22 February 2012

Check up 33 weeks

Check up kali ni ada appointment dengan doktor..tengok yang lepas macam lambat je jadi aku apply annual leave siap-siap..kalau habis awal pun boleh lepak duduk rumah je..suami pun cuti..sebelum keluar aku mintak tolong cuci baju dan toilet kat bilik sekali..;) dera suami sikit sekali sekala..kalau dera bab masak memang selalu..;p

Pukul 6.50 baru tersedar pulak..kira dah lambat tu..ingatkan nak sampai klinik pukul 7 nak dapat nombor awal-awal..tapi ok lagi la aku sampai pukul 7.30 pagi dapat nombor 1015..kira turn aku yang ke-15..pukul 9.45 pagi dah siap check up semua..

Perkembangan terkini:

Berat : 76 kg (naik 1 kg dalam masa 2 minggu) kali ni tak tipu timbang punya..;p

Hb : 12.9 –Ok. Misi suruh kekalkan sampai bersalin nanti..kalau tak dia ugut akan tukar dari sticker putih ke sticker warna hijau..kelakar la nurse ni..nak ugut pulak..nasib baik result ok..;p

BP : 110/70 –Ok. Normal. Jangan masa nak bersalin nanti jadi macam kes yang lepas pulak tetiba nak suspect aku ada darah tinggi pulak ye..;)

Check up dengan doktor je ada scan..kalau dengan misi je memang takde..so dapat la tau estimated fetal weight (EFW) : 2061 g

Doktor kata semua pun ok. Air ketuban cukup dan lagi 2 minggu untuk check up akan datang..Masa tengah scan tu doktor tanya “Dah tau jantina anak kan?”Emm..lelaki eh” aku tanya balik doktor tu then dia senyum dan mengangguk je..So dah boleh confirm kot anak mama ni boy..;) Baju baby aku tak beli banyak pun buat ada-ada je..lagipun masa Zahirah newborn baju semua warna universal..boy ke girl boleh pakai..takpe nanti lepas habis pantang boleh pergi shopping lagi..nanti mesti ada je alasan nak keluar..;) MIL tak kisah sangat kot..sebab masa Zahirah dulu hari ke 20++ dah pergi beraya..Haha..

Tapi untuk kali ni rasa nak pantang betul-betul..haraop-harap la aku berdisiplin ikut peraturan yang aku sendiri buat nanti..kata nak kurus..;p

p/s: tetiba rasa berdebar sebab katanya baby boy kuat menyusu eh? kena mantapkan lagi ni ilmu breastfeeding..harap adik Zahirah ni sampai lebih 2 tahun dapat BF..aminn..

16 February 2012

Duit Syiling Baru..

Tahu Bank Negara ada keluarkan duit syiling baru..dengar kat Buletin Utama..tapi dengar je la tak tengok pun..(Dasar malas nak ambik tahu)..Ingatkan lebih kurang je dengan syiling yang ada sekarang..

duit syiling baru Oh macam ni rupanya..baru google..;)

Kes 1:

Beli roti kat kedai India muslim..Roti Gardenia RM 2.40 bagi RM 10..Duit Baki RM 7.60. Ada 3 keping duit..tapi macam token main kat pusat game..Baru nak cakap kat tokey kedai tu ni token apa? Cepat-cepat teringat itu duit syiling baru..Kalau tak? BUAT MALU JADI ORANG MALAYSIA..hihi

 

Kes 2:

Dalam kereta nak bayar tol dari Simpang Renggam ke Skudai..RM 6.20.. Betul dah ambik duit syiling 20 sen..tapi sebab rasa syiling tu kecil macam 10 sen gelabah cari duit syiling lain..sekali tengok balik eh! betul la tadi 20 sen.. BARU TAU APA BEZA SYILING BARU DAN LAMA..;)

Setakat ni baru jumpa 20 sen..yang 50 sen, 10 sen dan 5 sen tak jumpa lagi..nanti JAKUN lagi la tu..;)

15 February 2012

Memilih perkerjaan..

Pagi ni ada sorang pekerja baru masuk..badan besar, tegap sesuai la kalau kerja di bahagian proses..tapi tak tahu kenapa habis je minum pagi budak tu dah takde..cabut la tu kan..aku rasa aku baru nampak budak tu tengah diberikan penarangan tentang kerja-kerja dia oleh penyelia bahagian 20 minit sebelum tu..

