29 March 2011

7 tahun 8 bulan 4 hari..

Mode: sedih..semalam dapat berita kematian bayi..kasihan sangat pada si ibu..;(
Aku yang cuma dengar cerita daripada kawan kawan yang pergi melawat pun dah bergenang je air mata..terbayang kalau jadi kt aku pulak..berat sungguh dugaan..

Pasangan ni dah menunggu 7 tahun nak dapat anak..selepas mengandung 8 bulan cuma 4 hari je dapat tatap pegang anak yang dikandungkan..;( sedih kan? kalau la aku..mesti dah meroyan..huhu..tak dapat terima..masa dilahirkan sihat cuma tak cukup berat..berat tak sampai 2 kg so kena tahan la dulu..3 hari menunggu tetiba doktor kata kena masuk kat NICU pulak..jangkitan kuman..salah siapa tu..sape yang handle baby tu masa dalam inkubator..

Diorang cerita mungkin sebab susu..mungkin jugak sebab jangkitan daripada tali pusat baby yang dipotong terlalu pendek..Wallahualam yang mane satu betul..aku pun tak sanggup nak dengar lagi..sedih..bila tanya keadaan si ibu..masih lagi bersedih tak dapat terima lagi kenyataan..siap kata dia berdosa pada suami dia tak dapat tunaikan permintaan zuriat suami dia..alahai..sekali lagi nak nangis..yelah 7 tahun tu menunggu..

Kat dunia ni semuanya pinjaman dari Allah..Mohon pada-Mu Ya Allah pinjamkan anak dan suamiku lama lagi sekurang-kurangnya sampai dia membesar dan berjaya menjadi manusia berguna kepada keluarga agama dan bangsa..sehingga la kami menutup mata..Kau peliharakanlah seluruh ahli keluargaku Ya Allah..

Aminn..

2 comments:

  1. kesiannye...salam takziah bt kawan awak tu ye...harap dia di berikan ketabahan & kekuatan menempuh hari2 dia....

    ReplyDelete
  2. salam takziah buat teman tu ya..
    tak terkata saya.. :(

    ReplyDelete