Dari kecik emak cakap kalau tersedu tu maksudnya nak besar..;) bila sedu biasanya emak akan suruh minum air masak banyak2 untuk hilangkan sedu tu..
Mitos ke ape ek? Tapi bila dah kat umah MIL ni bila Zahirah tersedu dia dok kata baby terdedah masuk angin..ini la baru first aku dengar..tersedu sebab masuk angin..kalau masuk angin mesti kembung perut..ye tak? Heh! biasalah bila dengan emak sendiri boleh banyak tanya..tapi bila dgn MIL aku lebih suka dengar je..:) nanti kalau aku cakap lelebih dia kata aku ni tak percaya plak ape dia kata..walaupun dalam hati sibuk la nak kata..apsal plak masuk angin?
Sebenarnya bukan ape..setiap kali my baby tersedu semua orang merasa seperti terganggu..kesian kat baby..padahal bukan ape pun kan..sebabnya sedu tu 2 3 minit lepas tu hilang..biasanya kalau Zahirah tersedu aku terus bagi dia susu..then tak lama terus hilang..
Bila Zahirah tersedu kalau aku ade dekat2 dia cecepat aku nak hilangkan sedu dia tu..sebab nanti my MIL akan kata aku biarkan baby terdedah..Tak pun aku ikut petua dari atuk nenek amik hujung benang basahkan sket dgn air liur letak kat dahi baby..itu pun nasib..kadang2 terus hilang kadang2 tak hilang pun..;)
Ni Info aku dapat masa google pasal Bayi Tersedu..
Kenapa Manusia Tersedu
Apabila kita menarik nafas, diafram (otot yang membantu kita bernafas) tertarik ke bawah untuk membantu udara masuk ke paru-paru. Tetapi ada ketikanya, proses ini terganggu. Apabila ini berlaku, diafram membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap. Oleh itu, udara berebut-rebut masuk dan melanggar kotak suara anda. Maka terhasillah bunyi hik, hik.
Adakah Bayi Akan Rasa Terganggu?
Walaupun ibubapa akan rasa risau, namun sebenarnya ia tidak begitu mengganggu atau menyakitkan bayi. Ibu boleh terus memberikan bayi susu atau makan serta bermain seperti biasa. Ia tidak akan membuatkan bayi tercekik.
Bila Perlu ke Doktor
Jika sedu ini berlarutan terlalu lama, berlaku dengan sangat kerap dan tetap kerap terjadi selepas umur bayi setahun, sila beritahu doktor anda.
“Bayi dengan penyakit refluks gastroesofagal mungkin tersedu lebih kerap. Jika sedu bayi terlalu kerap berlaku, beritahu doktor, lebih-lebih lagi jika bayi muntah dengan banyak atau batuk dan sangat meragam.” kata Lynette Manzur, Professor Pediatrik dalam Babycenter.com.
Jika Bayi Tersedu, Apa Nak Buat?
Anda boleh membiarkan sahaja bayi tersedu. Ia akan mengambil sedikit masa untuk menghilangkannya secar sendiri. Tapi anda boleh mengelakkannya dengan mengurangkan kuantiti angin yang masuk ke perut bayi. Saiz puting yang tidak sesuai boleh menyebabkan bayi menghisap udara. Ini mungkin menyebabkan bayi tersedu. Bagaimana nak tahu saiz puting adalah sesuai? ‘Bila anda menonggengkan botol susu bayi, anda sepatutnya dapat lihat titisan susu bukan aliran susu tanpa henti ke bawah’.
Sendawakan bayi dengan menyandarkannya ke bahu. Bagi bayi yang lebih besar, biarkan dia duduk. Tepuk belakang bayi perlahan-lahan.
Terus menyusukan bayi walaupun bayi tersedu. Biasanya sedu bayi tidak mengganggu penyusuannya, malah mungkin ini akan membuatkan sedunya hilang. Tetapi jangan terlebih menyusukan juga kerana mungkin terlebih menyusu menjadi penyebab sedu bayi. Jika anda risau terlebih memberi susu, cuba beri susu bila bayi mahu (on-demand) bukannya mengikut jadual.
Fakta yang menarik baca kat Blog My Breastfeeding Journal:
Kebaikan yang diperolehi daripadanya adalah 'bayi yang tersedu ini dapat meningkatkan deria untuk mencari puting susu'..selain itu, jika dari dalam rahim dia sudahpandai menghisap jari, ini dapat membolehkan bayi tersebut 'pandai menghisap susu ibunya' sebaik sahaja lahir ke dunia..
Asal usul manusia tersedu