30 October 2012

Taubat Seorang Hamba

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

Nak kongsi dengan semua lagu ini..Irsyadee featuring with Hafiz Hamidun..bait liriknya sangat menyentuh. hati..kita sebagai hamba Allah ini seringkali melakukan kesilapan tapi Allah tak masih terus melimpahkan nikmatnya kepada kita..Subhanallah..Maha suci Allah..


Bersamalah kita menjadi Hamba Allah yang sentiasa taat pada-Nya..
Sesungguhnya, Allah cinta kepada orang yang selalu bertaubat, dan cinta kepada orang yang selalu mensucikan dirinya, dan Dia menukarkan amalan-amalan jahat dengan amalan-amalan baik. Dosa yang disertakan taubat, semestinya terhasil bagi orang itu ibadat, khusyuk, tawadhu', doa dan selain itu yang tidak terhasil sebelum itu.

29 October 2012

Herba Maharani

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ni nak kongsikan dengan semua tentang produk yang HEBAT khusus untuk WANITA..;)

HERBA MAHARANI

Antara khazanah perubatan dan amalan kesihatan tertua khusus untuk wanita. Ramuan khasnya telah menyerlahkan kehebatan dan keterampilan wanita sehingga kini. Herba Maharani masih tetap menjadi pilihan utama dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita di seluruh dunia. Amalan berterusan akan memanfaatkan kesihatan keseluruhan.

Maharani Te Zhi
Maharani Te Zhi sangat mementingkan kecantikan & kesihatan .

Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming, Maharaja ketika itu dikatakan mempunyai 9999 maharani & gundik dan Maharani Te Zhi yang paling disayangi Maharaja.

Maharani Te Zhi mempunyai kulit seperti lilin & licin .

Maharani juga melahirkan anak lelaki sebagai waris takhta.

Ramuan Hebat

Menggabungkan 16 jenis ramuan bernilai dengan pati ayam hitam sebagai ramuan utama Produk Keluaran Beijing TongRenTang.

TongRenTang merupakan tanda perniagaan yang bersejarah melebihi 300 tahun. Merupakan pembekal tunggal ubat-ubatan kepada kerabat Maharaja semasa Dinasti Qing.

TongRenTang Te Zhi Bai Feng Wan diperakui sebagai Produk Terkenal di China pada tahun 1994. Diiktiraf sebagai Spesis Ubat Herba yang Terpelihara pada tahun 1998.


Mendapat pengiktirafan Halal oleh Pertubuhan IFANCA.








Khasiat Herba Maharani - Te Zhi Bai Feng Wan

- Bagi yg susah utk pregnant; dapat meningkatkan dan mengaktifkan hormon progesteron dalam badan, menyuburkan rahim, stabilkan mestruation, memanaskan badan
- Atasi senggugut
- Atasi keputihan
- Membetulkan period yg tak tetap
- Melambatkan menopous
- Mencantikkan kulit
- Awet muda
- Melegakan lenguh2 sendi/sakit pinggang
- Atasi lemah2 badan
- Atasi masalah berpeluh waktu malam
- Sesuai bagi yg tak tahan sejuk/dalam aircond
- Bagi yg lepas bersalin dan dalam pantang


Fungsi-fungsi:
· Melancarkan peredaran darah
· Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur
· Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan
· Meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
· Menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
· Menyuburkan badan selepas bersalin
· Meningkatkan rangsangan, kebahagiaan kepada pasangan



1 kotak  – RM65.00 sahaja!!

28 October 2012

Sakit Belakang?

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..


Masalah saya dulu..asal cuti panjang je travel sana sini mula la sakit-sakit badan..mula la suruh suami tolong urutkan..;) Nasib baik suami saya memahami..

