nak jawab..lagi dia tengok pelik orang yang tanya dia ada la..Zahirah lambat sikit nak serasi kalau dengan strangers..



Adik totally different with Kakak..Easy going..pergi mana-mana jumpa siapa-siapa pun nak ikut..;) cepat mesra dan mudah nak berkawan..macamana la kakak bila nak sekolah nanti kan..harapnya oklah nanti..jangan dia melalak suruh mama tunggu kat sekolah belajar sekali dengan dia dah la..hihi..

Itulah dia ragam anak-anak..banyak lagi sebenarnya sampai esok menaip pun tak publish sampai ke sudah entry ni..haha..

Siapa yang follow my Instagram familiar la dengan gambar budak-budak ni..;) Compared to this blog, saya lebih banyak update di Instagram..

Do follow me! @yantieazan

Love,
Yantie

27 April 2013

Bio Velocity Sleep Mate

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsikan pada semua tentang Bio Velocity Sleep Mate..;) Nama pun sleep mate kan..teman tidur..ianya memberikan banyak manfaat semasa kita tidur dan apabila kita bangun baru kita akan rasa nikmat tidur yang sebenar.. 
BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda.

Kalau tak cukup tidur hari-hari pergi kerja pun nak Monday Blues kan? 



Apa Keistimewaan BVSM?

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti


Manfaat Penggunaan BVSM

Melegakan sakit kepala, sakit haid, sakit perut, menghilangkan kesakitan otot, melegakan kesakitan gastrik, melegakan sakit belakang, menolong ketegangan leher, melegakan rasa kebas.

Lepas ni kurang la dah masalah salah bantal atau sakit-sakit badan lagi..mesti bangun pagi lebih segar dan bersemangat nak pergi kerja..rezeki pun masuk mencurah-curah..;) InsyaAllah..


Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate





Bagaimana Cara Nak Guna BVSM?

Bukakan dan letakkan BV Sleep Mate di atas tilam. Letakkan empat tali elastik di setiap sudut tilam.



Ni ada testimoni dari pengguna BVSM, credit to my leader DDM Fonseka..;)



Firman Allah S.W.T:
"Dan kami jadikan tidurmu untuk rehat"
(An-Naba', Ayat 9)

Jom dapatkan tidur yang sempurna dan selesa..Niatkan tidur kita untuk rehatkan badan dan fikiran serta untuk memulihkan kekuatan agar dapat bangun untuk beribadat kepadaNya..Tidur pun boleh dapat pahala kan..;)

Dapatkan BV Sleep Mate anda sekarang!!
Boleh juga dijadikan hadiah istimewa untuk hari ibu yang bakal tiba Mei ini..Dapatkan BV Sleep Mate dengan harga istimewa!

Love,

Yantie
0127959694
yantieazan@yahoo.com

24 April 2013

Knowledge is Power

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..syukur sangat sebab ditemukan dengan bisnes ni..bukan senang nak berjaya..ya itu semua orang tahu..setiap orang ada rezeki masing-masing yang dah ditentukan olehNya..tapi bergantung juga kepada usaha yang kita lakukan..



Kalau kita ada ilmu, InsyaAllah usaha kita tidak akan sia-sia..yang penting konsisten..itulah yang sering ditekankan..kaut ilmu sebanyak mungkin dan apply..

Terima kasih kepada CDM Faziha yang sudi berkongsi ilmu untuk semua rakan kongsi di Johor..Walaupun CDM Faziha berkerja sebagai seorang Pensyarah di Kolej Komuniti Bandar Penawar, jarak yang jauh bukan menjadi penghalang untuk beliau anjurkan kelas di UTM Skudai..Kagum dengan semangat beliau yang nak tengok all business partners dapat peluang merasa apa yang telah beliau kecapi sekarang..



Hero beliau yang 3 orang tu menjadi penguat lagi semangat beliau untuk lebih maju dalam hidup..

CDM Faziha and her lovely family



Kami semua bermula dari ZERO dan akan terus kaut ilmu yang diberikan untuk digunakan sebaiknya..rugi sangat bila ada tangan yang nak bimbing kita tapi kita tak nak capai tangan tu..apa yang penting tekad dan bulatkan hati untuk terima apa yang diajar oleh pemimpin..


