28 July 2009

Angin Ahmar

Takziah kepada keluarga Allahyarham Yasmin atas kembalinye arwah ke rahmatullah..sedih, hiba, rase kehilangan semua ade..tapi tuhan lebih menyayangi arwah..Al-Fatihah...

********************

Dalam minggu ni je dah berapa org aku dengar kena penyakit angin ahmar..atau jugak stroke..penyakit yang tak tau bila akan menyerang kita..tau tau je dah tak boleh bergerak..tak boleh bercakap..mati mengejut..apa yang pasti..kesudahannya kita kat dunia ni akhirnya adalah mati @ meninggal..

Macamane caranya..tu semua rahsia tuhan..Dia yang Maha Mengetahui..Allahyarham Yasmin Ahmad juga difahamkan meninggal disebabkan serangan stroke dan juga darah beku di kepala..Wallahualam..

Kes 1: Dalam 2 bulan lepas..mak mertua kak niza kena angin ahmar..dah hampir pulih keadaanya..cuma bercakap masih tak faham..aku belum lagi gi melawat..Insyaallah bila ade masa nanti..

Kes 2: Semalam aku baru je dapat berita..salah seorang pekerja kilang aku ni kena angin ahmar..abis waktu kerja je terus aku dgn bbrapa org yang lain gi menziarah beliau..mujurla keadaannya masih stabil..

Yang tak dapat bergerak hanyalah kaki dan tangan bahagian kanan..masih lagi boleh bercakap tapi terhad..kesian..aku doakan semoga beliau cepat sembuh dan meneruskan tanggungjawab mencari rezeki untuk isteri dan anak2..

***************

24 July 2009

Manohara

Selama ni dengar je cerita pasal Tengku Fakhry - Manohara (model indonesia)..tapi tak pernah nak amik tau sgt..Arini apesal ntah lebih2 amik tau..=p semua video kat Youtube pasal Manohara aku tengok..

Macam2 spekulasi..melibatkan persaudaraan antara 2 negara yang dikatakan serumpun..Aku tak nak ulas la pasal kes ni..

Tak sabar je nak tau ape kesudahannya..jadi pemerhati..lebih baik diam daripada wat statement yang kite sendiri tak tau kebenarannya..tak nak jugak menyebelahi mana2 pihak..

Tunggu je la ape keputusannya nanti..

Photo from google.com..

tidur yang sunat dikejutkan

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه  
بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana mengganggu orang yang solat.
Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tang gungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:

Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)
# Ish! ni selalu terbuat ni..tido dulu pastu tetengah malam baru smbyg isya'..tak elok..


Ketujuh:


Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang . Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم
الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya.
Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Kedua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.
Selamat Beramal...

22 July 2009

salah bantal 1

Alkisahnya..Malam tadi aku bangun pergi bilik sebelah amik bantal yang sedang makcik aku gunakan untuk tido..aku pulak pakai bantal makcik aku..Disitulah terjadinya situasi 'salah bantal'..Eh! nampak la sangat mengarutnye..ko agak2 la nak mengarut pepagi mcm ni...=p

Pernah tak korang kena gejala salah bantal ni ? (gejala ke mcm sumbang bunyinye..) mungkin org lain sebut penyakit (penyakit pulak?) lain..tu aku tak tau..tapi bila aku google salah bantal kebanyakannya kuar website dari negara seberang..al maklum la i kan Jawa Rangers..Heh! tetiba pinjam AG dan Kieran punye title..=)

Leher ni sakit sangat bila nak toleh2 ataupun bila nak angkat tangan (buat ape angkat tgn..bukan nak jawab soalan cikgu dalam kelas..heh! angkat sampel pun pakai tangan laaa..) Sebenanya dalam tahun ni je dah beberapa kali dah..So, aku dah ade beberapa sebab kenapa aku selalu boleh salah bantal..tapi next entry la baru disenaraikan dan diulas..Now..Time to work!

Daaaa..

21 July 2009

jelma II

Korang tengok tak jelma..sekarang tengah tayang kat www.gua.com.my..

jelma

Aku tengah layan..dari Jelma I lagi aku dah tengok..ok la daripada Kerana Karina..Hikhikhik! padahal tgk pun idok..Ini sinopsis aku amik je dari gua.com.my..