Belum sempat buat kerja apa pun aku rasa..even pegang 1 guni gula pun belum lagi..;) Macam-macam la andaian dalam kepala otak aku ni..memilih kerja kot..kata penyelia tu, budak tu tak pernah kerja berat..sekali tengok persekitaran kerja dalam ni je terus mental position down kot..keh! keh!

Lalu..aku pun teringat macamana aku mula kerja lepas tamat belajar kat UPM dulu..(Panjang ek mukadimah engkau..haha)

Ada orang lepas belajar boleh lepak-lepak dulu kat rumah 2 3 bulan baru cari kerja..tapi bukan aku..hari-hari kot emak tanya bila nak cari kerja..bila nak dapat kerja..jadi seminggu aku kat rumah terus aku pergi rumah makcik aku kat JB cari kerja kat area JB yang kononnya banyak la peluang perkerjaan..lagipun duduk kat rumah menghabiskan beras je orang pun naik menyampah kot tengok muka aku..;)

Merata jugak la round kawasan perindustrian kat JB ni..pantang je ada dengar kerja kosong pergi hantar resume..beli surat khabar tengok ruangan jawatan kosong..dekat shop lot depan taman tu ada Kilang Otak-otak pun konon nak pergi cuba nasib..Makcik bagitau ada kerja kosong Housekeeping dekat Grand Blue Wave Hotel pun aku pergi try..tapi kalau dah namanya belum rezeki memang takde satu pun panggilan kerja aku dapat..

Entah macamana 1 hari tu..ada orang (dulu teman tapi mesra sekarang suami ;) ) bagitau ada kerja kosong dekat Giant Tampoi..keesokkan harinya aku terus pergi cuba nasib..Naik bas terus menuju ke Giant Tampoi isi borang jawatan kosong hari tu jugak interview terus dapat kerja esoknya dah start kerja..tak terbayang lagi masa tu suasana kerja dalam Giant tu..Jawatan yang aku apply masa tu Goods Receiving Assistant.. Lepas habis interview tu manager ada la jugak terangkan serba sedikit tentang kerja aku..

Bila masuk kerja tu..oh ramai rupanya kat department receiving ni..ada yang kerja dah lama dah senior..adat la budak baru masuk, belajar sebanyak boleh cuba buat sebaik yang mungkin..kira setiap barang yang masuk..deal dengan lorry driver..deal dengan pekerja department lain untuk check barang masuk..kadang tu kalau dekat perayaan besar memang busy gila..sebab stok barang banyak sangat..pernah balik kerja pukul 1 – 2 pagi..dah la masa kerja tak boleh bawak handphone..terpaksa la abis kerja baru call makcik aku mintak tolong ambik..mana ada bas lagi dah time-time macam tu..lagi pulak nak masuk kawasan rumah makcik aku tu macam hutan belukar..takut aku nak jalan kaki sorang-sorang..dah la pernah terserempak dengan kaki botol yang mabuk..

Tapi tak lama pun aku kerja kat Giant tu..dalam 3 bulan je..tapi enjoy kerja kat sana..baru kerja dah dapat pergi Company Dinner..dapat kawan..tapi ramai yang dah lost contact..dah lebih 5 tahun dekat JB ni tak pernah pulak terserempak dengan diorang kat mana..tu yang terus lost contact..Gaji masa kerja kat situ RM 750 je..cukup la untuk aku yang single dan menumpang rumah makcik aku tu..

Bila time tak kerja je aku pergi Cyber Cafe..bukak Jobstreet la apa lagi..cari kerja lain..sapa taknak kerja yang lebih bagus..aku nampak ada 1 kerja kosong sebagai QC kat Simpang Renggam terus aku call dan deal interview..apply cuti dan pergi la interview kat Simpang Renggam tu..berminat sebab ni Food Industry..dah nama pun belajar Food Technology mesti la nak kerja yang ada kena mengena ye tak? Tapi ada pengalaman pahit masa pergi interview ni..Sexual Harassment..siap buat report polis..tapi aku belum rasa nak cerita lanjut lagi pasal ni..tunggu aku bersedia la ye..pengalaman pahit kot..