Kelas di GLAM Johor ni akan diadakan setiap 2 minggu..pentingnya pergi kelas ni adalah untuk kita timba ilmu tentang produk dan sebenarnya kita akan dapat lebih daripada itu..untuk jadi seorang usahawan kita perlu lengkapkan diri kita dengan ilmu..see dari tadi asyik tekankan ILMU..;) penting sangat ilmu ni..Ilmu pelita hidup..


We are expanding and we believe as a TEAM, Together Everyone  Achieve More!

Come on let's be part of us..kita sama-sama majukan diri dan tingkatkan prestasi..untuk siapa? untuk diri sendiri juga..kalau kita tak tolong diri sendiri siapa lagi nak tolong kan?


Love,

Yantie
0127959694
Whatsap/ Call/ SMS



Rumpai Laut 'vs' BB Plus Collagen

Assalamualaikum..

Kecoh satu malaysia pasal artikel dari Sinar Harian berkenaan rumpai laut yang dijual meleluasa sekarang ni..Boleh klik gambar kat bawah untuk baca artikel penuh..

Sinar Harian, 16 April 2013

Setahu saya la memang rumpai laut ni tak mengandungi kolagen seperti yang digembar gemburkan sebab kolagen ni hanya terdapat pada haiwan dan terhasil secara semulajadi.

Satu lagi artikel dalam Berita Harian pula memberitahu keburukkan rumpai laut sekiranya consumed secara berlebihan boleh membawa mudarat.


Hmm..daripada was-was baiklah ambil langkah selamat. Betul tak? sebab kita pun bukan tahu berapa banyak yang kita ambil tu berlebihan atau tak kan? Jadi boleh la ambil BB Plus sebagai pengganti..;)



Kenapa BB Plus?

BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 



Penggunaan

Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.



Senang kan? 1 hari 1 paket sahaja untuk kulit yang cantik dan mulus..;) 

SMS/Whatsap : 0127959694
email: yantieazan@yahoo.com

23 April 2013

Romantik Gaya Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsikan dengan korang gaya romantik rasullullah yang boleh kita ikut..dapat pahala ikut sunnah rasulullah kan..keberkatan dalam hubungan suami isteri pun dapat..InsyaAllah..;)

Tidur bersama dalam satu selimut 

Daripada Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a., selalu mandi bersama dalam satu bekas. Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangun?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid wahai Rasulullah,” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku.” Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda.” 

(Riwayat Sa’id bin Manshur)


Saling memakaikan wangian 

Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w.” 

(Riwayat Ibnu Majah)


Mandi bersama 


Daripada Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut).” 

(Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)



Minum menggunakan bekas yang sama

 Daripada Aisyah r.a. dia berkata, “Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.” 

(Riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur)



Membelai isteri

 “Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah berlalu setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama (bersetubuh) sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di sana.” 

(Riwayat Ahmad)



Mencium isteri


Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad)
Berbaring di pangkuan isteri – Daripada Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” 

(Riwayat Abdurrazaq)


Panggilan mesra 


Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira‘ (si pipi merah delima).


Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra 

Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” 

(Riwayat Ibnu Sunni)


Memberi hadiah

Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah.” 

(Riwayat Ahmad)


Semoga kita semua mendapat keberkatan dengan mengamalkan sunnah Rasulullah..Selamat beramal..;)

Sumber: Ciri-ciri suami bahagia @ http://abubasyer.blogspot.com

17 April 2013

Pusat Penternakan Belangkas Tanjung Sedili

Assalamualaikum..

Rasa bersalah sangat sebenarnya ramai sangat yang tanya..ada yang jauh dari Kelantan call nak tau pasal pusat penternakan belangkas yang kitorang pernah pegi dulu..

Ada yang nak buat study tapi entry dalam blog ni tak provide contact number dan alamat pulak..huhu..kesulitan amat dikesali.. bersama entry ini disertakan contact number person in charge di pusat ternakan belangkas di sedili..harap dapat membantu:-)





Terima kasih pada yang sudi singgah di yantieazan.com :-)

posted from Bloggeroid

14 March 2013

Masih disini..

Assalamualaikum..
Lama betul tak update blog..nasib baik ingat lagi ada blog..hehe..kalau tak rugi je bayar domain tapi langsung takde update..

