22 July 2020

Mengandung anak No.5

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. diam tak diam dah 36 minggu lebih mengandung yang no.5 ni. Rasa macam sekejap je walaupun nak melalui sampai trimester ke 3 tu macam  bercinta punya la lama.. Apa apa pun pregnancy ni memang berbeza nak dibandingkan dengan yang lagi 4 orang tu.

Firstly sebab dah jadi work at home mom. Secondly tengah wabak Covid-19 dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Memang mencabar tapi ada banyak juga kelebihan kebaikan dan perkara-perkara yang positif.

https://www.instagram.com/p/CA-CkvvJ9B4/?utm_source=ig_web_copy_link

Photo by Noryanti Kasnan on June 03, 2020. Image may contain: 1 person, standing


Bila dah boleh keluar berdua, perkara pertama yang kami suami isteri buat adalah pergi makan Seoul Garden Hot Pot..Kelakar pun ada.. sambil tunggu siap buat cermin mata.🀭 Berdua je since masa ni budak-budak belum boleh bawa keluar ke mall lagi.

Ramai lagi kawan-kawan yang tak tahu pregnant masa ni.. dah trimester ke 3 baru bagitau kat instagram. Tapi kalau yang selalu follow status kat Whatsapp memang tau kot..cuma mungkin tak perasan. Dah anak ke 5 ni perasaan dia tak la excited macam anak first. Anak first setiap kali pergi check up pun update. Tahun 2010 masa tu. Memang tengah aktif blogging, semua benda pun nak masuk blog. Dah anak ke 2 dan seterusnya masa tu 2012 onwards dah aktif facebook and ingat lagi masa dah tunggu hari nak bersalin Imran, Instagram pun launch untuk Android. Maka selepas itu blogger pun semakin hanyut, bersawang payah nak update sebab semua pun update through Instagram je and linked ke Facebook.

Kagum la pada yang masih aktif dan setia blogging sampai sekarang. Sayang sebenarnya tinggalkan dunia blogging walaupun bukanlah ramai pembaca pun. Tapi bila blogging penceritaan dalam cerita yang akita nak kongsikan tu rasa lebih detail dan ikhlas gitu! Ahahaha!

Tengok tu dah melalut kan ntah cerita apa-apa sebab dah lama tak menaip dalam blog ni. Asalnya nak cerita pasal pregnancy yang ke-5 ni. Macam biasalah..mukadimah pulak yang panjang macamnya.

Oklah! Sepanjang mengandung no. 5 ni yang aku rasa lain dari yang sebelum ni ialah:

Relaks.

Dapat tahu pregnant masa tu hujung-hujung tahun. Masuk je tahun 2020 digegarkan pulak dengan kes Coronavirus. Start pertengahan Mac dah start PKP. Mana tak rileks. Duduk je rumah. Meeting pun online je via Zoom Meeting or Google Meets. Takda renyah nak ambil anak balik sekolah, duduk rumah masak menambah berat badan je. πŸ˜”

Gestational Diabetic GDM.

Kantoi ujian MGTT kali ke 2. Well macam yang sedia maklum, umur pun dah 35tahun kan. Nak tak nak memang wajib la kan sesi minum air gula. Tak kisah lagi dah biasa dah kononnya. Tapi untuk yang kali ke-2 tu kena minum air gula masa bulan ramadhan. Bulan puasa! Tau kan kalau bulan puasa tu selera makan macam mana, dengan makan sedap-sedap walaupun tak ada bazar ramadhan, tapi ada inisiatif untuk masak sendiri, bazar online pun ada tak kurang sambutannya. Minum air manis tosah cakap la kan. Sampai lupa kewujudan air masak. Jadi kantoi la result MGTT. Maka bermulalah perjalanana mengandung kali ini dengan GDM.

Setiap kali sebelum check up mesti kena buat BSP dulu hari sebelumnya. BSP tu apa? Blood Sugar Profile. Kena ambil bacaan kadar gula dalam darah ikut masa tertentu 4 kali dalam sehari. Untuk yang kali pertama gigih la makyong menapak 3 ke 4 kali ke klinik semata untuk ambil bacaan gula dalam darah.

