13 January 2011

Zahirah Demam..

Ini adalah kali ke 2 Zahirah demam..orang kata baby kalau demam nak pandai sesuatu..;) ape ye agak agaknya..mungkin anak mama ni nak pandai meniarap kot..risau jugak mula2 anak orang lain yang sebaya Zahirah semua dah meniarap..siap dah boleh berguling guling..Zahirah sekarang ni dalam cubaan nak mengiring baru..mula mula tu aku risau la jugak..

tapi aku rase nanti lama2 dia pandai kot..hopefully sebelum check up 5 bulan nanti dia dah boleh meniarap menelentang semua la..;) mungkin demam ni petandanya..nasib baik la dia tak meragam demam kali ni..yang lepas pun tak..cuma ekk ekk mintak didukung je la..

zahirah5

muka budak demam..panjang muncung..;) ni on the way ke klinik..pukul 3 pagi rase kepala and badan dia panas semacam..kejut suami dia kata letak cool fever dulu..selepas daripada tu aku dah tidur2 ayam je..Zahirah pulak jap jap nak susu + merengek rengek..

Aku decide amik half day bawak dia pergi klinik panel..tapi kat klinik ramai la jugak..org kat situ ingat aku nak bawak dia check up biasa..rupanyadia demam..macam tak percaya pulak..ye la muka Zahirah nampak ceria je..;)

Cepat baik ye sayang..

 

**Auto published

1 comment: