01 February 2011

Arissa Zoela 1st Birthday Giveaway



First time nak join GA..;) Thanks to Mama Arissa yang telah membuatkan aku terbuka hati untuk sertai GA yang dianjurkan..hehe..
 
  • Telahpun menjadi Follower Blog 
  • Sesiapa yang nak join memeriahkan GA ni boleh la ke link yang ada di side bar tu yek..atau..klik SINI..;)
  • Pengalaman Menyusukan Anak Bersama Suami
Semua orang pun tahu betapa pentingnya peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu ni..Semua pun sedia maklum..samalah cam aku jugak..kalau takde suami yang menyokong sepenuhnya dan faham ape yang kita nak buat memang akan rase down gila..

For me, selepas disahkan pregnant, aku dah cari info info yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu..exited la kan nak bagi yang terbaik untuk anak. siapa taknka kan..setiap info yang aku cari dan aku rase menarik aku akan share dengan suami. Terutamanya fakta- fakta menarik tentang Breastfeeding..tak susah nak terangkan pada suami sebab dia pun memang dah tahu tentang kebaikan susu ibu ni..cuma bila dah berkerja nanti nak teruskan penyusuan camne kan? tu yang nak kena terangkan lebih terutamanya penyimpanan, pengurusan EBM dan jugak kelengkapan untuk pump breastmilk..kalau dia tak tahu atau tak faham camne dia nak approve atau sediakan peruntukan kewangan untuk misi breastfeeding kita tadi kan..

Tu pasal peranan suami masa baby belum keluar..bila dah keluar pulak masa tu la dah start kena praktikkan..;) Masa memula pengalaman begkak susu..sadis..sakit gila rase..macam2 aku buat tapi bengkak tak nak surut..sampai menagis aku kat dalam bilik..halau semua orang tinggal kami bertiga je..suami pulak masa tu bagi sokongan soh banyakkan bersabar..feed Zahirah..kejutkan dia..masa 3 4 hari selepas lahir Zahirah asyik tidur je..

Dah naik kerja..suami handle EBM balik dari kerja masuk dalam fridge..esok paginya nak pergi kerja dia la jugak yang masukkan dalam cooler bag..yelah pagi kan kita busy nak siapkan anak salinkan diaper anak nak siapkan diri lagi kan..

Kalau ade barang nak kena beli contohnya storage bag, storage bottle, teat dan lain-lain cepat je dia..sebab dia dah tau tu semua untuk anak dia jugak..yelah walaupun aku ni pun kadang- kadang mendesak orangnya..haha..

Lagi satu yang aku terharu..dia pun berkempen tentang Penyusuan Susu Ibu ni pada kaum2 bapa yang lain..contohnya bila ada kawan2 dia yang baru dapat baby then cerita masalah penyusuan kat dia dia akan jadikan aku contoh..dari segi milk booster yang aku ambik, pumping dan macam2 lagi la..tetiba rase sangat bertuah ade suami bernama Azan Bin Awang..;) Ops! jangan kacau..saya punya je..hahaha
  • "Apakah maksud nama ARISSA ZOELA?"
Arissa = Brightness 
Zoela = Life
 
Cahaya kehidupan, what a nice name..Happy Birthday Arissa..Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang Solehah serta membanggakan ibu bapa..;)
 
  • Aku nak tag:
Aishah (Mama Nashriq)
 
 2 orang kesayangan saya..;) 

Tarikh Tutup 15 February 2011 ye kawan2!

1 comment: