10 August 2012

Imran 3 Bulan


Dah nak masuk 4 bulan dah pun sebenarnya minggu depan..;) maaflah..mama ni memang dah malas nak update blog..nanti kemudian hari menyesal apsal tak update pasal anak kat blog..kekeke..entah apa-apa..sebenarnya bukan apa..kata dunia dihujung jari..mama ni ada masalah nak ingat milestone anak-anak..berapa bulan meniarap, berapa bulan pandai jalan..jadi ada blog ni senang sikit la..;)

Sebelum nak masuk 4 bulan ni Imran dah boleh meniarap..kira perkembangannya lebih cepat sikit la berbanding Zahirah..rata-rata memang ramai yang cakap anak kedua perkembangannya cepat sikit..masa kakak dulu 5 bulan baru meniarap..Imran ni pandai pulak tu bila nak meniarap dia naikkan tangan dia ke atas.so kurang la kes tangan tersepit then "uh ah uh ah" pastu menangis tak dapat tarik tangan..;)

Berat Imran 3 bulan masa check up hari tu adalah 6.0 kg..kalau time mandikan tu tak pegang betul2 boleh tergolek budak kecik ni..aktif kemain..waktu mandi adalah waktu paling dia suka..kalau dala air tu macam nak berenang je lagaknya..tak pernah la menangis kalau masa mandi..

Sangat la senang nak mengurukan Imran ni..pukul 9 malam dah ajak masuk bilik..mengempeng nak tidur..selalu mama berlayar sekali tak dapat nak tengok tv..nak pulak bulan puasa ni..macam letih ditambah perut kenyang memang mengantuk je kerjanya..;)

Lain kali update pasal kakak pulak ye..kakak dah nak genap 2 tahun hari raya pertama nanti,..cepatnya masa berlalu..;)

No comments:

Post a Comment