23 August 2014

Ulangtahun Perkahwinan yang ke-5

Alhamdulillah..

Syukur dipanjatkan kehadrat ilahi. Hari ini genap usia perkahwinan kami yang ke 5 mengikut kalendar Hijriah ataupun kalendar Islam.. :) Syukur tak terkata. Orang kata dah nak masuk fasa ke-2. Fasa pertama dah berjaya diharungi. Semoga hari yang berlalu sentiasa dijadikan pengajaran dan kami sentiasa belajar untuk sentiasa memperbaiki diri masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Sekejap sangat masa berlalu. Anak yang pertama pun dah berusia 4 tahun dan tengah tunggu kelahiran anak yang ke-3 pulak. Macam-macam perasaan ada tak dapat nak gambarkan. Suka duka bergelar suami dan isteri serta mama dan ayah kepada anak-anak, rupanya dah hampir 5 tahun.

Doakan hubungan suami isteri ini kekal hingga ke Jannah. Semoga kami dapat melalui hari-hari mendatang serta pelbagai ujian dengan tabah dan sabar. Semoga rezeki kami sekeluarga juga akan sentiasa melimpah dan berpanjangan serta mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat dan kasih sayangMu.