Assalamualaikum..
Masih tak terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434..Alhamdulillah kita semua hidup di muka bumi ini dengan nikmat dan kasih sayangNya..Syukur sangat-sangat..Pagi tadi ada dengar ceramah kat IKIM.FM berkenaan akhlak kita dengan sesama manusia dan yang paling penting akhlak kita dengan Allah..
Kita selalu pentingkan akhlak kita dengan sesama manusia..tapi sedar tak sedar ada juga kita tak ambil kisah akhlak kita di depan Yang Maha Esa..Nauzubillah jauhkanlah kami dari golongan yang derhaka kepasaMu Ya Allah..Contohnya: Bila Allah bagi ujian sakit kepada kita sepatutnya dari segi batinnya sepatutnya kita redha dan secara fizikalnya kita terima dan berusaha berubat untuk kesembuhan..Tapi sekiranya kita tak redha dan merungut dengan sakit yang Allah bagi itu adalah dikira kita dah tak berakhlak di depan Allah..Nauzubillah..
Sempena dengan tahun baru islam ini semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha Allah..Bersama kita berusaha untuk menjadi hamba yang lebih bertaqwa..Seimbangkan antara dunia dan akhirat..InsyaAllah..Semoga segala usaha kita sentiasa mendapat keberkatan dari Allah..
Hope for a brilliant success in my life, my career, family and my business as well..InsyaAllah.. ;)
No comments:
Post a Comment