15 July 2010

Set bersalin..

Assalamualaikum..

Lama betul tak update blog ini..;) sebab aritu dah terbantut belum sempat publish dh ade org close window..T___T Ni baru la cam terhegeh2 nak update..layan je mak buyung ni ek..1 month ++ to go! wah..cuak seyh..

Nak bersalin pun banyak benda kena pikir kan? Nak bersalin kat mana? Nak berpantang kat mana? Ape persediaan yang nak dibuat? Sama la macam nak kahwin..Hehe..

Untung jugak zaman sekarang ade internet kan..banyak maklumat boleh dapat dihujung jari..nak information ape google kan ade..;)

DSC02719

Kumpul2 semua pastu print..lepas tu jangan tak baca pulak..membazir je..;p Dalam booklet tu lebih banyak info breastfeeding dan penjagaan baby..yelah kan ibu muda..eceh! muda ke? Haha..1st time kan nak jadi emak..kena la wat persediaan rapi..;) lagipun ade banyak masa..9 bulan cukup untuk cari info dan timba ilmu dari yang berpengalaman..

Masa emak bersalin adik yang bongsu dulu tak dapat tengok camne dia berpantang sebab dok kat asrama..so aku banyak tanya pengalaman emak dan makcik2 aku yang memang banyakkkk la petua diorang nak kongsi..

Oh sebenarnya nak cakap pasal set bersalin..yang ni mcm ade sedikit confuse la..tukang urut ade sediakan sekali ke tak ek? rasanya optional..tapi kalau yang urut orang2 veteran mesti dia akan syorkan ubat2 yang diorang buat ek..

Walauapepun aku dah wat kajian..wah! kajian kau..Haha..tekdelah..survey mengikut kemampuan diri sendiri..kalau tukang urut/ bidan tu takde sediakan aku akan beli dari HPA.

Set Bersalin HPA

Kandungan Set Bersalin HPA

1. Minyak Barut (2 unit)

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

2. Minyak Bayi (2 unit)

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

3. Teh Herba (1 unit)

Minuman berherba yang bertindak sebagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

4. Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari)

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

5. Kapsul Wanita A

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A setiap pagi dan malam.

6. Kapsul Wanita B

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul B setiap pagi dan  malam.

7. Ubat Basuh (Kegunaan Luar)

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

8. Spirulina

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Source: Bersalin.net

Tapi baru lepas balik kampung hari tu tanya2 dgn orang tua tak perlu semua tu..sebab bidan tukang urut tu ada provide set tradisional cam ni..cuma kena beli minyak2 untuk baby je..jimat..;p lagipun tukang urut tu bukan orang jauh..sedara mara jugak..

1 comment:

  1. erm..aku tukang urut xde provide benda2 2..so masa pantang makan set bersalin HPA nio gak..mak aku belikan..ok la..alhamdulillah..elok je rasa bdn..aku xleh makan jamu coz effect kat mia, dia buang air-buang air je..xtahan panas agaknya

    ReplyDelete