30 March 2011

Hati hati..

Seram je nak menulis kat blog sekarang ni..takut ade yang salah anggap..
Terlajak kata buruk padahnya..tak boleh dah nak tarik baik..terlajak taip patut boleh backspace/delete..tapi kalau kat medium sosial macam facebook..sekali dah tekan enter..beribu orang akan baca..tak pasal pasal ade pulak group anti si polan si polan..;) Hoho..bahaya kan?

Mengingatkan pada diri sendiri jugak..sejauh mana kita menyokong sesuatu tu janganlah sampai melanggar batas batas adab/bahasa dan yang sewaktu dengannya..walaupun mengamalkan freedom of speech tapi tetap kena pikir kalau boleh jagan setakat 2 kali..tapi berkali kali..setiap orang pemikiran kan lain lain..
Sedang..dan masih hangat diperkatakan..


Kalau aku pun aku marah..tapi tuan punya ayat pun dah minta maaf..tak perlu kot nak perbesarkan lagi perkara ni..takde orang yang cacat dalam dunia ni..masing masing ade kelebihan masing masing..samalah jugak takde orang yang bodoh dalam dunia ni kecuali orang yang tak menggunakan akal dan otak untuk berfikir..setiap orang pernah melakukan kesilapan..samada dengan sesama manusia, dengan tuhan dan sebagainya..

p/s: Jangan doa yang tak baik untuk orang lain..

29 March 2011

7 tahun 8 bulan 4 hari..

Mode: sedih..semalam dapat berita kematian bayi..kasihan sangat pada si ibu..;(
Aku yang cuma dengar cerita daripada kawan kawan yang pergi melawat pun dah bergenang je air mata..terbayang kalau jadi kt aku pulak..berat sungguh dugaan..

Pasangan ni dah menunggu 7 tahun nak dapat anak..selepas mengandung 8 bulan cuma 4 hari je dapat tatap pegang anak yang dikandungkan..;( sedih kan? kalau la aku..mesti dah meroyan..huhu..tak dapat terima..masa dilahirkan sihat cuma tak cukup berat..berat tak sampai 2 kg so kena tahan la dulu..3 hari menunggu tetiba doktor kata kena masuk kat NICU pulak..jangkitan kuman..salah siapa tu..sape yang handle baby tu masa dalam inkubator..

Diorang cerita mungkin sebab susu..mungkin jugak sebab jangkitan daripada tali pusat baby yang dipotong terlalu pendek..Wallahualam yang mane satu betul..aku pun tak sanggup nak dengar lagi..sedih..bila tanya keadaan si ibu..masih lagi bersedih tak dapat terima lagi kenyataan..siap kata dia berdosa pada suami dia tak dapat tunaikan permintaan zuriat suami dia..alahai..sekali lagi nak nangis..yelah 7 tahun tu menunggu..

Kat dunia ni semuanya pinjaman dari Allah..Mohon pada-Mu Ya Allah pinjamkan anak dan suamiku lama lagi sekurang-kurangnya sampai dia membesar dan berjaya menjadi manusia berguna kepada keluarga agama dan bangsa..sehingga la kami menutup mata..Kau peliharakanlah seluruh ahli keluargaku Ya Allah..

Aminn..

28 March 2011

Pertemuan Pertama..;)

Pertemuan pertama..;) topik hot fm am krew semalam pagi tadi..buat aku asyik tersenyum sepanjang dalam perjalanan nak pergi kerja..rase nak mengimbau kenangan lama plak..;)

7 tahun lepas..dah lama jugak..;)
Masa tu baru je lepas abis matrik..macam biasa..mane boleh senag hati goyang kaki dok rumah..harus la kerja sambilan..sape nak bagi duit duduk memerap kat rumah..kalau kerja dapat la jugak duit disamping menambah kenalan..

Ikut sepupu  (aku panggil Kak Rina) kerja kat tempat kerja dia masa tu..Mak Long pun kerja kat tempat yang sama..so bersama-sama la kami naik van kilang pergi kerja..masa tu aku amik syif malam..bermula la episod jadi minah kilang..pukul 6.00 pergi kerja masuk kul 7.00 malam balik 7.00 pagi (syif 12 jam)..

Tak rasa janggal plak masa start kerja tu sebab aku dapat 1 department dengan sepupu aku masa tu..sedar sedar pukul 7.00 pagi nak balik memang berderet la van kilang nak ambik pekerja..aku pun tunggu la van Pak Satar yang akan amik kitorang kat bus stop depan kilang tu..ade 1 van tu kecoh kecoh je orang dalamnya..entah sape panggil Azan mane? Azan mane?..(Dalam hati cakap: Eh, ade orang nama Azan..camne la orangnya..)