Sekarang tak lagi selepas ada Premium Beautiful..;)


Batang keluli memori (Ada 7 tulang kesemuanya) yang terdapat pada Waist Nipper dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk. Tulang-tulang ini sangat lembut dan mengikut bentuk badan-keselesaan sepanjang hari. Kesan 'effect' pemakaian kimono pada wanita jepun ini di applikasikan keatas teknologi pembuatan bengkung premium beautiful. ANDA tidak akan bongkok sehingga ke tua jika amalkan pemakaian bengkung. Sakit pinggang/belakang juga akan LENYAP juga dari badan!

Best kan..macam-macam fungsi Premium Beautiful..Kalau tak pakai takkan tahu macamana selesanya premium beautiful ni sehinggakan ada yang nak bawak tidur..;p

Apa pun kita hanya berusaha/berikhtiar..kesembuhan tu datang dari Allah..;) mencegah lebih baik dari mengubati..;) Banyak lagi akan dikongsikan akan datang tentang Premium Beautiful..Stay tuned! ;)


Berminat dengan premium beautiful?

yantieazan@yahoo.com
0127959694




Perubahan selepas pemakaian Premium Beautiful

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

Biarlah gambar yang berbicara..;) 
Gambar "after" adalah selepas 2 bulan memakai Premium Beautiful..


Berminat untuk free trial/ consultation?

yantieazan@yahoo.com
FB: Noryanti Kasnan
0127959694

27 October 2012

Aura Warna Mengikut Hari


Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

Tak tahu la orang lain macamana..tapi saya selalu setiap hari nak pergi kerja setiap pagi selepas mandi akan duduk termenung depan almari fikir baju apa nak dipakai..tapi kalau dah lambat memang tak sempat la nak termenung..sauk je mana yang sempat..

Sudah la baju pakai nak pergi kerja tak banyak..rasanya dah dekat 5 tahun berulang pakai yang sama je..T___T Masa sesi mentoring and coaching dengan CDM Fazi hari tu kitorang ada berbual pasal aura warna..tak details sangat..tapi sampai je rumah terus google..

Ni ada tips. Boleh ikut kalau nak..jadi malam sebelum tidur dah tahu esok pagi nak pakai baju apa..;)

ISNIN = PUTIH

Warna putih merupakan warna yang merangsang kelenjar Pineal dan kelenjar Pitutary. Menurut teori warna putih ini, seseorang itu perlu mempunyai tidur yang cukup untuk menghadapi hari Isnin. Kerana tidur yang tak cukup akan membuatkan badan terasa lemah dan malas untuk berkerja atau ke kelas. Hari Isnin merupakan hari yang baik untuk pencetusan idea baru di mana kekuatan hari Isnin adalah lebih reatif dan efisyen.

Jika diperhatikan, pada hari Isnin juga, pohon bunga yang berwarna putih juga akan lebih mekar berbanding hari lain. Begitu juga jika ingin menanam pokot itu, pokok berbunga putih akan lebih sukar untuk hidup jika ditanam pada hari lain.

Bagi doktor dan pesakit pula, rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah penyakit lemah semangat, kelesuan, tiada keyakinan diri, halusinasi, nyanyuk dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan kelenjar Pitutary dan Pineal.

SELASA = PINK

Warna pink pula mempunyai perkaitan dengan bahagian Thalamus. Thalamus berperanan sebagai penjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini juga merupakan hari yang paling sesuai untuk beremosi (bukan marah-marah ya), tapi untuk meluahkan perasaan kasih sayang. Hari ini juga sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana jika berlaku kesesatan sekalipun, ianya dapat diimbangi dengan daya penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Jadi, jika kalian memakai pakaian berwarna pink, kuasa pujukan juga akan bertambah kuat. Jangan pula pakai warna merah ya (maaf la kaum Adam sekalian ya hehe) kerana mereka yang dipujuk akan menentang semula.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah migrain, attention-deficit / hyperactivity disorder (kanak-kanak yang bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus.

