25 January 2014
Cuti hari minggu dan kek oren.
23 January 2014
Main masak-masak.
RnD Department
Al kisahnya RnD Dept baru nak setup. Jadi terpaksalah kami membuat kerja RnD. Sesekali seronok tapi kalau berhari-hari penat. Kerja yang ada tak terkejar nak buat..;)
Food Testing
Ini antara resepi yang terpilih untuk dimasukkan dalam website yang dijangka akan launch bulan Feb 2014. Tugas kami sediakan menu ikut resepi yang diberi. Resepi yang ada tu pun dari staff dalam company jugak. Siap plating bagai untuk pihak atasan buat food testing.
Puas hati
Lepas dah habis sesi rasa merasa bos pun turun bagitau yang menu kitorang buat tu sukses. Siap ucap syabas lagi. Haha. Naik gaji please encik bos. ;p
Menu
1. Suhun dan ketam
2. Cendawan dan telur kicap
3. Kebab ayam
4. Udang teriyaki
5. Spageti kicap
Nama menu tak finalize lagi kot. Itu hentam saje. Kekekeke.
Posted via Blogaway
19 January 2014
Rambut baru Zahirah ;)
Dah dari haritu sebenarnya Zahirah mintak nak potong rambut. Lepas je adik Imran potong rambut dia pun nak jugak.
Rambut Zahirah ni dari baby tak pernah potong sebab masa baby rambut pun rak lebat.
Mama bukan pro pun. Rambut sendiri pun potong sendiri hentam je. Haha.
Jadi terima je lah anak rambutmu seadanya. Kekeke.
18 January 2014
Advanced Marketing Power 2014
Alhamdulillah Syukur kepada Allah S.W.T diberikan peluang untuk menyedut ilmu pemasaran dari Mentor Pemasaran #1 di Asia Dr. Azizan Osman. Perasaan yang datang taktahu macamana nak terangkan. Memang sangat superb dan awesome. Sangat banyak yang dikongsikan oleh beliau dan ilmu yang diberikan sangat-sangat berharga dalam membantu ramai lagi usahan untuk kaya dan berjaya dunia akhirat.
Persoalannya adalah kenapa kita perlu kaya dan berjaya? Jawapan ada dalam diri masing-masing. Ya wang bukanlah segalanya. Tetapi segalanya perlukan wang. Betulkan?
Paling senang cuba senaraikan 10 perkara yang ingin anda capai dan lakukan. Percaya atau tidak 90% daripadanya pasti memerlukan wang. Bayangkan pula kita kaya. Betapa ramai orang disekeliling kita dapat bantu. Kita dapat memberi kepada orang yang memerlukan. Dapat bantu keluarga kita. Bawa Ibu bapa kita menunaikan haji atau umrah setiap tahun. Subhanallah indahnya perasaan itu kerana tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.
Tuan guru selalu berpesan. Hidup ini hanya ada dua pilihan. Positif atau negatif? Anda tentukan. Saya pilih untuk sentiasa positif dan mengawal dari dalam apa sahaja yang berlaku dengan lebih tenang sebab apa sahaja yang berlaku dipersekitaran kita tidak dapat kita kawal. Semuanya adalah ketentuanNya. Juga adalah sebagai salah satu ujian dariNya atas setiap hambanya yang beriman.
For Things To Change, YOU Must Change Fisrt!
Yantie
Meminta pada Allah,
Memberi pada manusia.
2nd Day AMP @ MIECC |
Nota: Semoga dapat praktik segala ilmu dan elmu yang diserap daripada Dr. Azizan. Anda Kaya dan Berjaya Dunia dan Akhirat.
-
Saya adalah jiran yang agak perihatin..kata suami saya..;) Semalam pulang dari kerja sampai di ruamh kira-kira pukul 6.15 pm..sebenarnya b...
-
Assalamualaikum.. Rjin pulak hari ni nak post entry masak2..Hehe..Sehari sebelum kejadian pijak gelas sampai pecah tu kitorang dah beli ik...
-
Assalamualaikum.. Rasanya baru je hari tu tengok 100++ hari lebih lagi ada..tetiba tengok harini dah tinggal 2 angka..sekejap je masa berl...