25 September 2009

Hari raya pertama

Selamat Hari Raya semua..ramai jugak yang still sambung cuti raya sampai seminggu..aku je ni yang dah keje..tu pun still dalam mood cuti lagi..haha..ni balik kerje pun dah plan nak pi beraya lagi..

DSC01291

Tahun ni dapat amik gmbr cukup 1 family semua ade..thn2 lepas mane ade..konon2nya thn ni plan semua nak pakai oren..sudahnye bercampur la oren ke kuning ke krim..merah pun ado..haha..

DSC01290

aku rase ni la thn pertama aku bersalaman bermaafan dgn emak..haha teruk tak aku..selama ni macam wat tak tahu je..macam xde dosa dengan mak..lagipun kan macam tak sempat..(alasan) pagi2 baru nak start masak  rendang  ke kari la bagai siap2 basuh pinggan semua orang dah balik sembahyang hari raya aku belum mandi..

Oh ye..malam raya tu ade berita sedih..isteri jiran sebelah umah meninggal dunia..mesti sangat sedih keluarga tu..so pegi raya tu nyaie terus bersiap2 bila org lelaki dah balik sembahyang raya terus dia pergi melawat..so bermaafan dengan nyaie bila dah nak balik JB..tak salah kan raya sebulan..hehe..

DSC01277

macam biasa yang bebudak tu mesti tunggu je mase nak bagi duit raya..beratur alahai bukan main sopan semate mate nak dapat duit raya..(macam la tak pernah jadi budak kan kan..)

DSC01279 cepat! cepat beratur kakak yantie nak bagi duit raya..=)

sepupu2 ni aku bagi la lebih sket..kalau bebudak dtg aku bagi RM1 per envelope je..sepupu sepapat bagi lebih sket..yela dulu mak dorang yang bagi aku duit raya..skrg aku plak bagi duit raya kat dorang..timbal balik gitu..

DSC01295

lepas sesi bagi duit raya..gi plak menziarah kubur sanak saudara yang dah kembali ke rahmatullah..al-fatihah..kubur arwah abah belum pergi lagi..raya ke-4 pergi skali melawat keluarga belah awah abah..

Tamat sudah cerita raya pertama..macam hazab je nak habiskan..belum ade mood lagi la nak bekerja..hehe..=)

16 September 2009

COUNTDOWN RAYA!!

Yeay! nak raya dah..lagi beberapa hari je kite berpuasa..rase macam tetiba je dah nak raya..mcm baru semalam susah nak bagun pagi for 1st day sahur..tup2 lagi 3 hari dah raya..

Dah sedia ke korang?? mesti ade yang berhelai2 baju raya..ade yang tempah awal2 sebelum bulan Ramadhan lagi..ade jugak yang beju raya segera..yela tengok je berkenan padan dengan badan terus beli..pada aku tu nampak lagi jimat..sekarang upah wat baju pun dah semakin mahal..semua harga nak naik..ape je yang tak naik?

Baju raya aku tahun ni yang dah tersedia ade sepasang je..tahun ni tema kaler oren..tapii..malam ni macam nak cari lagi sepasang (tapi ade yang dapat 3 pasang tu nanti)..perlu la aku rase ade sekurangnya 2 pasang baju..senang sket nak rotate..lagipun aku ni bukan banyak baju kurung pun..ade yang dah pakai tuk gi kerja takkan nak pakai wat beraya plak kan..

Kuih raya plak macam biasa banyak yang kuih tunjuk2 dari buatan tangan sendiri..oh ade cerita sebenarnya pasal wat kuih raya..hehe sangat kalakar..org 1st time wat kuih la katekan..hentam je..last2 macam makan batu..biskut baling ke dinding baru pecah..haha..kes pandai2 sendiri takmo tanya 'kak sifu'..=)

Sebenarnya berbanding raya aku lagi berdebar nak tunggu Hari Deepavali..a special moment will happen on that day..tunggu hari bergelar isteri..kah! kah! macam kelakar dah nak jadik isteri org..mm..hopefully semuanya berjalan lancar, ringkas dan sederhana je..Persiapan banyak lebih kepada persiapan perkahwinan..set bilik tidur baru..cat warna baru utk bilik tidur..macam2 lagi la perkakasan..Alhamdulillah kebanyakannya dah langsai..tinggal lagi beberapa perkara kecik2..

Oh ye..yang pasal entry yang lepas tu semuanya dah ok..Alhamdulillah..tak payah nak pikir pepanjang..memang nak kahwin banyak dugaannya..tapi semuanya dah ok..boleh plak mase interview hantar borang ti terjumpa sedara my tunang..Pak Imam/ Tok Kadi yang interview tu adelah pangkat ayah sedara pada my tunang tu..so tidak la dia bertanya banyak..dia yang lagi banyak menerangkan ade la..