Alhamdulillah syukur sangat masa tu PKP dah dilonggarkan sedikit jadi PKP Bersyarat. So dapat la berbuka puasa di rumah SILyang tak perlu pun merentas daerah. SIL pulak ada Blood Glucose Meter alat untuk cek kandungan gula dalam darah tu. Tinggal nak kena beli Glucose Strip je. Jadi SIL bagi pinjam glucose meter tu sepanjang pregnant kali ni sebab nak kena buat BSP tu. Jimat duit kebenaran! πŸ˜› Jadi a day before check up dengan doktor wajib untuk ambil sendiri bacaan gula. Alhamdulillah semua result okay je pulak. Setiap kali jumpa doktor mesti akan tulis 'BSP Optimised'. Kena jaga makan dah macam pesakit kencing manis.

Jantina bayi.

Surprise! Kali ni betul-betul memang tak tahu jantina. Tak ada pun pergi klinik swasta untuk cek. Niat tu ada dah tapi lama-lama dah malas nak pergi. Tadi pulak check up dengan doktor pakar dia kata tak nak bagi harapan palsu. Kelakar doktor ni. Mula-mula dia kata macam gegirl, tapi tak tahu la kalau baby kepit tak nampak 'bebeird'. Lepas tu tanya jantina yang kat rumah. Cakap la 3 Perempuan 1 Lelaki. Terus doktor kata "Tak ak la bagi harapan palsu kat awak". Mesti dia ingat aku nak anak lelaki agaknya since lelaki baru sorang kan. 🀣 Takpe doktor. Saya tak kisah jantina janji dipermudahkan semuanya and sihat walafiat.

Cramps @ Simpul Biawak.

Pregnancy sebelum ni, hampir hari-hari kena simpul biawak. Orang kata pasal kurang Kalsium. 🀭 Tapi yang kali ni tak ada langsung kena. Alhamdulillah. Mungkin tak pasal terlebih rehat atau tak langsung stress pasal kerja.😜 Almaklumlahkan, dah stay at home, PKP lagi pulak. πŸ˜‚

Lain-lain lagi banyak sebenarnya. Tapi cerita yang ni la dulu. InsyaAllah sambung menulis lagi. Semoga ada kerajinan yang tinggi untuk menulis.

Jumpa lagi next post!



07 August 2017

Zahirah dan Imran warded.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. haish lama dah tak update blog. Janggal. Tak tahu nak start dari mana. Kebanyakan peristiwa dirakam di Facebook atau Instagram. Maka tinggallah blog ni yang suam-suam kuku pun tak. Haha..

Nak dijadikan cerita penghujung bulan Syawal yang lepas diakhiri dengan episod anak kena tahan ward. Better than previous years yang mana raya ke-2 dah kena bawa pergi hospital sebab asthma attack.

Lagi haru baru je lepas si kakak admitted 3 days 2 nights terus Imran admitted jugak the next day after kakak discharged. ;( Apa nak buat, seminggu mama cuti untuk jaga anak-anak di hospital. Seronok kakak 3 hari mama ada untuk dia je. Sampai masa Imran warded dia pulak yang kat rumah merengek suruh mama balik tak payah tidur hospital. Alhamdulillah.. Imran admitted 2 hari 1 malam je.

Kakak admitted for Acute exacerbation of bronchial asthma dan muntah-muntah
Masa hari kejadian sebelah pagi ada sambutan hari raya kat tempat kerja mama. Budak-budak kan suka bila dah berkumpul dengan kawan-kawan. Masa jamuan hari raya tu jugak kakak masuk pertandingan persembahan hafazan juz amma dan doa. Alhamdulillah dapat No.2 (Hamper + Baucer Aeon RM50). Bukan main suka siap lepas habis majlis tu ajak pergi shopping.