RABU = BIRU
Untuk hari ini, ia merangsang kelenjar Tiroid dan mempunyai hubungan yang baik dengan muzik. Kalau ikut ilmu kedoktoran, pada hari ini, paras hormone thyroxine akan dirembes dalam kadar yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan kata-kata secara lebih berkesan. Oleh itu, hari ini merupakan hari yang terbaik untuk berucap, bercakap, behujah, bersidang, berpidato dan apa-apa sahaja la ang berkaitan dengan ‘percakapan’.

Rujukan para doktor, hari ini kalian sesuai untuk merawat penyakit beguk, tongsel, kerongkong dan semua yang berkaitan dengan tiroid.

KHAMIS = KUNING / OREN

Warna kuning mampu merangsang sistem penghadaman, manakala warna oren adalah warna kesuburan. Pada hari ini, kalian tidak digalakkan untuk makan terlalu banyak pada waktu siang untuk bagi peluang kepada sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Maka, sistem penghadaman dapat menghadan segala sisa makanan dalam badan untuk menjadi zat dan tenaga. Pada hari ini juga, asid folik yang amat sukar untuk dihasilkan pada hari biasa tapi akan aktif pada hari ini...

Warna oren juga meransang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, sesuai untuk pasangan suami isteri. Cuba kita pandang balik kepada ajaran Islam. Ada benarnya kan – subhanallah

JUMAAT = HIJAU
Warna hijau pula mempunyai tenaga yang baik terhadap jantung dan paru-paru. Pada hari Jumaat, klorofil juga akan aktif membebaskan oksigen. Maka, hari ini juga merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah. Biasanya, pada hari lain kita akan mudah terasa lemas jika berada dalam kesesakan orang ramai. Dan fungsi pernafasan yang baik pada hari ini membolehkan kita berhimpit-himpitan di dalam masjid untuk menunaikan solat Jumaat – bagus sekali kombinasi ini dengan Islam.

Hari ini merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan rawatan kardiovaskular dan paru-paru kerana paras oksigen dalam atmosfera yang tinggi.

SABTU = MERAH

Mempunyai hubungan dengan usus, otot, darah, tulang dan saraf. Hari sabtu merupakan hari yang paling sesuai untuk bersosial dan menjalankan aktiviti lasak

AHAD = HITAM

Pada hari ini, zarah-zarah akan tertumpu kepada satu kawasan sahaja berbanding hari lain yang bergerak secara rawak. Dan gerakan zarah ini akan menyamai zarah dalam air walaupun ianya zarah dalam atmosfera. Maka, sepatutnya, warna pada hari ini adalah warna putih, namun menjadi hitam kerana pergerakan zarah yang menyamai sifat air.

Hari Ahad merupakan hari yang paling sesuai untuk beristirehat. Memandangkan penyerakan zarah yang tidak stabil, pemakaian warna hitam akan mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing.


Nota: Harap lepas ni korang pun tak mengalami masalah yang sama seperti saya setiap hari..;)

Credit to:

26 October 2012

Rumah baru..

Assalamualaikum..
Bersiaran dari rumah baru..;) www.yantieazan.com..ish! Ish! Macam tak percaya pulak..

Tapi masih menggunakan hosting blogspot..banyak lagi yang nak kena belajar..baru la bole self-hosted..harapnya lepas ni rajin saya update blog dengan cerita yang saya suka dan info yang bermanfaat untuk semua..InsyaAllah..

Nanti saya cerita lanjut macamana tetiba boleh terbuka hati nak beli domain sendiri ye..;) sekarang kena kerja dulu..T__T macam ni la nasib makan gaji..hukhukhuk..
posted from Bloggeroid

23 October 2012

Coaching & Mentoring Session with CDM Fazi..