JELMA 2 adalah symbol manifestasi kejahatan berterusan iblis yang di datangkan dalam bentuk seorang kanak-kanak lelaki. Kejahatan ini diwujudkan semenjak kanak-kanak berada di dalam perut lagi dan dia akan memastikan kewujudannya berpanjangan dan berterusan hinggalah cita-cita untuk menjadi berkuasa tercapai. Sesiapa sahaja yang menghalang perjalanannya akan menemui maut walaupun ahli keluarganya sendiri.
Selepas berjaya menghapuskan Wak Jang tempoh hari, Rosli menghantar pulang Mak Tom ke kampung. Bagaimanapun dia tidak menyedari bahawa anaknya sendiri, iaitu Reza berdendam dengannya. Reza telah memuja semula Wak Jang dan juga jelmaan yang merupakan ibu bapanya untuk membalas dendam terhadap Rosli yang didakwa engkar dengan perjanjiannya sendiri dengan iblis.
Ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kereta yang dibawa oleh Rosli telah mengalami kemalangan dan mereka dikejarkan ke hospital. Rosli berada dalam keadaan koma selepas kemalangan tersebut.
Mak Tom yang juga terselamat dalam kemalangan tersebut, cuba memaklumkan anaknya Izam akan sifat sebenar Reza tetapi tiada siapa dalam keluarga yang mempercayai Mak Tom. Mereka menyangkakan Mak Tom sebenarnya menghadapi masalah mental hinggalah mereka sendiri ternampak akan kewujudan jelmaan tersebut.
Manakala Reza pula diletakkan di bawah penjagaan Ustaz Hayat, iaitu abang Ustaz Hashim. Oleh kerana Ustaz Hayat telah dimaklumkan lebih awal tentang siapa sebenarnya Reza ini, Ustaz Hayat juga cuba menghapuskan kuasa yang wujud dalam diri Reza tetapi malangnya Ustaz Hashim dan juga isterinya turut menjadi mangsa keganasan iblis yang melindungi Reza.
Episod baru Reza bermula selepas kematian Ustaz Hayat dimana dia kemudiannya dijaga oleh Datuk Ishak & Datin Sandra. Atas nasihat Wak Hartono yang juga merupakan Wak Jang, Datuk Ishak membuat perjanjian akan melindungi Reza sepenuh hatinya. Datuk Ishak yang merupakan ahli politik yang sedang menghadapi zaman kejatuhan berjaya membersihkan reputasinya yang semakin tercemar dengan kes rasuah dan juga skandal seks. Tambahan pula, dia memang tidak mempunyai anak.
Kedatangan Reza dalam kehidupan keluarga Datuk Ishak dan Datin Sandra memang mendatangkan tuah sehinggalah Datin Sandra disahkan hamil. Datin kemudiannya mengalami banyak peristiwa yang pelik dan menggerunkan ketika berada di rumah bersama Reza.
Pada masa yang sama, Datin juga sering terganggu dengan kemunculan seorang yang tidak dikenali yang sering megekorinya.
Apakah yang akan berlaku kepada kehidupan Datuk Ishak dan Datin Sandra seterusnya...? Siapakah yang mengekori Datin Sandra itu? Bagaimana pula dengan nasib Mak Tom dan keluarganya ? Apakah sebenarnya permainan Reza dan Jelmaannya terhadap mereka semua...?

Korang pun nak tengok..Jom pi kat www.gua.com.my...

layan..

20 July 2009

keh! keh! keh!

Step 1: Look at pic. 1DSC00489 picture 1

Step 2: Then look at picture 2DSC00489_editedpicture 2

Step 3: Find the difference..

Muahahahaha!

Apela naseb azan dapat tunang macam yantie..Hahaha..ko pi buang misai dia tu kenapa..aisey nampak muda sket..=p

Note: Rinduuu!

19 July 2009

lunch time!

Rajin betul nak update..mcm xde kerja je..Hehe..takpe waktu rehat sejam banyak benda boleh buat..termasuk la menghapdet blog ni..=)

Hari ni dengan penuh kerjinan bangun kul 6 masak untuk bawak bekal pi kerja..bangga la dgn diri sendiri hari ni =p..selalu nak bangun malas..alarm dah bunyi pun extend lagi 5 ke 10 minit baru nak bangun..Kehkeh!

Nasi dah sesiap tanak sebelum nak tido..so senang la tinggal masak lauk je..tu pun satu lauk je..=p sardin..

image kite lunch nasi lauk sardin je ye tengahari ni..=p gambar amik je dari google ek..tak kuasa la aku nak snap masakan aku..len la chef terkenal ke ape kan..Hehe..

Note: Happy Lunch Hour! Nak pi melawat org sakit plak ni..=)

Demam dah kebah..=)

Bismillahirahmannirahim..

Hari ni sihat dah..demam dah kebah dah semalam..kat kg dapat menghirup udara nyaman..demam pun ok..siap panjat pokok rambutan lagi..ni tinggal ade saki baki batuk je yang tinggal..pantangnya jangan makan rambutan..

Hari sabtu aku MC..tak larat weyh nak pi kerja..rupa2nya pagi ni aku datang tgk attendance department aku je dah 3 org MC..sudahnye pak Din sensorang kat Lab macam aku hari rabu tu..=p bos pun MC..

aku dengar department lain pun ade jugak yang demam2 sampai tak larat nak bangun..cam aku aritu..bisa2 satu badan..

Belum abis lagi wabak demam ni..mujurla mase aku demam aritu aku bukan terkena virus H1N1..mintak dijauhkan la semua ek..

Hari ni kena rushing wat kerja..banyak kerja tertangguh..semua kerana demam..ish! bukan nak salahkan demam..kesakitan tu diberikan Allah sebagai ujian kepada hambanya kan..

So..selagi belum tutup mata..kerje 3x..=)

Note: Sejak nak baik demam dari hari sabtu asyik berpeluh je..dalam lab ni pun walaupun beraircond..

16 July 2009

royal visitor

Hari rabu aritu ade lawatan Tunku Mariam dan Tengku Sofiyya ke kilang aku..FYI Tengku Mariam is anakanda kepada Sultan Iskandar (Sultan Johor).. So mesti la ade preparation kena buat walaupun dan dipesan informal je..tapi tak sedaplah kan..tetamu diraja harus dilayan sebaiknya..

page2

page

Semua staff dari setiap department terlibat..layanan..penyediaan jamuan..sambut tetamu..tak banyak nak ulas kat sini..cuma Tengku Sofiyya suka sgt dgn Kicap Kipas Udang..sepanjang lawatan muka sentiasa ceria..

