30 January 2012
One Year Older!
26 January 2012
Zahirah's words..
Antara perkataan yang dah biasa mak, mama,ayah, nak, taknak, man = mandi..bye! sambil tangan melambai perkataan yang baru-baru ni pandai sebut:
1. Macham = masam
2. Manis
3. Dap = sed2ap, dapnya = sedapnya
4. Ish = bila nampak fish
5. Sabun
6. Cicak
7. Cat, dog biasa dia buat bunyi..
Apa lagi eh..hilang ingatan pulak emak dia ni..:-) nanti aku update lagi la..susu kalau dia nak dia tak cakap merengek je..bila orang tanya " nak susu ye?" baru la dia akan mengangguk dengan sangat beria..
Sekarang ni kalau pegang2 perut aku dia macam dah tahu ada adik dia dalam tu..bila kita cakap sayang baby..terus dia muah kat perut..kalau perut ayah dia tak nak pulak..dia tahu dalam tu banyak lemak je..kekeke! Ampun suami tumpang lalu..hihi..
posted from Bloggeroid
18 January 2012
28 Minggu dan Jantina Baby..;)
Yeah! Sudah memasuki 3rd Semester yaw! ;) Alhamdulillah..semuanya okay je.. Kesihatan yang baik walaupun ada sikit-sikit sakit kat bahagian bawah tu, tapi everything is under control..cuma yang peliknya bila kat tempat kerja je macam tu..bangun je dari duduk depan pc, confirm jalan dah macam orang nak masuk labour room cuma tak rasa contraction je..;) bila kat rumah takde pulak rasa macam tu..mungkin kena bawak bantal kecik satu bagi kerusi ni lembut sikit kot..
Check up pula dah start selang 2 minggu..means sebulan 2 kali la kena menghadap Klinik Desa Senai tu..appointment petang tak apa..orang pun tak ramai..lepas tu selalu je jadi orang last atau 2nd last..;) Oh ya, tak lupa juga dapat hadiah sengal-sengal kat tangan sebab dapat injection Tetanus Booster..;)
Dah berminggu rancang nak pergi scan kat klinik swasta..minggu lepas baru ada kesempatan..pergi klinik yang kitorang pergi masa expecting Zahirah..Klinik Jamiah, Indahpura..(Baca: Boy or Girl? ) Doktor yang sama jugak masa scan Zahirah..pergi klinik ni pun memang tujuannya nak tahu jantina baby..;) Aku suka penerangan doktor ni, detail..kalau kat KK ala kadar je print out tak nampak apa pun..;( hitam je..
Tak kisah pun baby yang keluar ni lelaki ataupun perempuan..Kami suami isteri terima je dengan redha asalkan ‘dia’ sihat dan sempurna..Doc kata semuanya normal..uri pun dah dekat atas..berat baby 860 gram dan mengikut ukuran kepala baby EDD adalah 3 April 2012 awal lebih kurang satu minggu dari jangkaan mengikut date of last period (LMP)..Macam Zahirah dulu..aku bersalin masa 39w 1d..6 hari sebelum EDD..Jadi bersedia je la terhadap sebarang kemungkinan..
Jantina pulak baby macam sengaja nak buat mama dan ayah suspend..;) susah jugak nak mencari kat mana..dia menyorok..dapat tengok sekali je dengan jelas..aku macam nampak tak nampak la kan..si suami pulak sibuk jaga Zahirah yang nak tawaf satu bilik doc..;) dapat tengok sekali dengan jelas..its a boy! then doc kata nak zoom terus dia sorokkan..haha..so dapat tengok sekali tu je la..nak percaya atau tak? tapi memang ada beza la dengan masa Zahirah dulu..;) Alhamdulillah la kalau betul-betul anak lelaki..tapi kalau yang keluar perempuan pun takpe..bagi Zahirah geng..jadi kat rumah tu women power..Ayah seorang je lelaki..;) Kalau lelaki pulak bagi geng la kat ayah..;)
Sekarang ni setiap malam masuk bilik kitorang bayangkan macamana bila anak dah 2 nanti..tilam yang sekarang adalah queen size..si Zahirah pulak bukan nak tidur dekat tepi..nak dekat tetengah antara mama dengan ayah jugak..mungkin kena beli lagi satu tilam bujang sambung sebelah bagi space lebih besar..;) perancangan je ni..hihi..