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Here we are!!
Sangat best bisnes bermentor..segalanya diberi tunjuk ajar..tak perlu pengalaman atau kelulusan..cuma perlu ada keyakinan dan keberanian untuk berubah..Ya berubah! Sampai bila kita nak duduk dalam comfort zone? Cabar diri untuk keluar dari zon selesa..Betul ke selesa? ;)

Sejak berbisnes ni cakap pun nak berapi saja..kekeke.. Saya nak berkongsi dengan anda semua..tak salah kan..kalau orang boleh berjaya kenapa tidak kita? Kita boleh tentukan sendiri..Jalan dah ada, cara diajar rugilah kalau tak ambil peluang yang dah terbentang di depan mata..Beri peluang pada diri untuk dibimbing..InsyaAllah pasti akan berjaya!!

Perasan tak ada budak kecil terselit itu? Hahaha..Zahirah sokong mama berbisnes..teman mama ye sayang..;) saja je bawa Zahirah biar dia bersosial..Mama tengok Zahirah kalau jumpa orang je automatically macam takut..ya lah dia kan duduk rumah je tak pergi taska..mungkin tu la antara sebabnya..

Tapi lagi 10 minit nak berakhir session dia dah kenal dengan kawan-kawan mama semua dia pun dah nak buat hal sendiri..;)


Itupun selepas dah habiskan sepinggan Kids Fish n Chip..;) Ikan memanglah kegemaran Zahirah..laju je makan..dengan bantuan mama sikit..;) 


Come and join us! Kami tunjukkan jalan..;)
Do email/call me for more info:

yantieazan@yahoo.com
0127959694

*1st picture credit to CDM Nur Faziha Instagram

Why oh why??

Assalamualaikum..;)

Ada sesiapa boleh tolong saya?


Instagram oh instagram kenapakah aku tak dapat nak download kau di Google Play??..Huwaaa!!!

Kejadian bermula apabila anak bertuah bernama Azyan Zahirah yang bijak pandai telah reset handphone mama to factory setting..Semua application telah hilang..ye termasuklah Instagram..tak perlu la nak marahkan si anak kan..sebab bukan susah pun boleh je download semula..apa la sangat kesalahan budak berumur 2 tahun itu..;)

Masalahnya disini adalah kenapa mama tak boleh nak download semula Instagram? Kronologinya selepas kejadian terus la start download semuala application yang dirasakan perlu..Tapi Google Play dah downgrade ke Android Market semula..ada juga search macamana nak upgrade semula kepada Google Play..dari result  google, upgrade Android Market kepada Google Play adalah secara automatik untuk Android 2.2 Froyo dan ke atas..Samsung Galaxy S saya tu adalah Android 2.2 Froyo itulah..Tapi mengapakah di Google Play mengatakan "This application is not compatible with your device"Apakah?? tadi kata Instagram compatible untuk Android 2.2 and above..Kenapa sebelum ni boleh je Instagram di download dan sempat pun upload banyak la juga gambar..so how?

Apakah perlu saya lakukan? Perlukah upgrade handphone atau tukar handphone baru..keh! keh! keh! suka je kalau ada handphone baru..tapi takkan semata kerana Instagram..alasan tak cukup kukuh kot!? ;)

Ish tiba-tiba macam tak pasti apa motif entry ini..;) Minta tolong ye sesiapa ada suggestion yang bagus..Terima kasih didahului..;)

12 October 2012

Imran 6 bulan

Assalamualaikum..

Hari ini Imran genap 6 bulan..tetiba rasa macam bermacam-macam perasaan ada..;) Dah besar anak mama ni..kakak lagi la semakin membesar..membesar dan terus membesar..mama pulak semakin berusia..;p hmm..

Semalam Imran pergi check up dan cucuk untuk 6 bulan sekali..Berat terkini Imran 7.5 kg..Naik 500 g dari berat dia masa 5 bulan..Naik sikit je..mane taknya kuat bersenam itu budak..hehe..pantang orang pegang asyik la nak melonjak sampai naik lenguh tangan..Nenek dia pun kadang sampai tak larat..Bila kat bawah sibuk suruh orang angkat/dukung dia..