Dalam pada pengalaman pahit tu aku dapat jugak kerja dekat kilang tu..kilang pertama aku kerja..praktikkan segala apa yang aku belajar masa di u dulu..sebab kita belajar benda tu jadi kerja pun interesting la..banyak benda baru aku belajar..Gaji QC kat kilang tu RM 900..Aku duduk rumah Nyai dan Emak sebab dekat je dari rumah dalam 30 minit..pergi kerja naik motor ataupun van kilang ataupun naik bas..merasa la pernah kena tinggal bas..dah la bas kat kawasan kampung tu 1 jam sekali..kalau ada motor tak pakai aku merempit la walau tak berlesen..pandai-pandai lalu jalan dalam..nak kerja punya pasal..

Bila cerita-cerita mengimbas kenangan dengan suami pasal kerja kat sini..suami kata “ Masa awak kerja kat situ adalah masa paling tak best sekali” Haha..mana taknya..masa tu memang banyak halangan percintaan yang kami hadapi.. (Cheh!) Hampir nak putuskan hubungan dah masa tu..sebab banyak desakan dari keluarga mintak aku buat pilihan yang lebih baik..panjang ceritanya kat situ..T__T sedih bila diingat..rasanya sepanjang aku kerja kat situ aku bukan stress pasal kerja..tapi stress pasal hubungan yang macam tak akan berakhir..sampai la satu masa aku dapat panggilan kerja kat tempat aku kerja sekarang..

3 bulan jugak aku bertahan kerja kat Simpang Renggam..Akhirnya aku decide untuk cari kerja dekat JB semula..terseksa sebab asyik didesak dan tak dapat jumpa buah hati (dating) selalu..hihi..Dah rezeki nak dapat kerja kat sini kan..bulan Januari yang lepas dah genap 4 tahun kerja kat sini..harap-harap tahun depan dapat la kerja tempat lain tukar angin, tukar position dan tambah salary..amin..InsyaAllah..kalau tuhan dah tentukan rezeki kita kat situ dapat la kita berkerja kat situ kan..

Bersyukur dengan apa yang ada sekarang..itu yang sebaik-baiknya..kadang-kadang kita tak tahu pun sama ada pilihan yang kita buat tu tepat/betul atau tak..dulu aku selalu guna phrase ni:

“It is fatal to enter any war without the will to win”

14 February 2012

Wedding & Birthday Zahirah’s Aunties

Hari Ahad yang lepas ada 2 peristiwa berlaku..yang first adalah wedding belah lelaki my cousin..kitorang semua datang sebagai tetamu je..tak rewang-rewang pun..haha..pemalas punya orang..;)

2012-02-12 13.24.09

Antara yang termasuk di dalam gambar..Ini adalah rombongan keluarga Hendon..;) Tapi nyaie dah pergi awal-awal..sebab besan buat kerja kahwin tak sedap hati pulak datang lambat dia kata..

Gambar pengantin tak sempat nak ambik sebab handphone ada pada ayah Zahirah..ingatkan la dia ada ambik..sekali tengok 1 pun takde..takpe la..rupa pengantin tersemat di dalam hati..haha..

2012-02-12 14.31.27

Gambar Zahirah dan Mama ada la..serba biru..itu uncle Aish..yang tetiba time orang nak ambik gambar time tu la dia nak lalu..lain kali kalau nak lalu toleh sekali kat kamera la..;)

2012-02-12 16.00.27 

Habis je pengantin makan beradab kitorang semua pun mintak diri la..kite pergi berjemur tepi pantai la pulak..Zahirah dah terlampau mengantuk..pukul 2 pagi baru tidur pukul 8 dah bangun terus takde tidur lagi..masa mula-mula sampai Pantai Punggor dia tidur lagi..kesian pulak nak kejutkan dia..

