11 September 2014

Anak No. 3

   Alhamdulillah..

Syukur dah selamat melahirkan anak ke-3 13 hari yang lepas. Sekejap je masa berlalu. Dah nak masuk 2 minggu dah rupanya. Dan hampir 2 minggu jugak la on maternity leave. Hehe.. Best duduk rumah? Best la kan dapat tengok anak depan mata. Sakit lepas bersalin sekejap je. Berpantang pun tak adalah menyeksakan sangat. Layan je. ;)

20140830_111102

 

Nama diberi Adwa Binti Azan. Kenapa pendek sangat? Ayahnya yang pilih dan kami sepakat memang nak letak nama yang simple sahaja. Sama macam abang Imran.  Adwa bermaksud Cahaya. Semoga menjadi anak yang solehah. Sepanjang 13 hari ni pun Adwa sangat  senang dijaga. Tidur, minum susu salin diaper. Mandi pun senang. Hari ni mama dah start mandikan Adwa. Sebelum ni nenek yang mandikan. ;)

Terima kasih untuk semua yang mendoakan dipermudahkan kelahiran dan ucapan tahniah.

Lots of love,

Mama Zahirah, Imran & Adwa.

Pengalaman bersalin kali ni sangat berbeza. Tempat pun lain dari kakak dan abang kan.

No comments:

Post a Comment