22 December 2015

Zahirah dan Imran Sekolah

Zahirah
Tahun lepas Zahirah masuk TAJ (Tadika Agama Johor) Kelas 5 Tahun. Tahun ni pun sama. Kira macam dia sekolah agama la sebelah petang. And then pagi Zahirah pergi ke Pra Sekolah. Alhamdulillah.. Terpilih jugak sebab awal-awal dah pergi daftar.

Thanks to jiran sebelah rumah jugak selalu tolong remind bila dah dibuka pendaftaran. Kalau tak terlepas macam tahun lepas. Almaklumlah balik kerja tak lalu kawasan sekolah. ;)

Baju uniform kakak dah dapat pun semalam. Macam biasalah excited nak pakai. Tapi kena alter sikit sebab hari tu ambil saiz besar sikit. Kalau ambil saiz dia senteng sangat bajunya. Jadi untuk Pra Sekolah ni tinggal tunggu info dari cikgu untuk pembayaran sepenuhnya yuran. Yang bagusnya tang yuran Pra Sekolah ni bayar sekali je. Yuran bulanan ditanggung oleh kerajaan. Kiranya total bayaran yuran untuk setahun adalah tak sampai RM 200. Termasuk sekali dengan buku, lembaran kerja, uniform sekolah dan uniform sukan.


Zahirah dan Lutfi. Lutfi ni anak jiran sebelah rumah je. Rezeki dapat satu kelas. TAJ pun satu kelas jugak. Tapi tahun depan mungkin Lutfi tak masuk TAJ. Masa ni Hari Taklimat Murid TAJ dan sekali untuk ukur baju uniform dan baju sukan. Bonda dan Ayah Lutfi tak dapat hantar so kira kami bawak sekali la Lutfi untuk ukur baju.


Lebih kurang macam ni la baju lelaki Pra Sekolah. Negeri lain tak tahu warna sama atau tak. Abang Imran pun sibuk nak ukur baju. Mama layankan je. Kalau bab sekolah memang dia pun excited. Tapi bila dah mula nanti tak tahulah macamana gayanya. ;)


Ini pulak baju sukan. Gambar anak sendiri takde. Sebab ambik gambar nak tunjuk kat bonda Lutfi. Hehehe!

Settle untuk Pra Sekolah. Untuk TAJ pulak bayaran yuran adalah 1 hb Januari ni. Details perlu bayar ada dalam gambar bawah ni. Untuk uniform Mama hantar upah Nenek Ani. Buat 2 sekali senang walaupun pakai uniform selang sehari.


Imran

Ikutkan Imran baru je umur 4 tahun tahun depan. Tapi setelah berbincang dengan suami rasanya patut kami masukkan dia ke sekolah lebih awal. Bagi pendedahan lebih sikit. Supaya dia dapat lebih improve percakapan dia dan fokus untuk belajar. Kalau kat rumah Mama bagi pensil dan kertas atau buku sekejap je dia nak menulis lepas tu suruh Mama atau Ayah buatkan kapal terbang. ;)

Imran akan masuk ke Tadika Al Ummah, Taman Suria. Dekat dengan tempat Mama kerja. Sekali dengan transit/taska sekali. Means after office hour baru Mama ambil Imran and balik sama-sama. ;) Dah survey banyak tempat area Larkin ni tapi yuran semua dah macam nak masuk U. ;) So far Tadika Al-Ummah yang rasanya paling reasonable dan mudah untuk Mama hantar dan ambil Imran.


Monthly fees untuk Imran RM 210. Tadika lain Mama survey semuanya RM 350 and above. Alhamdulillah. Preparation semua dah ok. Tinggal nak belikan stationery, kasut sekolah dan baju sekolah agama untuk Imran sice every Thursday kena pakai baju melayu putih. ;)

Mama harap anak Mama semua akan bersekolah dengan gembira dan timba ilmu dengan sebaiknya. Semoga Allah sentiasa merahmati Azyan Zahirah, Imran dan Adwa. Amiin.


