Mood baik sikit malam tadi..rajinkan diri buat kuih keria..sebenarnya keledek dah beli 2 ke 3 hari lepas..asyik la bertangguh..last last malam tadi baru buat..tu pun lepas rasa kasihan kat keledek tu terbiar dalam plastik..hehe..
Senang sangat rupanya buat kuih keria kan? aku je yang baru nak mencuba ni..simple je..
Bahan yang diperlukan:
Keledek 500 gm
Tepung gandum 1 cawan
Gula
Garam
Air
Cara membuat:
Mula mula sekali rebus keledek tadi..aku ikut cakap suami..basuh kulit keledek tu kasi bersih rebus sekali dengan kulit dia..Suami kata lagi senang macam tu..tinggal siat siat je kulit keledek tu bila dah lembut..
Selepas buang kulit, lenyekkan keledek tadi sampai lembut dan sebati..letakkan sedikit garam..nak letak garam massa rebus tadi pun boleh jugak..
Gaulkan dengan tepung sehingga sebati menjadi doh..lepass tu bentukkan la bulat bulat dengan lubang ditengah..;) dah siap boleh terus goreng..
Seterusnya sira gula..letakkan 1 cawan air dan 1 cawan gula..kalau tak suka manis sangay boleh kurangkan kuantiti gula..tunggu sehingga pekat masukkan keria yang telah digoreng tadi..gaul-gaulkan sehingga gula tadi mengeras dan rata pada kuih keria tadi terus tutup api..
Sedia dimakan..
Pada yang dah expert buat kuih kuih ni jangan gelakkan saya letak resepi ni dalam blog ye..(malu..hihi)..saya budak baru belajar..;)
wehhh aku lagi la tak reti buat kuih2 ni..tapi aku teringin sangat nak buat!
ReplyDeleteIsma:
ReplyDeletekalau teringin buat je..take as an experience..;)