Malam tu pergi beraya pulak rumah kawan mama. Dah dijemput tak sedap pulak kan tak datang. Mungkin masa jamuan pagi tu lagi dia dah makan yang bukan-bukan. Antara benda yang dia tak boleh makan adalah tembikai dan ABC yang boleh trigger asma dia tu. Kebetulan pulak dia ni kalau batuk tak reti nak keluarkan kahak. Huhuhu

Masa dalam wad kakak kena sentiasa on Oxygen 24 hours and drip. Berbotol jugak la sampai asyik la nak pergi kencing dengan terpaksa bawak semua. Nasib baik Oksigen boleh tanggal sekejap. On 2nd and 3rd day kakak kena buat chest physio sebab dia susah nak keluarkan kahak. Mama pun belajar la sekali.  

Walaupun begitu sentiasa berselera..Haha

Masa ni dia dah bosan duduk atas katil. Dia suruh mama pulak take over tempat dia..
Hari ke 3 dah boleh discharged. Alhamdulillah.. badan pun dah rasa penat sangat sebab faham je la bila jaga anak dalam wad ni tak boleh la suka hati nak terbaring terlangkup terlentang kan. πŸ˜… After discharged kakak still kena habiskan dos antibiotik 5 hari which is the hardest part sebab aΔΊl those in tablet form. Bercinta nak suruh telan nak habiskan. πŸ˜…πŸ˜…

Petang tu after ward round by doctor in charge kakak dah boleh keluar. Around 5 pm kami sampai rumah. Ayah masa tu kerja sebab mama yang suruh ayah settlekan hal kerja dulu. Lagipun hospital kulai dengan Senai dekat je. Mula-mula lagi nak tunjuk hebat naik Uber je. Hihihi..

Imran warded the next day due to Bronchopneumonia.

Sampai je rumah pukul 5 tu Imran dah batuk-batuk. Mak kata semalamnya lagi dia dah batuk-batuk. Dia ni walaupun dh susah nak bernafas masih lagi nak bermain dengan Adwa. Tu yang worsened the condition. Mama pun solat asar dulu then bawa dia ke klinik paling dekat. Klinik 1 Malaysia Senai. Nebuliser 1 kali tengok dah ok.

Tapi malam tu tengok dia susah lagi nak bernafas. Penat dia kata. Pukul 10 malam mama dan ayah bersiap bawa ke Emergency Hospital Kulai. 2 kali lagi Neb dan inject hydrocort then pergi X-ray. Doktor tengok ada sedikit infection and sel darah putih slightly high and decide tak admitted dalam wad. Prescribe ubat tapi tak dapat nak ambil since pharmacy has closed sebab dah pukul 12+ malam masa tu. Imran pun nampak stabil and bunyi lung dia dah clear. Mama dan ayah lega..

Rupanya lega sekejap je. Dalam pukul 4 ke 5 tu tengok Imran tidur pun tak lena. Batuk-batuk kuat. Lepas subuh mandi siap zass ke hospital semula. Confirm la kena warded. πŸ˜… Cuma condition dia tak seteruk kakak. Doctor kata mungkin juga Imran dapat infection dari kakak sebelum ni. Tak apa la.. Mama redha janji anak-anak sihat semula. 

Sepanjang dalam wad.. nak pergi taman je dia ajak..πŸ˜…πŸ˜…

Dalam wad pun dia buat macam kawasan dia. Jalan sana sini pusing kaunter nurse jalan-jalan kat koridor sepanjang wad tu. Tak macam orang sakit. Bila nurse tegur berlari balik ke katil. Syukur Alhamdulillah baik kakak atau Imran diorang jenis senang kalau nak suruh makan ubat. Jadi takdelah struggle nak bagi makan ubat macam budak katil sebelah menyebelah. 😁😁

Sebab tengok keadaan Imran dah aktif dan sihat. Doktor bagi discharged esoknya. Syukur Alhamdulillah.. Semoga sihat-sihat selalu anak mama.