 

20 December 2015

A New Start.

Assalamualaikum..

yantieazan.com dah berkubur. Sangat sedih. Banyak kenangan dalam tu. tapi blog tu masih boleh akses dari blogger. Kalau ada masa akan pindahkan cerita dari sana sedikit demi sedikit.

Have to start a new chapter. Refresh. 2 tahun kebelakangan ni rasa macam tak berapa best. Entahlah. Penuaan mungkin. ;) Apa pun life must go on. Kepp on Positive Thinking dan jangan putus asa. Come on Yanti you can do it.

Ya Allah Ya Rahim
Ya Allah Ya Baari'

Permudahkan segalanya untukku bagi tahun 2016 ini Ya Allah.

Allahumma Amiin.

04 October 2015

Dayana di muka depan Harian Metro.

Rasanya pernah cerita dalam blog ni pasal Dayana sebelum ni.
.
.
.
Pagi tu tanya SIL perkembangan arwah ayah (masa tu FIL warded di Hospital Pontian). SIL tanya tak beli suratkhabar metro ke? Tak pernah-pernah nak beli surat khabar, nak beli sebulan sekali pun susah. Yelah dah ada internet kat handphone kan. Semua dihujung jari katanya. Hehe.. Terus en. suami start motor keluar beli surat khabar.


Rasanya sebelum ni kes Dayana ni tak pernah dapat perhatian dari sesiapa walaupun kalau tak silap ini adalah kes pertama kat Johor dan mungkin juga di Malaysia.

Ada juga dapat bantuan dari Baitulmal setiap bulan untuk kos rawatan di rumah. Jumpa pakar pun untuk selepas umur dia 2 tahun dah kurang. SIL ada cerita yang kali terakhir jumpa pakar dia nak tutup trachea Dayana supaya Dayana dapat bernafas gunakan mulut tapi both parent couldn't agree with the suggestion. Baru-baru ni ada NGO charity nak cover kes Dayana ni baru la dapat perhatian dari beberapa pihak dan ada juga dari persendirian sebab dh jadi headline #hmetro .



Apa-apa pun, we always pray the best for Dayana. Semoga kes Dayana ni mendapat perhatian yang sepatutnya. Dayana pun dah nak masuk sekolah tahun depan. SIL risau sangat sebab tak pernah langsung berpisah due to her condition yang macam tu kan. Takut dalam pergaulan dengan kawan-kawan sekolah nanti macam-macam boleh berlaku. Takut diejek, ataupun bila bermain nanti terganggu emosi atau fizikal dia. Tau je la budak-budak kan. Hopefully semuanya akan elok-elok je.



Ini mesti kakak ajar Nana selfie guna handphone mama ni. Hahaha. Dayana ni aktif budaknya. Doktor pun tak expect yang dia akan bercakap dengan agak jelas memandangkan dia pakai trachea. Tapi kuasa Allah kan. Masa baru lahir pun doktor sahkan Dayana ada G6PD tapi sampai umur dia 4 tahun ni so far ok je cuma ada la juga makanan yang tak boleh untuk G6PD SIL kawal mana yang perlu.



Masa birthday Imran yang ke 3.



**Will update here kalau ada perkembangan Dayana.

Al-Fatihah buat FIL.

Berita kematian FIL kami terima selasa lepas 29 September. Itu pun selepas lebih kurang 2 minggu SIL berulang alik ke Hospital Pontian.

Walaupun tak berap rapat dengan arwah FIL, still terasa juga kehilangan. Dah la dah dapat kasih sayang arwah abah.

Semoga arwah ayah tenang di alam yang sana dan dicucuri rahmat ke atas rohnya.




Malam tu family decide untuk buat tahlil untuk keluarga sahaja. The next day baru jemput orang kampung. Terima kasih kepada semua yang hadir dan doanya. Allah sahaja yang dapat membalasnya.