Note: Mood nak update mcm yilek jer..aku demam balik..

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

 

image Click the pic for better view

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang ali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jangan pandang remeh kepentingan berzikir dan mengabaikannya. At least lepas solat ataupun semasa kita sedang buat kerja pun boleh berzikir..

Note: Aku dapat artikel ni dari emel..selamat berkongsi ilmu..

15 July 2009

16 julai = hari tidak berbelanja

Aku dengar Hot.fm pagi tadi..Baru tau arini adalah Hari Tidak Berbelanja..He,he! Baru tau..ade jugak hari tidak berbelanja ek? Abis hari untuk Mega Sale pulak banyak hari..camane tu..

Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengadakan Hari Tidak Berbelanja ini diadakan bertujuan untuk bagi kesedaran kepada para pengguna supaya pikir balik tabiat berbelanja kita..So, hari ni tak perlu la nak berbelanja benda2 yang tak perlu..Takkan tak payah isi minyak pulak bila tank dah kosong kan..Hehe!

Hari ni bukan ler nak boikot mane2 pihak atau pun ape2..cuma lebih kepada mendidik pengguna supaya lebih bijak dalam berbelanja..So berbelanjalah dengan bijak!

Kat bawah ni ade Q&A pasal HARI TIDAK BERBELANJA..

Apakah maksud Hari Tidak Berbelanja?

Hari Tidak Berbelanja merupakan hari bagi pengguna mencabar diri mereka sendiri untuk tidak membeli-belah dalam tempoh sehari, tetapi masih dapat menikmati kehidupan. Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dengan syarat mereka tidak mengeluarkan wang pada hari itu!

Apakah tujuannya?

Sebagai pengguna, kita seharusnya mempersoalkan barang-barang yang kita beli dan syarikat yang mengeluarkannya. Tujuannya untuk membolehkan masyarakat memikirkan tentang apakah jenis barang dan bagaimana barang tersebut boleh memberi kesan kepada alam sekitar.

Adakah membeli-belah merupakan sesuatu yang tidak baik?

Membeli-belah tidak memberikan kemudaratan, namun ia bergantung kepada jenis barang-barang yang kita beli. Kita perlu memastikan tentang ‘keperluan’ dan ‘kehendak’ sebelum berbelanja. Kita perlu mengetahui alasan ‘MENGAPA’ kita membeli sesuatu agar dapat meningkatkan corak perbelanjaan pengguna dan dalam masa yang sama mengurangkan pembaziran.

Siapa yang harus terlibat?

Anda boleh melakukannya – ini merupakan hari anda – anda perlu terlibat bersama-sama. Sebarkan mesej ini kepada rakan-rakan anda dan elakkan daripada membeli-belah pada 16 Julai 2009.

Apa yang boleh saya lakukan?

Apabila anda tidak melakukan sesuatu, sebenarnya anda telah melakukan sesuatu! Tindakan anda untuk bersetuju mengurangkan berbelanja adalah suatu permulaan. Hari Tidak Berbelanja merupakan hari untuk kita melawan perasaan ingin membeli barang. Ia merupakan hari bagi kita mencabar diri kita.

Apa yang akan saya capai?

Memang amat mencabar untuk menahan diri selama 24 jam dengan tidak membelanjakan wang. Anda akan merasa bebas daripada membeli-belah dan sedar betapa banyaknya masa lapang yang telah anda gunakan untuk membeli-belah. Dalam masa 24 jam tersebut anda akan dapat menikmati kehidupan anda. Ini merupakan satu pencapaian yang besar!

Adakah itu bermakna saya perlu berhenti membeli-belah sama sekali?

Tidak sukar untuk berhenti daripada membeli-belah untuk satu hari dan ia tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia. Usaha ini bertujuan untuk mencabar anda untuk memikirkan kesan barang-barang yang anda beli terhadap alam sekitar.

Adakah program selama satu hari ini akan membuat sebarang perubahan?

Hari Tidak Berbelanja tidak bermaksud untuk untuk mengubah cara hidup anda dalam tempoh satu hari, tetapi ia menimbulkan kesedaran berpanjangan – yang mungkin merupakan satu pengalaman hidup! Hari Tidak Berbelanja ini akan terus terpahat dalam minda anda, iaitu setiap kali anda berbelanja, anda akan memikirkan kesan barang tersebut terhadap alam sekitar.

Langkah Yang Boleh Dilakukan Semasa Hari Tidak Berbelanja

Bancuh minuman anda sendiri sewaktu sarapan;

Bawa bekal untuk makanan tengah hari / snek ke pejabat atau sekolah;

Memasak sendiri makanan tengah hari (membawa ke pejabat untuk dimakan pada waktu tengah hari) dan malam;

Berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam, dan bukannya memandu kereta;

Merancang perjalanan terlebih dahulu untuk mengurangkan pembaziran bahan api;

Meluangkan masa bersama-sama keluarga dan kawan-kawan bermain permainan dalaman / melakukan aktiviti lasak;

Pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku;

Membuat satu senarai bahan-bahan mentah yang terdapat di rumah anda yang boleh dikitar semula atau mengubahnya menjadi sesuatu yang baru;

Memasak sesuatu masakan dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah anda;

Membuat kad atau hadiah sendiri untuk diberikan kepada insan yang tersayang;

Berkebun;

Tinggalkan semua wang, kad ATM dan kad kredit di rumah;