2012-02-12 16.08.40

Ni la birthday girls..mereka lahir bulan 1 dan bulan 2 memasing..celebrate sama-sama..patut boleh celebrate birthday aku sekali..hikhikhik..ada hati tu..birthday aku haritu aku request Chocolate Indulgence je sepotong dari suami..(Baik kan saya! Hahaha)

Makanan banyak..Chef yang memasak mee goreng adalah Chef Azan..;) Ada nuggets, fries, hot dog, sandwich dan jajan-jajan yang banyak..Zahirah tengah tidur mama pun melantak tak hengat sanggup berpanas..sudahnya balik rumah terus sakit kepala..T___T

2012-02-12 16.46.32

Zahirah dah bangun terus pergi tengok laut..excited dia..tapi Pantai Punggor ni tak sesuai untuk mandi..pakcik dan makcik Zahirah sekalian pun cuma main air dan kutip kulit kerang je..tau je la pantai belah Selat Melaka..air tak jernih macam pantai kat belah timur nun..

2012-02-12 16.49.40

Dapat belon suka dia..dari jauh nenek tunjuk belon berkejar dia nak ambik belon kat nenek..;) Zahirah dah kurang sikit takut kat orang..kecuali kat atuk-atuk dia..muka ganas sangat kot..kalau atuk-atuk dia datang cepat-cepat je lari dapatkan mama ataupun ayah..;)

12 February 2012

Untuk adik baby..

2 minggu weekend panjang..weekend kali ni rasa macam Ya Allah sekejapnya Isnin dah nak kerja..Actually ni aktiviti masa cuti 4 hari yang minggu lepas punya..biasa la..orang malas nak update blog memanglah macam ni..cerita basi je..;p ampunn..

PicsArt1328627947510

Ini baju-baju masa Zahirah newborn lagi..semuanya pun masih elok lagi..mittens and booties pun banyak..so tak perlu la beli lagi..cuma ada la jugak beli 2 3 buat tambah-tambah..itu pun adalah turun temurun dari pakcik kecik Zahirah..;)

Rasa best je bila dah basuh baju-baju kecik ni..dengan barut dan lampin..tapi bila nak menyidainya tu memang setengah jam la duduk kat luar..Zahirah paling suka kalau aku ada kat luar rumah..dia pun cepat-cepat je capai kasut..kasut gedabak pun dia nak pakai jugak..;)

 

PicsArt1328627381622

Storage bottle pun banyak yang baru lagi..so cuci sterilize guna Pureen Sterilizing Tablet keringkan dan masuk dalam beg plastik susun cantik-cantik..nanti nak guna dah senang..

PicsArt1328627698088

Inilah pembantu saya yang sangat rajin..tapi bila kita ambil nak susun dalam bakul dia marah pulak..bila kita cakap dekat dia..ini untuk adik dia tersengih-sengih macam paham benar kakak kecik ni..;)

Nota: Membayangkan..bila adik baby dah lahir nanti mesti bila time dia makan dia nak suapkan kat adik dia nanti..;p Moga Zahirah jadi kakak yang baik..;) 8 weeks (less/more) to go!!

08 February 2012

Steamboat Buffet Dinner @ New York Hotel, JB

Kononnya nak sambut birthday 31 Januari yang lepas kat sini..sekali lambat booking la..terpaksa la postponed pada 2 hb..ok la daripada beli kupon tapi tak pergi lagi la membazir kan..;)

2012-02-02 20.27.43

Banyak pilihan ada..tapi tak merasa semua pun..kenyang gila kot walaupun rasa macam sikit je aku makan..yang aku makan dengan sangat beria adalah rojak buah..1 pinggan aku pulun sorang..sedap la petis dia..;)

2012-02-02 20.28.13

Tu tangan siapa tu..biasa la..suami saya kan pemakan orangnya..bagi la dia chance makan buffet..makan sampai lebam..;) tapi beza betul perut kitaorang sebelum kahwin dan selepas kahwin..masa sebelum kahwin tank boleh isi banyak-banyak..sekarang makan sikit je dah rasa macam nak pecah perut..nak pulak dengan  keadaan aku sekarang ni kan..baby dah ambik space banyak sampai mama tak boleh makan banyak..(eh! tendang-tendang pulak dia..;) )

2012-02-02 20.39.20

Kesayangan saya yang semakin hari semakin sihat berisi..senang hati anak pun nak masuk 2 orang dah kan..;) lepas tu hari-hari dapat jumpa emak kesayangan..emak masak sedap-sedap hari-hari..tu yang dengan aku sekali membesar bagai johan..;)

2012-02-02 21.35.28

Gambar kenangan di lobi New York Hotel..kemeriahan Tahun Baru Cina masih terasa..;)Kesimpulan dari makan-makan kat sini adalah amat berbaloi-baloi dengan harga yang dibayar..banyak pilihan..patutlah popular demand..kalau ada lagi boleh beli lagi belanja MIL sekali..;)

Jalan-jalan Melaka (part 2)

Malam tu kami bermalam di City Park Hotel..berpatutan la harganya..kat Melaka tak susah nak cari tempat menginap rasanya kan..melambak kot hotel ke rumah tumpangan..cuma kena sediakan duit..