Nota kaki: Sangat banyak perkara untuk disyukuri. Fokus untuk hargai apa yang ada disekeliling kita. Bila duduk dalam wad tengok keadaan sekeliling. Tengok pesakit lain. Subhanallah banyak sangat Allah nak suruh kita berfikir dan bersyukur.



03 November 2016

Ihtifal Ilmi TAJ Daerah Kulai 2016

Assalamualaikum..

18 Oktober 2016

Majlis Ihtifal Ilmi TAJ 2016

Sekolah Agama Taman Kota Kulai 2, Kulai, Johor.

20161018_081650[1]

Ayunya anak dara mama ni.. macam dah besar sangat gayanya.

Screenshot_20161103-171511[1]

Team Nasyid TAJ Senai Utama.

Screenshot_20161103-171522[1]

Keputusan Pertandingan.

Alhamdulillah TAJ Senai Utama dapat Johan Keseluruhan.

20161018_131715[1]

Bila jumpa pokok semalu.

 

Nota kaki: Apa punya malas mama ni nak mengarang ayat. Hehehe.. Ini untuk kenangan kakak.

Imran Warded 30.10.2016

Assalamualaikum..
Alhamdulillah A’la Kulli Hal..
Ini first time Imran warded. Sebelum ni Cuma ambil nebuliser je kat emergency department Hospital Kulai. Kenapa pergi hospital? Sebab untuk kes lelah ni biasanya patient akan diberikan keutamaan. Belum pun siap daftar dah boleh terus masuk di ruangan yang disediakan untuk pesakit asthma. Kemudahan nebulizer pun banyak tak perlu nak tunggu turn. Berbanding kalau pergi ke klinik swasta ataupun klinik panel biasanya still kena que untuk dapatkan rawatan.
Sebenarnya Imran ni mama syak dia sangat kepenatan since pergi hantar Pak Uda untuk majlis pernikahan dan persandingan hari sebelumnya dimana semua pun rushing. Bayangkan pergi – majlis – balik dalam masa lebih kurang 24 jam. Masa sampai Kuala Berang awal pagi tu pulak Imran dan Kakak dia asyik la bermain tak henti. Macam tak penah jumpa tanga naik turun tingkat atas dan bawah non stop dari pagi pukul 5 sampailah majlis start pukul 10 pagi. After Majlis Nikah tu mulalah dia tunjuk symptom-simptom nak lelah dia tu. Sampaikan masa Pak Uda bersanding mama tak dapat tengok pun sebab rushing pergi hantar Imran ke Hospital Hulu Terengganu. Masa tu dah susah sangat tengok dia nak bernafas. Urusan di Hospital Hulu Terengganu semua Ayah yang settle. Mama, Kakak dan Adwa tunggu je dalam kereta. Sampai tertidur kitorang sebab baru je sampai dari JB pagi tu kan.
clip_image002
Ini masa majlis bersanding baru nak mula. Pengantin baru sampai. Imran sebenarnya dah macam tak cukup nafas je tu. Masa sebelum keluar dari homestay Mama dah bagi dia Salbutamol 5ml tapi tak dapat redakan lelah dia pun. Tengok bibir dia pun merah je tu. Masa ni tak sampai 15 minit terus kami sekeluarga gerak dulu ke Kuala Berang untuk pergi hospital berdekatan. Ikutkan sebenarnya masa ni ayah dah panik. Mama je buat-buat cool sebab dah tahu kalua dia penat sangat dan aktif sangat mesti akan kena lelah memandangkan cuaca masa tu pun sejuk, redup je.
clip_image004
Pak Uda kerja Pancaragam Alpha (Pertahanan Awam). Kawan-kawan dia datang support iring pengantin lelaki dan ada juga buat persembahan untuk pengantin dan juga penduduk kampong.
Gambar masa kat HHT memang takde. Ayah yang dah panic bawak anak masuk ED terus tak ingat handphone pun tinggal dalam kereta. Sampai HHT dalam pukul 2, pukul 4 barulah diorang keluar. Tengok keadaan Imran pun dah ok dan stabil. Dah aktif semula. Sebab tak dapat makan lauk kat majlis tadi, kami sekeluarga pun singgah makan di area KB Street. Jadi haru Imran pun melantak air batu padahal mama dah order air suam untuk dia. Salah mama jugak la tak halang betu-betul. Huhuhu.. Terus Imran batuk-batuk dan nampak semula dah nak lelah. Memang kena marah la mama kan. Sobs!