Menjauhkan diri daripada kedai;

Membuat satu inventori barang-barang yang telah sedia ada di rumah untuk mengelakkan membeli barangan yang sama apabila anda pergi membeli-belah kelak;

Menyebarkan mesej dengan memberitahu kawan-kawan anda di pejabat atau sekolah, tulis di blog anda, menghantar sms atau e-mel kepada mereka;

Membuat pertukaran pakaian dengan kawan-kawan anda. Kumpulkan baju-baju dan kasut-kasut yang tidak anda gunakan lagi di rumah dan menukarkan barang-barang tersebut dengan kawan-kawan anda. Barang-barang yang tidak mahu diambil oleh sesiapa boleh didermakan kepada badan-badan kebajikan;

Menjadi tuan rumah dengan menonton wayang gambar di rumah anda. Anda boleh menonton cerita kegemaran daripada koleksi anda. Sekiranya tetamu yang datang ke rumah anda membawa bersama-sama makanan dari rumah mereka, ini dapat mengelakkan diri anda daripada pergi ke kedai untuk membeli snek.

Membuat aktiviti yang percuma seperti pergi ke muzium, membantu komuniti atau menawarkan diri untuk meluangkan masa bersama orang-orang tua atau anak-anak yatim.

Sedarlah Bahawa Melakukan Sesuatu Perkara Kecil Boleh Membawa Perubahan Yang Lebih Besar!

Source: mstarOnline

Pengguna bijak faedahnya banyak!

Wabak demam melanda..

Huish! sana sini org demam..kat tempat kerja 2/3 org tengah demam..1/3 org tengah ngadap kerja yang tak abis2..aku ler tu..Ceh!

Aku keseorangan arini..lagi 2 org dok terbaring kat umah dapat medical leave..uuuu..capek banget! kat rumah hadif demam..kat tempat kerja rakan2 sekerja demam..

image Aku pun dah batuk2 + selesema..selesema dah ade 2 minggu agaknya..tu la pemalas nak makan ubat..Hahaha! sendiri padan muka..=p batuk2 plak bila dah dekat nak baik makan rambutan bebanyak lagi..pastu nak  minum air masak liat..dapat la habuan sendiri..Esok aku pulak la MC..Kehkehkeh!

Baru plan nak balik awal arini..dah xde orang plak kat makmal ni..skrg berharap je la semua ok..produk ok..workers pun xdak wat hal..dapat balik awal..=) yipppiee!

Selamat berjuang sahabatku..

Aku ada sorang kawan baik..eh ade ramai sebenarnya..tapi sekarang aku tengah cakap pasal yang sorang ni..

Kitorang baik..sangat baik..dari kecik lagi..memula kenal masa kat sekolah tadika..baru tau rupanya umah dia selang 4 umah je dari umah aku..means that kitorg berjiran..bermula dari hari tu aku sangat baik dengan dia..panggil 'kakak' sebab emak adik beradik dia semua pun panggli kakak..1 hari kalau aku tak ke rumah dia memang la tak senang duduk..sampai la darjah 6..

depan umah dia ade parit..(depan umah aku pun ade..kate jiran..Haha!) parit tu kalau musim hujan tak sah kalau takde budak mandi..aku pun pengunjung setia mase tu..parit tu sangat berjasa pada aku (jgn tak tau aku pandai berenang pun kerana parit tu..)

DSC00482

ini la paritnye..ini selepas lebih 12 tahun..air dah cetek tak macam zaman kitorang lumban dulu..(lumban = mandi parit) gambar ni diambil mase abang beliau berkahwin dengan wanita pilihannya..wanita pilihannya?? Haha..macam ade nada kesal disitu kerana tak menjadi pilihannya..Kehkehkeh! Uish! mane ade..dah macam abang aku sendiri..

ok sambung cerita pasal kawan baik aku tadi ek..masa sekolah dia ni rajin..aku yang pemalas..tapi aku rajin wat karangan BM ok! Hehehe! aku memang suka tiru kerja sekolah matematik dia..biasanye matematik la..subjek lain tak kot..kami berbincang..

tamat je UPSR..memasing dah sibuk pikir dapat masuk asrama..konon2nya pelajar harapan sekolah mase tu kan..Harapan dapat 5A..tapi rezeki cuma dapat  4A, 1 B je..ok la tu..mase tu dapat masuk Sekolah Tun Aminah, Batu Pahat..sama2 dapat masuk situ..dapat pulak 1 dorm..sukeee sangat2 sebab ade geng kan..Suhailiza pun mase tu dapat jugak..tapi sebulan (agaknye tak ingat..) dia dapat masuk SBP..

Tapi saat yang paling menyedihkan aku ialah lepas 2 ke 3 bulan kat STA tu..kawan baik aku ni dapat pulak masuk MRSM Terendak..Gila sedih weyh! 3 hari 3 malam aku bermandikan air mata..sampaikan kawan baik aku tu pun sedih nak tinggalkan aku..

Ke aku yang ngengada ek..tapi kesedihan aku mmg tak dapat nak dibendung..pergi sekolah mata bengkak..cikgu tanya budah sebelah aku kata aku sakit mata la..bila time jawab soklan dia cakap aku sakit perut la ape2 je la alasan yang boleh cover aku..thanks Ieba!

Akhirnya kawan baik aku ni gi la jugak ke MRSM..bermulalah kisah kitorang dah tak bersama..dulu mase sekolah..cikgu ke kengkawan jumpa aku tanya mane dia..jumpa dia pulak tanya aku plak mane..semua org pun tau keakraban kitorg..

