31 July 2011

Jalan-jalan Zoo Johor

Kali pertama Zahirah ke Zoo adalah masa umur dia 4 bulan kalau tak silap..;) masa tu dia tak tahu apa-apa lagi..tengok je binatang tanpa ada perasaan kot..;)

Ni bila dia dah pandai tunjuk reaksi bila kita tunjuk bird, cicak, kucing..mesti lagi seronok dia bila tengok lagi bermacam jenis binatang yang ada kat Zoo Johor..

Tapi aku tak ambik banyak gambar pun..tak menag tangan..nak dukung anak lagi..kalau letak dia kat stroller je macam tak best..tu yang dukung je..memang seronok la dia sepanjang hampir 2 jam kat zoo..

24 Julai 2011

Sepanjang kat Zoo tak mintak nenen pun..dia asyik minum air masak je..bagus betul..;) ikut perangai ayah..mama dia kurang sikit minum air masak kadang tu sampai bibir pecah-pecah..;)

DSC04798

Kami..suami tak ikut sebab dia main gasing..kul 11.00 malam sampai baru sampai rumah..esoknya dia cuti sempena penat main gasing aku pun bantai ikut cuti jugak..;)

1 Ramadhan : 1 Ogos 2011

Assalamualaikum..

Bulan Ramadhan dah menjelma..bermula la kita puasa sebulan bersama-sama..aku tahun ni tahun kedua berpuasa bersama suami..walaupun tahun lepas cuma dapat puasa 8 hari sahaja..;) Hari ke-9 dah tak dapat puasa sebab melahirkan si kecik Azyan Zahirah..berpantang hingga ke habisan..tapi raya tetap sakan..walaupun masa tu baru 23 hari dalam pantang..tetap nak pergi berjalan raya..

Sahur: Korang bersahur apa pagi tadi? Si kecik mengacau tak? ;) pagi tadi kami berlima bersahur bersama-sama..pukul 4 aku dah tersedar MIL tengah mentanak nasi..aku pun masuk bilik tidur balik..haha..tapi dalam kul 4.45 pagi aku bangun semula tolong apa yang patut..sediakan semua cedokkan nasi ke pinggan tuang air dan bersahur la kami dengan lauk asam pedas dan sayur kangkung..

Baru nak masuk 1 suapan..Zahirah dah “ah! ah! ah” bangun pulak dia..dia pun sahur jugak makan nasi..minum air masak..mesti dia ingat hari dah siang semua orang tengah makan..;)

Hari pertama bersahur..terkulat-kulat nak habiskan nasi..aku macam dah cedok sikit je..tapi tetap tak boleh nak abiskan..minum air masak..minum anmum lacta..harap dapat bertahan menahan lapar dan dahaga..hari ni cuti dapat la direct feed je Zahirah..tapi start esok dah kena mengepam kat tempat kerja..harap-harap hasil sama je macam selalu..stok ebm frozen memang takde langsung..

Untuk berbuka nanti suami dah request ayam percik..dah la dia kerja hari ni..aku pun suruh bawak kereta..sekali pasar awam kat belakang rumah ni tutup la pulak..terpaksa menapak jalan pergi kedai jauh sikit nak beli ayam..sekali lengkuas takde la pulak..kalau takde lengkuas mana jadi ayam percik..ingat nak perap pagi ni petang tinggal masuk oven je..jadi tak tau lagi la ni petang nanti dapat tak berbuka dengan ayam percik..;)

Sebab hari ni cuti..rasa nak terjah Bazar Ramadhan sekitar Senai la..tengok apa yang patut..tapi kena tahan nafsu..jangan berlebih-lebih semasa berbuka..tak baik..

Ok la banyak pulak membebel..dah lama tak post new entry dalam blog..rasa gian nak menaip..;) Salam Ramadhan semua..semoga mendapat keberkatan dalam menjalani rukun islam ke-3 ini..

Kecik-kecik dulu emak selalu cakap..” Tak puasa, tak boleh raya!!”

23 July 2011

Tersepit tingkap kereta..

Oh kesian Zahirah..terjadi hujung minggu lepas..balik dari ambil durian kat rumah ET..kawasan rumah dia pun belum lepas lagi..lepas lambai-lambai tak perasan pulak tangan Zahirah tengan kat tingkap masa tu..

Tau-tau je dia dah nangis..suami dah jerit “Tangan anak tersepit tu!!” Aku yang dah panik ni pulak tekan lagi punat naikkan lagi cermin tingkap tu..lagi la melalalalak anak aku tu…huhu..

DSC04737 

Nasib baik la takde apa-apa berlaku..cuma tersiat kulit jari kelingking dia..kesian anak mama..lepas dia nangis cecepat aku bagi nenen..terus senyap tapi 2 kali jugak dia nangis balik teringat kesakitan dia tu agaknya..

