Korang tengok tak jelma..sekarang tengah tayang kat www.gua.com.my..
Aku tengah layan..dari Jelma I lagi aku dah tengok..ok la daripada Kerana Karina..Hikhikhik! padahal tgk pun idok..Ini sinopsis aku amik je dari gua.com.my..
JELMA 2 adalah symbol manifestasi kejahatan berterusan iblis yang di datangkan dalam bentuk seorang kanak-kanak lelaki. Kejahatan ini diwujudkan semenjak kanak-kanak berada di dalam perut lagi dan dia akan memastikan kewujudannya berpanjangan dan berterusan hinggalah cita-cita untuk menjadi berkuasa tercapai. Sesiapa sahaja yang menghalang perjalanannya akan menemui maut walaupun ahli keluarganya sendiri.
Selepas berjaya menghapuskan Wak Jang tempoh hari, Rosli menghantar pulang Mak Tom ke kampung. Bagaimanapun dia tidak menyedari bahawa anaknya sendiri, iaitu Reza berdendam dengannya. Reza telah memuja semula Wak Jang dan juga jelmaan yang merupakan ibu bapanya untuk membalas dendam terhadap Rosli yang didakwa engkar dengan perjanjiannya sendiri dengan iblis.
Ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kereta yang dibawa oleh Rosli telah mengalami kemalangan dan mereka dikejarkan ke hospital. Rosli berada dalam keadaan koma selepas kemalangan tersebut.
Mak Tom yang juga terselamat dalam kemalangan tersebut, cuba memaklumkan anaknya Izam akan sifat sebenar Reza tetapi tiada siapa dalam keluarga yang mempercayai Mak Tom. Mereka menyangkakan Mak Tom sebenarnya menghadapi masalah mental hinggalah mereka sendiri ternampak akan kewujudan jelmaan tersebut.
Manakala Reza pula diletakkan di bawah penjagaan Ustaz Hayat, iaitu abang Ustaz Hashim. Oleh kerana Ustaz Hayat telah dimaklumkan lebih awal tentang siapa sebenarnya Reza ini, Ustaz Hayat juga cuba menghapuskan kuasa yang wujud dalam diri Reza tetapi malangnya Ustaz Hashim dan juga isterinya turut menjadi mangsa keganasan iblis yang melindungi Reza.
Episod baru Reza bermula selepas kematian Ustaz Hayat dimana dia kemudiannya dijaga oleh Datuk Ishak & Datin Sandra. Atas nasihat Wak Hartono yang juga merupakan Wak Jang, Datuk Ishak membuat perjanjian akan melindungi Reza sepenuh hatinya. Datuk Ishak yang merupakan ahli politik yang sedang menghadapi zaman kejatuhan berjaya membersihkan reputasinya yang semakin tercemar dengan kes rasuah dan juga skandal seks. Tambahan pula, dia memang tidak mempunyai anak.
Kedatangan Reza dalam kehidupan keluarga Datuk Ishak dan Datin Sandra memang mendatangkan tuah sehinggalah Datin Sandra disahkan hamil. Datin kemudiannya mengalami banyak peristiwa yang pelik dan menggerunkan ketika berada di rumah bersama Reza.
Pada masa yang sama, Datin juga sering terganggu dengan kemunculan seorang yang tidak dikenali yang sering megekorinya.
Apakah yang akan berlaku kepada kehidupan Datuk Ishak dan Datin Sandra seterusnya...? Siapakah yang mengekori Datin Sandra itu? Bagaimana pula dengan nasib Mak Tom dan keluarganya ? Apakah sebenarnya permainan Reza dan Jelmaannya terhadap mereka semua...?
Korang pun nak tengok..Jom pi kat www.gua.com.my...
layan..
No comments:
Post a Comment