Esoknya..sementara tunggu van lepak sarapan dulu kat Restoran Assalam depan kilang...ade nampak sorang budak laki ni..not bad la muka dia..ala masa tu budak budak..suka memerhati orang..Kak Rina kata nama dia Yem (nama panggilan)..Aku tak cakap ape pun..tetiba Kak Rina ni panggil la budak Azan ni soh cakap kat Yem tu aku kirim salam..(pandai pandai je dia.aku takde pu suruh masa tu..malu i..hehe)

Azan ni pulak pandai jugak..dia kata “ Takkan kirim salam je..bagi la no telefon..” Tak pasal pasal jugak no telefon aku dah ade kat Azan siap tulis atas tisu lagi..;)

Belum sempat sampai rumah..dah ade orang asyik miscall banyak kali pulak tu..bengang je..bila aku call balik tutup hp plak..ade mailbox siap menyanyi lagi..suara tuan punya nombor telefon..sudah kantoi jugak disitu..;) bila aku mesej tanya siapa dia kata 'orang' ..ape lagi aku cakap la dia orang utan..;)

Start dari tu la kitorang ber call bermesej bagai..sampai la dapat panggilan dapat UPM dia orang pertama yang aku bagitau..tapi masa tu macam takde rase ape..just suka-suka..sebab ade orang suka melayan aku..
Tapi masa tu suka-suka cinta kot..Hahahahahaha..

Kami..seminggu selepas bertunang..;p


Sekian, terima kasih..;p

26 March 2011

Earth Hour 2011

Malam ni Earth Hour la..
Bergelap la kite malam ni kn..
Macam la tak biasa..
Kalau tak bergelap mane si kecik tu nak tidur..
Dah biasa dah makan pun bergelap..cuma cahaya dari laptop je yang menerangi..
Oh mungkin boleh candle light dinner dengan suami..hehe
tadi ade bawak balik berkat Nasi Beriyani dari Majlis Maulud Nabi kat company..;)
Selamat bergelap..;) nanti cerita la ape korang wat time bergelap..;)

21 March 2011

Suspend!

Selagi cik P tak bertandang selagi tu suspend..Zahirah nak ade adik ke..ditambah pulak dengan skill dia sejak dari 4 bulan lagi masuk kaki dalam mulut..huhu..siap rase nak pergi beli pregnancy test kit..Haha..

Bila dah bertandang..Yahoo! melompat sakan..

Belum masanya lagi nak tambah ahli baru..;)
Zahirah kecik lagi..;p

17 March 2011

Teka menu..


Senaraikan ape yg ada didalam menu di atas..:-)

Selamat meneka! :-)

Yantieazan Look-alike Meter


Haha..tiru Jaja..nak jugak tengok anak ikut muka sape lebih..redha je lebih 15% ikut muka suami..takpe mesti bila dia besar nanti ikut muka aku..Ayu lebih..kahkahkah!

14 March 2011

Clear draft..

Pada hakikatnya..draft aku tak pernah clear..haha..idea nak bercerita kat blog selalu datang time aku driving..huhu..mane nak catat..mungkin aku patut rakam (cakap sendiri rekod suara sendiri) ape yang aku pikir masa tu yang aku nak tulis kat blog pastu aku dengar balik dan tulis taip jadikan entry..tapi macam tak feel la..kesudahannya memang seminggu kadang nak sampai sebulan takde entry baru kat blog..

Walaupun aku tak rase ramai yang membaca blog cabuk aku ni..;p aku tetap tak nak tutup blog ni..kenapa? catatan peribadi kot..satu hari nanti nak tengok balik at least aku boleh lagi retrieve dari blog yang tak semenggah ni..;)

suatu ketika..

Ya Allah..tengok la muka budak tudung hitam yang bulat penuh tu..sama macam anaknya..;p sebenarnya masa upload gambar ni nak bercerita pasal rase kehilangan..ecececeh! kembang budak laki kat belakang tu tau kitorang rase kehilangan..;p tapi sampailah kes PULAPOL dah setel baru la gambar ni nak keluar..orangnya tengah bercuti pun..huhu..

Ye..kawan saya telah menukar profession..daripada seorang petugas di makmal mikrob menjadi penjawat awam..;) Selamat bertugas encik Fathudin..;)


ok dah lega dapat publish gambar ni..entah ape2 je tuan blog ni..;p 

Wedding #001

Hari ahad lepas adalah wedding my BFF kat Batu Pahat..memang tak patut la kalau tak pergi..;) dari kecik sekelas, 1 sekolah, sepermainan, sekepala..kitorang ni dah sinonim sangat..kalau kat sekolah rendah dulu ade Raha mesti ada Yantie..ada Yantie mesti ade Raha..sampai 1 masa masuk sekolah masa sekolah menengah..tapi dia dapat panggilan MRSM pulak..aku nangis macam mati laki..haha..