Tapiiiii..sekarang dah sangat kurang yela..dah dok jejauh kan..dapat masuk universiti pun lelain..tapi ade la jugak jumpa paling2 Hari Raya ke aku mesti singgah umah dia..lagipun mak abah dia dah mak abah aku jugak..

cita2 dia memang stick to be as a Lecturer..aku plak yang berubah2..Haha! aku kalau boleh nak jadik semua..cita2 yg paling utama adalh jadik doktor..ape cita2 ko?

Aku sekarang tokey kerja kilang kicap..dia pulak sedang meneruskan cita2nya..dari sumber yang boleh dipercayai dia akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Master ke antara negara seperti di bawah..

image

UK

image Jepun

Waa..cayalah ko kak! Aku sentiasa doakan kejayaan ko untuk menjadi seorang pensyarah yang berkaliber..Hehe..Mesti Wak Non tokey ayam dan Cik Ru tukang jahit bangga sangat dengan anaknye..mesti la wei takkan tak bangga anak belajar sampai obesi..

bukan obesiti macam aku..oh! tidak aku dah tahap obesiti..ah! tak nak tau la..lalalala! (walaupun dalam hati masih sedih dengan tubuh badan sendiri..) lihat sahaja seperti gambar di bawah..Huhuhu!

P3160047Oh! rindu sangat kat ko kak! 

Note: Baru aku sedar..mukadimah agak panjang..Kehkehkeh!

farewell party

Semalam ade jamuan perpisahan untuk Dayana..Bila dah berkahwin kena la ikut suami ek..dia kena ikut suami dia bertugas kat Melaka..Best la lepasni mesti boleh mengandung dok dekat2 dengan suami..HEHE..betul ke fakta aku wat tu..pandai2 je..KEH! KEH! dia dok jeles dengan member2 yang kahwin awal tahun aritu semua dah ade isi..

DSC_1805kek from season

CSC_1892 kitorang dah macam ade pertandingan makan paling laju plak..sebenarnya tak..Pak Din memang tau suke amik gambar ala2 tak senonoh camtu..pang! sekali kat Pak Din..DSC_1838

jamuan makan adalah bihun goreng..nampak menyelerakan tapi tak sodapp bebonar..Huhu!

CSC_1899yang diraikan..Wan Dayana..

Semoga berjaya dalam hidup..alamak tetiba tak tau plak nak wish ape bila nak berpisah ni..dia baik mesra dan cantikkk..Hehe! we gonna miss u Dayana!! Semoga berbahagia bersama suami terchentaa..dann cepat2 dapat baby..=p

DSC_1885 sese bergambaran..=p

12 July 2009

Macam poyo jer..

Le' Tour De' Gerai semlm dah sampai ke negeri Johor..semalam aku paksa si Azan dengar radio Hot.fm through his handphone..nak tau kat mana kedudukan team Hot.fm..hehe..poyo kan..

Dalam kul 5 camtu aku pun kuar umah pergi ke Senai..mengambil itu tunang..bukanya dia dengar radio..dia tido pulak sudahnya aku dengar dalam kereta dorang akan ke BBU..So dengan poyonye kitorang pun jenjalan la sampai ke BBU..Rupenya diorang nak ke Restoran Remaja Seafood..dah dekat la sangat dengan lokasi kitorang mase tu..

Sampai2 kat restoran tu macam dah ramai yang tunggu..tetiba je kedai tu diserbu kan..pekerja dlm kedai tu pun macam pelik je..rupenya kitorang menunggu Skuad Hot.fm Le' Tour De' Gerai..HAHA..

Dapat dah isi poskad dan bergambar dengan penyampai2 Hot.fm..FBI (Faizal Ismail), AG dan Anne..Anne sgt kecik + comel je..=P So sekrg doa2 je la cukup bertuah untuk hot.fm call dan umumkan pemenang RM 5k tu adalah aku..HEHE..waa..bestnyaaaaa! kena tunggu la mlm ni kul 8 -12 mlm Anne dan Ikhwan nak umumkan..Hello maxis! I pengguna Maxis Postpaid ade better chance tak?? tetiba..=P

Ada cerita lain  disebalik cerita poyo mengejar Hot.fm mase kat Remaja Seafood tu..aku order la nascafe ais dan azan plak teh 'o' ais mcm biasa..makan plak order Mee Goreng Mamak..

Al-kisahnya tengah sibuk2 aku dan Azan ngambik gambar isi borang bagai..ade la sorang mamat ni dok kat meja kitorang..kat tempat aku plak tu..ingatkan sesaje tumpang..jap lagi dia boleh minum nescafe ais aku..GRRRRR! geram je aku..aku tanya kat pekerja restoran tu sape org berkenaan..jap lagi org gila daaa...HAHA..tak sempat aku nak amik gambar org tu..pakaian agak kemas ok..berjacket hitam bagai..jap lagi kurang siuman rupenya..

So air tak yah bayar..bayar untuk mee goreng mamak je 1 tapi dapat 2..HEHE..tapau2 then makan kat tepi laut..jimat duit..KEH! KEH!

Sebenarnya..team Hot.fm tu ke Dataran Bandaraya JB plak..kitorang pun pergi jugak kat situ dapat lagi poskad untuk diisi..HAHA..memang dah xde kerja sangat la tu..jenjalan pun xde tujuan..mujur tak ikut lagi sampai ke Stulang destinasi terakhir Hot.fm..

Tu la cerita hari minggu..oh ye..korang tengok tak Mentor 3 akhir..aku suke si Black dan Mas Idayu yang menang..daripada Ajai dan Chaq..tapi kesian pulak kat Lah dan Fira..Fira wat persembahan ok siap bersilat bagai tapi dapat kritikan plak dari juri pasal pemilihan genre yg sesuai utk dia..dah tersurat Black menang..

11 July 2009

My Family

Tak pernah lagi cerita pasal family kat blog ni..Ade pun pasal aktiviti family je..So arini cerita la serba sedikit..

Pasal emak dan adik2 saya..=) (tetiba saya..heh! formal la sket)

Senarai ahli keluarga saya:

  1. Emak : Azizah Md. Anis
  2. Abah: Kasnan Kamni (dah meninggal dunia)
  3. Abah (tiri): Rosman Salleh
  4. Anak Sulong (Aku ops! saya): Noryanti
  5. Anak Ke-2: Amiruddin (ameer)
  6. Anak ke-3: Ahmad Nazri (budak degil)
  7. Anak ke-4: Nur Alya Nabila
  8. Bongsu : Nur Azreen

2920113203_0571f0daf3
Ya! saya anak yang paling tua..:-) macam berkuasa la sgt..Tak la mengaku tua..Muda lagi ape..:-P


Diorang panggil sy kakak ye..ade mase kecik berangan (mase tu ber-3) nak panggil ikut pangkat..Along, Angah Uda..tapi sekejap je sampai besar panggil nama je semua..tapi still hormat menghormati sesama lain..cuma Nazri tu paling degil sket kengkadang kurang ajor..Budak lelaki kan..mmg camtu bila dah meningkat remaja..terpengaruh dengan kawan pun ye..


Erin n Elly tu kira adik beradik tiri tapi tak pernah pun treat cam adik beradik tiri cam cerita Bawang Putih Bawang Merah tu..HAHA ape la kolot camtu..lagipun diorang still kecik lagi tak kan ler nak layan tak baik kan..dah besar pun tetap adik2 sy..forever..:-)


Ape lagi ek? ohh sy, ameer n nazri dah kerja..nazri lepasan SPM blm tau nak sambung belajar ke tak..budak degil result SPM pun tak amik lagi..ape masalah pun x tau..Elly dah Standard 2..Erin plak Pra-Sekolah..


Abah meninggal masa umur saya 12 tahun..dah 12 tahun..lama kan..ameer n nazri kecik lagi masa tu..pastu banyak la kenangan yang tak berapa manis yg x ssuai nak dikongsikan kat blog ni..Biarlah rahsia..Ececeh! :-D


Lastly..I love my family very much..tapi saya ni jenis yang tak berapa pandai nak tunjuk how i love my family..tapi diorang tau I love them very much..LOL


That’s all..

Tropical Village, Air Hitam

Baru 2 minggu tak kuar jenjalan dah bosan..ape la asyik nak jalan je kan..HEHE..Tengok2 balik gambar lame terjumpa plak gambar kat Tropical Village..

 

Mase ni aku kerja kat Simpang Renggam as a QC je..nak jumpa Azan pun susah..Rindu tak yah cakap ar..So bila ade mase yang tak digunakan (?? yela kan kena guna masa dengan bijak..Cheh!) Azan datang dari Senai ke Simpang Renggam samada naik bas atau motor cabuk EX5 dia..(suruh tukar x nak..kan dah kena cabuk..HAHA)

 

Menarik jugak la kat sini..banyak tempat boleh nak bergambar..Terletak kat Batu 56 1/2 km, Jalan Johor, 86100 Air Hitam, Johor. 4 1/2 km lepas kuar dari Plaza Tol Machap dan lebih kurang 90 km dari JB.

 

Bayaran nak masuk RM8 for adult kalau bebudak RM 5 kot..Boleh check kat  SINI. Ade Tembok Besar China, A-Famosa, Taj Mahal..replika buah2an..n memacam lagi la..Layan gambar la ye..

 FotoFlexer_Photo4

suka gambar ni..

 

Picnik collage

 

 

DSC01577

A Famosa

 DSC01566

Kepala ape ntah..HEHE dah lame tak ingat..

DSC01576

Leaning Tower of Pisa

More information on Tropical Village, Air Hitam?

10 July 2009

Testing new thing..

Bismillahirrahmanirrahin..


Nape entah dgn Windows Live Writer aku tu..bila taip2 x dapat nak wat paragraph baru..tak best betul..


So ni aku try Post2Blog..Hopefully ok je ek..Nak wat entry yang best2..bosan ah dgn entry sblm2 ni..

09 July 2009

Rabun

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku rabun? entahla..takde la teruk sangat aku rase..

Tapi aku mendapat saranan dr Doktor..soh pakai spec..

Akukan asik2 pening kepala je..so aku dah wat..

macamane gayanye aku pakai cermin mata ek? sekarang ni aku tgh pakai..

Macam kelakor.. tapi ade org kate comel..HAHA tau2 je la sape..

(Nak amik hati je kot..)

Kalau masalah sakit kepala aku berkurang..itu dah dikira bagus..

