Cara Pemakaian yang betul sebenarnya sangat penting untuk menampakkan hasil pemakaian premium beautiful yang optimum..dalam pemakaian PB ni sebenarnya apa yang dipentingkan adalah KESELESAAN..kalau tak selesa macamana kita nak nak buat kerja seharian dengan selesa? Ye tak? Walaupun duduk je 8 jam sehari dalam office berpenyaman udara..;) Jom kita check sama ada betul atau tak cara kita pakai..;)
Cara Pemakaian Seluar Dalam (Long Girdle)
1) Lipatkan bahagian pinggang dan dan kaki seluar dalam
2) Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa
3) Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas
4) Perbetulkan kedudukannya agar selesa.
Cara Pemakaian Coli Panjang (Long Bra)
1) Bongkokkan badan ke depan dan masukkan payudara supaya memenuhi cup bra.
Sarungkan bra ke badan dan guna tangan untuk menarik dari atas lemak-lemak payudara
yang sudah jatuh ke bawah.
2) Tegakkan tubuh dan kancing semua cangkuk bra di belakang. Tundukkan badan kehadapan
sedikit, (ambil posisi rukuk kerana lemak-lemak akan turun kebawah ketiak dan mudah ditarik)
3) Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan
ke dalam cawan bra). Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
4) Betulkan kedudukan bra
Cara Pemakaian Bengkung (Waist Nipper)
1) Letak Waist Nipper pada bahagian pinggang dan lekatkan kesemua cangkuk(position cangkuk memang di tepi badan).
2) Betulkan kedudukannya dengan memestikan permata (butterfly) selaras dengan kedudukan permata pada long bra.
3) Tarik tali pelaras
4) Silangkan tali di belakang, tahan nafas dan tarik tali (membawa kesan pinggang meramping
sedikit) dan bawa cangkuk kehadapan.
5) Cangkukkan ikut keselesaan. Pastikan ianya selesa.
Nota: Jika tali tidak sampai memadai dengan ikat reben tali tersebut dibelakang. Jika tali terjuntai dihadapan walaupun cangkuk pada butang terakhir plastic, sila pendekkan tali dengan cara mengikat reben dibahagian tali yang mempunyai manik.
P/S: Permulaan pakai terutamanya untuk yang pertama kali memang kita rasa macam susah atau leceh..tapi alah biassa tegal biasa..;) yang penting disiplin dan istiqamah ye kawan-kawan..;)