Ok sampai ketemu lagi di lain entry..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..

02 September 2009

Dugaan oh dugaan

Lamenye tak update..rindu pada blog sendiri..asik2 jengah blog org je blog sendiri terabai plak..mm..nape ek? rase mcm bz sesangat..padahal macam xde ape yang di buat pun..

hari ni dapat ngadap blog boleh la meluahkan ape yang terbuku di hatiku..eceh! betul la..sebab kengkadang ape yang kite rase mungkin tak dapat nak diluahkan walaupun kite sentiasa ade org yang syg kite disekeliling kite..tapi bila menulis/menaip macam laju je..kalau cakap/cerita kat org pun mesti ade tapis2 siket..itu aku la..org lain aku tak tau..=)

Yang sebenarnya..(tetiba cam nak nyanyi lagu yuna..haha..bajet suara sedapp..kah! kah! kah!) lepas je entry membuat kad jemputan tu mmg aku rase sangat sibuk..banyak sangat benda nak pikir rasenya..yela..bab2 kawen ni bukan boleh wat memain kan..mesti la kena wat bebetul karang sampai ke anak cucu cicit pun jadi masalah..ape masalah sebenarnye??

Urusan Permohonan Kebenaran Bernikah..Ni la yang paling merunsingkan aku..cube bayangkan bila aku tengok Sijil Perakuan Nikah Emak tarikh Emak n Abah Akad Nikah adalah selepas 5 bulan aku lahir..ape maksudnye? ikutkan aku adalah anak tak sah taraf la kan..nasib baik sebenarnya tarikh tu salah..macam mane la tok kadi tu boleh salah tulis..yang peliknya tarikhnya selang setahun..eee..pelik..time2 ni baru la sedar..kalau tak kerana aku anak sulung mesti tak tau sampai kesudah tentang tarikh tu..so yang itu dah di buat pindaan..nasib baik prosedur tak rumit..tapi still ade masalah..(belum nak cerita..tunggu setel)

Tarikh Majlis..Biasela kalau kat kampung2 kan memang ade cop2 tarikh kan..Haha..aku ni biasala dah last minute nak bagitau..so pilih satu tarikh dalam bulan 12 tapi clash plak dengan sedara sendiri..so kena la tarik ke belakang awalkan lagi..yang tu dah setel..tapi tarikh nikah plak..

Malam tadi family si tunang cadangkan nikah awal lagi..lepas raya kalau boleh..Haha..kitorang suke jer..tapi persediaan plak belum cukup..ni baju Azan pun tak wat lagi..nak beli baju dah segera siap tapi takde size..So, tarikh nikah tak decide lagi..agak kebuntuan sekarang ni..

Persediaan nak kawen baru 85% je..Sebenarnya banyak lagi dugaannye..tapi next time kite cerita..Salam Ramadhan semua!!

jangan Puasa yang yok,

pagi-p2gi bukak periuk.

(kasi pantun glamer 2 kerat)

Tips pengurusan sendiri stres anda

 

* Bersenam secara tekal - 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi

* Amalkan tabiat yang sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang mencukupi

* Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Bersikap realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang dapat menimbulkan rasa kepuasan

* Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi

* Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum anda tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai

* Bersikap positif dan belajar menerima kelemahan diri. Jangan gusar mengenai perkara-perkara yang di luar kawalan anda. Fikir positif dan renungkan kembali pencapaian serta kejayaan yang dimiliki apabila berasa tertekan

* Luahkan perasaan dengan menangis atau ketawa semahunya

* Bina silaturahim dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Bersikap jujur dan bertimbang rasa dalam sesuatu perhubungan

* Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan unsur-unsur yang menyebabkan tekanan. Pilih persekitaran yang selesa dan bersesuaian dengan diri anda

* Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan

* Uruskan masa anda dengan baik. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingannya. Elakkan dari menerima kerja yang terlalu banyak

* Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan buruk baiknya sebelum memutuskan sesuatu

* Rehat dan tenangkan diri anda seperti mandi wap, berurut, meditasi, membayangkan pemandangan yang menenang dan merehatkan, menarik nafas sedalam-dalamnya akan merehatkan otot-otot dalaman

* Membantu mereka yang memerlukan dapat mengubah tumpuan dan perhatian kita dari masalah dan kerisauan yang dihadapi.

AMARAN: Saranan ini bukanlah pengganti kepada bantuan profesional. Masalah tingkah laku dan emosi boleh memudaratkan. Dapatkan bantuan profesional jika perlu!

(Sumber Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan).