25 January 2011

Cerita Anak..

Semalam aku cuti..Bahagia je dok umah berdua dengan anak..kalau ade ayahnya lagi best..Hee..
Tapi dalam dok berdua je dengan Zahirah..aku tak pernah nampak dia meniarap sendiri..manja ke ape ek? kalau dia dok berdua je dengan ayahnya masa aku kat dapur pandai pulak dia nak meniarap sendiri..pelik aku..;)


Ni pun aku yang tarik tangan dia soh dia meniarap..dah pandai tapi taknak meniarap..kalau hulur tangan kat dia angkat badan terus nak berdiri..macam la awak tu kuat sangat..;)
Sekarang ni ape je bagi kat tangan terus masuk dalam mulut..dengan tangan orang yang pegang dia pun dia nak masukkan sekali..mulut pulak dah macam orang mengunyah makanan..terkecap kecap mulut dia..sabar ye nak lagi beberapa minggu je..
Teruja betul nak memulakan Solid Food..;) aku siap berjanji nak cuti on 19.02.2011 masa tu Zahirah genap 6 bulan..mula2 ade jugak cam nak beli biskut baby bagi dia makan tapi bila pikir2 balik cam tak payah la dulu..lagipun dia tak pernah pulak menangis kelaparan tak cukup susu..Alhamdulillah susu untuk Zahirah cukup je siap ade terpaksa buang lagi..huhu..

Tak sabar rasenya nak tunggu 6 bulan..tapi taknak anak membesar terlalu cepat..boleh? ;p Nanti kalau dia dah besar dah nak kena bagi adik pulak..hahaha..Haihh..camne la nanti dia dah besar dah nak masuk sekolah..sekolah..masuk universiti..kawen..huhu..tak terbayang..camni la agaknya mak kita rase masa besarkan kite agaknya ek?!

Buah hati pengarang jantung..jangan dah besar buat mama makan hati berulam jantung dah..;)

24 January 2011

Blogger Gathering Wilayah Selatan..

Seronok jugak  ade group Blogger momma kat Facebook..thanks to Aishah yang add aku..;) Tapi..ramai yang tak kenal..aku dah la penyegan..pastu nak berkawan..camno tu? hehe..Ramai yang jadikan Blogger Momma @ FB ni sebagai platform untuk bertanyakan/berkongsi masalah penjagaan anak, Breastfeeding disamping menambah kenalan di alam maya..

Tup tup plak ade yang nak anjurkan gathering..Wah! aku nak join..walaupun tak ramai yang aku kenal..Aishah sorang je pun yang aku kenal..tapi kenal gitu2 je kot..tapi ni la masanya nak kenal dengan lebih dalam..Harap takde la sampai nak menjodohkan anak ke ape..Haha..Anak2 punye citer bila dah bessar nanti..mak bapak jangan masuk campur dulu ye...;p

Butiran perjumpaan seperti di bawah:

Tarikh : 30 Januari 2011
Hari : Ahad
Tempat : Hutan Bandar Mutiara Rini
Jam : 4 Petang





Boleh ke tak ek aku datang..pagi tu ade hal keluarga kat Batu Pahat..ingat dalm tengahri terus balik JB pergi gathering ni..agak2 sempat tak ek..Kalau sempat aku nak bawak ape ek..takkan tangan kosong je datang..orang lain bawak juadah masing untuk potluck ni..Aku bawak buah buahan la..ok tak? (aku tanya sape??) Haha..

19 January 2011

Garispanduan Diet..

Sedang aku berjalan surf internet mencari maklumat tentang GMP kat website Kementerian Kesihatan Malaysia..Aku terjumpa pulak Garispanduan Diet..

Yang paling menarik adalah info pasal Breastfeeding Key Message ke 12..


Boleh la jadi rujukan untuk semua..

Sharing is Caring ;)

Lega..


Balik dari berurut..lepas 1 dos breastmilk..:-)

Alhamdulillah..she's getting better..tukang urut kata Zahirah demam urat..mungkin jugak sebab nak tumbuh gigi..

Makcik tukang urut sangat baik..peramah..recommended pada yang dok kt jb ni..:-)

Dia urut Zahirah tak menangis pun..relek je dia..tak berbau minyak pun sebab urut pakai losyen + minyak baby..

18 January 2011

Zahirah 5 month old

Happy 5 month old sayang mama! Nape la kamu demam nak..kalau tak boleh kite pergi jalan jalan malam ni..;)

Hari ni hari ke 7 Zahirah demam..kesian anak mama..aku dah tak tau nak buat ape..balik kerje ni nanti kalau tak baik jugak demam dia nak bawak dia pergi specialist je rasanya..risau sangat..





Kalau mood dia ok dia bergelak tawa..macam malam tadi..tapi kalau tak okey melepek je sepanjang masa..batuk2 lagi..hmmm..