Ini Imran dari newborn sampai 4 bulan..;) 5 bulan 6 bulan lebih kurang je dengan 4 bulan tu..;) Malas betul nak korek gambar..;p Kepandaian Imran sekarang adalah minum susu..Hehe itu dari sejak lahir pun dah pandai..Sekarang Imran dah meniarap dan maju ke hadapan..kalau kakak dulu mengundur kebelakang dulu..Imran ni nampaknya semua cepat..kakak ajar macam-macam setiap hari..bergurau tawa sama-sama, seronok tengok diorang berdua..;)




Kalau tengok diorang berdua ni muka nak sama je..Haha..dah nama pun adik beradik kan..ramai orang kata Zahirah ikut muka ayah..Imran ikut muka mama..Adil la tu..;)



Yang bestnya bila masuk 6 bulan ni adalah starting solid foods..yeay! Harapan Mama nak masakkan untuk Imran biar merasa air tangan Mama setiap hari..huhu..masa Zahirah dulu tak sempat atau kata lainya..alasan..;) itulah manusia.sentiasa mencipta alasan..bila tak boleh/dapat buat cari sebab kenapa tak boleh /dapat buat..Kalau hendak seribu daya..;) 

*tak sabar nak bagi Imran makan..;p

07 October 2012

Suntikan Anti Typhoid

Assalamualaikum..

Rajin pulak mengupdate blog hari ini ye..;) Sebenarnya lengan belah kiri ni masih lenguh lagi..kesan dari anti typhoid injection petang tadi..Untuk pengetahuan anda semua suntikan ni wajib untuk sesiapa yang terlibat dalam perkhidmatan dan penyediaan makanan..dalam bahasa senangnya Food Handler..;) Kalau dekat rumah anda seorang tukang masak yang menyediakan makanan untuk keluarga tapi sekiranya kita berkhidmat di sektor penyediaan atau industri makanan, suntikan ini adalah WAJIB diambil..



Dalam buku ni ada rekod bila kita ada ambil suntikan dan status kesihatan pengendali makanan..suntikan ni perlu diambil setiap 3 tahun..;) Kali terakhir saya ambil adalah tahun 2008..masa baru masuk kerja kat tempat kerja sekarang ni..agak-agak berapa kali lagi ye kena ambil suntikan anti-typhoid ni lagi..Nak kerja kat sini sampai akhir hayat ke?? Hehehe..


p/s: Entri ni sepatutnya post hari jumaat..ada masalah teknikal..;)

04 October 2012

Saya Suka Premium Beautiful Kerana....

Macam nak masuk peraduan pulak ye..;) Sebelum saya up testimoni orang lain lebih baik saya dulu buat testimoni tentang diri sendiri yang dah memakai PB hampir 3 bulan..Alhamdulillah..beberapa kesan positif dari pemakaian Premium Beautiful ni saya sendiri dah rasa..;) Antaranya ialah:

1. Keyakinan
Dulu kalau berjalan ditiup angin siap cover lagi tang perut..maluu! Masa paling bahagia tak perlu nak cover perut adalah masa pregnant..Abis kalau tak pregnant perut kedepan macamana..Lepas je pakai Premium Beautiful boleh berjalan dengan yakin..ececeh! Pakai baju apa pun nampak elok je terletak..

2. Postur Badan.
Dari mana datangnya sakit-sakit badan..mesti la dari cara kita duduk yang tak betul..Bila menyusukan anak tu terbongkok badan bila menyusukan..Tapi bila pakai Premium Beautiful, PB sokong tulang belakang kita supaya berada pada postur yang betul..sakit-sakit badan pun hilang..bila duduk menghadap komputer bila buat kerja rasa tegak je badan..Agak-agak kalau sakit badan je malam tidur boleh pakai Waist Nipper, confirm tidur nyenyak sampai pagi..;)