Alhamdulillah..masih diberi peluang olehNya untuk berada di atas dunia ini lagi..esok pasti ada tapi belum pasti untuk kita..semoga Allah panjangkan umur untuk tambah lagi bekalan disana nanti..InsyaAllah..

InsyaAllah jika ada kesempatan akan update lagi tentang apa yang berlaku disekeliling..:-) macam la orang nak tau kan..hehe..takpe catatan perjalanan hidup..

Terima kasih kerana sudi membaca..semoga anda semua diberkati..:-) Add me on Facebook and follow my Instagram..disitu agak rajin update..

Wassalam..

posted from Bloggeroid

30 January 2013

A year older..;)


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..hari ini umur saya telah bertambah 1 tahun lagi..Berapa?
Haa..dapat tak? Ya..28 tahun..baru 28 ok..;) Tapi since dah ada anak 28 tahun terasa macam dah tua sangat pulak..anak 2 pulak tu..hehe..

Semoga saya menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat..InsyaAllah..

28 January 2013

80 km/j


Assalamualaikum..

Pagi tadi keluar rumah pukul 7.25 pagi..releks je drive 80 km/j..dok lane tengah je..sebenarnya geram jugak nak tekan pedal minyak nak pergi lane kanan..sabar yantie sabar..;)

Sampai tepat pukul 7.58 pagi..ok la kan..

So boleh la berazam lepas ni bawak kereta < 80 km/j ..;p Yelah tau bawak lane tengah tak pun kiri supaya tak menganggu pemandu lain..jangan risau..;)

Susah sebenarnya kalau datang angin nak merempit ni..tak sabar kadang tu..tapi..mesti boleh!

26 January 2013

Destinasi Makan | Nasi Ambang Mat Corner

Assalamualaikum..

Dah lama dah sebenarnya pasal kesedapan nasi ambang (kalau orang jawa sebut nasi ambeng) dekat Bandar Baru Uda ni..tapi tengahari tadi baru berkesempatan makan kat situ..




Kalau tak tahu nak makan apa tengahari boleh la jengah ke Mat Corner, Medan Selera Mahsuri..dekat dengan Wisma BBU dan tapak pasar tani..

Nasi ambang boleh pilih ayam atau daging..alas daun pisang memang licin la bila makan..sayur sambal goreng dan wajib ada ikan kering..:-)




Kalau tengahari memang ramai orang sukammakan kat sini..penuh je tempat duduk..siap beratur tu nak ordet nasi..terbaikkk! Boleh la cuba ye..




Terima kasih sudi membaca.:-)

posted from Bloggeroid

25 January 2013

Anak teruna | Imran Bin Azan

Assalamualaikum..

Baru balik dari rumah blog Ibu Imaan dan Isma..;) Dapat idea pulak nak update blog..;) Hari sabtu ni memang produktif sikit..kekeke..Kita cerita la pasal anak teruna yang baru je 9 bulan 2 minggu tu..kesian jugak kat Imran jarang-jarang update pasal milestone dia..;)



Rasanya tak pernah lagi cerita asal usul nama Imran kot..Nama Imran Mama yang bagi..Ayah macam biasa I follow je..;) sebelum lahir lagi memang dah bincang kalau dapat anak lelaki nak bagi nama Imran..ingatkan nak bagi 2 nama macam kakak Azyan Zahirah..tapi ayah tak setuju..

Sebab apa tak setuju? Sebab ayah kata buat apa nama panjang-panjang..nama ayah yang empat huruf je tu pun orang nak panggil lagi pendek..Nama AZAN nak lagi pendek jadi ZAN..yelah ayah..Imran je pun boleh..So masa mula-mula Imran lahir orang tanya nama apa Mama kata Imran je..Hihi..Dah kata Imran je pun orang tanya Imran je? takde Muhammad atau sambungan lain? Jawabnya ikut nama ayahnya Azan je..;p
So thats it Imran Bin Azan..;)


Lagi satu sebenarnya rasa nak bagi nama Imran masa baca surah ke-3 dalam Al-Quran dan selalu je baca Wardina up status pasal anak dia nama Imran..;) Apa-apa pun Mama dan Ayah harap Imran akan jadi anak yang baik dan soleh..Doa Ayah dan Mama sentiasa mengirimu sayang..