25 July 2012

Kemana menghilang?

Last post 5 July 2012..itupun testing dari handphone..lama betul tak update blog..Dah bersawang berhabuk semua ada..Bila kat rumah memang malas nak bukak lappy..Kakak Zahirah sibuk mengacau kalau dia tak tidur..Adik Imran pulak bila bukak lappy je start la "hok hek" dia..;) Emm..seperti biasa la kalau dah lama tak update blog ada je alasan nak bagi..kekeke..

Bulan Ramadhan dah hampir seminggu menjengah..masih tak terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada yang sudi singgah ke blog ni..;) Semoga segala amalan kita diterima oleh-Nya..bersamalah kita mengejar ganjaran Allah di bulan yang mulia ini..

InsyaAllah akan update blog bila ada masa..banyak nak cerita..

03 July 2012

Bapa Tiri..

Bismillahirrahmanirrahim..

Memang agak perit kot menerima kehadiran orang asing dalam keluarga kita terutamanya bila berpangkat tiri..aku tak tahu la orang lain melauinya macamana..tapi pada permulaannya memang sukar bagi aku..


Tapi kadang-kadang aku terfikir jugak..kalau la ditakdirkan suami pergi dulu..sanggupkah aku ganti tempat dia dengan menerima kehadiran orang lain? boleh ke anak-anak aku terima?bahagiakah kami? banyak kan persoalan..;) Apa pun sebenarnya setiap musibah yang datang ada hikmah..Apa yang Allah takdirkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita..Allah kan maha Mengetahui akan setiap sesuatu..

Apa pun sekarang kita bersyukur dengan segala nikmatNya..Nak berkongsi pendapat dan dalil berkenaan Isteri yang berkahwin semula selepas kematian suami..Baca di SINI..

02 July 2012

Handphone..


Best kan kalau dapat sebiji..sebiji? sebuah la kan..Haha..marah cikgu BM..maklum la dah lama sangat tinggal zaman sekolah..kekeke..Dah lebih sebulan kot SIII ni keluar..tapi semalam ada orang baru beli smartphone ni tunjuk kat aku eh rasa nak! nak!..banyak duit engkau..Hahaha..

Handphone yang aku pakai sekarang Galaxy S je..masa baru beli tu tak lama Galaxy SII pun keluar..jadi bila aku cari casing untuk GS tukang jual tu ayik nak tunjuk casing untuk GSII je..T__T tapi dapatla jugak..cuma susah sikit..

Takdela membuak-buak sangat nakkan handphone baru sebab yang ada ni pun dah cukup buat masa ni..cumanya handphone ni sebenarnya membuatkan aku malas nak snap gambar..sebab touch screen kot..nak ambik gambar sendiri pun macam tak best..senget tak reti nak adjust sendiri..T__T

Kalau ada rezeki lebih nak belikan handphone baru untuk suami la..kesian kot pakai handphone aku yang dulu yang dah dekat 4 tahun kot..bateri pun dah ngeng..baru je fully charged dah kosong balik..kadang bila ada mood nak bergayut kat tempat kerja dengan suami tetiba panggilan terputus..call balik handphone nak kena charge la..belum sempat tamatkan perbualan dengan I love U..;p

So memang patut la kalau tukar handphone baru untuk suami kan..;) Mintak-mintak la dapat bonus besar nak raya nanti..;p