Adik beradik en. suami. Kurang seorang. Kak Liza. Arwah ayah bagi nama pada anak-anak simple je. Semua 3-4 huruf je. Even en. suami pun nama AZAN je. Abang-abang dan kakak-kakak Liza, Zain, Ann, Mona dan Lina.

Patutlah bila bagi nama anak no 3 pun 4 huruf je. ADWA. 😊

Al Fatihah.
Awang Bin Jali.
29.09.2015
15 Zulhijjah 1436H

19 September 2015

24 April 2015

Misi memasak yang tak kesampaian.

Bismillahirrahmanirrahim..

Berangan je kan ajak orang datang lunch kat rumah. Hehe.. Orang lain kerja hari jumaat. Kita ada kat rumah.



Last last bukan aku yang masak. En. Suami yang balik sekejap untuk solat jumaat dengan MIL yang masak. Aku sempat goreng ikan je. Dah la ada tragedi kena marah tak pandai potong ikan..Haha Dah lama sebenarnya aku tak masak. Dah sampai stok masak nasi pun tak ingat. Huhuhu.. Nak masak asam pedas pn tak lepas.



Thanks Aimi sudi datang lunch kat rumah akak. Jangan serik nak datang lagi. ;) Tempat kerja pun tak jauh kan dengab rumah akak.



Terima kasih jugak Laila. Dah lama tak jumpa lepas habis praktikal. Dapat la jugak borak- borak. ;) Update sikit berita terbaru kat Zara. ;)

Mereka berdua ni sebenarnya ex practical student kat kilang aku sebelum dapat kerja kat kilang encik suami. ;)
So inilah kisah misi masak tengahari yang tak menjadi. ;)

posted from Bloggeroid

23 April 2015

Allah Tempat Meminta – Fathuri Salehuddin

Bismillahirrahmanirrahim..

 

Selepas dah ada buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki),macam tak lengkap tak beli buku karangan penulis yang sama, Allah Tempat Meminta (ATM).

 

1429764603322

Penceritaan pengalaman dari 40 orang penulis. Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat dari mereka. Perkara yang mereka lalui juga lebih kurang sama yang akan kita hambanya akan lalui. Cuma masa dan ketentuannya berbeza.

Tapi kita ada Allah. Dialah sebaik-baik pergantungan dan tempat untuk kita meminta. Apalah guna kita meminta-minta kepada manusia atau selainNya sedangkan Dialah yang mencipta kita dan Maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang berlaku. Everything happen for a reason. Rahsianya Allah sahaja yang tahu.

Sesuai sangat untuk bacaan sekarang ni. Dalam kepala ni kadang-kadang berserabut fikirkan bermacam masalah, buku ni mengingatkan kita yang kita ada Allah.

“ Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidah ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu.”-Surah Ali-Imran: 160

 

Recommended! Sekarang tengah aim buku ‘Usahawan Akhirat’. Azam 1 bulan, 1 buku. InsyaAllah.

22 April 2015

Nasi Goreng Cheese

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni nak share menu terpaling mudah di abad ini. Hehehe.

Ada nasi lebihan makan semalam (yang masih elok, belum basi) dan jumpa 1 slice cheddar cheese dah boleh jadi menu breakfast. Senang je. Budak –budak pun boleh masak.

 

1429764739239

Nasi Goreng Cheese

Bahan-bahan:

2 senduk nasi

1/2 ulas bawang merah

1 sudu mentega/ minyak masak

1 slice cheddar cheese

Cara-cara:

  1. Tumiskan hirisan bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan nasi, gaul hingga sebati.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Hidangkan panas-panas. Taburkan cheese di atas.
  5. Tunggu sekejap bagi cheese cair meleleh.
  6. Makan sampai habis. ;)

 

Haa.. senang kan? kalau hantu cheese memang bedal je. ;) Kenyang sampai tengahari. Boleh buat kerja dengan senang hati. Selamat mencuba. ;p

Being positive.

