27 June 2012

New baby..;)

Hati berbunga-bunga..semalam baru sampai..tak sempat lagi nak godek..2 minggu jugak aku tunggu untuk delivery..itupun aku call semalam baru nak hantar..geram pulak aku dengan tokei kedai tu..sabar je la..


Haih tak sabarnya nak menggodeh..nak menjahit..tapi potong kain pun tak reti lagi..hihi..tengah bertungkus tak berapa lumus la belajar melalui blog-blog atau Youtube je..kalau hasil kerja masih hampeh terpaksa la makcik masuk kelas menjahit..;) baru la lebih yakin nak ambik tempahan..amboi!! Hahaha..

Buat masa sekarang aku nak jahit dulu seluar suami yang banyak koyak-koyak tu..tak payah membazir beli seluar je..kekeke..lepas tu tak sabar nak jahit baju untuk raya..yeay! puasa pun tak lagi dah sibuk pikir raya kan..;) Biasalah tu..persediaan awal kononnya kan..;p

Tapi memang kena cari masa yang anak-anak tengah tidur nak menjahit ni..tak pun kurungkan diri dalam bilik..semalam bukak je box Zahirah dah tau nak tekan mana..bila cakap jangan cebik pulak dia..T___T

25 June 2012

Tenggelam timbul..

Ye..tenggelam timbul..itu la tuan blog ni..macam biskut pun ye..seminggu nak ada 1 entri pun susah..hmm..kenapa ye? ;) Sebenarnya bukan ada yang kisah pun kan..kekeke..

Rindu..rindu sebenarnya nak cerita-cerita kat sini..tapi selalu takde idea..kalau ada kadang tu taip entri kat handphone lepas tu Bloggerdroid buat hal pulak..terus rasa tak nak post entri dah selama setahun..hehe..aku ni pulak kadang tu taip entri nak kena ada gambar baru la dapat mengarang dengan best..pulak tu tengok kat Gallery takde pun gambar baru..sadis..tak jadi lagi post new entry..

Pandai je kan buat alasan..itulah macamana nak berjaya menjadi blogger..;p konon haritu dapat Buffered Earning dari Nuffnang berazam la nak update blog..sekali hampeh la kau Yantie..;) Ampun..Kalau buat entri merepek macamni pandai pulak..tengok tu dah lebih dari 140 aksara..;p Kadang-kadang aku suka update atau post status kat Twitter..kat situ macam takde orang nak marah engkau membebel apa-apa..kalau ada pun lantak lah..bukan aku tau pun kalau takde orang mention..;)

Eh! tetiba tak tau dah nak taip apa lagi..sajikanlah korang dengan gambar terbaru 2 orang anak kesayanganku..
Si kakak memang macam tu..kalau ambik gambar tangan mesti nak atas badan adik dia..muka nak macam tu..adik steady je..;)

16 June 2012

Selamat Hari Bapa

Eh? Takde ke Hari Suami? Kekeke..
Anak-anak kecik lagi nak wish ayah Selamat hari Bapa..
Mama wakilkan Zahirah dan Imran untuk wish Selamat Hari Bapa kepada En. Azan Bin Awang..

Tukang potong kuku anak..
Kalau dengan mama dia tak nak potong kuku..dengan ayah ok je..;)

Tak cukup tangan bila 2-2 pun nak kat ayah..;)

Waktu dengan anak-anak..

You are the greatest father in the world!
We love U Ayah!!

With Love,
Zahirah, Imran & Mama

Nota: Tetiba rasa sayu pulak buat entry ni..teringat arwah abah..tak lama dia dengan kita..semoga arwah tenang di sana..Al-Fatihah..

14 June 2012

Imran 2 Months

Assalamualaium..

Imran sudah genap mencapai usia 2 bulan 3 hari lepas..dan aku pun dah 2 minggu jugak naik kerja..itu yang sepi je blog ni tak berupdate cerita baru..bukan apa..biasalah air-cond dalam lab tu..rosak semedang..membantutkan semua perkerjaan..merosakkan mood..pagi-pagi datang dah berpeluh-peluh..Ops! apa pulak aku membebel ni..kembali ke tajuk asal..;)

Inilah budak Imran..
Berat terkini adalah 5.3 kg..bila tengok balik rekod kakak yang dulu, berat diorang naik sama..masa 10 hari sebulan dan yang kali ni 2 bulan..lahir pun beza 100g je dari kakak..Cuma Imran ni badan dia tak nampak semangat macam kakak dia dulu..;)
 
Sepanjang 2 bulan ni senang sangat nak jaga Imran ni..janji dia kenyang dan tak berpeluh dia diam je..tak pun dia main la dengan kaki dan tangan dia..;) gaya mengayuh di udara..;) Dah pandai senyum-senyum..pandai nak ajak orang berbual..kalau kita cakap-cakap dengan dia dia akan respon bukak-bukak mulut sambil keluar suara comel dia lepas tu tersedu..MIL kata pantang bukak mulut luas-luas mesti nanti tersedu..sekejap je..

Kalau kakak Zahirah nangis biasanya dia pun akan sekali join..;) takpun dia tengok je kakak dia..agaknya dia kata kenapalah kakak aku ni..tak cukup perhatian agaknya semua orang asyik tumpu kat aku..Hehehe 

Minum susu agak kuat waktu siang..kalau mama pergi kerja boleh habis dalam 15-20 oz susu..setiap botol aku isi dalam 4.5 -5.0 oz..kadang-kadang habis kadang-kadang dia tinggalkan baki 1 oz..Bila malam pulak dia bangun untuk menyusu selalunya 1 atau 2 kali je..mungkin sebab siang dah banyak menyusu kan..InsyaAllah bekalan susu cukup untuk Imran..setakat ni pengeluaran memang lebih dari permintaan..Alhamdulillah..

Kakak nak buli adik..
 Imran steady je kalau kakak kacau-kacau dia..haritu dia cuba kuis bekas BCG Imran..habis berdarah..tapi Imran tak nangis pun Mak kata..si kakak kena selalu diperhatikan..kalau tak macam-macam cubaan dia cuba lakukan pada adik dia..ada sekali tu dia kakak cuba masukkan tiub breastpump mama dalam mulut adik..nasib baik tak sempat..kakak Zahirah tu dalam fasa nak meniru je apa semua orang buat..memang kena sabar je la dan keep on perhatikan mereka berdua..

Tu dia adik nak mengamuk..
Tunggu la Imran besar sikit nanti..jadila kawan kakak main..takde la main sorang-sorang jerit sorang-sorang lagi..;)Eh..Imran ada tanda lahir kat kaki..tangan pun ada..tapi kat peha je mama sempat snap..;)


Semoga Imran membesar dengan sihat dan belajar dengan cepat..Mama doakan yang terbaik untuk Imran dan Kakak Zahirah..Moga kamu berdua menjadi anak yang soleh dan solehah..InsyaAllah..