So lepas tu kami semua pun balik ke homestay. Tidurkan Imran then malam tu semua decide dalam pukul 9 malam akan gerak balik semula ke Johor. Sebelum balik tu yang lain sempat lagi la membeli belah apa yang patut untuk ole-ole bawak balik johor tapi kami tak! Sebab tak sedap hati sangat dengan keadaan Imran terus bawak Imran ke klinik yang paling dekat. Masa tu Mama siap Google klinik apa yang dekat then call la 1 klinik ni Klinik Sentosa tanya masih buka lagi dan inform akan datang. Tapi tup tup jumpa klinik Syukur dulu then terus masuk. Maaf ye Klinik Sentosa. Kami tak jumpa kat mana Klinik Sentosa.
Dapatkan treatment di Klinik Syukur terus gelak balik ke Johor. Sampai di Muadzam Shah Imran dah tak boleh tidur lagi sebab susah nak bernafas. Apa lagi panik la semua orang. Sepatutnya nak singgah dulu di kampong tapi cancel terus balik Senai. Tinggalkan Kakak dan Adwa dengan Kakak Sepupu diorang then mama dan ayah terus bawak Imran ke ED Hospital Kulai.
clip_image006
Masa ni masih di Wad Kecemasan. Sampai tu mama bagitahu dulu yang sebelum dah ada ambil nebulizer around 2 pm and 9 pm. Staff dalam tu terkejut la jugak kitorang dari Kuala Berang sampai ke Kulai dalam lebih kurang 6 jam. Huhu.. So dalam wad kecemasan tu Imran kena drip water with Normal Saline tapi tak habis pun satu botol tu and dalam masa yang sama 3 kali neb. Masa cucuk tangan dia untuk pasang IV drip menangis la jugak hero mama ni. Lepas habis neb yang pertama ada staff dari bahagian X-Ray datang bawa Portable X-ray Machine untuk x-ray paru-paru Imran. Selepas daripada tu dia pun tertidur sampai la orang transfer dia ke wad kana-kanak pun dia masih tak sedar. Sepanjang dalam wad tu Imran kena sentiasa pakai Oksigen Tube kat hidung. Tapi tahu je la dia tu semua nak dicabut dia.
clip_image008
Ni selepas dia dah bangun dari tidur. Muka pelik je apsal ada kat tempat lain pulak ada orang lain ada banyak katil pulak. Redha je kena ambil Neb 2 hourly then lepas 3 kali tukar kepada 4 hourly sampai la dah nak discharge keesokkan harinya. Imran masuk wad pukul 8 pagi dalam pukul 9 pagi doctor ward round ada la sedikit investigation berkenaan family health history and masalah kesihatan Imran dan jugak kekerapan kena lelah dan ambil neb. Mama ni dah la pelupa. Main agak-agak je the doctor suggest untuk mama buat satu Health Diary for the Kids untuk jot down all the details kalau-kalau anak ada apa-apa symptom and ubat apa yang doctor prescribe dan apa yang mama bagi. Huhu.. terpaksa la gigih lepas ni..
clip_image010
Petang tu dah sihat dah tak nak pakai oxygen tube tu. Kala nurse Nampak mesti kena tegur baru la mak dengan anak kelam kabut pakaikan. Haha.. Ikutkan masa tu sebenarnya dah stabil bacaan oksigen dia tapi nurse tak bagi cabut dulu. Tapi tau je la si Imran ni..
clip_image012
Last neb sebelum discharged. Masa last ward roud doctor ada cakap yang Imran ni tak dikategorikan ada asma. Sebab kekerapan dia kena tak selalu and tak ada allergy kepada bulu dan di rumah pun tak guna karpet. Selalunya Imran akan kena bila terlampau aktif atau pun cuaca. Tapi selepas ni kalua berlaku kekerapan yang berulang doctor akan review semula untuk asthma case. Harapnya tak adalah sampai kena asma ye nak. Kes kakak pun lebih kurang Imran masa warded 2 tahun lepas. Sebab Imran warded yang mama tengok adalah disebabkan oleh URTI and Bhronchoplasm. Warded on 30.10.2016 7.00 am and discharged on 31.10.2016 on 12.30 pm.
Terima kasih kepada semua saudara-mara dan sahabat mama yang mendoakan kesembuhan dan kesihatan Imran. Moga Imran terus sihat dan cergas.
Nota kaki: Entri ni secara langsungnya jadi macam health diary la. Huhuhu. Senang mama nak rujuk.



