Assalamualaikum w.b.t

Penatnya bila fikir masalah. Selagi hidup selagi itulah kita akan diuji. Selalu dengar ustaz pahrol kata "Syukur saat diuji". Oh ya tak baca lagi buku Bersyukur saat diuji.

Masalah tetap akan ada. Tapi jangan cari masalah la kalau boleh. 😊😊 Mari kita bercerita perkara yang kita suka. I love to mingle with positive people. Sebab kalau kita selalu berada dikalangan orang yang postif kita pun akan ikut positif sekali. ☺



Time roadshow la selalu jumpa dengan merek yang positif ni. Ramai lagi. Tapi kebetulan masa gambar ni diambil ni je yang ada. Hihi

Dah lama juga tak join any roadshow. Lepas ni aktifkan diri. Join roadshow and attend agency meeting.

Semoga saya dapat membantu lebih ramai lagi orang untuk maximise simpanan mereka. 😆

Its me,
Yantie

posted from Bloggeroid

18 April 2015

Selamat Hari Lahir ke-3 Imran

Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah. 12 April yang lepas Imran dah pn genap 3 tahun. Rasa sekejap sangat 3 tahun tu.



Apa pun doa mama agar Imran jadi anak yang soleh dan jadi insan yang berguna. Sentiasa diberi kesihatan yang baik dan harapnya dapat bercakap dengan lancar InsyaAllah.



Mama dan ayah akan cuba yang terbaik dan semampunya membesarkan anak-anak mama dan ayah.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-3 sayang mama.

XOXO
Mama, Ayah, Kakak & Adik Adwa

posted from Bloggeroid

10 April 2015

Zahirah | Sand Art



Selama ni tengok je anak orang main menda alah ni. Semalam masa kat kids and family expo tanya kakak nak give a try tak? Suka dia. Tapi masih terkial-kial lagi kan. First time katakan. Kalau tak tolong mahu berejam baru nak siap tu. 😆

Lain kali kita boleh buat aktiviti ni lagi. Nak buat kat rumah mungkin boleh. Tapi tak sanggup kot mama nak mengemas. Hehe. Habis rumah berpasir semua nanti. 😜😜😜😜

Everytime has a first time. Moga ini jadi kenangan buat kakak. 😆

#lovelykidsandfamilyexpo #plazaangsana

posted from Bloggeroid

08 April 2015

Cara Bijak Membeli Tudung Online

image

     

clip_image007

Topik hari ini. Tudung Online. ;)

Sekarang ni semua benda pun nak beli online kan. Bila dah berkenan dalam bank ada duit tak perlu fikir banyak kali sangat beli je online. Hihihi. Kadang-kadang bukan apa, beli online lagi bagi penjimatan yang hebat dan murah. Tapi kadang-kadang ada juga kes dapat tudung tak seperti yang disangka dari segi kualiti atau sebagainya.

clip_image008[5]

 

Jadi, kalau nak beli tudung online haruslah ikuti langkah-langkah berikut agar tidak tersalah beli.

 

clip_image009

 

Yang pertama sekali, kenal pasti jenama tudung yang digemari. Atau sekurang-kurangnya, anda tahu jenis tudung apa yang nak dimiliki. Jangan beli tudung sesuka hati atau ingin ikut trend sahaja. Nanti bila pakai rasa tak selesa? Sendiri jugak salah sebab tak pastikan betul-betul.

 

clip_image010[5]

 

Buat pembelian hanya di ‘trusted website’ atau online stores yang dah familiar. Buat sedikit ‘study’ dan tengok review dari customer yang pernah membeli dari website or online store tadi. Itu sangat membantu okay! ;p

 

clip_image011

 

Dan jangan lupa juga simpan resit pembelian anda. Tanpa resit pembelian, korang tidak boleh pulangkan semula tudung online tersebut jikalau berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

 

clip_image012[5]

 

Oklah. Selamat beramal. Hehe.. Nak belek handbag baru beli dari Zalora jugak. ;p

Missing Moments.