Teringat..mak dulu pun ade pernah pakai spec sekejap mase tu aku baru sekolah rendah..

sekarang mak dah tak pakai..dulu pun mak selalu sakit kepala..

mungkin keturunan tak? laa ni kena kat aku pulak..smile2

ujian..nak tengok aku pakai spec? HAHA kelakor..

tunggu la aku mekap2 dulu kasi chantek..ok!

 

 

 

 

 

 

 

Hik! hik..Chomel tak shayer? Hehesmile5

Personality Quiz- I am the giver

The Giver
You strive to maintain harmony in relationships, and you usually succeed.
Articulate and enthusiastic, you are good at making personal connections.
Sometimes you idealize relationships too much - and end up being let down.
You find the most energy and comfort in social situations ... where you shine.
In love, you are very protective and supporting.
However, you do need to "feel special" - and it's quite easy for you to get jealous.
At work, you are a natural leader. You can help people discover their greatest potential.
You would make a good writer, human resources director, or psychologist.
How you see yourself: Trusting, idealistic, and expressive
When other people don't get you, they see you as: Bossy, inappropriate, and loud.

So far banyak yang kena mengena..=p

08 July 2009

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Written by Ommi Kalsom Hj Ibrahim

Note: Untuk bacaan..

07 July 2009

Status (ntah ape2..)


Takde lagi muka ceria mcm ni..(bajet ceria la sgt..)HEHE
Minggu ni minggu yang tak menyihatkan badan langsung..maksudnya minggu ala berpenyakit..tengok..blog hampir bersawang..HEHE..Macam2 penyakit datang..memula aritu pening sesangat..biase dah yg tu..
Pastu Monday aku MC..kena pulak cirit birit n muntah2..pasal pekena durian banyak sangat la ni..HUHU..
Dah la malas nak menaip lagi..(lebih baok tak yah wat entry..HEHE)
Mood nak berehat je..selamat tinggal (sekejap je..promise..)blog ku..=)

04 July 2009

Aku dan diriku..

Dalam seminggu or sebulan or hari2 kengkadang tu mesti ade rase macam ni datang..rase ape? rase tak keruan..ntah tak tau nak describe macam mane la pulak kan..macam tak tau nak wat ape..macam banyak benda yang difikirkan..macam2 la ada dalam kepala otak ni..entah ape2 je..itu sindrome ape eh?

Bestnya kalau setiap satu hari dalam seminggu dapat merehatkan diri bercuti..ala rehat2 je..yang tak perlu nak ke tempat kena menghabiskan duit..

DSC00977Bestnya kalau ari2 dapat tengok laut..mendengar desiran ombak..angin bayu..pastu nyanyila lagu feminine..

“Angin bayu membawa diriku..sepintas lalu ku terkenangkanmu..”

Oh..tak perlu angin bayu kalau setakat nak terkenang kan orang tu..>____< it’s anytime..it will come..by day..by minute..by seconds..HEHE..

IMG_0228 Best kalau tak payah nak pikir bebanan kerja + masalah semasa..

Pastu muka hepiiiiiiiii je macam budak kecik ni….

IMG_0368

02 July 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB

  • Sabda Nabi S.A.W:- Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu ...kemuliaan di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)
  • Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban bulanKu dan Bulan Ramadhan bulan umatKu. ...( Al-Hadis)
  • Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan ...Lailatul-Qadarnya.
  • Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. ...( Al-Hadis)
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan) ( Al-Hadis)
  • Puasa 4 hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab aman dari azab kubur, Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar dari kubur bercahaya mukanya.
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya 8 pintu Syurga.
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah’ tidak ditolak dia dari memasuki Syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab , Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.
  • Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga , dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga.
  • Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (Pembaharuan Umur)
  • Berkata Saidina Ali:- · Puasa rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun. · Puasa rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. · Puasa rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
  • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari Syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari Qiamat.
  • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya; Berseru dari langit :- Bergmbiralah kamu dengan kemulian yang besar ; dan diminumkan dia ketika hendak mati.Mati dengan puasa, masuk kubur dengan puasa , keluar kubur dengan puasa , dan masuk Syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas azab kubur (Al-Hadis) – Berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya)
  • Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya:- a.diampunkan dosanya yang lalu. b.dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. c.terlepas dari dahaga di hari Qiamat.
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang- kurangnya sebiji roti.
  • Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan.
  • Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti Ibadat seribu Haji dan Umrah.Dibina seribu Mahligai , seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulan Rejab, bulan Allah.
  • Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah.
  • Allah jadikan dibelakang bukit Jabal Qaf bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap-tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka untuk Umat Muhammad S.A.W.Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!.
  • Barangsiapa meminta ampun (beristigfar) kepada Allah pada pagi dan petang 70 kali atau 100 kali pada bulan Rejab , diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya, " Telah wajib hak mu atasKu maka mintalah oleh mu kepada Ku " " Demi ketinggianKu dan KebesaranKu , tiada aku tolak kan hajat mu . Engkau adalah jiran Ku dibawah ‘arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala maklukKU, engkau terlebih mulia atasKU, Sukakanlahkamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau" – (Dari kitab Raudhatul Ifkar) – Al-Hadis.
  • Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahala nya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj. ---( Al-Hadis)
  • Sesiapa yang melapangkan kekeruhan,kesusahan,kepicikan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam Syurga Firdaus. --- (Al-Hadis)
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajat di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di MIzan, 70 hajat ketika berlalu di Titi Sirotolmustaqim.
  • Rejab ertinya ta'zim (Kebesaran, keagungan, kemuliaan).........dengan kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab maka Allah dengan limpahkan RahmatNya, kemurahanNya dan KebajikanNya kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaanya keagungan bulan Rejab itu yang di namakan ia dengan Syahrullah (Bulan Allah).
  • Rejab bulan menabur benih.Sya'ban bulan menyiram tanaman.Ramadhan bulan menuai.
  • Rejab menyucikan badannya. Sya'ban menyucikan hatinya.Ramadhan menyucikan rohnya.
  • Rejab bulan maghifirah (keampunan). Sya'ban bulan syafaat. Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  • Rejab bulan taubat. Sya'ban bulan muhibbah. Ramadhan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Rejab diganda 70 pahala.Sya'ban diganda 700 pahala. Ramadhan diganda 1000 pahala.