Eh! hari ni 19 Januari..Zahirah dah genap 17 bulan la..tu yang pagi-pagi dah bangun tersengih-sengih agaknya..lepas tu nak ikut mama pergi kerja..;) tapi babai jugak kat mama siap flying kiss..Semoga Zahirah jadi anak yang baik, dan boleh jadi contoh yang baik kepada adik-adik nanti..Mama love u so much!!
16 January 2012
Redeem MyDeal Voucher (Burger King)
Sekarang tengah gila tengok apa sahaja deal yang ada terutamanya yang kat Johor Bahru la kan..;) Oh macam-macam website ada..Groupon, Everyday, My Deal, MilkADeal dan macam-macam lagi la..yang aku tahu itu je..;)
Setakat ni yang dah beli:
- Steamboat Buffet @ New York Hotel (Everyday)- belum redeem lagi..ingat tunggu birthday aku nanti..
- Yoghurtlicious (Everyday) - pun belum redeem..tengah cari masa yang sesuai..;)
- Burger King (My Deal) - dah redeem..ni yang nak cerita sikit..sikit je..;)
eVoucher
Memang berbaloi untuk RM 19.90..kalau ada lagi tak nak lepaskan peluang beli lagi dari mydeal ataupun yang lain..;) Baru ni terlepas beli deal yang kat Melaka..Hujung minggu ni kan nak pergi Melaka..tapi dah takde rezeki nak buat macamana..;)
Itu dia..makan tak hengat dunia..Astaghfirullahalazim..;)
p/s: tak sabar tunggu hujung bulan nak redeem buffet kat New York Hotel tu..;)
15 January 2012
Cheritera Hati First Giveaway
Joining 1st Giveaway from http://cheriterahatyhaney.blogspot.com..
Klik banner untuk sama-sama join..;)
Saya nak tag:
Tarikh Tutup:
3 Februari 2011
Berpantang selepas bersalin..
Masa Zahirah dulu lepas bersalin keesokkan harinya dah boleh discharge..emak dengan adik datang dari kampung jemput kat hospital..balik rumah sekejap ambil barang yang perlu terus balik ke kampung..seminggu lebih je pun pantang kat kampung..
Masa tu aku pikir kat kampung senang ada emak, nyaie barang nak cari pun senang..contoh macam daun daun untuk air mandian sebab kat kampung kan..tapi bila mengenangkan sedihnya berpisah dengan suami (mengada lebih perempuan ni) menangis-nangis sebab rindu..(hahaha..malunya nak mengaku!) Jadi untuk kali ini aku decide dan setelah berbincang dengan suami aku nak berpantang di rumah sendiri sahaja..
Lagipun bukan aku buat kerja sorang berpantang all by myself..MIL kan ada..kata apa pulak nanti
.munkin nanti dia ingat aku tak percayakan dia pulak..lagipun masa dalam pantang yang lepas selepas aku balik dari kampung pun dia yang jaga aku selepas aku kena bentan..sebulan jugak la MIL jaga masa tu..makan minum disediakan..baju bajan pun mil yang basuhkan..anak pun dia yang mandikan..sebulan lebih jugak la aku rasa..
Lagipun aku rasa yakin sikit nak pantang kat rumah sendiri ni sebab-->
(1) Ada MIL yang berpengalaman jaga orang dalam pantang..lagipun zahirah sangat ok dengan mil..