DSC04736

Terus tertidur..memang dah penat pun masa tu..tapi aku sebenarnya rasa bersalah sangat..sampai rumah senyap-senyap je..suami baru nak bersuara cerita pasal kejadian tu aku terus angkat tangan Syhhhh! ;) MIL pun tak perasan..kalau tak mesti dia dah membebel cukup-cukup..;)

20 July 2011

Bapa penyayang..;)

Hari Selasa yang lepas Syuhada my niece Syuhada balik bawak 4 ekor anak kucing..ada orang buang anak-anak kucing tu kt laluan jalan kaki nak ke sekolah agama..macam kasihan pulak..

DSC04739

Budak yang paling suka dengan kucing mesti la Zahirah..bukan nak pegang hati-hati..dipicit-picitnya anak kucing tu..tak takut langsung..selama ni bukak pintu dapur je tengok kucing dari jauh..ni dah kat depan mata dia sibuk je dia nak pegang..

Sebenarnya malam tu sebelum nak ambik suami balik kerja dah masuk balik kucing-kucing tu dalam beg kertas..nak letak kat tempat lain (tak nak mengaku tu nak buang) sebab macam tak boleh nak bela je..kucing-kucing ni masih perlukan susu dari ibu dia..

Tapi lepas balik amik suami tu lalu balik tempat yang aku tinggalkan anak kucing tu ambik semula bawak balik rumah..kejam pulak rasa buang-buang anak kucing..huhu..

DSC04741

Tak reti nak bagi kucing-kucing ni susu macamana..nak letak kat piring diorang ni tak pandai nak menjilat lagi..bagi la jugak pakai picagari..last-last esoknya aku pergi kedai haiwan peliharaan carikan botol susu untuk anak-anak baru..;)

DSC04748  

Ini la dia bapa yang penyayang tu..eh anak sendiri pun susah nak bagi minum susu..anak kucing rajin pulak..;) dah la terbongkar rahsia masa dia kecik-kecik dulu selalu kutip kucing terbiar bawak balik rumah..takut emak marah cakap kucing tu orang buang kat depan rumah..sampai sekarang MIL tak tahu..haha..

 

p/s: aku macam dah tak pandai nak mengarang ayat kat blog..

19 July 2011

Buang anak..


Siapa la yang tak bertanggungjawab buang anak kucing ni..mak kucing tak dibuang skali pulak..kesian diorang perlukan mak diorang..nak susu..minta-minta diorang boleh hidup..

17 July 2011

3 hari pertama..

Bermula 15 Julai 2011 secara rasminya MIL dan 1 orang anak buah aku dah duduk dengan kami..mula-mula ingat Ahad baru diorang nak pindah..rupanya awal lagi..

So far so good..;) hari sabtu tu pergi kerja tinggal je anak kat rumah..kalau tidur lagi aku letak dalam buaian..kalau tak pass je kat MIL..EBM tak perlu angkut-angkut..tinggal je jugak dalam fridge..sebab tuan punya susu pun ada kat rumah kan..

Sekali balik dari kerja petang tu..semua dah clear..lantai sangat bersih, baju kotor semua dah basuh dan berlipat, lauk dah ada kat dapur..tetiba rasa macam ada maid pulak..haha..

Aku bagitahu jugak kat MIL tak perlu basuhkan baju kotor aku anak beranak..kalau nak basuh pun baju Zahirah je sebab berapa helai je..MIL kata kebetulan kakak ipar ada datang jadi tak perlu tengokkan Zahirah sangat dia boleh buat banyak kerja..hmm..tak pe la..

Malu la jugak sebenarnya..aku selalu tunggu bakul penuh kain dah nak terkeluar baru basuh baju sebenarnya..takde la membazir air sangat kot..tapi dah MIL basuhkan nak buat macamana..harap-harap hari ni masih ada lagi baju kotor dalam bakul bila aku balik nanti..biar aku basuh sendiri..nanti aku goyang kaki sangat..huhu

Takda la susah sangat pun duduk dengan MIL..kena layan dia borak selalu..pandai-pandai la jangan la asyik nak terbongkang depan tv je..;) anggap dia macam mak kita..

Semalam jugak belikan sim card baru untuk MIL..aku tambah supplement line je..Celcom 1+5..jadi bila dia call aku dan suami free je..sebelum ni dia pakai prepaid asyik la kena tolak je kredit entah apa-apa..baru top up RM 10 tiba-tiba tinggal 30 sen..

Semoga kami semua tenang dan bahagia duduk di dalam rumahku syurgaku itu bersama-sama..dan sekarang tengah berkira-kira nak pakai MPV sebab keluarga dah semakin basar..InsyaAllah kalau ada rezeki..

Aminn..

14 July 2011

Belacan ABC

Kicap ABC dah terkenal..tak sangka pulak ada belacan cap ABC..dah la packaging macam gula-gula..Haritu budu..sekarang belacan..;)

DSC04725Packaging luar

Semalam pergi Econsave cari belacan nak buat sambal belacan makan dengan kari ikan tongkol..sekali semua pek besar-besar..suami kata try la belacan abc ni..mula-mula macam jakun jugak kitorang..haha..

 DSC04726 Pek kecil di dalam..

