12 June 2010

Musim Kenduri Kahwin

Assalamualaikum..

Cuti sekolah dah start..alamak ketinggalan daa..tinggal lagi seminggu je nak abis dah cuti sekolah..alamak bermulalah episod kena bangun awal keluar awal pergi kerja..kalau tak memang lambat la nak sampai opis..

DSC02536 Gambar tempelan..tuan punye blog..hehe..suke menggunakan bilik air sebagai tempat bergambar..ape nak buat kalau tempat lain karang orang kata syok sendiri..haha..

Minggu lepas sebenarnya banyak sangat2 undangan perkahwinan..yang jauh2 pun ade..tapi tak dapat pergi..agak sedih jugak..tapi bila mengenangkan nak bawak badan dengan keadaan kaki yang tak berapa nak baik ni terpaksalah utamakan yang lebih dekat dan sedara mara dulu..

First wedding adalah wedding saudara belah husband..kitorang tak datang Majlis Perkahwinan hari ahad tu..tapi datang masa Malam Berinai..Masa aku dulu takde pun wat malam berinai bagai..sebabnya sama je dengan bersanding siang hari tu..cuma ni bersanding waktu malam..ada jugak acara tepung tawar oleh keluarga kedua2 belah pihak..

DSC02542

Baju pengantin perempuan malam tu sangat cantik..suka aku tengok..kaler merah hitam pastu style ala2 arab gitu..;p aku nak amik gambar kat depan2 pelamin tu malu la oulak..dah la kaki berbungkus nanti orang sibuk tanya pasal kaki aku plak..so dok tepi diam2..hehe..sebelah mak mertua lagi pun..behave..;p

Hari ahad tu pulak pergi ke Majlis Perkahwinan my cousin sebelah arwah abah..dah lama tak jumpa kali terakhir raya tahun lepas..tau2 dah nak kawen..;) seronok plak ramai2 mengikut jejak aku..haha..bajet macam perintis je..my cousin ni sekarang ni seorang Dentist..suami dia tak tahu la pulak..tak sempat nak berbual lama2..dah nak kena balik Pontian hantar emak then balik JB pulak..Isnin kan kerja..

 

Kuning dan coklat..teringat majlis sendiri dulu..tema yang sama..;p oh ya..my cousin yang pengantin perempuan..used to call her Kak Sarah..yang pengapit tu plak kak jue..tunggu masa nak kawen jugak..hehe..DSC02544

Mengabadikan kenangan kat pintu gerbang..sebijik macam masa kitorang kawen dulu..ececeh! terkenang2..tak sangka dah lebih 7 bulan berlalu..sekarang ni pergi orang kawen je..diri sendiri dah lepas la katekan..ape komen anda tengok gambar kami..laki bini sama2 membesar bagai johan..Hahaha..

Lastly, SELAMAT PENGANTIN BARU kepada semua yang baru jadi Raja Sehari dan yang bakal menjadi Raja Sehari..Sehari je ok! Hehe..Mohon maaf pada kawan2 yang majlis korang aku tak dapat nak datang..SEMOGA BERBAHAGIA SELALU!!

No comments:

Post a Comment