Zahirah dah boleh meniarap..tapi disebabkan demam ni dia cam tak larat..just mengiring2 je..muka dia nampak sihat..tapi badan panas..poo poo plak kaler dia dah warna hijau..macam2 pendapat..aku ade baca kat forum mungkin sebab susu..dia tak dapat hindmilk yang mana mengandungi lemak yang banyak..sebab tu poo poo dia kaler hijau..(jangan geli2 ye..;))
Orang2 pulak kata sebab dia terkejut..paham2 je la budak2 kan..tapi aku still tak dapat lagi nak related kn warna poo poo dia dengan kes dia terkejut tu..mungkin kebetulan..nak percaya yang bukan2 khurafat la pulak..hmm..

Moga moga lepas ni dia sihat dan membesar dengan baik..InsyaAllah..setiap emak mesti nak yang terbaik untuk anaknya..walau cara kita berbeza..

6 hari..


Risaunye..ni hari ke 6 dah..asal ptg je bdn dia panas semula..cam nk nangis aku rase..

Syg cepat baik ye..

16 January 2011

Mencuba Shaklee Set B

Orang mencuba set B Shaklee aku pun turut mencuba jugak..tak nak ketinggalan..Hehe..aku ni makan bukan betul sangat..sedar diri..makan tak lah seimbang mana..main hentam je..ape nak makan aku makan la..

Tapi atas kesedaran untuk bagi yang terbaik untuk anak kononnya..aku pun beli la trial pack set B dari Kak N (http://www.anakkuwiraku.com) dengan tambahan Zinc..sebab aku request supplement untuk kurangkan masalah keguguran rambut yang kronik..;p tapi yang tu mungkin belum memberi kesan kot kat diri aku ni..rambut masih lagi gugur secara banyak..pernah terbaca kat mane entah yang keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara biasa mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, so aku takde la nak menjajau cari produk shampoo anti-hairfall ke ape..buat tak tau je..Lagipun sesetengah supplement memang ambik masa untuk memberi kesan kot..;p

Perkara pertama yang aku perasan adalah susu menjadi pekat..dapat dilihat dari kaler susu sebelum dan selepas aku consume shaklee ni..;)



Suka bila dapat hasil yang sama seperti ibu ibu yang lain yang dah cuba Set B ni..;) Botol yang sebelah kiri tu aku pam pagi2..then after breakfast consume set B ni tengahari terus dapat hasil seperti yang sebelah kanan tu..;) Hasil perahan seperti biasa..sebab aku ni kadang banyak sangat..kadang kadang ok ok je..tapi setiap hari pun dapat supply untuk Zahirah..Alhamdulillah..rezeki dari Allah untuk Zahirah..

Sekarang ni aku consume dah hampir separuh..mungkin akan repeat order semula dengan Kak N..;) 1st order tu bila parcel dah sampai baru aku tau rupanya Kak N tu kat Sarawak..;) tak kesah la..janji dapat..lagipun trial pack free postage delivery..;)


p/s: lame jugak entri ni terperap menjadi draft..;)

14 January 2011

Budak demam..

Kalau tak demam takde muka dia cam ni..ini asyik merengek je..



hari ni dah hari ke 5 Zahirah demam..kesian anak mama..hari ni aku cuti..menjadi independent woman hari ni..pergi klinik kesihatan berdua je dengan Zahirah..nasib baik la tak lama menunggu..

Malam tadi pukul 2.30 pagi pergi Unit Kecemasan Hospital Kulai..risau sangat badan Zahirah panas gila..batuk+muntah..ikutkan si suami soh tunggu dulu..tapi hati ibu ni selagi tak bawak ke hospital selagi tu tak tenang.sekali sampai hospital doc cuma cek suhu dan heart beat je..bg surat untuk refer ke klinik kesihatan..tu yang hari ni aku cuti..

Masa cek darah kes jaundis aritu takde la aku sedih..tapi kali ni sedih plak aku tengok kena ambik darah sampai 2 tempat cucuk..mula2 kat kaki..tapi darah keluar sikit sangat..then cucuk plak kat lengan..huhu..melalak anak dara aku sorang tu..

Alhamdulillah..semuanya ok..doc kata 3 4 hari lagi kalau tak baik lagi demam..serah diri kat hospital..

13 January 2011

Zahirah Demam..

Ini adalah kali ke 2 Zahirah demam..orang kata baby kalau demam nak pandai sesuatu..;) ape ye agak agaknya..mungkin anak mama ni nak pandai meniarap kot..risau jugak mula2 anak orang lain yang sebaya Zahirah semua dah meniarap..siap dah boleh berguling guling..Zahirah sekarang ni dalam cubaan nak mengiring baru..mula mula tu aku risau la jugak..

tapi aku rase nanti lama2 dia pandai kot..hopefully sebelum check up 5 bulan nanti dia dah boleh meniarap menelentang semua la..;) mungkin demam ni petandanya..nasib baik la dia tak meragam demam kali ni..yang lepas pun tak..cuma ekk ekk mintak didukung je la..

zahirah5

muka budak demam..panjang muncung..;) ni on the way ke klinik..pukul 3 pagi rase kepala and badan dia panas semacam..kejut suami dia kata letak cool fever dulu..selepas daripada tu aku dah tidur2 ayam je..Zahirah pulak jap jap nak susu + merengek rengek..