(2)bidan mengurut..aku dah dapat contact bidan mengurut yang urut masa sil bersalin hari tu..dah booking pun siap-siap..
(3) Dekat dengan suami..suami punya tempat kerja pun dalam 10 minit je perjalanan..in case emergency senang je nak mintak dia balik..lagipun mengenangkan yang lepas terpaksa menyusahkan emak kena ambik cuti kena hantar Zahirah pergi cek darah sebab jaundis, better ada suami dekat senang nak mintak hantar atau buat itu ini..
(4) Lawatan rumah..misi klinik senai ni duduk selang sebuah rumah je dari rumah aku..memang senang sangat la kalau dia yang buat lawatan rumah..dah bersalin just inform dia je..
Buat masa ni sebab kandungan tak bermasalah aku rasa aku pilih hospital kulai je atau nama panjangnya yang panjang sangat sampai aku malas nak ingat..:-) sebagai tempat bersalin..kedudukannya pun 10 minit dari rumah..suami pulak boleh masuk labour room..kalau kat HSA nak kena buat surat la bagai baru suami boleh masuk sekali dalam labour room..agak leceh disitu..
Walaubagaimanapun kita hanya merancang segalanya Allah jugak yang menentukan..setakat ini kandungan tiada masalah..minggu ni dah masuk 28 weeks(8 bulan) dan harapnya Allah berikan kekuatan dan kesihatan yang berterusan sampai la saat melahirkan..harap dipermudahlan semuanya hendaknya..doakan ye kawan-kawan..:-)
Ok la..sekarang boleh tidur kot..dah malam sangat ni nak.lena bangun awal esok pagi kerja dan perlu nak masak bawak bekal..
Assalamualaikum...
p/s: macam best je buat live update..:-)
posted from Bloggeroid
14 January 2012
Kek minyak masak..
Konon nak bangun pagi-pagi sebelum pukul 7..sekali kau terlajak pukul 7.20 baru aku tersedar..alarm pun tak dengar..bangun buat apa yang patut terus tung tang kat dapur..maka siap la mee hoon goreng..
Sekali la dengan kitorang punya breakfast sekali pagi tu..:-) buatkan air dari kordial habbatus sauda, dalam pukul 8.30 suami berangkat ke tempat perlawanan..aku pun basuh la baju..dah siap tu bosan la pulak..nak buat pavlova buah pun takde..nak buat muffin butter/marjerin takde..google resepi kek yang pakai minyak masak..
Adunan sebelum dibakar
Siap..
Kesimpulannya..nak kena cuba lagi sebab macam tak puas hati..:-) Mil kata ok la..sedap..cuma macam keras sikit..resepi yang aku ambil tu tak pakai esen vanila..tapi aku tambah sebab pakai telur kan..jap lagi hanyir pulak..
Ok la..Zahirah dah bangun pulak..mintak susu..petang ni boleh ajak ayah jalan-jalan bagi makan ikan kat Hutan Bandar Putra..:-)
posted from Bloggeroid
13 January 2012
Tangan kecil..
Pandai tau dia scroll mouse tu..yelah tengok mama dan ayah selalu buat..siap klik tu pilih video apa dia nak tengok..
Dapat tengok Upin Ipin senyap la dia..:-) Haih! Anak oh anak..cepatnya kamu membesar..
posted from Bloggeroid
02 January 2012
Welcome 2012..
-
Saya adalah jiran yang agak perihatin..kata suami saya..;) Semalam pulang dari kerja sampai di ruamh kira-kira pukul 6.15 pm..sebenarnya b...
-
Assalamualaikum.. Rjin pulak hari ni nak post entry masak2..Hehe..Sehari sebelum kejadian pijak gelas sampai pecah tu kitorang dah beli ik...
-
Assalamualaikum.. Rasanya baru je hari tu tengok 100++ hari lebih lagi ada..tetiba tengok harini dah tinggal 2 angka..sekejap je masa berl...