22 December 2015

Zahirah dan Imran Sekolah

Zahirah
Tahun lepas Zahirah masuk TAJ (Tadika Agama Johor) Kelas 5 Tahun. Tahun ni pun sama. Kira macam dia sekolah agama la sebelah petang. And then pagi Zahirah pergi ke Pra Sekolah. Alhamdulillah.. Terpilih jugak sebab awal-awal dah pergi daftar.

Thanks to jiran sebelah rumah jugak selalu tolong remind bila dah dibuka pendaftaran. Kalau tak terlepas macam tahun lepas. Almaklumlah balik kerja tak lalu kawasan sekolah. ;)

Baju uniform kakak dah dapat pun semalam. Macam biasalah excited nak pakai. Tapi kena alter sikit sebab hari tu ambil saiz besar sikit. Kalau ambil saiz dia senteng sangat bajunya. Jadi untuk Pra Sekolah ni tinggal tunggu info dari cikgu untuk pembayaran sepenuhnya yuran. Yang bagusnya tang yuran Pra Sekolah ni bayar sekali je. Yuran bulanan ditanggung oleh kerajaan. Kiranya total bayaran yuran untuk setahun adalah tak sampai RM 200. Termasuk sekali dengan buku, lembaran kerja, uniform sekolah dan uniform sukan.


Zahirah dan Lutfi. Lutfi ni anak jiran sebelah rumah je. Rezeki dapat satu kelas. TAJ pun satu kelas jugak. Tapi tahun depan mungkin Lutfi tak masuk TAJ. Masa ni Hari Taklimat Murid TAJ dan sekali untuk ukur baju uniform dan baju sukan. Bonda dan Ayah Lutfi tak dapat hantar so kira kami bawak sekali la Lutfi untuk ukur baju.


Lebih kurang macam ni la baju lelaki Pra Sekolah. Negeri lain tak tahu warna sama atau tak. Abang Imran pun sibuk nak ukur baju. Mama layankan je. Kalau bab sekolah memang dia pun excited. Tapi bila dah mula nanti tak tahulah macamana gayanya. ;)


Ini pulak baju sukan. Gambar anak sendiri takde. Sebab ambik gambar nak tunjuk kat bonda Lutfi. Hehehe!

Settle untuk Pra Sekolah. Untuk TAJ pulak bayaran yuran adalah 1 hb Januari ni. Details perlu bayar ada dalam gambar bawah ni. Untuk uniform Mama hantar upah Nenek Ani. Buat 2 sekali senang walaupun pakai uniform selang sehari.


Imran

Ikutkan Imran baru je umur 4 tahun tahun depan. Tapi setelah berbincang dengan suami rasanya patut kami masukkan dia ke sekolah lebih awal. Bagi pendedahan lebih sikit. Supaya dia dapat lebih improve percakapan dia dan fokus untuk belajar. Kalau kat rumah Mama bagi pensil dan kertas atau buku sekejap je dia nak menulis lepas tu suruh Mama atau Ayah buatkan kapal terbang. ;)

Imran akan masuk ke Tadika Al Ummah, Taman Suria. Dekat dengan tempat Mama kerja. Sekali dengan transit/taska sekali. Means after office hour baru Mama ambil Imran and balik sama-sama. ;) Dah survey banyak tempat area Larkin ni tapi yuran semua dah macam nak masuk U. ;) So far Tadika Al-Ummah yang rasanya paling reasonable dan mudah untuk Mama hantar dan ambil Imran.