Aku decide amik half day bawak dia pergi klinik panel..tapi kat klinik ramai la jugak..org kat situ ingat aku nak bawak dia check up biasa..rupanyadia demam..macam tak percaya pulak..ye la muka Zahirah nampak ceria je..;)

Cepat baik ye sayang..

 

**Auto published

Model NILAM

Hehe..Isma! boleh tak anak aku jadi model Nilam..;p

zahirah4

Ni idea SIL..amik je selendang kat bahu dia terus pakaikan pada Zahirah..cute la! haha matik la puji anak sendiri..;) setiap emak mesti akan rase anak dia lah yang cute, yang comel, yang cantik, yang pandai..semua yang baik2 la..;p ye kan?

Zahirah kalau tak di agah time ambik gambar memang muka dia serius memanjang..susah nak senyum..dia lebih tertarik pada henpon tu daripada nak di ambik gambarnya..

Cepat pulak Zahirah membesar..bulan ni dah nak masuk 5 bulan..

07 January 2011

Petua Hilangkan Mengantuk


Bukan nak promote sabun aqura..:-P

Gambar diatas utk tatapan daku dikala mengantuk..Haha

Ampun suamiku..:-) love u! (tumpang lalu)

06 January 2011

Bumbo Seat..



Dalam pada nak ke tak nak nak ke tak nak..akhirnya aku beli jugak Bumbo Seat untuk Zahirah..Selagi tak beli hati rase membuak2 je nak beli nak beli..bila dah beli da puas hati..haha..si suami pulak melayan je..;)

Aku beli kaler hijau..sebab pink dah sold out..aku pergi pun sehari selepas Year End Sale kat Fabulous Mom abis..nasib baik still ade promotion untuk Bumbo Seat ni..kalau takde offer RM 200++ harganya..jadi ambik je la ape yang ade..

Zahirah sekarang kalau kita baringkan dia mesti dia cam nak duduk..tak padan dengan belum pandai meniarap dah nak duduk..mengiring dah boleh..tapi berat lagi kot badan dia..kengkadang dapat la meniarap..tapi bila dapat duduk dia lagi suka..baru2 ni tabiat dia  suka minum susu dalam keadaan duduk..selalunya jadi macam ni kalau kat dalam kereta..menangis itu ini tak kena bagi susu baringkan taknak..rupanya nak duduk..

Makcik cinonet dalam bumbo seat dia..;)


Susah betul nak senyum bila ambik gambar..sekali tengok2 rupanya semua gambar serius memanjang..;p nak pulak kalau time dia mengantuk..memang tak layan orang dah..

aku assume dia suka la dok kat seat tu..sebab dia diam je..tak melalak ke ekk ekk ke..ha ambik ko nak duduk sangat..bukan ape senangkan MIL..takde la dia asik nak pangku je budak kecik ni..;)

05 January 2011

Gian..

Aku gian seyh nak update blog..asik la blog walking je..membaca entry2 terbaru orang..tapi blog sendiri terabai..masa yang ada 24 jam 1 hari macam tak cukup..tapi kalau bab berjalan memang ade je masa..hehe..

Sekarang ni asal balik keje je dah ade plan nak ke mana2..walaupun cuma nak pergi beli pampers anak yang boleh tahan lagi 2 hari pun boleh dijadikan alasan untuk keluar berjalan..malas nak masak makan kat luar..bila balik mesti dah pukul 10 lebih..tengok tv sekejap pastu kebabom tidur..bila masa nak bukak laptop..memang tak ter update la blog ku..

Biasanya lepas je blog walking cam semangat nak buat entry baru..tapi bila bukak new post..terus blur..haha..dah nak buat camne..banyak betul alasan untuk tidak mempedulikan blog..Hari tu bukak Nufnang pendapatan sudah mencapai RM 30++..setelah hampir 2 tahun blogging..gila sikit..orang lain siap dah boleh cash out banyak kali dah..;p tetiba buat alasan lagi..Saya blogging bukan kerana duit..hihi

Bila ada masa nanti akan ku update blog ini dengan jayanya..berkemungkinan banyak cerita pasal anak la..kata dah jadik mak orang..haruslah cerita pasal anak sendiri..;) untung jadi anak..boleh merujuk tentang kehidupan yang lepas..kehidupan yang masa tu diorang tak ingat pun..boleh tengok blog mak pak diorang..;) teknologi harus dimanfaatkan..;)

Kerana dah gian sangat nak buat entry baru..terhasil lah entry ini..Wassalam..

Mama & Zahirah @ Assalam, Setia Tropika

01 January 2011

Happy New Year 2011

Assalamualaikum..

2010 telah melabuhkan tirainya..
Lembaran 2011 telah terbuka..
Semoga tahun ini lebih bermakna..
Moga semua azam terlaksana..
Selamat Tahun Baru semua..;)

Pelakon Faizal Yusof pulak meninggal dunia..Innalillahiwailaihiraji'un..Al-Fatihah..