Imran sudah genap mencapai usia 2 bulan 3 hari lepas..dan aku pun dah 2 minggu jugak naik kerja..itu yang sepi je blog ni tak berupdate cerita baru..bukan apa..biasalah air-cond dalam lab tu..rosak semedang..membantutkan semua perkerjaan..merosakkan mood..pagi-pagi datang dah berpeluh-peluh..Ops! apa pulak aku membebel ni..kembali ke tajuk asal..;)
Inilah budak Imran.. |
Berat terkini adalah 5.3 kg..bila tengok balik rekod kakak yang dulu, berat diorang naik sama..masa 10 hari sebulan dan yang kali ni 2 bulan..lahir pun beza 100g je dari kakak..Cuma Imran ni badan dia tak nampak semangat macam kakak dia dulu..;)
Sepanjang 2 bulan ni senang sangat nak jaga Imran ni..janji dia kenyang dan tak berpeluh dia diam je..tak pun dia main la dengan kaki dan tangan dia..;) gaya mengayuh di udara..;) Dah pandai senyum-senyum..pandai nak ajak orang berbual..kalau kita cakap-cakap dengan dia dia akan respon bukak-bukak mulut sambil keluar suara comel dia lepas tu tersedu..MIL kata pantang bukak mulut luas-luas mesti nanti tersedu..sekejap je..
Kalau kakak Zahirah nangis biasanya dia pun akan sekali join..;) takpun dia tengok je kakak dia..agaknya dia kata kenapalah kakak aku ni..tak cukup perhatian agaknya semua orang asyik tumpu kat aku..Hehehe
Minum susu agak kuat waktu siang..kalau mama pergi kerja boleh habis dalam 15-20 oz susu..setiap botol aku isi dalam 4.5 -5.0 oz..kadang-kadang habis kadang-kadang dia tinggalkan baki 1 oz..Bila malam pulak dia bangun untuk menyusu selalunya 1 atau 2 kali je..mungkin sebab siang dah banyak menyusu kan..InsyaAllah bekalan susu cukup untuk Imran..setakat ni pengeluaran memang lebih dari permintaan..Alhamdulillah..
Kakak nak buli adik.. |
Imran steady je kalau kakak kacau-kacau dia..haritu dia cuba kuis bekas BCG Imran..habis berdarah..tapi Imran tak nangis pun Mak kata..si kakak kena selalu diperhatikan..kalau tak macam-macam cubaan dia cuba lakukan pada adik dia..ada sekali tu dia kakak cuba masukkan tiub breastpump mama dalam mulut adik..nasib baik tak sempat..kakak Zahirah tu dalam fasa nak meniru je apa semua orang buat..memang kena sabar je la dan keep on perhatikan mereka berdua..
Tu dia adik nak mengamuk.. |
Tunggu la Imran besar sikit nanti..jadila kawan kakak main..takde la main sorang-sorang jerit sorang-sorang lagi..;)Eh..Imran ada tanda lahir kat kaki..tangan pun ada..tapi kat peha je mama sempat snap..;)
Semoga Imran membesar dengan sihat dan belajar dengan cepat..Mama doakan yang terbaik untuk Imran dan Kakak Zahirah..Moga kamu berdua menjadi anak yang soleh dan solehah..InsyaAllah..
alahai, kejap je Imran dah 2 bulan. mama pon dah abes pantang kan. yahuuuuuu! :)
ReplyDeleteMemang sekejap je..Raisya dan Zahirah pun berapa minggu je dah nak 2 tahun..cepat betul diorang membesar..
Deletehye lil cutie im...aunty cant wait to see u this july!!!
ReplyDeleteWuuuu..bestnyeeee...
ReplyDeletebestnye..cant wait!
ReplyDelete