26 August 2012

4 Sebab untuk 1 set Premium Beautiful!

Premium Beautiful (PB) ni semua orang tahu banyak sangat kelebihannya. Rasanya kalau nak cerita kelebihannya memang berjela. Ada lebih daripada 100 kelebihan memakai premium beautiful ni..walauapapun kalau nak buat sesuatu tu kita kena konsisten dan disiplin..barulah boleh nampak hasilnya..;)

4 sebab utama mengapa setiap wanita harus ada sekurang-kurangnya 1 set Premium Beautiful:

Superbrand
Produk yang telah dikenali dan mendapat pengiktirafan Superbrands. Jaminan kepada produk yang sangat berkualiti dan dikenali ramai.

Menggantikan pakaian dalam wanita
PB adalah perintis pakaian dalam di Malaysia. Bila dah pakai PB dah tak perlu pakai pakaian dalam lagi..tapi kalau time tak pakai tu sila la pakai ye. Lain pulak jadinya nanti..;p dari aspek ni kan ke jimat sebab kita akan pakai pakaian dalam kita yang biasa tu bila waktu malam je..;) Siang waktu pergi kerja dah pakai PB dah lebih 8 jam. InsyaAllah pasti berkesan. Rugilah kalau dah beli tapi simpan je tak pakai kan.

Lifetime Warranty
Jaminan seumur hidup atas segala kerosakan. Mana nak dapat produk macam ni. Kalau beli pakaian dalam triumph then koyak ada warranty ke nak tukar atau servis.

One stop centre.
Dengan pemakaian PB ianya bertindak menaiktaraf 70% Kesihatan dan 30 % Kecantikan wanita. Siapa yang tak nak sihat dan cantik? Kalau nampak cantik je tapi tak sihat tak guna jugak kan? kalau nak tahu apa benefit PB dari kesihatan boleh google je. Memang tak rugi memiliki dan memakai PB. Sangat rugi kalau ada tapi tak pakai..kalau yang dah ada tu tapi bila pakai rasa tak selesa boleh contact semula ejen yang anda beli tu..

Untuk keterangan lanjut tentang manfaat kesihatan atau servis yang lain boleh hubungi saya:

Facebook: Noryanti Kasnan
Wassap/SMS: 0127959694
Email: yantieazan@yahoo.com




24 August 2012

Beraya Berempat..;)

Assalamualaikum..

Tak terlambat lagi kot nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri..;) Raya kan sebulan..betul tak..Jemput datang rumah beraya ye kawan-kawan..kalau nak datang contact dulu takut takde kat rumah..yelah..rumah saudara mara pun ramai lagi tak ziarah..;)

Tahun ni beraya berempat dengan kehadiran adik Imran..Tapi perancangan nak buat baju raya sedondon tak jadi..;) Ayah kata baju raya dia tak payah buat la..dia nak pakai je baju raya 2 tahun lepas yang ada..then ingatkan nak buatkan baju melayu untuk Imran sama kaler dengan ayah tapi jiwa tak cukup kental nak siapkan kelim kat leher dan jahit kocek..hasil sangat tak memuaskan hati terus rasa taknak dah siapkan..kesian Imran pakai tshirt je..kekeke..

Hari Raya Pertama..

Inilah dia hasilnya pada pagi hari raya pertama..;) tetaplah bergembira walau tak dapat sedondon..takpe tahun depan kite beli kain 1 gulung semua pakai kain yang sama ye..hahaha..skill menjahit pun harapnya semakin improve la..;p


hari raya kedua mama je sedondon dengan Zahirah..kebetulan jalan-jalan jumpa pulak dress sama macam baju mama terus je beli..;) polka dot kite dihari raya kedua..tak banyak gambar diambil sebab sibuk pegang Imran kejar Zahirah sana sini memang dah tak peduli nak amibik gambar..sayang rasanya..

Kalau ada rezeki lebih nanti nak la beli 1 digital camera..sayang pulak takde capture perkembangan anak-anak ni..gambar masa Zahirah potong kek pun tak sempat ambik..ade kat kamera Nenek Su dia..;) Nanti ada masa boleh la transfer..

Niat nak beraya umah saudara mara sebelah arwah abah pun tak kesampaian..Zahiran dan Imran dua-dua macam tunjuk protes bila masuk kereta je melalak..yang Imran bila dalam kereta je macam tak selesa nak tidurkan pun taknak..tak pernah jadi macam tu sebelum ni..sampai ayah pun susah hati..jadi kitorang batalkan niat mungkin akan pergi ke Batu Pahat masa cuti merdeka nanti..kitorang syak budak dua orang ni sebenarnya rindu kat nenek diorang yang dah hari-hari nampak tiba-tiba 2 3 hari tak jumpa..and yes bila jumpa nenek diorang balik je dari kampung masing-masing bertindak jadi normal balik..;) macam2 emosi budak ni..;)

Itulah cerita raya kitorang..eh ada lagi..masa raya ke 4 kami pergi melawat adik MIl dekat Felda Tenggaroh dan kami adalah antara mangsa banjir di jalan Mersing Johor Bahru tu..;) cumanya tak sempat la sampai kawasan banjir tu terus cari jalan alternatif..;)

Jumpa lagi di lain post..nak cerita sikit pasal Premium Beautiful..;)

15 August 2012

Premium Beautiful..



Superbrands Product

#1 Best Selling Corset with Lifetime Warranty

70% dicipta untuk KESIHATAN & 30% untuk KECANTIKAN

Jadikan impian anda satu reliti..

Contact: Yantie
Facebook: Noryanti Kasnan
Wassap/SMS: 0127959694
YM: yantieazan





Note: Tengah berjinak-jinak dengan bisnes PB..;) Doakan yang terbaik untuk saya..;p

10 August 2012

Imran 3 Bulan


Dah nak masuk 4 bulan dah pun sebenarnya minggu depan..;) maaflah..mama ni memang dah malas nak update blog..nanti kemudian hari menyesal apsal tak update pasal anak kat blog..kekeke..entah apa-apa..sebenarnya bukan apa..kata dunia dihujung jari..mama ni ada masalah nak ingat milestone anak-anak..berapa bulan meniarap, berapa bulan pandai jalan..jadi ada blog ni senang sikit la..;)

Sebelum nak masuk 4 bulan ni Imran dah boleh meniarap..kira perkembangannya lebih cepat sikit la berbanding Zahirah..rata-rata memang ramai yang cakap anak kedua perkembangannya cepat sikit..masa kakak dulu 5 bulan baru meniarap..Imran ni pandai pulak tu bila nak meniarap dia naikkan tangan dia ke atas.so kurang la kes tangan tersepit then "uh ah uh ah" pastu menangis tak dapat tarik tangan..;)

Berat Imran 3 bulan masa check up hari tu adalah 6.0 kg..kalau time mandikan tu tak pegang betul2 boleh tergolek budak kecik ni..aktif kemain..waktu mandi adalah waktu paling dia suka..kalau dala air tu macam nak berenang je lagaknya..tak pernah la menangis kalau masa mandi..

Sangat la senang nak mengurukan Imran ni..pukul 9 malam dah ajak masuk bilik..mengempeng nak tidur..selalu mama berlayar sekali tak dapat nak tengok tv..nak pulak bulan puasa ni..macam letih ditambah perut kenyang memang mengantuk je kerjanya..;)

Lain kali update pasal kakak pulak ye..kakak dah nak genap 2 tahun hari raya pertama nanti,..cepatnya masa berlalu..;)