Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Imran dah pun berusia genap 8 bulan minggu lepas..How time flies? Huh..Tapinya cerita pengalaman bersalin Imran tak jugak publish..;) Apa entah yang sibuk sangat agaknya..sampai 8 bulan peram..masa kakak dulu tak menyabar nak cerita kat blog..;)
Sebenarnya macam malas nak ingat sangat..kalau draft entri lambat-lambat sikit takde la panjang benar karangannya nanti..tapi walaupun dah 8 bulan berlalu sebenarnya banyak lagi benda tak boleh lupa..;) Tetiba masa nak bersalin tu macam gelabah panik tak pernah bersalin sebelum ni..;p Lagipun orang kata setiap anak pengalamannya lain-lain kan..;)
Imran beberapa jam selepas dilahirkan.. |
Imran lahir tepat pada EDD iaitu 12 April 2012..Ingatkan bersalin awal sikit macam masa kakak Zahirah dulu..tu yang bila dah dekat-dekat EDD rasa macam kenapa la baby ni tak nak keluar lagi..;) Nak pulak masa tu dah ambil cuti awal..sebab malas nak pergi kerja, malas nak tertekan jadi duduk je la rumah habiskan masa dengan Zahirah..
Baru balik dari hospital.. |
Imran diusia 1 minggu |
Alhamdulillah..Niat untuk nak fully breastfeed Imran dipermudahkan..start dari hari ke-3 susu dah banyak..itupun setelah diurut oleh mak bidan..merasalah lagi bengkak susu..mungkin sebab aku malas nak cuci nipple sebab ingatkan masih menyusukan Zahirah jadi tak perlu kot..;)
Stok susu dari hari ke-3 hingga 2 minggu.. |
Sekarang Imran dah pandai bergurau dengan kakak..suka tengok gelagat diorang..tapi kakak sebenarnya lebih kepada "dengki" kat adik..;) Tunggu la adik besar sikit..habislah kakak pulak kena kerjakan nanti..;)
Gigi dah ada 2 batang kat bawah..Sekarang tengah adjust bontot nak merangkak..Manja sangat..
Kawan bermain.. |
Ni la aktiviti diorang kalau dalam bilik mama..bergusti..;)masih tak boleh tinggal berdua je..karang entah apa-apa je si kakak tu buat kat adik dia..;)
Imran dan Emak.. |
No comments:
Post a Comment