Dah minggu2 terakhir ni..macam2 perasaan ada..tapi yang paling penting gembira la..sebab tak lama lagi dah boleh tengok sendiri depan mata anak sendiri..anak yang dalam kandungan yang dibawak kehulu kehilir berbulan lamanya..sape tak excited..1st time nak jadi emak..;p
Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana telah mempermudahkan segalanya untuk aku time pregnant ni..harap jugak dipermudahkan semasa bersalin nanti..InsyaAllah..
Berapa bulan ek baru dikira sarat mengandung? adakah masa tengah tunggu hari atau bila dah 8 bulan ke atas..Huhu..tak paham sangat aku istilah2 org mengandung ni..;p yang aku tau aku sekarang dah masuk minggu ke 35..
Minggu depan adalah minggu ke 36 = 9th month..kalau sejuk perut ibu mengandung 9 bulan 10 hari due adalah 7 August 2010..Waa! nervous sangat2..
Muka kena kasi cool..jangan gelabah sangat..Hehe..Tapi still kena alert pada tanda tanda nak bersalin..
Source: Ratuhati.com
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
-Masa check up aritu, nurse kata baby dah turun ke bawah..sakit bahagian belakang ada kalau duduk lama2..sakit perut memulas pun selalu..tapi wat tak tau je la sebab takdela berterusan..
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
- So far memang takde..jangan la awal sangat..baru week 35..
Sakit belakang
- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim.
True Labor vs. Braxton Hicks
Braxton Hicks | True Labor |
Contractions don't get closer together. | Contractions do get closer together. |
Contractions don't get stronger. | Contractions do get stronger. |
Contractions tend to be felt only in the front. | Contractions tend to be felt all over. |
Contractions don't last longer. | Contractions do last longer. |
Walking has no effect on the contractions. | Walking makes the contractions stronger. |
Cervix doesn't change with contractions. | Cervix opens and thins with contractions. |
Source:http://pregnancy.about.com/cs/laborbasics/a/bhctx.htm
Walau apepun..setiap orang pengalamannya berlainan..lupe plak nak tanya emak camne dia melahirkan aku dulu..mana tau ade persamaan..jap lagi call emak soh dia recall kejadian 25 tahun lepas..agak2 emak ingat lagi tak?
Gambar perut terbaru..besar + bulat kan..;)
Sekarang ni ruang dah sempit..pergerakan baby kalau letak tangan kat perut tak rasa..tapi aku rasa kuat lagi..kadang2 sampai bergoncang badan aku..kadang2 boleh buat terkejut..
Harap baby mama sihat je dalam perut mama ni ye..bila cukup masa nak keluar nanti bagi signal ok..;p tunggu time ayah ade je tau..minggu ni ayah keje malam..baby temankan mama ye..;) sayang baby..
Kawan2 doakan semuanya selamat ye..;)
No comments:
Post a Comment