01 July 2009

4 months..I love u cyg..>____<

Tex to him:

4 bulan dah arini..:-) I love u cyg..

MM..sekejap je kan hari berlalu..hari ni 1 July genap 4 bulan dah aku & azan bertunang..rase macam baru ahad lepas je wat majlis..tapi dah 4 bulan dah berlalu..

4 bulan jugak la orang dah ramai tanya2 bila lagi nak langsung..kalau member2 tanya aku cakap tak tau lagi..kalau family tanya akhir tahun atau awal tahun..aku main letak je..aku pun tak pasti bila..tunggu la bila ade rezeki nanti..tak cepat lambat sket..sabar ye..x sabar org nak tengok aku kawen..(bajet glamer..HAHA)

kitorang pun tak sabar jugak sebenarnya..HAHA tapi apakan daya..belum ditentukan untuk bersama..Cheh! kepada kawan2 ahli keluarga atau sesiapa sahaja doakanlah hubungan kitorang berkekalan sehingga berumah tangga hingga akhir hayat..

Persediaan tu ade la sket2 dari segi emosi..HAHA..ade la perancangan..ade checklist..bukan senang nak wat majlis nak puaskan hati semua org kan..Mak kalau boleh mesti nak majlis yang ala2 grand agaknye..tapi aku rase aku tak mampu nak relisasikan impian mak tu..sori mak..

Nyaie mmg best..paham je aku memang nak bajet gile..dia siap wat cadangan kat aku majlis nanti tak yah wat nasi beriani ke beryani bagai..wat je simple kalau boleh sesimple nasi ayam..jimat gila wat nasi ayam je wey!..yela..tak yah nak tumbangkan lembu sekor..ye dok? tumbangkan ayam beramai2 je..HAHA Azan mmg suke la bila cerita nyaie cadangkan wat nasi ayam je..

So, sesape yang datang majlis aku nanti jangan harapkan lebih dari nasi ayam ye..HUHU..kedekut ke?? bukan ke yang penting ikhlas nak menjamu tetamu yang datang..tapiiii..setuju ke makcik2 pakcik2 aku semua tu..dah la diorang demand setiap sorang baju sepasang mengikut tema..Pengsan aku mane nak cekau duit..lain la aku gaji sebulan 5K..disebabkan tak boleh nak puaskan hati semua org aku puaskan hati aku jer..boleh gitu?? HAHA sape yang nak uruskan majlis aku nanti..diorang jugaaakkk!

So, aku macam kena redha je la..wat ape yang termampu oleh aku n azan..alangkah bestnye ade org sponsor..bahagia betul tinggal bawak diri je..HEHE berangan la kau yantie..takde org cakap kawen senang..nak2 zaman sekarang ni..material semua udah naik harga..ayam sekilo dah bukan RM 3.50 paling2 RM5.00/kg..

Ah! tak nak pikir dulu la..wat pening je..mungkin sekarang aku dah boleh kumpul balik alamat kengkawan lame in case nanti merajuk pulak bila tak jemput kan..awal2 senang..nanti xdela yang tercicir ke tak sempat pos ke kan..bagus jugak ade makcik seorang KERANI POS..memudahkan kerja2ku..

So kengkawan..bak la datang alamat semua..mail to: yantieazan@yahoo.com..mungkin dulu korang ade bagi..tapi ntah mane aku letak kan..dah banyak kali berpindah randah kan..hilang kot..mintak maaf semua..HEHE

Bandar Kota Tinggi

Entry kurang berkaitan (bukan setakat kurang..amik nama tempat je..HAHA) dengan nama tempat..Aktiviti dalam kereta masa org lelaki sibuk cari aksesori kereta kat bandar Kota..amik gambar dalam kereta..

IMG_0367 macam biase budak ni mmg suke amik gambar buat muka..

IMG_0364 3 beranak..

Hujan kat luar mase ni..ingatkan dapat jenjalan shoping2..HEHE macam la banyak duit sangat..akhirnya aku dapat jugak rembat kain telekung utk tambahkan koleksi walaupun dah ada 2..yang 1 tu aku dah pakai since Form 2 lagi..punye la lame..tapi elok lagi..so yang tu letak kat tempat keje..

IMG_0365 Hadif semakin comel..gerammm je..

IMG_0366

adik dan abang..

itu je update arini dari orang malas..HAHA..aku ni kan bila bace blog org mesti akan terpengaruh jugak..org rase suke aku suka rase sedih ke stress aku pun rasa jugak..nape ek? normal la tu kan..xde gangguan emosi..kalau tak kena hantar dok sekali dgn nenek sedara aku kat Hospital Tampoi..x nakkk!!