Banyak pulak aku melalut..;)

Sampai rumah pengantin dalam pukul 9.15 pagi..Zahirah dah pelik apsal mama mandikan dia pukul 7.00 pagi..nak pergi jalan rupanya..hari yang sama ade 2 majlis kena pergi..so kena bahagi masa dengan bijak..;) nak balik JB lagi esok suami kerja..I masih lagi cuti..heee..

Selamat Pengantin Baru Raha & Man..

Warna turquoise warna tema masa aku bertunang dulu (tetiba flashback plak)..Ni masa diorang nikah..sepanjang majlis nikah berlangsung aku terperangkap dalam bilik pengantin..terperangkap sebab ramai orang dah memenuhi ruang tamu..dan aku dan Zahirah mula la buat projek..

Posing atas katil pengantin..;)

Sekali gambar aku dengan pengantin tak de..huhu..macam serupa tak datang..tunggu gambar dari photog dia la nampak gayanya..huhu..

Buat pengantin baru:

Raha & Man
Selamat Pengantin Baru..
Selamat menempuh alam rumahtangga..
Jadi suami/ isteri yang soleh/solehah dan mithali..;)

09 March 2011

Duduk..

Kali pertama aku tengok dia duduk sendiri tanpa sokongan..
Kebolehan terbaru menginjak ke usia 7 bulan disamping 1 batang gigi yang masih belum jelas..;)


Tapi kalau nak buat kerja masih letak Zahirah kat bumbo seat lagi..tak pasal pasal benjol kepala..dah la rambut kurang..;p
Seronok melihat perkembangan anak..;)

07 March 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia..

Seperti biasa seawal 6.30 pagi dah keluar rumah..dalam kereta baru dengar DJ radio mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia..Oh Hari Wanita ke hari ni..serius tak tahu..Haha..

Wanita adalah segala-galanya..
Hanya Wanita yang boleh menjadi Isteri..
Hanya Wanita yang boleh mengandung..
Hanya Wanita yang boleh menjadi Ibu..
Wanita juga adalah pelengkap segala-galanya..
Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita..;)
Berbanggalah menjadi wanita..


Selamat Hari Wanita yang ke- 100 kepada wanita di seluruh dunia!

06 March 2011

Fesyen Rambut Terkini..

Cerita pasal rambut pulak..;) Semua orang lepas bersalin memang ade masalah keguguran rambut kan..Rambut aku gugur pun dah macam tahap kronik..tapi saje je buat tak tau..Dah beberapa kali nak potong rambut..tapi tak berkesempatan..Semalam kat kampung suami temankan pergi potong rambut..tapi takde sekali kat kedai tu..dia duduk diam-diam dalam kereta dengan Zahirah..

Rambut sebelum..

Rambut depan sama dengan rambut belakang..kes kalau nak ikat senang..last time potong rambut masa awal-awal aku mengandungkan Zahirah..kira dah lebih setahun..tapi yang kali ni aku cakap kat Nyonya tu potong kasi pendek..Nyonya tu tanya "tak mau ikat ka?" Hasilnya macam gambar kat bawah ni..

Selepas..


Cumanya rambut belah atas macam kembang sket bila kering..Huh terasa ringan je kepala..tak perlu la nak menjajau cari mana ikat rambut bila time bangun tidur..;) RM 5 untuk 10 min servis..;) Kul 5.00 petang keluar rumah pukul 5.15 petang dah balik..Hehe..

Takdenya aku nak ikut-ikut fesyen rambut terkini macam artis..Janji selesa sudah..tapi ni lagi beberapa bulan mesti dok rimas bila dia dah start mula panjang..

Pic source: Google.

Happy Birthday Mica!

Ralatnya rase tak dapat attend Birthday Party Misha..Ape kan daya tetiba lain yang di plan lain plak yang jadi..Plan asal minggu ni tak balik kampung..tapi emak mesej suruh balik kampung la pulak rindu kat cucu dia kata..Ikutkan hujung minggu ni baru la balik kampung sebab nak pergi wedding my BFF kat Batu Pahat..

2 orang pulak tu kahwin hari yang sama..haih! cam nak belah 2 je diri ni..kalau la boleh..=) Kalau tak dapat pergi minggu ni lagi la ralat sangat sangat..mau cakap pasal benda ni sampai sebulan nanti..;)

Anyway..Happy Birthday to Misha..

Gambar cilok dari blog emak Misha..;)

Semoga menjadi anak yang solehah mendengar kata Papa dan Mama..Semoga terus membesar dengan sihat dan jadi anak yang membanggakan Papa dan Mama..;)

Happy Birthday Misha Sayang!


Jelesnya dengan korang dapat berkumpul..I dah siap siapkan baju untuk emak dan anak mengikut tema..sekali tak dapat pergi..huhu..