Penat sangat lepas jalan-jalan kat Zoo Melaka tu dalam lepas maghrib keluar pergi cari makanan..tapi tak jumpa-jumpa tempat makan yang berkenan dihati..konon nak tapau je sebab naik je kereta Zahirah terus tidur..kesian pulak nak kejutkan dia semata-mata kami nak makan..dia tu pulak jenis kalau kereta berhenti je terus sedar..

Tapi sampai jugak kami ke Pantai Kelebang..konon la nak tengok kapal selam..sekali mana nampak daa..gelap gulita..haha..last-last lepas dapat beli cencaluk dan belacan terus balik tapau nasi goreng dengan roti telur dekat mamak area hotel kami menginap je..makan kat bilik..sampai bilik je Zahirah bangun..terpaksa la jugak melayan dia makan sekali..

 2012-01-23 08.40.14

Ni kat lobi hitel..mintak tolong budak kat situ ambikkan gambar kami sekeluarga..;) belon angry bird tu Zahirah paw masa kat Zoo Melaka..kesian pulak dia asyik tengok je budak-budak bawak belon..belikan la..;)

Pagi-pagi pukul 7.30 pagi dah siap-siap turun breakfast..ingat nak gerak awal la balik JB..untuk mengelakkan rasa ralat sampai Melaka tapi tak tak sempat pun melawat A’Famosa dan kawasan sekitar bandar hilir kitorang round jugak la area situ..ambik gambar je pun jadik la..;)

melaka day 2

Gambar ayah dengan Zahirah je la..Mama jadi tukang ambik gambar..lagipun nak cepat kan..malas nak tukar-tukar dukung anak ambik gambar..takpe la nanti anak-anak dah bessar sikit kite pergi jalan-jalan Melaka lagi ye..sedapkan hati..;)

Dalam pukul 9.30 tu dah gerak balik ke Johor..tak lalu highway..lalu jalan persekutuan je..suami kata dalam perjalanan nanti nampak la rumah tradisional negeri Melaka..tapi macam takde je..lapang je..semak samun..hampa saya..T__T

asam pedas

Tujuan nak lalu jalan biasa adalah nak singgah Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa..nak rasa asam pedas Muar pulak yang sibuk diperkatakan..;) Suami kan hantu asam pedas..sebab dah rasa hampa dengan asam pedas Melaka yang semalam konon nak mengubat rasa dengan asam pedas Muar..Cheh! Tapi asam pedas ikan merah Mak Pon memang terbaik..kami sampai tu dalam pukul 11.30 pagi tapi semua gerai kebanyakkaanya lauk asam pedas dah nak habis..nasib baik cepat..

Bukti kesedapannnya adalah fosil ikan itu..;) Kiranya Medan Asam Pedas Parit Jawa ni penutup la percutian pendek kami..balik tu terus balik kampung di Benut..tidur 1 malam di kampung dan balik keesokkan harinya..

Sekian, wassalam..;)

05 February 2012

Jalan-jalan Melaka

Cuti CNY yang lepas sempat la kami sekeluarga jalan-jalan ke Melaka..Plan awal 21 hb. tu ada Family Day di Tiara Beach Resort, Port Dickson tapi atas sebab yang tak munasabah tak dapat dielakkan, dan kami pun dah booked hotel awal jalan-jalan ke Melaka la kita..

Bertolak awal lepas subuh terus gerak..Zahirah pukul 5.30 dah mandi..Mama bangun pukul 4.30 dia pun bangun sekali..Macam biasa kalau nak pergi jalan-jalan excited sampai setiap jam pun terbangun..;) tu yang terus je la bangun pukul 4.30 pagi tu kemas apa-apa yang patut..