Monthly fees untuk Imran RM 210. Tadika lain Mama survey semuanya RM 350 and above. Alhamdulillah. Preparation semua dah ok. Tinggal nak belikan stationery, kasut sekolah dan baju sekolah agama untuk Imran sice every Thursday kena pakai baju melayu putih. ;)

Mama harap anak Mama semua akan bersekolah dengan gembira dan timba ilmu dengan sebaiknya. Semoga Allah sentiasa merahmati Azyan Zahirah, Imran dan Adwa. Amiin.


 

20 December 2015

A New Start.

Assalamualaikum..

yantieazan.com dah berkubur. Sangat sedih. Banyak kenangan dalam tu. tapi blog tu masih boleh akses dari blogger. Kalau ada masa akan pindahkan cerita dari sana sedikit demi sedikit.

Have to start a new chapter. Refresh. 2 tahun kebelakangan ni rasa macam tak berapa best. Entahlah. Penuaan mungkin. ;) Apa pun life must go on. Kepp on Positive Thinking dan jangan putus asa. Come on Yanti you can do it.

Ya Allah Ya Rahim
Ya Allah Ya Baari'

Permudahkan segalanya untukku bagi tahun 2016 ini Ya Allah.

Allahumma Amiin.

04 October 2015

Dayana di muka depan Harian Metro.

Rasanya pernah cerita dalam blog ni pasal Dayana sebelum ni.
.
.
.
Pagi tu tanya SIL perkembangan arwah ayah (masa tu FIL warded di Hospital Pontian). SIL tanya tak beli suratkhabar metro ke? Tak pernah-pernah nak beli surat khabar, nak beli sebulan sekali pun susah. Yelah dah ada internet kat handphone kan. Semua dihujung jari katanya. Hehe.. Terus en. suami start motor keluar beli surat khabar.


Rasanya sebelum ni kes Dayana ni tak pernah dapat perhatian dari sesiapa walaupun kalau tak silap ini adalah kes pertama kat Johor dan mungkin juga di Malaysia.

Ada juga dapat bantuan dari Baitulmal setiap bulan untuk kos rawatan di rumah. Jumpa pakar pun untuk selepas umur dia 2 tahun dah kurang. SIL ada cerita yang kali terakhir jumpa pakar dia nak tutup trachea Dayana supaya Dayana dapat bernafas gunakan mulut tapi both parent couldn't agree with the suggestion. Baru-baru ni ada NGO charity nak cover kes Dayana ni baru la dapat perhatian dari beberapa pihak dan ada juga dari persendirian sebab dh jadi headline #hmetro .



Apa-apa pun, we always pray the best for Dayana. Semoga kes Dayana ni mendapat perhatian yang sepatutnya. Dayana pun dah nak masuk sekolah tahun depan. SIL risau sangat sebab tak pernah langsung berpisah due to her condition yang macam tu kan. Takut dalam pergaulan dengan kawan-kawan sekolah nanti macam-macam boleh berlaku. Takut diejek, ataupun bila bermain nanti terganggu emosi atau fizikal dia. Tau je la budak-budak kan. Hopefully semuanya akan elok-elok je.



Ini mesti kakak ajar Nana selfie guna handphone mama ni. Hahaha. Dayana ni aktif budaknya. Doktor pun tak expect yang dia akan bercakap dengan agak jelas memandangkan dia pakai trachea. Tapi kuasa Allah kan. Masa baru lahir pun doktor sahkan Dayana ada G6PD tapi sampai umur dia 4 tahun ni so far ok je cuma ada la juga makanan yang tak boleh untuk G6PD SIL kawal mana yang perlu.



Masa birthday Imran yang ke 3.



**Will update here kalau ada perkembangan Dayana.