03 November 2016

Ihtifal Ilmi TAJ Daerah Kulai 2016

Assalamualaikum..

18 Oktober 2016

Majlis Ihtifal Ilmi TAJ 2016

Sekolah Agama Taman Kota Kulai 2, Kulai, Johor.

20161018_081650[1]

Ayunya anak dara mama ni.. macam dah besar sangat gayanya.

Screenshot_20161103-171511[1]

Team Nasyid TAJ Senai Utama.

Screenshot_20161103-171522[1]

Keputusan Pertandingan.

Alhamdulillah TAJ Senai Utama dapat Johan Keseluruhan.

20161018_131715[1]

Bila jumpa pokok semalu.

 

Nota kaki: Apa punya malas mama ni nak mengarang ayat. Hehehe.. Ini untuk kenangan kakak.

Imran Warded 30.10.2016

Assalamualaikum..
Alhamdulillah A’la Kulli Hal..
Ini first time Imran warded. Sebelum ni Cuma ambil nebuliser je kat emergency department Hospital Kulai. Kenapa pergi hospital? Sebab untuk kes lelah ni biasanya patient akan diberikan keutamaan. Belum pun siap daftar dah boleh terus masuk di ruangan yang disediakan untuk pesakit asthma. Kemudahan nebulizer pun banyak tak perlu nak tunggu turn. Berbanding kalau pergi ke klinik swasta ataupun klinik panel biasanya still kena que untuk dapatkan rawatan.
Sebenarnya Imran ni mama syak dia sangat kepenatan since pergi hantar Pak Uda untuk majlis pernikahan dan persandingan hari sebelumnya dimana semua pun rushing. Bayangkan pergi – majlis – balik dalam masa lebih kurang 24 jam. Masa sampai Kuala Berang awal pagi tu pulak Imran dan Kakak dia asyik la bermain tak henti. Macam tak penah jumpa tanga naik turun tingkat atas dan bawah non stop dari pagi pukul 5 sampailah majlis start pukul 10 pagi. After Majlis Nikah tu mulalah dia tunjuk symptom-simptom nak lelah dia tu. Sampaikan masa Pak Uda bersanding mama tak dapat tengok pun sebab rushing pergi hantar Imran ke Hospital Hulu Terengganu. Masa tu dah susah sangat tengok dia nak bernafas. Urusan di Hospital Hulu Terengganu semua Ayah yang settle. Mama, Kakak dan Adwa tunggu je dalam kereta. Sampai tertidur kitorang sebab baru je sampai dari JB pagi tu kan.
clip_image002
Ini masa majlis bersanding baru nak mula. Pengantin baru sampai. Imran sebenarnya dah macam tak cukup nafas je tu. Masa sebelum keluar dari homestay Mama dah bagi dia Salbutamol 5ml tapi tak dapat redakan lelah dia pun. Tengok bibir dia pun merah je tu. Masa ni tak sampai 15 minit terus kami sekeluarga gerak dulu ke Kuala Berang untuk pergi hospital berdekatan. Ikutkan sebenarnya masa ni ayah dah panik. Mama je buat-buat cool sebab dah tahu kalua dia penat sangat dan aktif sangat mesti akan kena lelah memandangkan cuaca masa tu pun sejuk, redup je.
clip_image004
Pak Uda kerja Pancaragam Alpha (Pertahanan Awam). Kawan-kawan dia datang support iring pengantin lelaki dan ada juga buat persembahan untuk pengantin dan juga penduduk kampong.
Gambar masa kat HHT memang takde. Ayah yang dah panic bawak anak masuk ED terus tak ingat handphone pun tinggal dalam kereta. Sampai HHT dalam pukul 2, pukul 4 barulah diorang keluar. Tengok keadaan Imran pun dah ok dan stabil. Dah aktif semula. Sebab tak dapat makan lauk kat majlis tadi, kami sekeluarga pun singgah makan di area KB Street. Jadi haru Imran pun melantak air batu padahal mama dah order air suam untuk dia. Salah mama jugak la tak halang betu-betul. Huhuhu.. Terus Imran batuk-batuk dan nampak semula dah nak lelah. Memang kena marah la mama kan. Sobs!