Jalan clear tapi banyak jugak kenderaan dari arah selatan..kebanyakkannya adalah kereta rakyat Singapura la..;)Sampai ke destinasi pertama tak silap dekat pukul 9.00..Destinasi pertama Taman Buaya, Melaka.

2012-01-22 09.05.44

Hehe..perut besau..Zahirah pakai dress nampak sikit macam budak perempuan..;) Yang tak bestnya pergi bertiga ni tak dapat ambik gambar bertiga la..tu yang berangan nak beli kamera ke DSLR boleh pakai tripod.. malas la nak suruh orang ambilkan gambar..;)

2012-01-22 09.21.08 

Zahirah takut tengok buaya masa memula tu..;) Kan ada buaya tembaga yang besar kat entrance depan tu pun dia melalak..besar sangat kot..tapi lepas tengok buaya tu macam tak aktif je tidur la kaku gitu dia dah tak takut..

buaya

Antara jenis-jenis buaya yang ada..banyak lagi..tak sempat nak ambil gambar..Zahirah pulak nak berdukung je..yelah..mana dia nak nampak kalau dia jalan sendiri..;) terpaksa la dukung..nak bawak stroller leceh la rasanya..

2012-01-22 09.37.08

Kat dalam Taman Buaya ni pun ada rumah burung..eh apa entah nama tempat tu aku pun tak pasti..tapi boleh masuk la..Zahirah takut dengan Peacock tu..kalau bulu dia cantik means jantan..kalau bulu dia ala-ala je means betina..Tu Zahirah takut dengan burung merak tu..asyik ikut kitorang je..penjaga dalam tu kata jangan acah-acah dia..nanti dia patuk..jadi kitorang buat tak tahu je la..

tmn buaya Antara haiwan lain selain buaya yang ada..

Walaupun Taman Buaya ni takde la besar sangat..tapi penat jugak.. Dalam Taman Buaya ni jugak ada Rumah Hantu dan Stesen Keretapi Jurassic Park..Saje naik Zahirah ketakutan dengan Raksasa yang ada dalam tu..dah la budak tu mengantuk kan..

2012-01-22 09.48.29 Keretapi Raksaksa, Taman Buaya, Melaka..

Habis je jalan-jalan Taman Buaya kitorang terus ke Bandar Melaka cari hotel penginapan kitorang..

2012-01-22 11.29.38 Budak yang dah terlampau mengantuk..bangun awal la katakan..

Disebabkan ini trip pendek je tak banyak tempat kitorang pergi..petang tu pergi ke Zoo Melaka..Sebelum tu tengahari cari asam pedas Melaka kat kawasan Medan Selera Ayer Keroh..tapi agak hampa la..mungkin kat situ tak sedap..

2012-01-22 15.03.25

Kat Zoo Melaka memang perlu sangat bawak stroller..luas gila rupanya Zoo Melaka lagi besar dari Zoo Johor..tak larat tu kalau nak kena dukung si kecik tu..rasa dah penat gila tapi tak sampai-sampai lagi ke hujung.. gambar pun tak banyak ambik..macam rugi la jugak sebab banyak binatang yang takde di Zoo Johor tapi ada di Zoo Melaka..abis dah penat sangat berjalan tak lalu nak ambik gambar..T____T

2012-01-22 15.47.49 Dua beranak yang dah lepak gila..;)

2012-01-22 15.51.31Muka keletihan...

Hais je melawat Zoo memang dah lepak gila terbayang-bayang je katil kat hotel tu nak mandi dan berehat sepuasnya..macam rugi la jugak patut malam tu boleh jalan-jalan ke Jonker Walk ke Bandar Hilir ke..tapi kitorang decide untuk ke Pantai Kelebang je..cari cencaluk dan belacan..Haha..

Nota: Kami berada di Melaka 2D/1N je..cerita keesokkannya next entry la..macam panjang pulak..;)

04 February 2012

Yoghurtlicious Sutera Utama



Kejadian minggu lepas kot..redeem voucher everyday.com. .mula-mula bagi dia taknak..bagi dia cuit kat jari dan letak kat mulut rasa..terus 1 cone tu dia yang punya..haha..

Amik 2 flavour..chocolate and strawberry..yang coklat rasa macam pahit sikit dia taknak..

posted from Bloggeroid