Senang la bila nak masak..bila nak buat sambal belacan aku amik sekali 4 paket..mana cukup 1 paket..kecik je dalam 2 ruas jari kelingking..;) suami saya kuat makan sambal belacan..kalau ada tempoyak lagi la..;p

DSC04727

Kanak-kanak pun boleh terpedaya..haha..

13 July 2011

New niece and tracheostomy..

Lupa nak cerita..SIL telah selamat melahirkan anak perempuan..bermakna tambah lagi seorang anak sedara aku sebelah suami..

Tapi tuhan menguji hambanya dengan pelbagai cara..bayi yang dilahirkan normal tapi ada kekurangan pada wajahnya..ketiadaan hidung menyebabkan bayi sukar untuk bernafas..

Sekarang, dah seminggu pun aku tak dapat lagi nak tengok keadaan baby tu sebab dia kena duduk kat hospital lagi..setiap 2 3 hari SIL akan hantar bekalan breastmilk (EBM) ke hospital..

Hari ke 5 baby kena jaundis..tapi mungkin berkat susu ibu Alhamdulillah cepat je jaundis tu hilang..gigih juga SIL mengepam..dia pun ada mintak tunjuk ajar camne nak handle EBM..

Aku baru je beli manual breastpump Unimom Mezzo 2 minggu lepas..aku bagi pinjam kat SIL..bercadang nak bagi terus je kat dia..takpe la Spectra 3 aku masih berfungsi dengan baik..nanti ada rezeki lagi boleh beli lagi..;)

Setiap hari aku tanya perkembangan baby kat SIL..semalam SIL kata baby akan kena buat tracheostomy untuk bantuan pernafasan dia..

Doc kata bila usia dia dah belasan tahun nanti baru boleh buat major surgery untuk buatkan hidung untuk dia..

Harap-harap SIL dan suami tabah sentiasa..nanti aku cerita lagi perkembangan terkini..InsyaAllah..Doakan yang terbaik untuk baby..

12 July 2011

6 batang..

Zahirah demam agak lama sebelum nak genap 10 tahun..2 minggu..risau jugak badan dia panas on off..kadang-kadang tinggi sangat..kadang-kadang macam dah tak demam langsung..

DSC04686

Mungkin demam haritu sebab nak tumbuh lagi 3 batang gigi sekali gus..tu yang teruk agaknya..

DSC04684 

Bila dah ada gigi..tersengih je la kerja dia..nasib baik time menyusu tak menggigit..huhu..pernah jugak la..bohong la kalau kata tak pernah kena gigit..tapii takde la sampai berdarah macam cerita-cerita mommies lain..

DSC04705

Test power sana sini..;)

06 July 2011

Keluarga Sandwich..

Tak lama lagi keluarga kami akan menjadi lebih besar..3 generasi akan tinggal dalam satu rumah..Sebelum ni MIL tinggal dengan SIL..tapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, SIL akan berpindah ke rumah lain..

Berkemungkinan besar start minggu depan tambah lagi 2 orang akan duduk dengan kitorang..MIL dan 1 orang anak sedara (Anak SIL No.1)..Sebenarnya macam tak dapat nak dibayangkan macamana gayanya..tapi aku cuba lebih berfikir positif..iyelah perempuan ni kan suka fikir macam-macam..

Banyak kebaikan dan keburukkannya..malas nak senaraikan sebab nanti keburukan akan jadi lebih banyak dari kebaikan..haha..mesti akan ‘ter’senaraikan yang lebih negatif berbanding yang positif..

Sebelum kahwin memang dah sedia maklum yang suami adalah anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga..kemungkinan untuk menjaga ibu mertua adalah sangat besar sekali..tapi macam belum bersedia..tak sangka secepat ini..dengan usia perkahwinan yang baru nak mencecah 2 tahun..dengan baru je duduk rumah baru..kelengkapan pun belum berapa nak lengkap..

Kadang-kadang terfikir nasib aku ni sama dengan nasib emak..cuma lebih beruntung la sebab MIL tak la macam arwah atuk dulu..arwah atuk dulu jenis emak mertua yang zaman dulu-dulu..my MIL lebih terbuka kot..InsyaAllah..

Bila masanya akan tiba nanti aku harap suami akan paham perasaan aku..entah la..aku ada pengalaman depan mata aku masa kecik..aku paham perasaan emak masa jaga arwah atuk dulu..bukan terpaksa tapi kewajipan..

Aku harap kami suami isteri akan lebih memahami perasaan masing-masing..lebih banyak berbincang..sekarang aku rasa nak menangis..dah bergenang pun air mata ni..kenapa? konflik perasaan kot..

Untuk suami: I know u r reading this..harap sangat awak faham..apa saja terjadi sayang tetap sayangkan abang..;)

*

*

*

*

*

*

*

Sebenarnya terbawak-bawak dengan pengalaman lalu..senasib dengan emak..jaga emak mertua..usia muda abah meninggal..tinggalkan kami 4 beranak..lepas tu emak kahwin lain..takut terjadi kat aku..Haih! apa la aku ni..