Assalamualaikum..
Rajin pulak mengupdate blog hari ini ye..;) Sebenarnya lengan belah kiri ni masih lenguh lagi..kesan dari anti typhoid injection petang tadi..Untuk pengetahuan anda semua suntikan ni wajib untuk sesiapa yang terlibat dalam perkhidmatan dan penyediaan makanan..dalam bahasa senangnya Food Handler..;) Kalau dekat rumah anda seorang tukang masak yang menyediakan makanan untuk keluarga tapi sekiranya kita berkhidmat di sektor penyediaan atau industri makanan, suntikan ini adalah WAJIB diambil..
Dalam buku ni ada rekod bila kita ada ambil suntikan dan status kesihatan pengendali makanan..suntikan ni perlu diambil setiap 3 tahun..;) Kali terakhir saya ambil adalah tahun 2008..masa baru masuk kerja kat tempat kerja sekarang ni..agak-agak berapa kali lagi ye kena ambil suntikan anti-typhoid ni lagi..Nak kerja kat sini sampai akhir hayat ke?? Hehehe..
p/s: Entri ni sepatutnya post hari jumaat..ada masalah teknikal..;)
No comments:
Post a Comment