So lepas tu kami semua pun balik ke homestay. Tidurkan Imran then malam tu semua decide dalam pukul 9 malam akan gerak balik semula ke Johor. Sebelum balik tu yang lain sempat lagi la membeli belah apa yang patut untuk ole-ole bawak balik johor tapi kami tak! Sebab tak sedap hati sangat dengan keadaan Imran terus bawak Imran ke klinik yang paling dekat. Masa tu Mama siap Google klinik apa yang dekat then call la 1 klinik ni Klinik Sentosa tanya masih buka lagi dan inform akan datang. Tapi tup tup jumpa klinik Syukur dulu then terus masuk. Maaf ye Klinik Sentosa. Kami tak jumpa kat mana Klinik Sentosa.
Dapatkan treatment di Klinik Syukur terus gelak balik ke Johor. Sampai di Muadzam Shah Imran dah tak boleh tidur lagi sebab susah nak bernafas. Apa lagi panik la semua orang. Sepatutnya nak singgah dulu di kampong tapi cancel terus balik Senai. Tinggalkan Kakak dan Adwa dengan Kakak Sepupu diorang then mama dan ayah terus bawak Imran ke ED Hospital Kulai.
clip_image006
Masa ni masih di Wad Kecemasan. Sampai tu mama bagitahu dulu yang sebelum dah ada ambil nebulizer around 2 pm and 9 pm. Staff dalam tu terkejut la jugak kitorang dari Kuala Berang sampai ke Kulai dalam lebih kurang 6 jam. Huhu.. So dalam wad kecemasan tu Imran kena drip water with Normal Saline tapi tak habis pun satu botol tu and dalam masa yang sama 3 kali neb. Masa cucuk tangan dia untuk pasang IV drip menangis la jugak hero mama ni. Lepas habis neb yang pertama ada staff dari bahagian X-Ray datang bawa Portable X-ray Machine untuk x-ray paru-paru Imran. Selepas daripada tu dia pun tertidur sampai la orang transfer dia ke wad kana-kanak pun dia masih tak sedar. Sepanjang dalam wad tu Imran kena sentiasa pakai Oksigen Tube kat hidung. Tapi tahu je la dia tu semua nak dicabut dia.
clip_image008
Ni selepas dia dah bangun dari tidur. Muka pelik je apsal ada kat tempat lain pulak ada orang lain ada banyak katil pulak. Redha je kena ambil Neb 2 hourly then lepas 3 kali tukar kepada 4 hourly sampai la dah nak discharge keesokkan harinya. Imran masuk wad pukul 8 pagi dalam pukul 9 pagi doctor ward round ada la sedikit investigation berkenaan family health history and masalah kesihatan Imran dan jugak kekerapan kena lelah dan ambil neb. Mama ni dah la pelupa. Main agak-agak je the doctor suggest untuk mama buat satu Health Diary for the Kids untuk jot down all the details kalau-kalau anak ada apa-apa symptom and ubat apa yang doctor prescribe dan apa yang mama bagi. Huhu.. terpaksa la gigih lepas ni..
clip_image010
Petang tu dah sihat dah tak nak pakai oxygen tube tu. Kala nurse Nampak mesti kena tegur baru la mak dengan anak kelam kabut pakaikan. Haha.. Ikutkan masa tu sebenarnya dah stabil bacaan oksigen dia tapi nurse tak bagi cabut dulu. Tapi tau je la si Imran ni..
clip_image012
Last neb sebelum discharged. Masa last ward roud doctor ada cakap yang Imran ni tak dikategorikan ada asma. Sebab kekerapan dia kena tak selalu and tak ada allergy kepada bulu dan di rumah pun tak guna karpet. Selalunya Imran akan kena bila terlampau aktif atau pun cuaca. Tapi selepas ni kalua berlaku kekerapan yang berulang doctor akan review semula untuk asthma case. Harapnya tak adalah sampai kena asma ye nak. Kes kakak pun lebih kurang Imran masa warded 2 tahun lepas. Sebab Imran warded yang mama tengok adalah disebabkan oleh URTI and Bhronchoplasm. Warded on 30.10.2016 7.00 am and discharged on 31.10.2016 on 12.30 pm.
Terima kasih kepada semua saudara-mara dan sahabat mama yang mendoakan kesembuhan dan kesihatan Imran. Moga Imran terus sihat dan cergas.
Nota kaki: Entri ni secara langsungnya jadi macam health diary la. Huhuhu. Senang mama nak rujuk.