08 February 2012

Steamboat Buffet Dinner @ New York Hotel, JB

Kononnya nak sambut birthday 31 Januari yang lepas kat sini..sekali lambat booking la..terpaksa la postponed pada 2 hb..ok la daripada beli kupon tapi tak pergi lagi la membazir kan..;)

2012-02-02 20.27.43

Banyak pilihan ada..tapi tak merasa semua pun..kenyang gila kot walaupun rasa macam sikit je aku makan..yang aku makan dengan sangat beria adalah rojak buah..1 pinggan aku pulun sorang..sedap la petis dia..;)

2012-02-02 20.28.13

Tu tangan siapa tu..biasa la..suami saya kan pemakan orangnya..bagi la dia chance makan buffet..makan sampai lebam..;) tapi beza betul perut kitaorang sebelum kahwin dan selepas kahwin..masa sebelum kahwin tank boleh isi banyak-banyak..sekarang makan sikit je dah rasa macam nak pecah perut..nak pulak dengan  keadaan aku sekarang ni kan..baby dah ambik space banyak sampai mama tak boleh makan banyak..(eh! tendang-tendang pulak dia..;) )

2012-02-02 20.39.20

Kesayangan saya yang semakin hari semakin sihat berisi..senang hati anak pun nak masuk 2 orang dah kan..;) lepas tu hari-hari dapat jumpa emak kesayangan..emak masak sedap-sedap hari-hari..tu yang dengan aku sekali membesar bagai johan..;)

2012-02-02 21.35.28

Gambar kenangan di lobi New York Hotel..kemeriahan Tahun Baru Cina masih terasa..;)Kesimpulan dari makan-makan kat sini adalah amat berbaloi-baloi dengan harga yang dibayar..banyak pilihan..patutlah popular demand..kalau ada lagi boleh beli lagi belanja MIL sekali..;)

1 comment:

  1. boleh submit entry ni tuk contest everday voucher RM100.
    Good Luck

    ReplyDelete