3. Keputihan
Masalah yang ada pada kebanyakkan wanita..masalah saya takde la serius sangat..tapi kalau anda yang mempunyai masalah keputihan yang sehingga menyebabkan gatal dan berbau better ambil tindakan segera..bahaya tu..Tapi bagi masalah saya, selepas pakai Premium Beautiful, masalah keputihan dapat diselesaikan..tak perlu dah setiap bulan kena beli panty liner..;)

4. Jimat
Premium Beautiful adalah pakaian dalam pembentuk badan No. 1 di Malaysia..Bila dah pakai Premium Beautiful dah tak perlu pakai pakaian dalam yang lain lagi..sepanjang hari di tempat kerja >8 jam pakai Premium Beautiful je dah rasa sangat selesa..Dah la Lifetime Warranty, bila koyak atau perlu diservis hantar je..Mana ada pakaian dalam jenama lain yang ade lifetime warranty..Betul tak?

5. Ibu menyusu
Ya.. Saya masih menyusukan anak yang kedua yang sekarang berusia hampir 6 bulan..(sekejapnya masa berlalu) Dengan pemakaian Premium Beautiful ianya tak menghalang saya untuk menyusukan anak saya..tak kira di mana..Kalau baby ada dengan saya saya lebih suka direct feeding ..kalau kat tempat kerja saya pump dan buat stok..Alhamdulillah setakat ni hasilnya masih lagi maintain dan harapnya sehingga Imran berumur 2 tahun InsyaAllah..Dengan adanya teknologi infrared pada PB (long bra) secara langsung melancarkan aliran darah pada payudara dan meningkatkan penghasilan susu ibu..yang penting konsep "Supply and Demand " harus diikut..;)
Sebelum pakai Premium Beautiful saya rasa bila lepas pump susu saya masih lagi rasa tak puas rasa macam ada ketulan ada kat payudara..kadang rasa macam susu tak habis diperah..tapi bila pakai Premium Beautiful rasa selesa je selepas sesi mengepam..

6. Bisnes
Dengan Premium Beautiful jugak saya berbisnes..saya belajar berbisnes..menambah pendapatan keluarga..Saya suka bisnes ini..tak pernah ditinggalkan..;) Kalau anda berminat boleh la email atau call saya untuk tahu lebih lanjut tentang bisnes ni..;)

Tu la dia kelebihan yang saya dapat dari Premium Beautiful..ada banyak lagi sebenarnya yang saya belum discover..bila saya dah discover banyak lagi saya update semula entry ini ye..;) terima kasih kerana membaca..

Untuk maklumat lanjut tentang Premium Beautiful dan Peluang Bisnes boleh email saya:
yantieazan@yahoo.com atau Whatsapp saya 0127959694..

03 October 2012

Bulan Cinta..

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran dengan topik Bulan Cinta..eceh!
17 Oktober adalah anniversary kami yang ke -3..Alhamdulillah..Dengan ini saya mengisytiharkan bulan ini bulan cinta..Haha..suka hati kau je kan..;)

Sebenarnya macam tak sangka dah 3 tahun rupanya kami melayari bahtera rumahtangga bersama-sama..Ish! kadang rasa macam tak boleh blah cakap macam ni..tapi apakan daya..menaip pun boleh..;) Walaupun rumah yang kami diami sekarang tak bertangga..tapi turun naik dalam kehidupan 3 tahun kebelakangan ni semuanya dilalui bersama..Terima kasih buat suami tercinta atas pemahaman dan kesabaran terhadap isterimu ini..;)

3 tahun lepas..

Harapan saya semoga hubungan suami isteri dan jalinan ikatan kekeluargaan ini akan kekal ke akhir hayat dan sentiasa bahagia hendaknya..InsyaAllah..;) Moga anak-anak yang diberi sebagai amanah dari Allah dapat didik dengan penuh kasih sayang dan berjaya di dunia dan di akhirat sebagai anak yang soleh dan solehah..

Zahirah dan Imran
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-3 Abang..;) In advance..;)

Lots of love,

Yantie, Zahirah & Imran