Assalamualaikum..
Syukur semuanya ok..ingatkan dah tak kena lagi sebab dah ada lebih setahun Zahirah tak demam atau batuk-batuk..masa lepas raya tu ada juga demam, selesema dan batuk..tapi takde la sampai kena ambil Nebulizer..
Zahirah ni selalunya kalau batuk teruk dan susah nak benafas mama dan ayah bawak pergi klinik belum pun sampai klinik dah ok..macam tak demam macam tak sakit..so selalu kalau pergi klinik panel memang tak pernah Neb..kali ni mama dan ayah bawak je ke bahagian kecemasan Hospital Kulai..terus kena amik Neb..Nangis pun nangis la..tapi bila dah lega tu dia punya aktif susah nak dengar kata..tak nak duduk diam..
Gambar kat atas tu amik Neb untuk kali kedua..dah steady je..lagipun pembantu perubatan yang pakaikan kalau tak mahu dia cabut semua tu..Harap-haraplah semput dia ni tak melarat sangat sampai kena standby gas..huhu..yang penting kena jaga makan dia..no aiskrim..dah la kesukaan dia aiskrim..
Ada petua untuk hilangkan penyakit asma? Share la ye..;) Thanks..
No comments:
Post a Comment