IMG_20150202_224658

 

Banyak perkembangan terbaru anak-anak yang mama ter’missed’. How time flies..

12 March 2015

😆

Rindunya nak blogging macam dulu.
Rindunya nak bercerita dalam blog sendiri.
Cuba sekarang, buka draft lepas sejam apa pun tak dikarang.
Harap tak terkubur la blog ni.
Moga ada sinar dihujung jalan.
Untuk kembali mengarang.
Dapatlah tersemat segala kenangan.
😊

posted from Bloggeroid

04 January 2015

Sebab kita perlu BERSEDEKAH.

10 sebab kenapa kita semua perlu sangat memberi dan menyumbang dalam kehidupan kita. InsyaAllah segala rujukan adalah berpandukan daripada Al-Quran dan Hadis. Credit to Dr. Azizan Osman.

Sebab 1: Ciri-Ciri Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa

Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 2-3: “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.

Siapalah kita untuk mendakwa rezeki yang kita miliki hari ini milik kita. Semuanya adalah milik Dia. Dia tidak mahukan rezeki kita, tapi Dia hanya mahu kita belanjakan untuk jalannya. Moga makin kita belanja, makin kuat keimanan dan ketaqwaan kita.

Sebab 2: Cita-Cita Orang Sudah Mati Dunia Ingin Kembali Ke Dunia

Allah berfirman di dalam Surah Al-Munafiquun ayat 10: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh”.

Ya Allah, orang yang mati minta untuk kembali ke dunia untuk bersedekah. Kenapa kami yang masih hidup ini tak mahu bersedekah? Astagfirullahal Azim.

Sebab 3: Sedekah Menyucikan Hati

Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. [At-Taubah:103]

Saya bukanlah pakar untuk menghukum setiap hati manusia samada akhlaknya baik atau buruk. Tapi saya pasti bagi mereka yang merasakan akhlak tidak berapa baik, suka fitnah sana sini, tiada sehari pun hidup melainkan untuk mengeji manusia lain, saya cadangkan supaya anda bersedekah. InsyaAllah, saya yakin dengan ayat ini, masing-masing boleh experience bagaimana dengan bersedekah, ia menyucikan hati. Hanya diri kita sahaja yang tahu akhlak kita baik atau buruk. Betul ke betul?

Sebab 4: Mendapat Payungan Di Hari Tiada Payungan Melainkan PayunganNya

Ketika kita semua di akhirat, matahari akan berada sejengkal di atas kepala. Masing-masing akan kepanasan sementara menunggu setiap amalan untuk dihisab. Tapi ada 7  kelompok manusia yang mendapat lindungan dan teduhan dari tuhan. Salah satunya mereka yang bersedekah dengan tangan kanan, dia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui.

Saya yakin anda semua pernah terbaca akan hadis lengkap tentang perkara tersebut. Tapi bersedekah adalah antara perkara yang sangat mudah untuk dibuat oleh semua orang. Bagaimana nak buat supaya tidak ingat-ingat atau berkira bila bersedekah? Sedekah banyak-banyak. InsyaAllah, anda tak akan ingat berapa banyak yang telah anda sumbangkan.

Sebab 5: Sedekah Boleh Menghindarkan Diri Dari Bala & Bencana

Allah berfirman di dalam surah An-Nisa ayat 39, “Apakah kemudaratannya bagi mereka, kalau mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menafkahkan sebahagian rezeki yang telah diberikan Allah kepada mereka? Dan adalah Allah Maha Mengetahui keadaan mereka”.

Bala dan bencana merupakan kemudaratan kepada manusia. Sebagai hambaNya yang dhaif, kita memang tidak mampu untuk menggunakan kudrat hanya sebagai manusia untuk menolak kemudaratan atau apa sahaja malapetaka yang menimpa. Akan tetapi, Allah yang Maha Pengasih itu mengatur sesuatu aturan yang terbaik untuk hambaNya. Melalui sedekah, InsyaAllah, kita yakin pada kalamullah, malapetaka akan dapat dielakkan. Terlalu banyak hadis dan athar dari sahabat tentang sedekah boleh menolak bala. Ketahuilah, sekalipun seseorang itu banyak dosanya dengan tuhannya, sedekah mampu menjadi penyebab turunnya rahmat Allah swt dan tertolaknya bencana Allah swt.

Sebab 6: Penyebab Untuk Membanyakkan Lagi Harta

Di dalam Al-Quran Allah ada menyebut, “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”. [Saba:39]

Hanya kuasa Allah memewahkan dan menyempitkan sesiapapun di kalangan hambaNya. Namun Dia langsung tidak pernah menzalimi hambaNya. Maka diberikan rezeki untuk setiap hambaNya. Dan Dia juga mahu tambahkan lagi rezeki tersebut, tapi dengan syarat hambaNya itu menderma. Bukan saya yang cakap, tapi ini kata Tuhan sendiri. Makin bersyukur, makin ditambah. Tapi kalau kufur, pedih azabnya wahai sahabat.

Sebab 7: Mendapat Kasih Sayang Allah SWT

Kata Rasulullah saw, “Sesungguhnya sedekah yang sembunyi dapat memadamkan kemarahan Tuhan.”

Memang tidak dinafikan, apabila seseorang itu menggembirakan makhlukNya yang lain, bukankah dia juga layak untuk mendapat kasih sayang dari Penciptanya. Maka tidak perlu hairan kenapa sedekah mampu untuk menidakkan kemarahan Allah. Dalam masa yang sama, bersedekahlah dengan seikhlas hati, agar semuanya diberkati.

Sebab 8: Penyembuh Penyakit

Kata Rasulullah saw, “Sembuhkan penyakit kalian dengan bersedekah”. Suatu hari seorang lelaki berjumpa dengan Ibnu Mubarak dan mengadu bahawa sudah 7 tahun dia menderita mengalami kesakitan di lututnya. Sesungguhnya dia telah mencuba pelbagai rawatan dan ubatan namun tiada satu pun yang berjaya dan berhasil.

Tabib-tabib juga sudah tidak bermanfaat lagi baginya. Maka Ibnu Mubarak berkata padanya,“Pergilah kamu mencari kawasan yang manusia perlukan air, aku berharap penyakit mu akan beransur pulih.” Maka lelaki tersebut mengikut akan nasihat itu dan dia sembuh!

Sebab 9: Mendapat Perhatian Daripada Malaikat

Setiap pagi, akan datang dua malaikat yang mendoakan kita semua. Kata Nabi seperti mana yang pernah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, “Doa Malaikat setiap pagi ialah: Ya Allah, Engkau berikanlah kepada penyumbang itu gantian, dan Engkau berikanlah kepada orang yang kedekut itu kemusnahan.”

Alangkah istimewanya kehidupan para penyumbang. Mendapat doa yang bagus dari malaikat yang merupakan makhluk yang sentiasa bersama Allah. Tapi ingat, orang yang bakhil pun ada doanya. Moga harta kita semua tidak dimusnahkan oleh Allah disebabkan kebakhilan kita.

Sebab 10: Ketenteraman Hati

“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. [Al-Baqarah: 268]

Ramai yang takut miskin bila bersedekah. Tahukah anda yang menakutkan kita semua tentang kemiskinan itu adalah syaitan? Lebih keji dari itu, selain melarang manusia bersedekah, mengajak pula ke arah kejahatan dan menjadi seorang yang bakhil. Ingatlah, ketenteraman hati itu apabila kita sentiasa mengingati Allah.